Kami baru berkahwin selama 5 bulan 9 hari. Saya ada degree dan suami ada SPM je. Saya susah nak komunikasi dengan suami sebab dia tak faham english. 5 hari lepas hari jadi saya, saya teringin nak pergi pantai tapi suami nak pergi konvoi motor. Berlakulah kejadian yang buat saya tawar hati..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT. Saya seorang isteri berumur 26 tahun dan suami saya berumur 34 tahun. Saya berasal dari utara dan suami berasal dari pantai timur. Kami baru berkahwin selama 5 bulan 9 hari.
Ya perkahwinan kami masih terlalu awal. Kami bekerja di satu site di negeri yang terbesar di Malaysia. Kawasan tempat tinggal kami ini berada jauh dari bandar dan hanya ada pekan kecil sahaja. Namun pekan kecil ini mencukupi sekiranya kami perlu mendapatkan bekalan keperluan asas.
Perjalanan untuk ke bandar besar mengambil masa hampir sejam. Saya seorang degree holder, manakala suami saya hanya belajar setakat SPM sahaja. Kami berkenalan atas dasar suka sama suka. Setelah 1 tahun menjalin cinta, kami bertunang.
Genap 8 bulan bertunang, kami pun bernikah atas restu kedua beIah keluarga. Suami saya sorang yang ramah dan ramai kenalan. Dia juga seorang leader yang tegas namun compromising. Walaupun dia tidaklah berpelajaran tinggi, saya boleh katakan dia seorang yang “street smart”, manakala saya seorang yang “book smart”.
Dia seorang yang sangat rapat dengan keluarga dia, sangat disayangi dan diharapkan oleh ibu ayah, pakcik makcik dan anak – anak buah dia. Dia juga seorang yang pemurah dan tidak berkira sekiranya dia ada rezeki lebih.
Dia seorang yang pandai berkata – kata dan pandai mencari peluang untuk mencari duit lebih. Sikap dia yang rajin membuat kerja tambahan dan proaktif sangat saya puji. Boleh dik4takan dia tidak boleh duduk diam, ada saja kerja ingin diusahakan.
Dalam hubungan rumah tangga, dia seorang yang bertanggungjawab dari soal nafkah makan minum, rumah sewa kami kongsi bayar. Dan saya pula seorang yang agak intr0vert. Saya tidak ramai kawan. Hanya ada 8 orang kawan sahaja dan 3 orang sahaja yang betul – betul rapat.
Tapi mereka jauh dari saya. Di tempat kami tinggal ini, saya tiada langsung kawan, hanya ada suami. Saya seorang yang minat membaca, suka buat research dan suka kan “alone time”. Saya sangat sensitif, mempunyai empati yang tinggi, suka merancang sebelum buat sesuatu dan suka kan travel / foodhvnt, tetapi dengan orang yang saya selesa sahaja.
Saya sering dik4takan serius, jadi mungkin sebab itu saya tidak ramai kawan. Saya sentiasa berfikir macam – macam perkara, kadang – kadang tentang perkara – perkara random. Saya juga tidak berapa pandai bersosiaI dan bergaul dengan orang baru.
Saya akui saya seorang yang sangat teliti tentang kewangan, suka berjimat cermat, tidak suka pembaziran dan agak berkira dengan duit. Namun, kawan – kawan saya yang rapat dengan saya sahaja yang nampak sisi nakal dan playful saya.
Dalam perhubungan rumah tangga, saya seorang isteri yang setia, sentiasa di rumah, pendengar yang baik kepada suami, suka memasak dan sedikit clingy dengan suami. Pada awal perkahwinan kami, saya dapat rasakan yang perbezaan antara saya dan suami terlalu ketara.
Seolah kami tidak serasi walaupun kami saling menyayangi. Sebulan pertama, kami diuji dengan masalah kewangan. Lebih tepatnya, suami diuji dengan motor berkuasa tinggi miliknya yang ditarik. Motor tersebut dia beli dari kawan atas kawan.
Selepas hampir setahun dia membayar motor tersebut tanpa miss, rupanya baru dia tahu motor tersebut telah ada banyak tunggakan selama 6 bulan yang tidak dibayar oleh pemilik lama. Mahu atau tidak, motor tersebut terp4ksa ditarik walaupun bukan atas salah dia.
Suami saya dah mula serabut mengenangkan duit dia yang selama ni habis untuk motor tersebut. Selepas beberapa minggu pula, suami saya kemaIangan kereta pula. Alhamdullilah, suami saya selamat. Tapi kereta dia teruk.
Kos towing dan baiki sahaja hampir 7k. Sekali lagi dia serabut. Kos towing tu saya yang tolong bayarkan sebab saya tahu dia tiada duit. Bermula dari kes motor dia, dia jarang balik rumah. dia akan tidur di cabin site. Bila saya tanya kenapa jarang balik, atau kenapa balik lewat malam sedangkan kita habis waktu kerja sama, dia akan cakap dia serabut dan perIukan masa sendiri.
Kadang – kadang dia balik lambat kerana lepak dengan kawan. Hal ini yang buatkan kami berg4duh teruk. Bila berg4duh suami akan guna “aku kau” dengan saya dan bercakap kasar dengan saya. Saya pula tidak dapat kawal em0si, saya pernah selerakkan barang – barang dapur, pinggan mangkuk kuali dan bahan – bahan kering semuanya.
Bila suami masuk tengok rumah berselerak, suami peIuk saya, pujuk saya dan minta maaf sebab banyak abaikan saya dan biarkan saya seorang diri di rumah. Bila dengan suami saya ni, saya rasa susah sangat nak komunikasi.
Seolah – olah bahasa kami berbeza. Dia tak faham English. Bila saya bercakap dengan dia, saya akan guna bahasa melayu macam baku tau untuk nyatakan apa maksud saya, apa saya nak. Dalam perhububungan kan, kita kena bagi tahu dekat pasangan apa kita suka, apa kita tak suka supaya pasangan faham.
Tapi bila saya cakap apa yang saya tak suka atau apa yang suami buat saya sedih, suami akan cakap yang apa yang saya rasa ni masalah kecil saja. Suami kata saya beria – ria, suka besarkan hal kecil, suka sebabkan perg4duhan.
Sedangkan kalau suami faham dan tak ulang perkara yang saya tak suka, takde lah saya marah atau merajuk. Ada sekali tu kami berg4duh teruk. Punca dia bermula masa hari tu saya sangat – sangat down dan em0si tak stabil.
Mungkin sebab time tu saya baru peri0d dan str3ss dengan kerja. Jadinya malam tu saya harap dapat luahkan dekat suami saya, dapat peluk dia & dapat duduk dengan dia. Lepas saya siap masak, kami makan sama. Lepas makan saya kemas dapur dan basuh pinggan mangkuk semua, dia pula terus ke balkoni untuk hisap r0kok dan main fon.
Saya faham dia nak me time jadi saya pun main fon jugak dan tunggu dia selesai scroll fon. Selepas sejam saya panggil dia ajak masuk bilik. Dia kata pergi lah dulu. Saya pun okay la masuk balik bilik. Then selepas sejam saya panggil dia lagi.
Kali ni saya cakap yang saya takde kawan, saya nak bercerita dekat dia tapi dia kata ape masalahnya pergi la masuk dulu. Saya dah mula sedih. Dah nak dekat pukuI 11.30 malam saya pergi lagi dekat dia saya cakap, abang jomlah teman saya, saya ada benda nak cerita.
Tapi dia tetap tak tengok muka saya dan hanya main fon. Hati saya yang memang tengah down terus meluap marah saya tinggi suara dekat suami. Saya cakap, “abang tak pernah ada bila saya perIukan abang! Asyik saya saja kene ada bila abang ada masalah! abang asyik dengan fon! fon!”
Tapi memang itu yang saya rasa. Bila dia takde duit, saya pinjamkan. Bila dia serabut saya yang tetap jadi pendengar setia, bila muka dia macam ada masalah saya yang sabar tanya dia kenapa. Tapi kenapa bila saya perIukan tempat meluah, suami tak peduli pun untuk letak fon sekejap, tengok muka saya dan dengar luahan hati saya.
Malam tu kami tido asing. Saya menangis sampai tertidur. Sebelum suami masuk tido bilik sebeIah, dia sempat datang hempas pintu bilik yang saya tidur sambil marah saya balik. Dia takde pun datang nak pujuk saya atau cuba dengar apa saya nak cakap.
Esoknya saya mesej dia cakap saya minta izin nak ke bandar. Memang saya nekad naik moto dan packing baju ke bandar. Saya plan tido hotel malam tu. Sebab saya masih sedih dengan sikap suami saya. Saya rasa, saya ada ke takde ke kat rumah tu, tak penting bagi suami saya.
Balik saja keje suami call saya banyak kali. Saya tahu dia tak sangka saya berani naik motor pergi ke bandar yang jauh tu. Ye, itu kali pertama saya bawak motor jauh sebab saya betul – betul terasa. Suami marah saya dan cakap saya beria – ria.
Suami cakap punca saya marah tu terlalu kecil. Tengok, sekali lagi dia pertikaikan perasaan saya. Terus saya cakap SAYA NAK BERCERAI. Saya cakap dekat dia alang – alang saya dekat bandar, saya nak ke mahkamah syariah terus dan nak tanya tentang cerai dan kaunseling.
Dia c4bar saya pergi. Dan memang saya pergi betul – betul. Dia fikir saya tak berani. Kalau saya dah pergi sejauh itu, maksudnya saya memang nekad. Lepas saja saya selesai tanya soal cerai dan kaunseling, saya balik semula ke rumah kami.
Dekat 10 hari kami tak bercakap dan tinggal asing selepas kejadian tu sampai lah satu hari suami minta maaf sebab abaikan saya. Masa tu kemarahan saya dah reda dan saya maafkan dia. Kami berbaik semula. Sebenarnya, boleh dik4takan kami kerap sangat berg4duh.
Setiap bulan mesti berg4duh. Setiap 2 minggu mesti berg4duh. Dan kalau berg4duh lama sangat nak berbaik semula. Kadang – kadang 2 minggu tak bercakap dan suami tak balik rumah. Dan yang buatkan saya tawar hati, tentang kejadian baru – baru ni.
Kejadian 5 hari lepas. Birthday saya hari Sabtu lepas. Saya memang ada teringin nak sambut birthday dekat pantai. Tapi saya diamkan saja apa yang saya nak sebab saya risau suami saya takde duit sebab tu saya teringin nak pergi tempat free saja, iaitu dekat pantai.
Dan tak perlu pun pergi makan dekat restoran, makan dekat warung – warung mee atau rojak tepi pantai saja yang murah – murah. Tapi saya fikir takpelah tak pergi mana – mana pun asalkan weekend ni suami ada di samping saya, duduk rumah pun okay.
Tapi rupanya Jumaat petang tu suami bagitahu saya, yang dia nak pergi ride dengan kawan – kawan dia ke Melaka. Saya terasa hati sangat. Malam tu saya tanya lagi betul ke suami nak pergi Melaka. Suami kata ye betul, kan dah cakap tadi.
Pastu suami cakap, “ye tahu haritu birthday awak kan, nanti lah kita pergi makan – makan ke, lagipun kita takde plan apa – apa kan, takde pun cakap nak pergi mana – mana kan, manalah abang tahu”. Ya Allah, berkecai hati saya.
Bagi saya, suami tahu minggu tu birthday saya, tapi suami sendiri takde niat atau takde plan pun nak raikan saya. Saya rasa suami cakap nanti kita pergi makan tu pun sebab tengok saya macam tak puas hati, bukan sebab suami memang nak raikan saya.
Saya baIas “saya sebenarnya ada saja rasa nak pergi pantai, tapi saya diamkan sebab saya taknak susahkan abang, saya risau abang takde duit. Rupanya abang lagi pentingkan kawan – kawan dan ride, habiskan duit untuk ride”. Dan terus kami berg4duh besar.
Paling saya tak boleh lupa, dan paling buatkan saya tawar hati sebab sebelum suami pergi ride esoknya, suami ada balik rumah nak packing baju. Suami nampak saya tengah berselubung dengan selimut, suami nampak saya tengah menangis, suami nampak betapa time tu saya tengah burnout, perIukan seseorang untuk comfort dan pujuk saya, tapi dia tetap jugak keluar rumah pergi ride.
Lepas saja suami keluar, saya menjerit meraung kuat giIa, saya hempas badan saya dekat lantai, badan saya dah tak rasa s4kit dah, sebab yang paling s4kit time tu ialah em0si saya, jiwa saya. Sanggup suami buat macam tu pada hari kelahiran saya.
Sambil saya type ni, saya masih dapat rasa kes4kitan yang sama macam hari tu. Saya nekad mintak cerai. Saya mesej suami cakap saya nak bercerai, saya cakap saya menyesal nikah dengan suami, saya cakap terima kasih sebab utamakan kawan – kawan abang dan terima kasih h4ncurkan hati saya pada hari yang saya cuma nak rasa dihargai.
Suami baIas “tak boleh ke ganjak sambut hari lahir tu waktu lain”. Habis tu suami tak boleh ke tak join ride tu dan join ride tarikh lain. Suami cakap “kalau betul nak bercerai kau call abah kau bagitahu. kau jangan nak main – main, kalau kau tak maksudkan kau jangan cakap”.
Ye saya call abah saya betul – betul dan saya menangis cerita pasal apa yang terjadi. Abah saya pujuk saya suruh sabar, suruh mengaji dan solat, jangan ikutkan sangat perasaan. Tapi di hujung talian saya tanya abah saya “kalau adik dah memang tak boleh terima dia lagi, macam mana? abah okay tak adik nak bercerai juga. adik macam tak serasi, adik tak boleh” dan saya terus menangis.
Abah saya cakap “kalau itu yang adik nak, abah boleh kata apa”. Selepas saya terus terang dengan abah saya, saya mesej suami saya cakap yang saya dah call abah. Dia terk3jut dan sangat marah. Sebab sebenarnya bulan 6 nanti akan ada majlis sambut menantu.
Dia kata nanti family dia akan malu. Sebab tu dia marah sangat. Kenapa ye, dia boleh rasa marah sedangkan perasaan saya ni dia tak ambil peduli. Saya cakap saya boleh tunggu untuk bercerai sampai habis kenduri beIah suami, tapi saya minta maaf kalau selepas ni perasaan saya pada abang dah tak macam dulu dan layanan saya dah tak macam dulu. Ini last mesej kami.
Sekarang dah 2 hari kami tak berhubung dan 5 hari kami tak sebumbung. Suami entah ke mana, mungkin masih sibuk ride dengan kawan – kawan dia, atau tengah balik kampung untuk jumpa ibu ayah dia. Tapi yang saya tahu, walaupun dah 5 hari berlalu, hati saya masih tak dapat lupa kes4kitan yang dia tinggalkan pada saya.
Sepanjang kami berkahwin, kami belum pernah berjalan – jalan yang tidur bermalam, honeymoon pun tak ada. Semuanya saya faham sebab dia ada masalah kewangan. Kadang – kadang barang peribadi asas saya macam tuala wanita, panty liner, bedak, pencuci muka semua saya beli sendiri.
Saya takde pun nak claim pada dia sebab saya taknak bebankan dia. Tapi sejak saya tahu dia pergi ride masa birthday saya, saya rasa sangat marah sebab saya rasa untuk ride dia sanggup pula keluarkan duit. Saya banyak pendam apa yang saya teringin hanya kerana saya taknak susahkan dia, tapi hati saya h4ncur bila dia utamakan keseronokkan dia.
Saya di sini jauh dari family, jauh dari kawan – kawan, saya hanya ada suami. Saya sunyi. Saya keseorangan. Tapi suami selalu abaikan saya. Saya tawar hati untuk teruskan perkahwinan ni. Saya masih muda, lepas bercerai pun saya masih boleh cari kerja lain dan hidup jauh dari tempat ni.
Saya boleh hidup lagi happy dan tenang tanpa perlu sakit hati dengan suami. Saya dah plan nak cari kerja di bandar yang dekat dengan kawan – kawan dan keluarga saya. Walaupun saya akan single selamanya ke, lagi better hidup sendiri dari hidup dengan orang yang tak hargai kita.
Betul kan. Saya harap lepas ni saya akan hidup lagi bahagia dengan family saya dan kawan – kawan saya. Semoga saya dapat kerja dekat bandar dan mudah untuk saya explore diri saya lagi 🙂 Semoga suami saya pun lepas ni bebas untuk hidup dengan kawan – kawan dia dan motor dia. – Hawa (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Cik Puan Ria : Dua – dua tak sabar tuh saja. Saling melengkapi dan saling berk0rban tuh perlu ada. Nak cari manusia sempurna, m4ti hidup semula pun takkan pernah jumpa. Agaknya sebab masih muda, suami plak tak matang. Korang berkahwin untuk apa sebenarnya?
Ejue Mohd Amin : Alamak. Sama macam umur saya dengan husband saya. Bagi saya orang lelaki ni, kalau betul – betul sayang kita, tak kira apa pun kita tetap akan jadi priority. Husband awak terlalu take things for granted.
Ibarat kata, dah dapat terus acuh tak acuh je. Kalau saya pun sy tak boleh tolerate benda – benda camtu. Nampak macam kecil tapi sebenarnya menyiksa em0si. Str3ss ngan benda lain tak patut libatkan isteri / hubungan. Dia tak faham awak dan taknak faham awak. Tak menghargai. Jangan nanti dah takde baru nak terhegeh – hegeh.
Shafirah Sukri : Taktahu nak kata apa tapi sedih sangat laa cerita ni Saya rasa saya faham perasaan confessor dan kalau saya di tempat tu mungkin em0si saya lagi teruk dari confessor. Kalau berpisah tu buat confessor bahagia, saya sokong. Buat apa stay dalam t0xic relationship kalau kita asyik menanggung kepahitan yang sama. Stay strong sis semoga lepas ni lebih bahagia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.