Suami aku dah meninggaI setahun 6 bulan yg lalu. Aku masih duduk dgn mertua sebab dia nak jaga anak2 aku yg masih kecil. Suatu hari, mertua cakap dia izinkan aku kahwin tapi aku kena tinggalkan anak2 dan kena bagi duit bulanan. Aku terk3jut, dan nekad untuk pindah diam2..
Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin sudi siarkan penulisan ini. Aku perkenalkan diri aku terlebih dahulu. Aku merupakan seorang balu dan mempunyai 3 orang anak. Aku ibu bekerjaya. Suami aku dah meningg4I dunia 1 tahun 6 bulan yang lepas.
Arw4h dahulunya tidak bekerja. Aku yang membesarkan anak – anakku dan juga menanggungya. Usia perkahwinan 12 tahun. Selama usia perkahwinan, kami tinggal bersama ibu mertua. Dengan adik beradiknya 9 orang. Dua orang telah berkahwin juga tinggal di situ.
Ibu mertua yang menjaga anak – anak aku jika aku bekerja. Duit belanja aku berikan, adakalanya membeli barang keperluan dapur. Dan kebanyakannya hanya aku. Isunya sekarang. Walau suami aku telah meningg4I dunia, aku dan anak – anak masih lagi menetap di situ.
Ibu dan bapa aku juga telah meningg4I dunia. Setelah habis eddah 4 bulan 10 hari aku cuba slow talk dengan mertua, aku ingin berpindah keluar. Rumah pus4ka arw4h bapa aku telah dihadiahkan kepada aku. Tetapi mertua tidak memberi aku berpindah.
Alasannya anak – anak aku masih kecil. Mungkin juga tidak percaya aku boleh menjaga anak – anak aku. Alasannya aku bekerja. Yang sulong 11 tahun, yang ke-2 7 tahun, yang ke-3 2 tahun. Pelbagai alasan diberikan. Lama – kelamaan aku menjadi tidak selesa.
Rasa dipinggirkan. Aku bertahan sehinggalah 1 tahun 1 bulan arw4h tinggalkan aku. Suatu hari, ibu mertua bercakap bersemuka dengan aku. Hanya aku dan dia. Katanya, dia izinkan aku untuk berkahwin lain. Akan tetapi, anak – anak aku dia ingin menjaga sehingga akhir hayatnya.
Biarkan anak – anak aku tinggal bersamanya. Dan aku boleh keluar tinggal di rumah pusaka arw4h bapa aku dan hidup bersama suami baru. Katanya lagi, sunyi jika tiada 3 beradik itu. Dan berpesan, jangan lupa kirimkan duit untuk anak – anak nanti.
Kerana dia tiada duit untuk menyara anak – anak aku. Aku terkedu mendengarnya. Dan terasa hati. Bagaikan, baginya aku tiada disitu pun tak mengapa. Pengganti? Masih lagi aku tidak fikirkan. Malam itu, dalam perjalanan ke tempat kerja.
Aku sedih, bercakap sendirian, berasa kemurungan. Dan mengganggu prestasi kerja, aku berfikir jika begitu lah ucapannya pada aku bermakna dia langsung tidak memikir tentang perasaan aku sebagai seorang ibu. Sanggup dia memisahkan anak – anak dari aku.
Dari kejadian itu, aku tekad. Ingin berpindah keluar dari situ. Aku menyusun strategi secara diam – diam. Aku berjumpa dengan ketua aku di tempat kerja untuk memohon syif pagi sahaja tanpa syif malam sehingga urusan selesai.
Alhamdulillah, ketua dan rakan – rakan sekerja memahami. Aku balik ke rumah arw4h bapa aku, berjumpa dengan abang aku. Aku ceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang aku lalui. Aku uruskan penukaran sekolah serta merta.
Dalam masa yang sama, aku mencari pengasuh untuk anak – anak aku. Aku ceritakan pada anak sulongku bahawa kami perlu berpindah. Mereka akur. Mereka turut serta mengemas pakaian mereka. Mertua dan adik beradik ipar langsung tidak mengetahui rancangan aku untuk berpindah.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tiba hari berpindah, aku katakan.. aku ingin berpindah, hidup berdikari dengan anak – anak aku. Dia merayu, menangis, mempersoalkan mengapa. Aku diam membisu. Kerana aku sudah tekad.
Pada hari itu, abang aku lah yang tolong aku berpindah angkat barang – barang dan segalanya. Cukuplah aku bertahan tinggal di situ 1 tahun 5 bulan setelah pemergian arw4h suami. Cerita ini, bukan berhenti setakat itu sahaja.
Setelah aku berpindah, keluarga mertua bermasam muka. Pelbagai cerita aku dengar tentang aku. Aku buat tidak kisah. Segala cerita tentang hidup baru aku, mereka tidak tahu. Segala media sosiaI aku tiada update apa – apa.
Tentang siapa mengasuh anak – anakku dan sebagainya. Alhamdulillah pengasuh anak – anakku sangat baik, penyayang. Terima kasih ibu ke 2 anak – anak aku. Tidak lama aku berpindah, sekolah bermula kemudian PKP bermula.
Dari situ, mertua aku mula hubungi aku. Menyuruh membawa anak – anak aku ke rumah mereka. Kerana rindu. Lama tidak berjumpa. Aku turutkan kerana aku fikir tidak ingin putvskan hubungan cucu dan nenek dan sed4ra mara mereka.
Jika aku tidak bekerja atau hari minggu. Aku bawa anak aku pergi di situ sekurang – kurangnya dua hari. Apabila sering kali begitu, mereka sering kali menyuruh aku membawa anak – anak ke situ. Kadang – kadang tiap – tiap minggu.
Rumah mertua dengan rumah aku tidaklah jauh. Dalam sempadan yang sama, 30 minit boleh sampai. Aku mula bosan. Kadang – kadang letih. Adakalanya aku cuti, ingin juga aku luangkan masa bersama anak – anak. Ingin juga mengemas rumah yang tidak sempat uruskan kerana kekangan masa.
Tapi, mereka bagaikan tidak faham. Aku mulai renggangkan hubungan. Tidak selalu turutkan permintaan mereka. Bulan ramadhan baru – baru ini, aku sering kali jua berbuka bersama – sama mereka. Dan jurang itu, kembali rapat.
Sehinggalah raya. Kemudian, aku dikhabarkan oleh jiran. Tentang adik ipar membawa mulut tentang aku. Membawang bersama saud4ra mereka. Bahawa aku di sini, tiada pengasuh. Tiada yang mengasuh anak – anak aku. Rumah pusaka ayah aku, abang aku ingin mengambilnya.
Memberitahu bahawa aku kini sudah berbaik dengan mereka dan ingin berpindah kesana kembali. Aku terk3jut. Kenapa sengaja membuat cerita bukan – bukan di kala kita sudah mulai rapat? Sengaja ingin menjurangkan hubungan? Sedangkan cerita itu tidak betul.
Aku bertanyakan tentang hal itu kepada adik ipar aku. Dia tidak mengaku. Dan berlaku per4ng mulut. Keluarga mereka turut tahu hal ini. Aku menjauh hati. Kadang – kadang, aku tidak fahami apa yang mereka inginkan? Sejak PKP ni mereka tidak berjumpa dengan anak – anak aku.
Aku juga bersyukur jika PKP, sekurang – kurangnya aku punyai alasan untuk tidak pergi ke sana. Bukan tidak sensitif isu semasa bahawa ramai kehilangan kerja, maaf. Aku tidak berkmaksud begitu. Aku bersyukur kerana hidup aku tidak di ganggu ketika PKP ini.
Mertua menelefon aku menyuruh meghantar anak – anak aku ke sana. Aku hanya diam membisu. Tidak ingin lagi aku berbuat baik. Jika hanya buruk yang aku terima. Sudahlah tiada kata maaf dari mereka. Jika berpindah, adakah harus selalu membawa anak – anak ke sana?
Bagi lah aku sedikit ruang. Untuk hidup tenang. Tanpa rasa di konkong. Biarkan aku hidup bebas dengan anak – anak aku. Entah sampai bila harus begini. Rasa terik4t walau tidak duduk bersama. Aku rasa tersiksa. Apa perlu aku buat? – Nur (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Aza Yati : Apa nak buat ialah focus your own happiness. Sampai bila nak dok jaga hati orana yang tak kisahkan confessor. Limitkan jumpa mertua sebulan sekali, bagitau weekend lain tuh ada kerj a/ kemas rumah / kelas tambahan anak / buat part time utk we time dengan anak – anak jer. Jangan serabut sangat confessor, saya tahu abang awak akan sentiasa ada untuk back up awak. Chill and live ur own life.
Annie Mohd : Mertua tu dah hilang anak dia, now hilang cucu yang dia mengasuh bertahun – tahun. Dalam muka cucu – cucu tu ada muka anak dia. Sebab tu dia takleh terima hakik4t lagi kot. Nak salahkan 100% pun takleh jugak sebab you duduk dengan diorang 12 tahun.
Lain la selama ni duduk asing tetiba mertua demand itu ini. Takde unsur r4mpas pun, cuma dia rindu sangat tu yang sampai marah tu. I tak tau how you communicate dengan family mertua but benda ni kena discuss elok – elok. Bukan em0tional. Buatla jadual sebulan sekali ke so expectation tu ada takde la dia menunggu – tunggu.
Zainab Saad : Rasanya masalah puan ni tak la serabut sangat untuk diuruskan. Pandangan saya – puan tetapkan sendiri apa yang puan rasa patut. Tetapkan sendiri tempoh kekerapan puan nak bawak anak – anak berjumpa mertua – samada seminggu sekali atau 2 minggu sekali atau sebulan sekali atau apa -apa tempoh yang puan rasa wajar.
Tak perlu pikir apa mereka akan kata. Biarkan ja, kita tak mampu tutup mulut orang lain. Kalau mereka jaja cerita tak betul mengenai puan sekalipun – tak perlu bersemuka bertanya – kerana itu boleh mengeruhkan lagi keadaan. Biarkan ja, lama kelamaan kebenaran akan terserlah. Semoga dipermudahkan segalanya buat puan dan anak – anak.
Kha Yu : 6 bulan sekali pun cukup bawa anak – anak jumpa nenek dan saud4ra arw4h suami, tak perlu bermalam, paling lama pun 4 jam pastu balik. Minggu – minggu nak jumpa nak buat apa. Dah la ibu tunggal, semua perkara urus sendiri, masa cutilah nak berehat dan fokus urusan rumah.
Nanti pergi rumah mertua, lama – lama jadi kuIi pula kat sana hujung – hujung minggu. Kalau masa arw4h hidup pun tak membantu, dah meningg4I tu pedulikan jelah t0xic famili gitu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.