Depan mata aku nampak mak mertua angkut bekas beras letak tempat lain sambil merungut

Hari-hari aku nak masak nasi, aku curi-curi masak nasi awal-awal. Aku tak nak suami aku nampak atau pelik kenapa masak nasi asing-asing, guna rice cooker asing-asing. Cukup biarlah aku telan sorang. Salah saya apa mak? Sampai mak buat saya rasa macam ni?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hai saya Lola (of course bukan nama sebenar). Saya dah berkahwin dan merupakan seorang surirumah (belum ada rezeki nak dapat kerja), belum sampai 10 tahun pun lagi usia perkahwinan aku dan suami, ibu kepada 2 orang anak.

Apa yang aku nak tuliskan disini hanyalah sekadar luahan hati yang aku pend4m sendiri dari hari pertama aku duduk dalam rumah ni, sehinggalah ke hari aku tulis luahan ini dalam bulan Ramadhan. Ya! Aku duduk dengan mertua. Mak mertua.

Aku beritahu terlebih dahulu, luahan ini satu luahan yang panjang. Sebab aku nak luahkan segalanya yang aku pend4m. Sedikit sebanyak mana yang terlintas. Dan kalau boleh biarlah sekali ini sahaja aku tulis luahkan segalanya di sini, tidak mahu bersiri atau ada sambungannya.

Minta maaf juga andai luahan ini serabut, berterabur dan tidak bersusun. Mohon tiada kecaman dengan luahan ini. Aku betul – betul perIukan tempat untuk meluah supaya aku boleh rasa lepas. Aku tak mampu nak luah pada suami, sebab itu maknya (fahamkan, tak semua anak boleh terima bila orang bercakap tentang orang yang bert4rung nyawa melahirkannya),

Dan aku pun tak boleh nak luah pada keluarga aku atas sebab tertentu, tak mampu nak luah pada kawan sebab aku tak percayakan sesiapa bila hal melibatkan personal macam ni. Aku betul – betul perIukan nasihat apa yang perlu aku buat dan doa supaya aku diberikan kekuatan dan kesabaran selagi mana aku masih bergeIar seorang isteri, dan perlu tinggal sekali dengan mertua, di rumah ini.

Luahan ini juga bukan untuk cerita buruk mak mertua aku, bukan itu tujuannya. Suami aku bawa aku tinggal di sini bukan saja – saja, tapi bersebab. Sebab keadaan kesihatan maknya, dan maknya memang tak boleh dibiar tinggal sendirian.

Keadaan maknya memang memerIukan teman. Suami aku yang tinggal di sini, kerja di sini supaya dia dapat jaga maknya. Adik – beradik yang lain tinggal di kawasan lain. Ada yang rajin balik, ada juga yang tak reti nak balik jenguk mak sendiri.

Dari sebelum kahwin lagi, memang suami dah beritahu awal – awal, kalau aku jadi isteri dia, aku kena tinggal di rumah maknya. Aku setuju saja walaupun jauh di sudut hati teringin sangat nak duduk asing. Tak perlu yang jauh, rumah sebeIah pun aku bersyukur asalkan bukan duduk sebumbung. Kenapa aku setuju?

Awalnya aku macam berbeIah bagi juga mampu ke aku nak duduk dengan mertua? Sebab biasa dengar kan, “yang jauh itu bunga, yang dekat itu t4hi”. Aku setuju bila tengok cara layanan maknya terhadap aku masa hari merisik dan bertunang.

Itulah kali pertama aku jumpa dengan family suami aku. Mak mertua aku layan aku baik sangat. Walaupun baru pertama kali jumpa, dia terus cakap dekat aku, “panggil mak saja. Jangan panggil makcik”. DipeIuknya aku, dicivmnya aku.

SettIe majlis bertunang, ramai yang kata beruntungnya aku dapat mertua macam tu, baru jumpa tapi layan macam anak sendiri. Macam dah banyak kali jumpa. Bahagia sangat aku rasa. Tapi aku lupa! Belum kahwin masa tu, belum duduk serumah lagi, jadi sepatutnya aku tak perlu rasa terlebih bahagia dan yakin sangat.

Hari pertama aku duduk sini, jujur rasa kekok. Yelah hari pertama kan. Suami aku pagi lagi dah keluar pergi kerja. Jadi tinggal aku dengan mak mertua saja di rumah. Aku cuba lah buat apa yang sepatutnya menantu buat.

Aku cuba tolong mak mertua aku buat kerja, dia tak bagi, dia suruh aku rehat atau buat kerja yang lain. Aku pun macam emm takpelah buatlah kerja yang lain, apa yang aku rasa patut. Pagi tu aku buat br3akfast, mak mertua aku tak makan pun.

Nak masuk pukuI 11, aku pun tanyalah, “mak nak makan apa, saya masakkan”. Tapi jawapan mak mertua aku, masak apa – apa sahaja untuk aku dan suamiku sahaja. Untuk dia tak perlu, nanti dia masak sendiri. Sedih sikit aku rasa.

Baru nak merasa masak untuk mak mertua, berangan makan sama – sama satu meja bila suami aku balik dari kerja nanti. Masuk hari kedua pun sama juga macam tu. Hari ketiga pun sama. Jadi malamnya aku pun cakaplah dengan suami aku.

Nak tolong buat kerja tak bagi, nak masakkan tak nak, masak tak makan. Suami aku kata mungkin maknya segan. Aku pun macam emm takpelah mungkin segan, yelah belum sampai seminggu lagi. Aku cuba buat yang terbaik.

Cuba rapat dengan mak mertua, cuba ambil hati mak mertua aku. Tapi m4kin lama aku rasa macam aku saja yang beriya. Aku cuba bersembang dengan mak mertua aku, tapi sekejap saja sebab nanti mak mertua aku mesti suruh aku rehat, atau dia cakap dia nak rehat kejap.

Tak kisahlah pagi ke petang ke malam ke, ada waktu aku nak cuba rapat dengan mak mertua aku, mesti itu ayat yang aku akan dengar. Bab makanan pun sama. Seminggu dua aku boleh terima alasan suami aku yang maknya segan, tapi bila dah berbulan bulan sampai bertahun keadaan masih sama, aku tak boleh terima alasan suami aku lagi.

Lama – lama aku rasa macam, “mak mertua aku tak suka aku ke?”. Bab makanan tu, aku memang tahu mak mertua aku akan bagi jawapan yang sama setiap kali aku tanya. Jadi setiap kali masak, memang aku akan masak lebih, dan aku asingkan siap – siap dalam bekas lain khas untuk mak mertua aku.

Aku letak makanan tu dekat tempat yang mak mertua aku selalu letak makanan / minuman yang dia akan makan / minum nanti. Tapi dalam masa yang sama aku int4i – int4i juga, dimakan atau tak. Kadang – kadang dah petang / malam baru makan.

Kadang – kadang esok pagi aku tengok, tak dimakan pun. Walaupun aku dah cakap kat mak mertua aku, “mak saya dah masakkan tu lauk / sayur untuk mak. Nanti mak makanlah ya”. Kecuali kalau suami aku bagitahu aku dah masakkan tu.

Barulah dia ambil dan terus makan makanan yang aku dah letak tu. Sampai aku dah rasa putvs asa nak tanya sebab aku dah tahu apa jawapannya. Dan bila aku tahu makanan yang aku masakkan tu, lebih banyak tak dimakan daripada dimakan, jadi aku decide untuk masak cukup – cukup sahaja untuk aku anak beranak sebab taknak bazir lauk – lauk yang suami aku dah beli.

Kadang – kadang aku kecil hati tapi takpelah mungkin mak mertua aku masih tak biasa dengan aku. Dan situasi ni masih berlarutan sampai sekarang. Dah bertahun aku hadap situasi ni dan aku pend4m dalam hati.

Kecuali bulan puasa. Aku suka sangat bila bulan ramadan. Kenapa? Nanti aku cerita. Bab mengemas, entahlah aku tak tahu mak mertua aku suka atau tak. Hari pertama aku jejak kaki kat rumah ni, dapur. Pada aku agak kotor dan bersepah.

Tempat – tempat simpan rempah perasa semua tu bersepah, ada paket – paket rempah yang terdedah, belum campur dengan minyak percik, kuah – kuah yang tumpah. Minggu pertama aku cuba la bersihkan. Lap mana yang patut.

Susun mana yang patut sambil – sambil fikir apa yang patut aku beli memandangkan banyak bahan masakan yang terdedah. Dan masa aku kemas tu banyak lipas dan aku perasan ada macam kesan k0yak yang tikus buat.

Aku tahu sebab rumah lama aku masa kecik – kecik dulu banyak tikus. Plus ada bau h4ncing and plastik – plastik yang terdedah tu ada kesan melekit. Mana yang aku rasa aku patut buang, memang aku buang saja.

Tapi aku bagitahu mak mertua aku, aku buang sebab dah kena k3ncing tikus. Hujung minggu, aku ajak suami aku pergi kedai ninso / eco. Aku carilah bekas – bekas bertutup untuk simpan bahan kering, bekas – bekas kecil untuk letak rempah – rempah dalam tu, kain lap, rak susun cawan, bekas untuk letak sudu garfu.

Sampai rumah semangat aku kemas. Aku letak bawang – bawang, cili kering bahan – bahan yang kering dalam bekas yang bertutup tu. Rempah – rempah semua aku asingkan, tuang dalam bekas kecik khas untuk rempah.

Bekas – bekas lama mak mertua aku yang tak bertutup tu, aku susun simpan satu bahagian lain. Aku bagitahu mak mertua aku , aku dah kemaskan, dalam tu semua barang – barang mak. Barang masak memang aku asing.

Aku tak nak kacau mak mertua aku punya memandangkan ada suara – suara yang kata hidup aku senang duduk dengan mertua, mak mertua aku support semua. Sedih aku, padahal suami aku tiap bulan bagi duit dapur, bil – bil dalam rumah ni suami aku yang bayar.

Kadang – kadang adik beradiknya balik, bil api sampai RM700-800, suami aku yang kena bayar. Gas suami aku beli. Tong beras jelah ada satu saja. Sebab beras kami memang beli, tapi kadang – kadang mak mertua aku pun beli beras.

Jadi kalau mak mertua aku dah tuang beras yang dia beli, aku guna saja lah dulu. Bila dah tinggal half, aku topup dengan beras yang kami dah beli). Tak sedap pula kalau tong beras pun asing, apa pula kata sed4ra mara yang datang nanti.

Cantik – cantik aku kemas dapur sampai suami aku kata, “cantik dapur, nampak kemas saja. nak masuk dapur pun rasa semangat je”. Terima kasih suami. Tapi sedihnya aku rasa, bila esok paginya mak mertua aku susun balik, simpan balik dalam bekas lama dia yang tak ada tutup tu, dibiarkan terdedah macam biasa.

Aku rasa nak marah tapi dalam masa yang sama aku sedih. Aku dah kemas, sebelum nak kemas pun aku dah bagitahu, lepas da siap kemas pun aku dah bagitahu. Aku malas nak tanya, sebab tengok gaya pun nampak mak mertua aku tak suka.

Jadi bekas – bekas yang aku dah beli tu, aku ambil, aku letak barang – barang aku yang lain. Bab lain pun sama saja. Malas aku nak cerita panjang. Apa yang aku buat, ade saja yang tak kena. Aku ada cakap aku suka sangat bila bulan ramadan kan? Kenapa?

Sebab bulan ni jelah aku dapat tengok mak mertua aku makan apa yang aku masak, bulan ni jelah aku dapat merasa berkumpul makan bersama. Sama macam mana aku dengan family aku makan, waktu makan kami memang akan makan bersama, makan sekali.

Suami aku jenis tak suka menu banyak – banyak penuh satu meja. Cukup sekadar 1 jenis lauk, 1 jenis sayur, 1 jenis pemanis mulut /  buah / kuih, 1 jenis air dan kurma. Jadi akan bergilir la. Kalau aku nampak mak masak sayur, aku masak lauk.

Kalau mak masak lauk, aku masak sayur. Sahur biasanya panaskan saja baki lauk, dan sahur memang aku akan siapkan semua. Hari pertama ramadan tu aku rasa nak menangis masa makan sahur dan berbuka puasa.

Sebab nilah pertama kali aku nampak mak mertua aku makan apa yang aku masak. Rasa bahagia dia tu memang bahagia yang tak terkata, yang aku tak tahu nak ungkap macam mana. Semangat aku masak sepanjang ramadan tu.

Aku suka masak menu yang jenis set tu, macam nasi ayam, nasi tomato, nasi hujan panas. Jadi mak tak perlu masak. Tapi ramadan tahun ni jadi ramadan yang sangat sedih buat aku, sebab ramadan kali ni tak sama macam ramadan sebelum – sebelum ni. Kenapa?

Sebab tahun ni bukan aku, suami, anak – anak kami dan mak sahaja yang ada di rumah ini. Adik beradiknya yang lain ada balik dan duduk sini. Aku tak kisah. Walaupun aku rasa tak selesa, tapi aku masih sedar aku cuma menantu, aku cuma menumpang di sini dan ini bukan rumah aku, jadi aku tak ada hak apa – apa pun.

Maklumlah covid, ramai yang terkesan, ada yang kena buang kerja, ada yang resign. Jadi baliklah duduk sini. Dah susah baru ingat jalan nak balik rumah mak masing – masing, baru ingat nak jenguk mak sendiri.

Waktu senang, raya pun taknak balik beraya dengan mak sendiri. M4kin lama adik beradiknya ada dekat sini, aku perasan mak mertua m4kin lama m4kin lain layanannya pada aku. Kadang – kadang bila aku cuba nak berbual atau nak tanya apa – apa, mak mertua aku buat tak layan saja.

Must4hil tak dengar. Malunya aku rasa. Ada juga masa mak mertua aku tengah kemas barang – barangnya di dapur, aku masuk dapur untuk ambil air ke atau nak ke tandas ke (nak ke tandas memang akan lalu dapur dulu), aku perasan bila nampak aku saja terus mak mertua aku baIing atau c4mpak – c4mpak saja barang yang dia tengah kemas tu.

Sebelum aku masuk dapur tak ada pulak dengar bunyi barang dic4mpak / dibaIing. Macam tak puas hati. Bukan sekali dua. Tapi dah banyak kali aku perasan macam tu. Macam biasa, aku pend4m. Malas nak luah pada suami.

Nak tanya pun aku malas sebab apa salah aku? Nak kata salah cakap mak mertua aku bukan nak sangat pun bercakap dengan aku. Ada juga kadang – kadang ayatnya macam nak kata aku ni ambil barang – barangnya.

Dah banyak kali. Ada sekali tu, waktu aku tengah layan anak aku dekat ruang tamu, aku dengar mak cakap dekat anaknya yang lain, “nampak tak ikan mak yang ni? Semalam ada dalam peti mak simpan, harini tak ada pulak. Cari – cari tak ada”.

Kecik hati aku sebab aku baru saja lepas masak masa tu. Macam aku pula yang ambil. Bila si anak tu kata maknya cari tak betul, mak kata dah belek habis dah dalam peti tu, tak ada dah ikan mak. Allahu. Tak lama tu, si anaknya tu cari lauk yang dia nak dalam peti, ade saja berbungkus kemas dalam plastik.

Tak ada kesan terusik pun. Selalu dah aku kena macam tu. Rumah ni bukan besar mana pun sampai aku tak boleh dengar apa yang mak cakap dekat anak – anak yang lain. Rumah kecik saja tapi jangan pelik la kalau bil api sampai 700 – 800 nak – nak time raya, lagi melambung bil nak kena bayar.

Kenapa aku kecil hati? Sebab dalam rumah ni 98% yang guna dapur cuma aku dan mak sahaja. Dan apa yang buat aku terkesan sangat, terasa sangat hati ni. Bila ada masa aku dengar mak macam bersungut. Cuma aku tak dapat tangkap apa yang disungutkan.

Paling kemuncak yang buat aku rasa tercaIar sangat hati ni, bila mak mertua aku angkut tong beras simpan tempat lain. Depan mata aku, sebab aku dekat dapur masa tu. Sambil hentak – hentak. Sambil mengeluh bersungut.

Masa ni aku terus nangis. Aku tutup api dapur, aku masuk bilik aku nangis depan anak – anak aku yang tak faham apa – apa. Bila dah reda, aku keluar dari bilik. Petang tu aku mintak izin dengan suami aku nak keluar sorang.

Aku beli apa yang perlu. Balik rumah aku tuang beras dalam tong beras. Suami aku? Sampai sekarang dia tak tahu pasal ni. Dia tak tahu mak dia buat aku macam tu. Dia tak tahu aku beli beras lain beli tong beras lain.

Aku sedih bertahun aku duduk sini, rutinnya memang macam tu. Kebanyakannya memang suami aku yang beli beras. Kalau mak mertua aku beli beras dan dia dah masukkan beras tu dalam tong, memang aku akan tunggu beras tu tinggal half, then aku topup dengan beras yang suami aku dah beli.

Dan aku lagi prefer suami aku tak tahu langsung tentang ni, sebab kalau dia tahu, aku tahu dia tak akan tanya mak dia kenapa buat macam tu, sebaliknya nanti aku yang akan disoal apa yang aku dah buat sampai mak buat macam tu sekali.

Pusing – pusing aku juga yang kena. Dan aku perasan sejak haritu, mak dah tak makan apa yang aku masak. Ramadan kali ni lagiIah sedih. Aku? Masak saja macam biasa macam ramadan sebelum ni. Mak mertua aku tahun ni, dia masak makanan lain untuk dia dengan anak – anaknya yang lain tu.

Sampai ke hari ni, mak aku tak makan nasi yang aku masak, tak minum air yang aku buat untuk sahur dan berbuka, tak makan lauk yang aku dah masak. Suami aku hulur pun dia tolak. Dia makan apa yang dia masak. Hari – hari aku nak masak nasi, aku curi – curi masak nasi awal – awal (aku ada rice cooker sendiri).

Aku tak nak suami aku nampak atau pelik kenapa masak nasi asing – asing, guna rice cooker asing – asing. Cukup biarlah aku telan sorang. Salah saya apa mak? Sampai mak buat saya rasa macam ni? Sebelum ni mak ok saja makan apa saja yang saya masak, mak ok saja layan saya walaupun mak jarang nak berbual dengan saya.

Kenapa bila anak – anak mak yang lain ada balik sini, mak buat saya macam ni? Saya tak boleh nak fikir mak mana salah saya. Bertahun – tahun tak jadi macam ni, tiba – tiba tahun ni, ini pula yang jadi 🙁 Aku tak boleh bayang raya nanti macam mana.

Nampak gaya tak boleh rentas negeri lagi, terp4ksalah aku telan lagi nak hadap situasi ni pagi raya nanti. Aku rasa lebih baik berlapar saja nanti, daripada aku makan. Nak makan pun segan bila orang dah layan kita macam tu.

Dengan anak – anak aku sekarang pun macam dah lain. Kalau dulu, nampak anak aku dicivmnya, dilayankannya. Tapi sekarang tak dah. Depan suami aku saja dia akan layan anak aku, civm anak aku. Waktu suami aku kerja, tak dilayannya anak aku yang datang dekat dia.

Takpelah mak, saya dah mula sedar saya dengan anak – anak ni macam mana di mata mak. Kadang – kadang aku cemburu dengan menantu yang lain. Bila menantu yang lain balik sini, tanya saja mak nak makan apa. Laju sahaja mak menjawab “nasi goreng lah” “bihun goreng pun ok” “nasi lemak lah” “mak nak air teh o panas”.

Makan tengah hari, petang, malam pun sama. Kalau tak ditanya, mak yang akan request mak nak makan apa. Minta maaf mak, saya rasa cemburu sangat. Bertahun saya duduk dengan mak, hari – hari saya tanya mak soalan yang sama tapi kenapa saya tak pernah dapat jawapan macam tu mak?

Saya tanya mak nak air apa pun, mak tak pernah pun minta macam tu. Kenapa mak? Mak tak sudi ke mak makan / minum air tangan saya mak? Lama saya pend4m mak. Dalam hati ni teringin sangat nak dengar mak jawab macam tu, teringin nak dengar mak request nak makan apa macam mana mak request dekat menantu mak yang lain.

Kalau bukan bulan ramadan, memang tak dapatlah saya nak tengok mak makan apa yang saya dah masakkan. Tapi Ramadan kali ni dah tak sama macam Ramadan tahun – tahun sebelum ni mak. Sebab tu sampai hari ni saya rasa betul pepatah “yang jauh itu bunga, yang dekat itu t4hi”.

Terasa macam saya ni t4hi sangat di mata mak. Minta maaf mak. Terima kasih mak buat saya rasa macam ni. Terima kasih mak, layan saya macam ni. Selagi saya masih isteri kepada anak mak, selagi tulah mak tetap mak mertua saya.

Banyak lagi yang aku pendam tentang mak, tapi biarlah sebab rasa macam dah terlalu panjang. Untuk suami, kau tak nampak ke selama kita kahwin aku struggIe nak baik, nak rapat dengan mak? Tak nampak ke hari – hari aku cuba ambil hati mak?

Hari – hari aku cuba, sampai aku rasa penat nak cuba. Kenapa mak kau tak boleh layan aku macam mana mak aku layan kau? Mak bapak aku tak ambil masa yang lama pun untuk nak terima kau sebagai menantu. Tak ambil masa yang lama pun nak layan kau macam anak sendiri sebab kau suami aku.

Sekarang ni, bil api air tinggi dari biasa pun, aku yang kena soal. Kadang – kadang ditanya aku basuh baju, masak nasi, iron baju macam mana. Sama saja macam sebelum – sebelum ni suamiku. Basuh baju, terus siapkan.

Lepas da guna alat – alat elektrik, settle saja terus tutup suis elektrik. Apa – apa saja barang yang rosak pun, aku yang kena soal walaupun bukan aku yang rosakkan. Suami, kau tak sedar ke dalam rumah ni bukan kita berdua dengan anak – anak kita sahaja?

Kau tak sedar ke dalam rumah ramai adik beradik kau yang lain? Kenapa aku yang disoal tentang bil, tentang barang yang rosak, barang yang hilang? Kenapa aku yang kena jawab? Masa kita bertiga sahaja dengan mak, pernah ke bil setinggi ni setiap bulan? Pernah ke?

Kenapa kau tak tanya adik beradik kau yang lain? Kenapa kau tak tengok sendiri macam mana cara adik beradik kau guna air guna elektrik? Kenapa mesti aku? Kalau rumah ni kita berdua dengan anak – anak sahaja, aku tak kisah kalau aku yang disoal tentang cara penggunaan air dan elektrik.

Tapi dalam rumah ni bukan kita berdua sahaja, kau tak nampak ke? Salah satu sebab kenapa aku lebih suka diam dan pend4m. Lebih baik aku pend4m. Kalau bagitahu, aku yang kena balik, lebih aku tak perlu bagitahu.

Aku sayang kau wahai suami. Aku hormat kau. Aku sayang anak – anak kita. Aku sayang keluarga kecil kita. Tapi aku minta sangat, tolong jangan buat aku rasa penat dengan seluruh ahli keluarga kau. Tolong jangan sampai satu masa, aku jadi tawar hati dengan semuanya. Tolong 🙁 Aku minta sangat.

Tolonglah tengok keadaan yang berlaku dalam rumah ni dengan mata hati. Janganlah aku seorang sahaja yang dipersoalkan. Tak adil bagi aku. Kalau aku tahu apa puncanya, ke mana perginya barang yang hilang, apa silap aku… pasti dah lama aku baiki semuanya. Untuk parents aku, maafkan saya umi abah sebab rahsiakan apa yang saya pend4m selama ni.

Maafkan saya bila setiap kali balik rumah umi abah, saya tipu. Saya kata saya ok saja kat sini, mak pun layan saya baik saja sedangkan apa yang berlaku tu sebaliknya umi abah. Tak mampu saya nak cerita, tak nak risaukan umi abah sebab umi abah pun dah tua, walaupun saya tahu umi abah akan sentiasa ada untuk saya, anakmu ini.

Terima kasih umi abah, terima kasih sebab layan menantu – menantu umi abah sama macam anak – anak umi abah sendiri. Tak ada beza. Tak berkira dari semua segi. Terima kasih umi abah, setidaknya menantu – menantu umi abah tak perlu rasa apa yang saya rasa dari awal kahwin sampai sekarang.

Maaf umi abah, maaf sebab sampai sekarang saya masih minta umi abah doakan saya supaya saya dapat kerja. Itu sahaja caranya yang saya ada kalau saya nak keluar dari rumah ni dengan anak – anak saya. Minta maaf umi abah, sampai sekarang saya masih tak mampu nak baIas jasa umi abah yang dah banyak berk0rban tenaga, berhabis duit untuk kehidupan dan pelajaran saya.

Tapi saya takkan berputvs asa, inshaAllah selagi umi abah masih hidup, selagi tu saya akan cuba bahagiakan umi abah dengan cara saya. Doakan anakmu ini sentiasa kuat. Untuk umi, saya menangis umi bila umi cakap dekat saya “seronok buka puasa dengan orang tua”.

Saya nangis umi, sebab saya tak cerita pada umi apa yang saya rasa. Saya tak seronok umi. Tak seronok bila dilayan begini. Kadang – kadang rasa diri ini macam tungguI dalam rumah ni. Saya rindu sangat dengan umi. Saya rindu sangat dengan abah.

Untuk anak – anakku, ibu tak tahu siapa yang akan pergi dulu. Ibu tak mampu nak baca apa yang berlaku di hadapan kita. Maafkan ibu sekiranya ibu bukan ibu yang terbaik untuk kamu semua. Tapi ibu sentiasa cuba.

Ibu macam dah boleh agak apa jadi dengan nasib dan hak anak – anak ibu sekiranya terjadi sesuatu pada ibu. Ibu dah boleh nampak per4ngai satu demi satu orang dalam keluarga ni. Ibu ambil langkah awal anakku.

Ibu dah buat hibah untuk kamu semua. Maafkan ibu sebab ibu abaikan, ibu tolak tepi hikmah dan kebaikan hibah. Tapi Alhamdulillah Allah itu Maha Baik. Dijentiknya hati ibu untuk fikirkan tentang hak dan nasib anak – anak ibu.

Harap belum terlambat untuk ibu hibahkan kamu. Ini saja yang ibu ada untuk kamu semua. Supaya nasib dan hak kamu semua terjamin dan tiada siapa yang boleh kacau atau tuntut apa – apa dari kamu semua.

Aku bukan ejen takaful dan luahan aku bukan untuk pr0mote hibah. Tapi ini yang aku lakukan untuk anak aku. Selama ni aku tolak tepi, tak endah bila orang sebut tentang hibah. Bila Allah jentik hati aku, aku kaji pasal hibah.

Aku baca kebaikan hibah. Bila dah faham sepenuhnya, aku cari ejen yang biasa bercerita tentang hibah dengan aku. Ini sahaja yang ada, yang tiada siapa pun boleh kacau, tiada siapa boleh tuntut, dan tak boleh difaraidkan. Terima kasih Allah.

Untuk mak, maafkan saya sebab saya isteri pilihan anak mak. Bukan pilihan mak. Maafkan saya tak mampu nak jadi menantu yang baik untuk mak, yang mak harapkan. Maafkan saya tak dapat nak setanding menantu – menantu mak yang lain. Maafkan saya mak.

Untuk diri sendiri, mohon bangkit kembali jadi diri seperti yang sebelum ni. Yang kuat, yang tak suka memendam, yang suka bercerita, yang ceria. Aku rindu diri aku yang dulu. Dah lama tak nampak diri aku yang dulu.

Sejak kahwin, semuanya berubah. Lebih banyak diam, lebih banyak pend4m. Mohon bangkit kembali wahai diri sendiri. Untuk yang baca sampai habis luahan aku ini, terima kasih banyak – banyak kerana sudi luangkan masa untuk membaca. Semoga Allah merahm4ti kamu semua.

Aku doakan supaya yang belum berkahwin, akan dapat mertua dan keluarga yang boleh terima diri kalian seadanya, anggap dan layan kalian seperti keluarga sendiri. Aku doakan juga supaya tiada siapa yang akan rasa apa yang aku rasa. S4kit. S4kit sangat.

Mohon doakan aku agar diberikan kekuatan dan kesabaran untuk hadapi situasi ini yang aku tak pasti sampai bila. Doakan juga supaya hati suami aku terbuka untuk bawa aku dan anak – anak berpindah duduk di rumah yang lain.

Aku juga perIukan kata – kata semangat. Andai ada yang rasa semua silapnya datang dari aku, mohon tegurlah aku di ruangan komen. Beri aku cadangan apa yang perlu aku buat lagi untuk ambil hati mertua aku.

Segala kata – kata semangat, nasihat dan teguran inshaAllah aku akan terima dengan hati yang terbuka 🙂 – Lola, si anak, isteri dan menantu yang banyak memend4m (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Atikah Mahadzir : 1. Bagitau suami segala yang terpend4m. Moga suami faham dan buat keputvsan dan tindakan terbaik. 2. Kalau berani tanya mak mentua sebenarnya apa masalah?

Kadang – kadang ada salah faham yang tak diselesaikan. Mak terasa, puan terasa. Masing – masing pend4m. Kalau tak selesai juga. 3. Ajak suami pindah. Anak – anak yang lain pun dah ada kan kat rumah tu? Dekat – dekat rumah mentua pun takpa asalkan bukan sebumbung.

Aza Yati : Lelaki ni tak akan faham selagi sis tak bagitau. Jadi sis print out confession ni dan hantar kat dia. Pastu dari bayar bil beratus – ratus baiklah bayar sewa rumah sendiri, hati pun tak s4kit.

Mak mertua sis sihat je siap boleh masak sendiri kot, kenapa nak kena duk jaga dia. Dont try hard untuk ambik hati mak mertua sebab dia tak terkesan pun. Baik ko citer kat umi ko, sekurang – kurangnya ada backup kalau jadi apa – apa. Buat apa nak malu, dulu sis pernah dok dalam rahim dia. Cerita je mana tau dia ada idea. Stay strong yea sis.

Yesmina Butik Bmc : Terus terang la dengan suami. Listkan sekali tunjuk bukti. Ini adalah masanya untuk korang berdua fikir untuk pindah rumah lain. Nampaknya macam mak tu boleh bergerak dan urus diri. Lagi – lagi ada anak lain tu.

Percayalah all of you are better all alone. Jalani hidup dengan family u sendiri. Bina hidup sendiri. Bila dah jauh walaupun sikit, walaupun 100 meter, barulah dia akan terkenang – kenang dan hargai, kot.

Satu lagi tak payah beriya – iya nak ambil hati dia. Boleh jadi kalau awak layan dia dengan cara yang berbeza dia akan lebih menghargai perasaan awak.

شقيرأ أبو سين : I’m crying reading this. Jangan kecam penulis ni. Dia perIukan kata – kata semangat. Saya faham susah untuk bercerita dengan suami tentang mak dia. Puan cerita setakat yang boleh diceritakan sahaja.

Sekarang masa terbaik untuk pujuk suami ajak tinggal di rumah lain memandangkan dah ada adik beradik lain suami yang tinggal di rumah mak mertua. Cuba dan cuba sampai hati suami lembut untuk berpindah. Moga awak terus kuat ye.

Zukerni Mohd Salleh : Don’t try hard. Kamu akan penat. Buat biasa – biasa jer. Dia tak nak makan. Nak kemas cara dia. Biarkan. Jaga hubungan dengan suami. Ceritakan pada suami keadaan sebenar supaya dia tahu.

Sekurang – kurangnya takdelah dia termakan cakap – cakap yang tak betulkan. Usaha untuk duduk asing. Itu jer cara selamat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.