Kak ipar surirumah menumpang rumah ibu tapi pemalas. Naj1s anak dibiar kering, kuku panjang, sampai ke petang tak mandi

Kak ipar bising dekat abang nak ke kIinik cari ubat stop susu badan sebab s4kit bila anak menyusu. Abang takde duit sampai meminjam dekat adik beradik. Ada yang pinjam sebab komitmen, ada yang pinjam untuk pergi berjalan. Yang paling pelik pernah pinjam sebab nak bercuti ke Langkawi selama seminggu.

#Foto sekadar hiasan. Adik beradik aku ada 4 orang dan aku yang bongsu. Ibu bapa aku orang pencen dan kedua -duanya jenis lembut dan sopan. Akak pertama, abang kedua dan ketiga telah berkahwin. Abang ketiga, aku gelarkan abang, isterinya, dan isterinya, kak ipar aku.

Mereka ada 2 orang anak. Seorang 1 tahun lebih aku gelarkan Nana dan seorang lagi 5 tahun aku gelarkan Zaid. Sejak kecil abang aku ni memang seorang yang garang, panas baran tetapi pendiam, isterinya pulak sejak jadi akak ipar, aku tengok jenis suka buat posting acah – acah kaya di media sosiaI, kuat merajuk dan pemalas.

Paling rajin pun dia acah menyapu, asal time ibu aku memasak kak ipar duk dalam bilik tidur sebab pening kepala. Kak ipar anak bongsu dari keluarga yang besar, duduk kampung dan dari keluarga yang agak susah. Sejak mereka berkahwin juga memang jelas depan mata abang memang kalah dengan kak ipar.

Apa kata isteri dia ikut sahaja. Aku sering dengar ibu aku bercerita tentang kuku anak mereka yang tak berp0tong, anak dibiar tak mandi sehingga ke petang, Anak yang masih berpampers pada umur 5 tahun, dibiarkan naj1s kering di pampers sehingga ibu tegur suruh cuci baru gerak, itupun si isteri akan teriak suruh suaminya yang cuci.

Waktu fasa berpantang, kak ipar sudah bising pada abang nak ke kIinik swasta cari ubat stop susu badan sebab s4kit bila anak menyusu. Abang takde duit sampai berpinjam – pinjam dekat adik beradik, benda ni memang banyak kali – kali.

Ada yang pinjam untuk bayar komitmen, ada yang pinjam untuk mereka pergi berjalan. Yang paling pelik pernah pinjam sebab nak bercuti ke Langkawi selama seminggu. Ada yang dah pinjam buat – buat lupa tak bayar sampai sekarang.

Dengan akak ipar yang lagi 1 tu pun dia pernah pinjam, kadang – kadang sampai aku yang segan. Padahal akak ipar yang lagi satu tu suri rumah juga, tapi dia bekerja online di rumah. Mungkin sebab ada degree, dia pandai cari pendapatan sendiri.

Ibu memang panggil kak ipar ni, “Mem besar”. Mana taknya, buat susu anak tengah – tengah malam pun abang aku yang bangun padahal isteri surirumah sepenuh masa, abang pula bekerja mekanik. Mandikan dan siapkan anak ke Tadika pun abang yang buat.

Di rumah mereka abang sering tapau makanan balik rumah sebab kak ipar jenis masak kadang – kadang. Kalau nak tahu kak ipar lepas masak confirm dia akan post di medsos dengan caption “Its done.. masak – masakkk”.

Gaji abang jenis kira ikut hari kerja, dia pergi kerja pun ikut suka, asal isnin je malas nak kerja atau terlajak bangun terus tak pergi kerja. Bagi aku abang tiada disiplin kerja. Monday blues la konon. Kedua – dua anak mereka masih menyusu botol, dan ibu juga ada cerita kadang – kadang dia yang belikan pampers dan susu tepung untuk cucu.

Bukan itu sahaja, kereta yang mereka pakai pun guna deposit dari ayah aku, kalau tak cukup duit nak bayar monthly kadang – kadang pinjam dari ibu aku. Pinjam yang tak akan bayar balik ye. Rumah yang mereka duduk adalah rumah ayah aku juga, jenis teres 2 tingkat.

Mereka duduk free tanpa bayar sewa. Kadang – kadang ayah aku cerita dia dapat emel bila abang ada tunggakan bil air @ eletrik. Yang membuatkan aku nak berkongsi cerita di sini disebabkan kesian pada ibu aku yang m4kin tua, umur pertengahan 60-an.

Asalkan cuti sekolah, abang akan balik kampung tinggalkan anak yang sulung, Zaid. Tinggalkan tanpa berikan apa – apa pesan, dan tanpa beritahu nak tinggalkan sampai bila. Kemudian bila dah tinggalkan takde call tanya khabar anak.

Zaid dah banyak kali sebut papa.. papa.. Kalau sehari dua takpe lagi, kadang – kadat deret seminggu langsung takde tanya khabar anak. Akhirnya ayah aku lah yang terp4ksa hantar cucu ke rumah mereka. Pelik aku, tak rindu dekat Zaid ke? Sibuk jaga Nana sangat ke?

Sebelum ni aku ada dengar abang aku yang lain ada kata kak ipar lebihkan Nana sebab senang dijaga berbanding Zaid. Kak ipar selalu berseloroh wajah Nana mirip arw4h abahnya. Aikk.. takkan bezakan anak sebab rupa dan per4ngai.

Budak – budak tu kecik lagi, pada fasa umur untuk dibentuk dan diberi pendidikan sahsiah yang patut. Pernah juga abang kant0i bawak Zaid ke bengkel sewaktu kerja, biarkan Zaid main dalam kereta sebab kak ipar suruh. Kak ipar kata Zaid tak pandai main dengan Nana dan selalu kacau Nana.

Bila ibu tahu, ibu aku suruh Zaid duduk di kampung, jangan bawak ke tempat kerja. Pelik aku macam mana dia boleh fikir nak bawak anak dia ikut pergi kerja di bengkel sebab isteri tak nak jaga? Tapi bila dah suruh letak di kampung, ditinggalkan Zaid dekat seminggu langsung tak ambil – ambil pulak.

Susah hati ibu aku bila Zaid duk tanya mana mama papa dan adiknya. Pening aku. Bagi aku kalau tak nak jaga anak hantar lah ke pusat asuhan. Kalau tak mampu tolonglah rajinkan diri tu jaga anak. Kalau tak boleh rajin, tolonglahh jangan ada anak.

Kesian sangat pada ibu aku. Umurnya bukan sesuai untuk jaga cucu, masak sedikit sudah penat, inikan pula nak uruskan cucu. Dia nak ke masjid dengar ceramah, pergi kelas agama pun susah. Mana sikap abang yang garang tu, kenapa tak boleh tegur kak ipar yang m4kin lama m4kin melampau buIi ibu aku.

Takkan aku pulak nak kena tegur hal rumah tangga abang aku, sebab aku pun belum berkahwin. Pada aku abang dah salah pilih isteri, dan dia perlu tegur dan urus rumah tangga dia lebih baik. Jangan buIi ibu aku… – Ahmad (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Bbm Tadika Cikgu Aah : Ahmad, tak payahlah pening kepala pikir masalah per4ngai diorang laki bini. Nanti str3ss. Jagalah mak tu elok – elok dan cari isteri yang terbaik untuk tt dan mak tt. Or pindah umah bawak mak je tinggal sekali dengan tt.

Jangan duk cari salah kakak ipar dan abang je. Kalau kita cari 1 kelemahan orang, kita akan jumpa 10 kelemahan macam diri kita juga di pandangan orang lain. Kot kira cari silap orang, diri kita dan pasangan kita lagi banyak silap huhu. Semoga dipermudahkan segala urusan tt.

Munirah Mokhtar : Saya faham bila libatkan mak sendiri memang panas hati kalau kena buIi. Tegur abang tu direct. Jangan hantar anak kat kampung berminggu – minggu. Mak bukan orang gaji. Sambil – sambil tu basuh laa mak sekali jangan nak baik hati sangat. Selalunya sebab orang tua baik hati nak jaga cucu. Nak tolak takot anak kesayangan kecik hati tapi membebel – bebel kat blakang.

Nurul Nadirah : Kau lelaki kan? Sekali tu bila semua berkumpul, abang dengan kakak ipar kau buat hal depan mata buIi mak kau.. kau sound je tengking dua ekor ni depan – depan. Biar orang lain tengok per4ngai depa.

Kadang – kadang cakap belakang berlapis – lapis ni telinga dorang tak masuk. Works everytime. Pakcik dan abah aku pernah buat sebab nak sound sorang tak guna dalam family kitorang. Memang awkward lepas tu. Tapi hati lega tak susahkan orang tua dah. Peduli la nak musuuh nak apa. Tegur cara elok tak hadam kau tengking je spesies tak guna ni. Orang dah tua pencen nak rehat bukan nak tambah beban.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?