Masa tunang aku pergi basuh tangan, ada sorang lelaki bagi aku kertas kecik. Aku ingat kertas harga rupanya no. HP

Tunang aku habis makan, dia bangun pergi basuh tangan. Tengah aku sedap kunyah ayam goreng, tiba – tiba ada lelaki datang kat meja aku bagi kertas kecik. Aku pun buka la sebab ingatkan lelaki tu waiter restoran. Rupanya kertas kecik tu ada no telefon lelaki tu. Aku pun lempar kertas tu..

#Foto sekadar hiasan. Aku kenalkan diri aku sebagai Eka (bukan nama sebenar). Berumur pertengahan 20-an dan sudah bekerja. Okay macam ni. Aku ni memang berbadan gempal berisi sejak dari sekolah rendah sehinggalah aku habis study.

Berat aku dulu mencecah 80kg dan tinggi aku cuma 159cm. Memang kategori obesiti lah orang kata. Walaupun aku ni gemuk, Alhamdulillah aku tak pernah ada masalah kesihatan. Aku tak pernah kena buIi atau disisihkan.

Kawan – kawan aku semua baik – baik dan penyayang. Seingat aku, orang luar tak pernah kutuk atau tegur aku tentang badan aku. Kalau diorang cakap belakang tu aku tak tahu lah kan. Cuma adik dan mak aku je la yang selalu nasihatkan aku untuk turunkan berat badan sebab dalam keluarga aku, aku seorang je yang gems.

Tapi setiap kali tu la ayah aku akan backup aku cakap aku okay je. Tak payah kurus. Asal sihat sudah. Tu yang penting. Ayah aku selalu manjakan aku dengan belikan aku makanan sedap – sedap. Kalau aku balik kampung, mesti dalam peti ais tu penuh dengan makanan kegemaran aku je.

Disebabkan ni lah, sampai aku habis study, aku tak pernah terpikir nak diiet sekalipun. Dan ditakdirkan tunang aku pun per4ngai 2×5 je sama dengan ayah aku. Suka manjakan aku dengan makanan. Tunang aku pun kuat makan jugak tapi badan dia agak sado sebab dia aktif bersukan. Seorang engineer.

Macam mana dia boleh suka dekat aku pun tak tahulah. Padahal banyak je perempuan suka kat dia. Bila aku tanya, dia akan cakap sebab aku comel dan peramah. Aku kenal tunang aku kat stesen bas. Masa tu aku nak balik kampung sebab dah habis chambering di Selangor.

Dia tolong angkat beg – beg berat aku tu walaupun aku tak kenal dia. Bila naik bas, rupanya seat dia sebeIah aku je. Jadi sepanjang perjalanan, kami bersembang dan dia mintak no telefon aku dan dipendekkan cerita, setahun setengah selepas tu kami bertunang.

Okay berbalik kepada kisah pasal kurus itu membebankan, masalah aku bermula bila aku start diiet dan berat aku menurun. Dalam masa 8 bulan, turun 35 kg. Sekarang ni berat aku 45 kg dan ya aku dah berjaya kurus. Mesti korang pelik kan kenapa aku tiba – tiba diiet.

Sebab utama ialah aku nak tampak kemas dan professional. Dulu aku tak berapa kisah sangat dengan penampilan. Tapi sejak bekerja, aku tengok bos aku dan kawan – kawan peguam yang lain pergi ke mahkamah nampak kemas dan professional.

Walau aku pakai sekemas mana pun, disebabkan badan aku yang gempal, aku rasa macam aku nampak tak professional. Bila pakai jubah peguam (robe) aku rasa macam penguin yang tengah berhujah. Semangat nak diiet tu bertambah tebal bila adik aku bergurau kasar cakap nanti aku kahwin mesti nampak macam Handsome & The Beast tengah bersanding.

Sebab tunang aku hensem dan aku pulak macam beast. Eiii sentap betul aku masa tu. Tapi bila fikir, betul jugak cakap adik aku tu. Lepas tu aku belek – belek gambar pertunangan aku dan aku terus rasa aku nampak macam beast.

Jadi sejak dari tu aku pun mula diiet untuk nampak kemas dan juga untuk nampak cantik masa hari perkahwinan aku nanti. Tapi bila dah kurus ni, aku ingat aku akan m4kin bahagia tapi macam – macam pula masalah timbul.

Pertama, aku dah tak boleh pergi mana – mana sorang – sorang tanpa kena kacau dengan lelaki. Dulu masa aku besar, aku tenang hati dan aman je makan sorang – sorang kat kedai mamak, kedai tomyam atau mana – mana restoran.

Jalan malam – malam nak pergi kedai runcit atau beli burger pun rasa selamat je sebab takde orang nak tengok atau kacau aku. Orang jahat nak cuIik pun mesti pikir dua tiga kali sebab aku besar mesti berat nak angkat bawa lari. Haha

Sekarang ni bila aku pegi mana – mana atau pegi makan sorang – sorang mesti ade je yang kacau. Tiba – tiba nak join makan sekali la, mintak no telefon la. Paling aku rimas kena catcall. Padahal aku bukan pakai s3ksi pun.

Pakai tshirt yang sama masa aku besar dulu, seluar sukan, selipar jepun, tudung senget – senget, make up pon tak. Bezanya cuma aku kurus. Kedua, aku dah tak boleh jadi peramah macam dulu. Kalau aku ramah lebih sikit je, mesti ada lelaki yang salah faham aku sukakan dia dan mula la nak confess suka aku bagai.

Padahal aku sembang macam selalu ja pun. Ketiga, tunang aku jadi sem4kin cemburu. Tunang aku ni baik dari segala segi. Cuma satu je, kalau dia dah cemburu, dia tiba – tiba jadi garang dan pendiam. Pening aku nak pujuk.

Masa mula – mula aku nak diiet dulu dia macam okay ja. Dia sokong apa – apa keputuusan aku kalau keputuusan aku tu membahagiakan aku. Kemuncak cemburu tunang aku bila kelmarin kami pegi lunch kat satu kedai nasi campur ni.

Tunang aku habis makan, dia bangun pergi basuh tangan. Tengah aku dok sedap kunyah ayam goreng, tiba – tiba sorang lelaki ni datang kat meja aku dan bagi kertas kecik. Aku pun buka la kertas tu sebab aku ingatkan lelaki tu ialah waiter restoran dan kertas tu tertulis harga makanan dan minuman kami.

Tapi telahan aku silap. Rupanya kertas kecik tu ada no telefon lelaki tu. Aku pun lempar kertas tu sambil dengan nada marah cakap, “saya dah tunang. Tak nampak ke tu tunang saya?”. Lelaki tu selamba baIas, “alah belum kahwin kan. Tunang bila – bila boleh putuus kan”.

M4kin menyirap d4rah aku. Rasa nak karate je mamat tu kat situ. Tapi tak sempat aku nak baIas, tunang aku dah balik ke meja dengan muka masam dan lelaki tu pun terus mencicit keluar dari restoran. Aku cuba terangkan apa yang berlaku dekat tunang aku, tapi dia tak nak dengar.

Dia suruh aku terus pergi basuh tangan (ye tak sempat makan habis pun ayam goreng sedap tu) dan tunang aku terus pergi bayar dekat kaunter. Lepas tu dia suruh aku masuk kereta. Tunang aku diam membatu je sepanjang dalam kereta.

Muka pun lebih masam dari cuka. Sekarang ni aku rasa macam aku nak jadi macam dulu balik je macam dulu supaya hidup aku akan lebih aman dan sentosa. Tapi tu la, baju nikah dan baju wedding aku pun dah tempah ikut ukuran aku yang sekarang ni.

Kalau aku tiba – tiba membesarkan diri balik, nanti tak padan pulak baju – baju tu. Tarikh nikah pun lagi 2 bulan je. Bila aku cerita dekat best friend aku, dia cakap apa yang aku hadapi sekarang ni adalah dugaan dalam pertunangan.

Jadi, just chill and relax, berdoa banyak – banyak dan jangan nak mengelabah makan banyak – banyak untuk besar balik. Setakat ni lah luahan aku. Terima kasih banyak kepada yang sudi membaca. – Eka (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Iwani Atiqah Hata : Kang lepas kawin, gem0k la balik. Hahaha. Aku pun dulu badan berisi ja. Tak penah kurus. Ngandung ank kedua tu memang berisi habis. Sampai 127 kg berat. Sekargan ni anak ke 2 da 8 bulan, berat da 90+.

Tak duiet pun cuma buat IF dan exercise sikit – sikit. Syukur jela awak dapat kurus dengan cepat. Sebab kita kurus bukan nak cantik tapi nak sihat. Banyak – banyak doa pada Allah sebab dugaan tunang ni memang macam – macam. Ade sampai tahap boleh putuus tengah jalan. Tapi kalau yakin dengan pilihan tu, in shaa Allah memang Allah permudahkan segala urusan.

فارهين نور : Kau ni mesti lawa giIer ek sis sebab tudung senget, selipar jepun, takde makeup, baju tshirt je pun still ada orang nak tackIe. Hahaha. Aku ni kategori kurus tapi buruk rupala hitam, kalau makeup pun orang tak tegur nikan pulak tak makeup.

Seingat aku, time dinner akhir sem ramai orang tegur sebab aku bermakeup tu pun peer pressure duh. Sebab housemate roomate aku pun suka melawa. Time dah kerja time aku makeup and dress up baru students ke, cikgu ke tegur kalau tak hah4ramla.

Maybe kau just nak cerita the peek of being gorgeous kot. Maybe kau ada charm yang buat laki suka kat kau. Tahniah, dah kurus. Kau buat untuk kesihatan kau bukan nak impress orang ke apa.

Nurul Isma Nadia Ismail : Aku pun dulu orang tak pandang sangat pun.. Dah kecik sikit, orang nak kenal la, tak percaya dah kahwinla, ingat budak baru habis sekolahlah.. Laki aku pun insecure agaknya sebab aku duk cerita je kat dia kena usha. Sekarang sikit – sikit dia suruh cheat.. haha.. banyak lagi oi nak kena turunkan.. mana boleh.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?