Masa suami nak ke pejabat dan mahu bersalaman, saya jerit pada anak2 ‘don’t touch him!’.

Saya kemas baju dan terus beli tiket kapal terbang untuk kami 4 beranak. Saya nusyuz hari itu kerana tidak mendapatkan kebenaran dari suami untuk keluar rumah. Bila seorang wanita marah, tong gas pun boleh diangkat, apatah lagi nak keluar rumah tanpa kebenaran suami!

#Foto sekadar hiasan. Saya tahu hampir semua daripada kita mempunyai bekas kekasih sebelum mendirikan rumah tanggga. Samada bekas kekasih itu meIukakan atau membahagiakan, itu sahaja. Kenangan akan tetap menjadi kenangan.

Assalamualaikum. Saya Tifa, berumur akhir 30an, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Kehidupan rumahtangga saya dan suami serta anak – anak teramatlah bahagia, dengan rezeki yang melimpah ruah. Namun semuanya dirobek keras apabila suami kantoi menghubungi bekas kekasihnya beberapa bulan yang lalu.

Geram. S4kit hati. Pedih. Jantung bagai nak pecah! Semuanya bermula apabila suami kant0i membeli barang jualan dari bekas kekasihnya. Suami menipu dengan mengatakan pada saya bahawa dia membeli barang tersebut dari staff di pejabatnya.

Ingin saya ingatkan kepada pada isteri di sini, Allah itu maha adil, dia memberikan kita sang isteri INSTINCT yang maha hebat. Gunakanlah kelebihan itu dengan sebaiknya, jika terdetik di hati ada perkara yang tidak kena maka pergiIah semak suami mu!

Dalam situasi saya, hanya beberapa bulan suami selepas menghubungi bekas kekasihnya, dia kant0i dengan saya dek kerana suami seorang yang bukan perahsia, saya boleh mengakses telefonnya. Suami handal, dia act seperti tiada apa – apa sepanjang penglibatan dia menghubungi bekas kekasihnya.

Dia tidak membawa telefon ke kamar mandi, tidak pula 24 jam dengan telefon. Semuanya act seperti biasa. Saya fikirkan semuanya okay sehingga tiba di hari kejadian, Allah memandu saya untuk membuka telefonnya seawal pagi selepas subuh.

Nah! Pesanan whatsapp yang mer0bek hati saya. Saya membaca satu persatu sambil tangan kiri mengetik kamera telefon saya untuk menangkap gambar semua perbualan sebagai bahan bukti. Saya juga sempat ‘link’ whatsapp suami dengan laptop saya.

Perbualan yang sangat caring! Pada pagi itu juga, setelah suami siap untuk ke pejabat, saya katakan pada suami ‘saya dah tahu abang beli dari siapa. Jangan tipu’. Dia terkedu, terduduk di sofa. Saya? Terus naik ke tingkat atas rumah meninggaIkan dia seorang diri.

Air mata langsung tidak menitik kerana geram mengatasi segalanya. Sewaktu itu anak – anak bercuti sekolah kerana kurang sihat, sewaktu suami ingin ke pejabat dan mahu bersalaman seperti biasa, saya jerit pada anak – anak ‘don’t touch him!’.

Anak – anak terk3jut dan berdiam diri sambil dia juga terkedu melihat saya menjadi lebih singa dari singa biasa. Suasana pagi itu sangat meruntun jiwa saya, sunyi sepi tiada gelak ketawa, tiada pekikan anak – anak dan tiada civman dari saya atau dia.

Bagi saya semuanya hilang sekelip mata. Ya, kami pasangan yang sangat romantis walaupun saya seorang yang sangat tegas. Sebelum kemelut ini berlaku, hari – hari kami sangat indah, sayalah wanita yang paling bahagia di atas bumi ini.

Suami menyayangi saya seperti menatang minyak yang penuh. Sebelum ke pejabat, civman dan peIukan tidak akan kami lupakan, sebelum tidur suami akan sentiasa menkucupi saya, saya tidak sihat beberapa bulan suami akan melayani semua kehendak saya, breakfast in bed, saya lapar di tengah malam juga suami akan sediakan makanan, suami akan melakukan semua kerja kerja rumah .

Dek kerana bekas kekasih, semuanya berubah. Hati saya tawar, setawar air minuman spritzer. Setelah suami pergi ke pejabat, saya mengemas baju dan luggage, memasukkan ke dalam kereta. Menyiapkan anak – anak lantas meninggaIkan rumah.

Saya nusyuz hari itu kerana tidak mendapatkan kebenaran dari suami untuk keluar rumah. Bila seorang wanita marah, tong gas pun boleh diangkat, apatah lagi nak keluar rumah tanpa kebenaran suami! Saya membeli tiket kapal terbang untuk kami 4 beranak, terus saya meluncur laju ke KLIA.

Urusan pada hari itu sangat mudah bagaimanapun hati saya berasa sangat tidak selesa. Saya tiba di Malaysia Timur pada petang hari yang sama, hanya untuk memujuk hati. Saya lihat muka anak – anak dan akhirnya saya menangis semahu – mahunya.

Anak – anak memeIuk saya dan bertanya kenapa. Sepanjang perjalanan hanya si sulong bertanya ke mana kita mahu pergi? Mereka tidak kaget dengan perjalanan tersebut kerana saya dan suami memang kerap travel last minute, kerap merancang percutian di akhir waktu dan jelas pada waktu itu anak – anak fikirkan mamanya mahu berjalan – jalan sehingga ke Malaysia Timur.

Petang setalah saya check in di Hotel, saya menerima panggiIan dari suami, tapi saya abaikan. Semua pesanan whatsapp dari suami saya abaikan. Saya juga menyekat semua nombor suami dari telefon anak – anak.

Perancangan saya pantas, saya tidak mahu diganggu. Si suami menghantar pesanan whatsapp bertubi – tubi, bertanyakan di manakah saya kerana dia pulang tanpa seorang pun ada di rumah. Berhari – hari dia memujuk saya sehingga keesokan harinya dia pergi ke setiap hotel di daerah rumah kami untuk mencari saya.

Saya tahu kerana saya dapat melihat GPS kereta yang digunakan suami ketika itu. Dia kata dia rindu. Tapi hati saya h4ncur berkecai dibuatnya. Malam kedua, kami confront melalui pesanan whatsapp. Saya hanya mampu menaip, tidak mampu voice mail atau bercakap di telefon kerana saya tahu saya akan menjerit dan menengking sekeras – kerasnya.

Penjelasan demi penjelasan saya minta tapi biasalah sang lelaki tidak akan mengaku! Dia kata dia hanya berkawan, dan saya bertanya kenapa perlu berkawan jika tahu saya akan marah! Malam ketiga saya meminta bayaran semula kepada saya nilai yang sama dengan barangan yang suami beli dari bekas kekasihnya.

Dan saya juga meminta akses kesemua akaun simpanannya untuk saya mengaudit transaksi suami. Alhamdulillah Clear. Dalam pada masa yang sama, saya meminta suami untuk buang barang – barang tersebut untuk mengubat hati saya yang sedang s4kit.

Suami akur, menyekat nombor dari bekas kekasihnya, membayar gantirugi kepada saya, saya dapat mengaudit akaun simpanannya, dan membuang barang – barang yang bernilai beribu tersebut. Dan suami fikir dia telah dapat memujuk hati saya.

Oh tidak! Saya belum ingin pulang ke semananjung, kegiIaan saya masih di skala 10. Saya pr0voke suami dan dia mulai rimas dan marah. Saya gertak untuk dilepaskan kerana s4kitnya hati diperb0dohkan. Kerana kerap saya berpesan pada suami sebelum ini, jika hati dah beralih arah jangan tangguh untuk beritahu saya, saya okay pada rejection tapi tidak pada penipuan.

Dalam kemarahan dia, saya ulang mengatakan bahawa hati saya retak seribu. Dia mengaku yang dia juga s4kit kerana memperlakukan saya begitu. Jika dia tahu keadaan sebegini, dia tidak akan menghubungi bekas  kekasihnya, dia menyesal dan hilang arah.

Saya katakan pada suami bahawa dia tidak perlu menyesal kerana dia pasti telah berfikir ke depan apa yang akan terjadi jika saya tahu, seawal hari pertama mereka berhubung. Proses pujuk memujuk mengambil masa dari seawal pagi sehingga ke jam 1 pagi, berulang setiap hari sepanjang 7 hari.

Ada hari yang saya malas untuk mereply dan suami akan menjadi orang yang hilang arah. Sampai saat saya mahu pulang ke Semenanjung, saya terus pulang ke rumah kedua kami. Suami hanya tahu saya sudah di semenanjung apabila saya mengatakan saya sudah sampai.

Dia datang tanpa berkata apa – apa. Tanpa memujuk kerana saya berkurung di bilik sendiri. Saya berasa sangat penat! Minta untuk dilepaskan suami tidak mahu, mahu melakukan aktiviti seperti biasa perlu berhadapan dengan suami pula!

Saya jadi penat melayan em0si sendiri. Natijahnya malam itu saya campakkan krystal yang ada di dalam bilik ke dinding tanda sedih saya tidak tertanggung. Suami datang dan mengutip setiap satu kaca yang berd3rai dan saya katakan padanya ‘ itu hati saya yang dah berkecai, kalau abang rasa boleh repair dengan tangan sendiri tanpa menggantikan dengan yang baru, cubalah!’

Saya terus berlalu. Keesokan harinya setelah seminggu lebih saya kemurungan, saya didatangi suami untuk confront. Saya bertanya, menjawab, bertanya, menjawab dan menjawab, suami hanya terkedu dan sampai satu saat saya men4mpar pipi suami dek kerana s4kitnya hati.

Saya terduduk dan saat itu saya mula menangis di hadapan suami. Suami duduk di sebeIah saya dan memeIuk erat sambil mengucup dahi dan ubun – ubun saya. Saat itu saya merasakan setiap tindak tanduk suami hanyalah lakonan semata – mata.

Tidak ada satupun yang saya percaya. Kepercayaan saya pada suami sudah tiada. Terlalu s4kit apabila kepercayaan dikhi4nati. Silap saya kerana terlalu mempercayai suami. Terkadang saya tinggalkan dia berseorangan berhari – hari kerana mengejar rutin perniagaan saya.

Saya ingatkan itu perkara MUTUAL kerana kami pasangan PJJ bertahun – tahun lamanya sebelum ini. Saya ingatkan suami seorang yang kuat untuk mempert4hankan cinta kami, tetapi tidak! G0daan dari pihak ketiga itu amat d4hsyat!

Dan bekas kekasihnya juga memang sudah mengejar suami saya bertahun – tahun lamanya. Cuma baru tahun lepas suami kecundang! Saya fikirkan ini lah dinamakan MID LIFE CRISIS bagi seorang lelaki. Mungkin. Dalam proses kembali kepada suami dan hidup seperti dulu, banyak yang saya ambil kira.

Saya hanya menyalahkan bekas kekasih suami kerana mengg0da suami, yang lainnya saya meletakkan kesemua kesalahan pada suami. Gatal, Mid Life Crisis, Tidak sedar diri, dll. Saya? Masih bermuhasabah diri untuk mencari apakah hikmah di sebalik kecurangan ini.

Pada masa yang sama, untuk saya meletakkan kepercayaan saya semula pada suami, kami telah bersepakat untuk membuat perjanjian. Mungkin ini membolehkan kepercayaan saya kepada suami wujud kembali, wallahualam.

Kepada para suami, apakah yang bermain di kepala mu sehingga kamu terjebak kembali kepada cinta lama? Hidup kosong dan bosan? Kenapa tidak terus luahkan pada isterimu biar isterimu lebih bersedia? Kenapa perlu berbohong?

Kepada para Bekas Kekasih yang telah membuat onar, tidakkah kamu lihat betapa porak perandanya rumahtangga yang telah dibina kerana kehadiran kamu? Kenapa masih mengejar cinta lama, tidak bahagiakah kamu sekarang?

Tidakkah kamu kasihan pada kaum sejenis mu? Tidak rasa bersalah??? Kamu yakin bekas kekasihmu akan meninggaIkan isterinya? Saya juga seorang bekas kekasih, tetapi saya masih ada nilai dan harga diri. – Tifa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nisa Izwan : Suami TT dah pun mengaku kesalahan dan berusaha untuk memujuk. Setiap manusia ada kelemahann kesalahannya. Sebagai isteri bila ada masalah kita perlu bertenang dan sabar dan bukannya mengikut kata hati dan perasaan marah, itu akan membuatkan hubungan menjadi lebih jauh.

Lebih baik duduk berbincang dan cari punca penyelesaian dan selesaikan bersama – sama. Kalau terus over react macam nie pasti suami pun akan turn off sebab semua manusia ada limit kesabarannya. Semoga TT dan suami dapat menyelesaikan masalah ini dan kembali bahagia. Insyallah kita semua doakan.

Sepi Mentari : Semalam baru tengok satu movie, kegiIaan seorang isteri boleh tahap paling tinggi bila keadaan jadi macam ni, jangan la buat hati orang macam ni. Boleh jadi hilang kew4rasan. S4kit yang diterima orang lain – lain.

Jangan disamakan semua orang. Kalau kau boleh chill kau chill. Kepercayaan yang dir0bek ni meny4kitkan. Lagi – lagi spesis suami yang bagi bunga – bunga cinta pada awalnya terIampau banyak, lagi la percaya tu dalam. Kau rasa?

S4kit dia macam mana antara suami yang layan suam – suam kuku je. Valid s4kit yang tt rasa tu. Semoga dipermudahkan urusan. Fikir la baik – baik untuk anak – anak tt. Mungkin s4kit tu tak tersembuhkan, dunia ini sekejap saja.

Akrima Abu Bakar : Memang la mana – mana wanita akan cemburu bila suami contact dengan kekasih lama tapi maybe antara sebab suami beli dengan ex sebab dia dah anggap sebagai kawan senang nak berurusan. Tt tak cerita perbualan yang caring tu cemana, so saya taktau la samada perbualan tu memang berlebihan atau sekadar perbualan dengan kawan lama yang catch up with each other.

Tapi as wife, kita jangan juga terlalu ikut perasaan. Selagi tak meIampaui batas, warning la suami tu dulu. Bincang elok – elok, meng4mok tak selesai masalah ape – ape. Lebih teruk jika kita libatkan anak – anak dalam perg4duhan kita.

Apepun yang berlaku antara kita dan suami, jangan libatkan anak – anak. Kalau kita meninggaI dunia masa keluar rumah tanpa izin tu, sia – sia je kita pergi dari dunia ni dalam keadaan nusyuz. Hidup ni sekejap je, tak berbaloi kerana ikutkan perasaan kita tersiksa di akhir4t kelak. Ni bukan ujian untuk suami je, tapi ujian untuk isteri jugak. Moga dapat jumpa titik penyelesaian. Aminn..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.