Saya jadi k3jutan budaya bila dapat keluar bekerja dari pakai pakaian menutup aur4t dah mula pandai pakai baju, seluar ketat dan akhirnya buka tudung macam zaman belum kahwin. Salah suami dekat sini langsung tak tegur, dan saya seronok bile ada lelaki lain yang puji saya. Kira saya masih laku lagi…
#Foto sekadar hiasan. Suami saya dambaan setiap wanita. Walau tak alim, suami saya sangat baik, romantik, tak suka buang masa di luar, family man, membantu saya urus rumah, nafkah saya dan anak – anak sentiasa cukup.
Setiap hari jadi dan anniversary tak pernah dia lupakan. Dia sangat sayangkan saya.
Semuanya bermula bila saya sebagai surirumah mencuba satu bisnes yang perlukan saya bergaul dengan orang ramai. Perlu kursus, kelas, appointment, dll.
Makna kata kehidupan saya selepas bekerjaya berubah bagai langit dengan bumi. Kalau dulu duduk di rumah saja sekarang saya keluar hari – hari.
Pakaian saya daripada menutup aur4t sempurna, saya mula memakai seluar ketat, tudung pendek, dan akhirnya buka tudung seperti zaman sebelum kahwin.
Di sini saja kesiIapan suami saya, dia tak menegur dan membiarkan saya bebas kerana dia terlalu sayangkan saya.
Mungkin disebabkan saya yang kelihatan sem4kin vouge, sudah mula ada rakan sekerja yang mesej saya walaupun mereka tahu saya sudah berkahwin.
Saya tak tahu dengan industri lain, tapi dalam bidang ini, lelaki tak peduli wanita tu isteri orang atau tak, mereka cuba saja. Ada yang saya layan, ada yang saya buat biasa – biasa saja. Mereka ini bujang dan suami orang.
Puji – pujian lelaki buat saya terawang – awang, kerana selama menjadi surirumah saya rasakan saya sudah tak cantik. Suami bukan tak puji saya, tapi bila lelaki luar memuji saya rasa saya masih laku. Astaghfirullah.
Akhirnya saya sem4kin rapat dengan seorang rakan lelaki yang juga suami orang. Hubungan kami berjalan hampir 7 bulan.
Sepanjang itu juga saya selalu balik lewat. Prestasi kerja terganggu kerana dah tak fokus lagi. Anak pun saya jumpa malam saja, kesian anak saya bila saya ingat balik kebod0han saya.
Hubungan ini suami dapat tau bila suami buka WhatsApp saya dan baca perbualan kami yang menjurus kepada maksi4t.
Suami sangat marah dan kecewa dengan saya. Mujur saja suami tak ceraikan saya dan berikan masa untuk saya berubah. Suami juga berjumpa dengan lelaki itu dan beri amaran. Sejak itu kami tak berhubung lagi.
Kerjaya saya terganggu akibat perkara ini. Saya akhirnya buat keputvsan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang melibatkan diri dengan orang lelaki.
Saya kini kembali menjadi surirumah, bekerja sendiri lebih tenang dan seIamat untuk saya, kalau di luar itu merisik0kan suami, anak dan akhir4t saya.
Di sini saya kongsi sedikit tips untuk berubah, kalau betul – betul sayangkan pasangan dan anak – anak :
1) Tukar environment/ kerja. (Tak mudah tapi, berbaloi)
2) Putvskan semua hubungan dengan orang tersebut. (You will be fine)
3) Dapatkan khidmat nasihat kaunselor/ ps1kiatri. (Saya ada daddy issue)
4) Bila berkawan berlainan jantina :
– Jangan whatsApp selepas kerja hal tak penting.
– Jangan berdua dalam satu kereta.
– Elak makan berdua.
– Jangan kerap berjumpa.
5) Bila ada orang cuba nak dekat, anggap macam satu cab4ran. 1 markah bila kita berjaya tepis g0daan. Macam berjaya menang game yang very chaIIenging.
Sebagai pasangan, bila merasakan ada sesuatu yang berlaku, terus take action ketika itu juga. Tegur pasangan ketika ternampak bunga – bunga kecurangan. Tegur dan take action.
Saya bersyukur Allah gerakkan hati suami untuk cek whatsapp saya, asbab itu saya kini bebas dari curang dan berpeluang masuk syurga kembali.
Doakan saya jadi isteri solehah dan kami sekeluarga masuk syurga. Di syurga itu ramai pend0sa yang bertaubat kan? Masih ada sinar untuk saya. InshaAllah. – Tokyo (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zy Ismail : Sebab tu dalam Islam perempuan ni lebih baik diam di rumah jika tiada apa – apa urusan di luar, ke masjid pun tidak digalakkan namun tak dilarang. Even mencari rezeki pun terdedah dengan pergaulan ajnabi. Tak semua orang mampu menjaga ikhtilat dengan baik. Diam di rumah tidak bermakna hilang kebebasan, anti sosiaI atau sempit pemikiran. Allah tu sebaik – baik pemelihara, yakinlah jika tiada urusan penting di luar, rumah tu adalah sebaik – baik tempat bagi wanita. Rumah tu tempat membangunkan keluarga, sekolah pertama anak-anak, tempat ibadat dan banyak kebaikan dan keberkatan di dalamnya. Dan para suami juga, IindungiIah para wanitamu.
Ellya Farahanny : : Puan ni dia kejutan budaya sekejap rasanya. Takpe yg penting dia dah sedar. Alhamdulillah. Ladies, kita kena sayang diri kita dulu. Always bagitau diri kita cantik sangat, kita hebat, kita kuat, kita bijak.
Bila kita confident mcm ni, you don’t need anyone else to vaIidate it for you. Kalau orang lelaki lain (selain suami) puji pun lepas ni, u akan rasa “Yeah I know. You don’t need to tell me” supaya u tak rasa terawang – awangan bila orang puji. Semoga kita semua dijauhkan dari ujian ni. Aminn
مونيرا رزالي : Curang tu pilihan sendiri.. Kita yang pilih jalan hidup kita. Selagi kita berpegang pada syariat. Menutup aur4t. Menjaga ikhtilat. Macam mana situasi tempat kerja pun, inshaa Allah. Allah akan Iindungi. Kau beriman, maka jaga iman tu. Hal orang lain memang luar kawalan kita tapi diri kita sendiri, kita boleh kawal. Mujur tak sampai tahap berz1na ye. Awak antara perempuan yang tak reti jaga maruah diri dan suami. Mujur suami dapat tahu awal tentang apa yang berlaku. Semoga jadi pengajaran yang berguna.
Maira Marol : Alhamdulillah Puan dah sedar. Tak ade masalah jangan cari masalah. Persekitaran tak salah. Puan yang lupa diri. Jaga maruah diri, suami dan mak Ayah Puan. Jangan sebab rasa cantik, masih laku dan lain – lain seronok. Maaf jika kata – kata saya kasar. Saya bekerja dengan kawan – kawan sekerja majoriti lelaki. Saya drive kete sendiri, pergi makan sendiri. Tak ade istilah nak berdua – duaan. Sekarang fokus saya ialah mendidik anak – anak. Sama – sama dengan suami, suami Iron baju sekolah anak – anak, saya ajar anak – anak kerja sekolah. Kesian anak – anak Puan. Semoga kesilapan lalu jadi pengajaran.
Julie Anme : Puan tidak jujur bila salahkan suami dengan kecurangan puan. Ramai luar sana yang bekerja di keliIingi lelaki tetapi tidak curang sedikit pun. Soal buka tudung, dating dalam kereta, menipu suami dan lain – lain adalah kerana nafsu puan semata – mata. Suami percaya dan isteri ambil kesempatan. Semoga puan tidak mengulangi semua kesilapan lalu. Kita dah kahwin sedar dirilah. Kalau gangguan luar mmg bukan manusia tapi hasutan sya1tan tapi sya1tan cakap, orang beriman kebal dengan hasutan dia. Jadi marilah kita jadi manusia yang beriman.