Masa aku tadika ayah masuk penjara. 10 tahun kami hadap ayah keluar masuk penjara. Hasil sabar ibu, kami jumpa pelangi

Ibu tutup rapat aib ayah, hanya keluarga yang tahu keadaan ayah. Dalam penat kerja sebagai cikgu, ibu buat macam – macam kerja untuk sara kami 5 beradik. Atok bagi duit pencen dekat kami sedangkan duit atok pun tak banyak. Setiap kali cuti, atok bawa kami melawat ayah di penjara..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum wbt. Aku teringin nak berkongsi dengan para pembaca sekalian. Tentang kisah hidup aku yang tidak boleh disiarkan secara terbuka demi menjaga nama baik keluarga. Aku Nini, datang dari keluarga biasa – biasa dengan 5 orang adik beradik.

Ibu aku seorang cikgu sekolah dan ayah aku adalah pesara kerajaan. Masalah dalam keluarga aku bermula sebelum aku lahir lagi. Ayah aku yang bekerja dengan kerajaan terlibat dengan barang terlarang. Aku tidak pasti sebelum aku memahami kehidupan, bagaimanakah kehidupan ayah dan ibu tetapi melihat kepada gambar – gambar, kami adalah keluarga yang bahagia.

Tapi matahri tidak selalu cerah. Semasa aku di tadika, ayah aku ditangkap polis atas kes barang terlarang. Rumah aku diperiksa dan kena geledah habis. Polis bukan datang sehari dua sahaja malah sedang aku bermain di luar akan ada polis datang menerjah.

Ibu aku mengetahui tentang per4ngai ayah tapi aku kira dia tiada kekuatan untuk mengubah ayah aku. Sepanjang aku di sekolah rendah, ayah aku tak henti keluar masuk penjara. Apabila perlu mengisi borang sekolah, ada kalanya ingin sahaja aku menulis (di penjara)

Tetapi ibu aku akan mengarahkan kami untuk menulis “pesara kerajaan” dengan pendapatan yang minimum dan akan disahkan oleh sidang kampung yang juga pakcik saud4ra aku (abang ayah aku). Bayangkan pada usia 40-an, ibu aku berhempas pulas menjaga dan mencari duit untuk kami 5 beradik, membuat kueh dan sebagainya tapi dalam masa yang sama masih bekerja sebagai guru sekolah.

Susah mana pun kami, pendidikan kami diutamakan tapi sudah tentu bukan semua mampu dipenuhi. Keperluan em0si anak – anak selalu terabai. R0tan dan arahan makanan harian kami. Mungkin ibu pun penat, tak tahu mana lagi nak lepaskan penat lelah, anak – anak menjadi m4ngsa. Aku faham tu.

Aku menjadi seorang yang sangat bermasalah di rumah walaupun sangat cemerlang di sekolah. Rahsia ayah aku ini hanya diketahui jiran dan keluarga. Guru – guru sekolah, malah mungkin rakan ibu aku tiada siapa yang tahu.

Orang luar, bahkan kawan – kawan aku hanya melihat aku sebagai bertuah kerana dikurniakan akal yang bijak, mudah belajar dan sentiasa cemerlang. Dipendekkan cerita, aku sekarang boleh dik4takan agak berjaya. Aku mencapai tahap tertinggi pendidikan dari institusi terkemuka luar negara, sudah berkeluarga dan ada kerjaya yang stabil.

Adik beradik aku semua berjaya dalam bidang mereka. Tiada seorang pun menghisap r0kok walau ada yang lelaki kerana bencinya kami pada najiis tersebut. Ayah aku pula, Alhamdulillah, selepas aku kira 10 tahun keluar masuk penjara, (sentiasa akan ada kes selepas keluar penjara), dia mula berubah dan bekerja.

Menampung segala yang tidak pernah dilakukan selama ini, kembali mencari Tuhan pada usia tuanya. Dia sentiasa berada di rumah dan masjid kerana tidak berani berkawan ramai kerana dia tahu keadaan diri yang mudah terpengaruh.

Aku kira ini semua asbab doa ibu aku yang tidak pernah lelah. Asbab bantuan datuk aku (ayah kepada ayah aku) yang sentiasa membantu menantunya dari pelbagai segi walau kewangan bukan segalanya. Apa yang aku nak sampaikan adalah kepada adik – adik yang dari keluarga bermasalah,

Ibu bapa kita sentiasa mencuba yang terbaik pada usia muda mereka. Ada masanya mereka tersilap langkah. Maafkanlah, bantulah dan bersabarlah. Kembalilah kepada Tuhan yang memegang segala hati manusia. Kerana hujan itu tidak akan sentiasa turun, matahari akan mula menyinar, membawa pelangi yang indah. Hingga saat itu tetaplah memberi bekal kepada jiwa. – CUDIPT (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Melihat maklumbaIas pada cerita aku pada kali pertama, aku ingin menyambung kisahnya untuk pedoman yang membaca. Ayah aku dari keluarga yang agak ‘mampu’ kerana atok bekerja kerajaan dan nenek surirumah sepenuh masa.

Tiada istilah br0ken family, tiada istilah tidak cukup keperluan bahkan mereka keluarga pertama memiliki television di kampung mereka. Nenek sentiasa ada di rumah dan rapat dengan anak – anak termasuk ayah aku. Apa yang menyebabkan ayah aku terlibat najiis d4dah?

Aku tiada jawapan dan tiada kekuatan bertanya soalan. Tapi najiis d4dah ini seburuk – buruk najiis yang boleh meruntuhkan semuanya. Ibu aku pula datang dari br0ken family. Anak non muslim yang diserahkan kepada keluarga angkat muslim kerana lahirnya sebagai perempuan.

Kemudian keluarga angkat bercerai berai meninggaIkan ibu aku berusaha sendirian. Dan digagahi juga hingga berjaya menjadi guru. Apa yang menjadi kekuatan ibu aku untuk bertahan? Mungkin kasihankan kami adik beradik, kerana dia sudah melalui hidup tanpa bapa, tanpa keluarga yang lengkap.

Jadi aku rasa ibu usaha sehabis baik untuk cukupkan keluarga kami. Mungkin kerana bercerai, akan memutuskan hubungannya dengan keluarga besar ayah aku yang sangat baik. Ibu aku tidak ramai adik beradik angkat dan hubungan kekeluargaan tidak sekuat keluarga ayah aku.

Ini memang aku puji dengan keluarga ayah. Atok dan pakcik makcik aku beIah ayah sangat baik. Sikit pun tak tinggalkan kami lepas apa yang jadi pada ayah. Walaupun ayah keluar masuk penjara, kami tak dipulaukan. Kerana sepanjang ketiadaan ayah, datuk aku yang membantu dalam urusan serba sedikit semampunya.

Dia juga sentiasa memberi wang kepada ibu walaupun pencennya tidak sebesar mana. Kami sentiasa melawat ayah. Ketika cuti sekolah, ketika raya, dengan datuk aku sebagai pemandu utama. Jarak bukannya dekat, hampir 3 – 4 jam perjalanan bagi satu trip untuk melawat ayah di penjara tapi kami sentiasa nantikannya.

Terutama aku kerana aku tidak sabar memberitahu keputuusan peperiksaan aku yang sentiasa membanggakan. Ibu tak pernah cerita buruk tentang ayah, apa ntah lagi menghasut. Aku akui mungkin banyak mata – mata memandang rendah ayah aku terutama dari adik beradik sendiri.

Tapi aku juga pasti ayah aku sangat berbangga dengan anak dan isteri kerana kami antara paling berjaya di kalangan sanak saud4ra dari segi pelajaran. Tapi satu sahaja yang aku pasti, ayah aku memang tidak pernah naik tangan pada ibu aku, tidak buat perkara yang terkutuk di belakangnya.

Duit pula pastilah diminta dari isteri dan datuk ketika ket4gihan memuncak. Ayah aku punya adik yang sama keadaan dengannya. Tapi adiknya tidak berjaya melepasi ujian. Pada usia 60-an, dia masih terlibat dengan najiis d4dah.

Isterinya telah lama minta diceraikan dan mereka dah berpisah. Tiada anak hasil bersama. Setelah pemergian datuk aku, pakcik aku sem4kin susah dibantu. Ayah dan adik beradik lain cuba membantu tapi sememamgnya sejauh mana hubungan itu dapat membantu jika tiada kekuatan setiap hari dalam menjauhi najiis itu sendiri?

Jadi kepada pembaca budiman terutama anak muda, yang membuang keluarga, tidak mahu berkahwin dan sebagainya, ketahuilah berkeluarga dan bertanggungjawab itu berat., amat berat. Tapi yang berat itulah kekuatan. Menongkah setiap hari dengan ujian memahami manusia.

Bertolak ansur dengan keluarga, cuba menyayangi seadanya. Akhirnya Allah hadirkan pelangi di hujung usia buat ibu aku. Aku bersyukur, anak – anak aku dapat merasai kewujudan datuk dan datuk mereka sangat rapat dengan mereka.

Semoga isteri – isteri yang menghadapi ujian seperti ibu aku diberi kekuatan bersabar. Biarlah jika ramai manusia berkata “sayangi diri terlebih dahulu”, tapi anda memilih untuk berk0rban diri, ketahuilah Allah melihat peng0rbanan tu, susah payah mu dan Allah akan memudahkan urusan mu. Pers3tankan manusia. Pilihlah yang terbaik pada akal fikiran mu dengan sujud istikharah meminta petunjuk Allah swt. – CUDIPT (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rainbow Sunshine : Alhamdulillah… Tt berjaya melepasi fasa genting tatkala ayah di penjara kerana d4dah kerana ada ibu yang sabar dan bijak walaupun ada masa dia terlebih marah namun marah kerana sayang, penat…

Kunci kebahagiaan sabar dan maafkan… Redha dan syukur… Kunci kejayaan jangan fikir kata orang, ikut petunjuk Ilahi… Doa selalu pada ibu bapa… Berbakti bukan kerana membaIas jasa tapi ikhlas kerana perintah Tuhan.
Alhamdulillah, dalam kesukaran ada kemudahan… Yang kita harap pengakhiran yang lebih baik.

Azrul Hassan : Betul, sokongan keluarga adalah antara faktor terpenting. Saya melihat sendiri pada jiran sekampung.

GoodLuckBella Nabila : Ibu awak hebat. Sebab membesarkan awak yang berjiwa besar tak pernah benci ayah. Supporter kuat juga membuatkan ibu awak boleh terus bertahan. Semoga ayah awak sentiasa membahagiakan ibu awak di hujung – hujung usianya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.