Aku lihat ayah sem4kin runsing. Dulu rambutnya lebat hitam sekarang dah keputihan. Bila aku tanya abah cakap tak ada apa – apa. Namun beberapa bulan selepas tu semuanya terbongkar. Rupanya dah dua bulan abah diberhentikan kerja dari syarik4t minyak..
#Foto sekadar hiasan. Telah lama soal ini aku pendam, aku sangka lama – lama sem4kin senang, aku sangka susah yang datang tidak kekal dan pastinya akan hilang. Namun isu ini tak dapat lagi aku simpan, tak dapat lagi aku pendam.
Dan harini ingin aku luahkan kepada anda pembaca semua supaya dapat kamu sendiri faham dan hadam. Maaf, cerita ini bukan khayalan, ini cerita sebenar. Terpulang kepada pembaca untuk menilai kesahihan. Kalau dirasakan cerita ini tidak berguna, mohon dimaafkan.
Cuma hati manusia setakat mana mampu menahan perit dan siksa, lambat laun kecundang juga. Ya, sepertimana kebanyakan pembaca aku juga seorang pelajar, mengambil asasi di satu universiti ipts dan kini sedang melanjutkan degree di universiti yang sama.
Mulanya kemasukan aku adalah pada awal tahun lepas, pada masa itu semua masih baik – baik saja. Gembira bila dapat melanjutkan pelajaran di negeri asing. Namun kini, s4kit, pedih dah h4ncur luIuh hati aku kerana perancangan yang aku rancang dari dulu tidak berjalan mengikut sangkaan, terpesong jauh dari landasan.
Semasa melanjutkan pelajaran aku tidak meminta sebarang pinjaman atau scholarship kerana ayah berkata “tak usah mintak pinjaman, biarlah pinjaman itu kita bagi untuk yang lebih memerIukan. Abah masih mampu biar abah saja bayarkan.”
Jadi aku iakan saja kata abah. Aku masuk ke universiti sebagai private student, yuran setiap semester abah yang bayarkan. Mahal, ye memang mahal namun ayah berkeras mahu aku belajar di universiti tersebut kerana di situlah abah melanjutkan pelajarannya dulu.
Dalam erti kata lain, dia mahu aku mengikut jejak langkah dia. Sebagai seorang anak, tiada orang yang lebih aku jadikan idola selain ayah sendiri. Jadi hati aku lebih dari gembira apabila dihantar ke universiti sama dengan dia.
Aku belajar, belajar dan belajar hingga akhirnya aku berjaya memasuki degree di universiti yang sama berbekalkan cgpa 2.8 saja. Sudah tentu pointer itu tidak seberapa tapi aku gembira kerana itu hasil penat lelah aku menimba ilmu selama ini.
Tahun berikutnya bukanlah satu tahun yang indah bagi aku, masa itu aku melihat ekonomi kian merosot. Aku yang sedang melanjutkan universiti masih mempunyai 5 orang adik di bawah aku. Seorang mahasiswa dan selebihnya masih bersekolah.
Ekonomi ini sem4kin menakutkan, di kiri kanan aku lihat sahabat aku semua sem4kin susah, jarang aku jumpa yang sem4kin senang. Ayah aku juga sem4kin runsing, rambutnya yang dulu lebat berwarna hitam kini keputihan akibat pening dia dalam pemikiran.
Apa yang dia fikir dan apa yang dia runsingkan? Itu menjadi persoalan. Aku tidak menghiraukan pada mulanya, namun setelah begitu lama aku pun bertanya. “Abah, kenapa Sham tengok abah macam susah hati je, abah ada apa nak kongsi dekat Sham ke?”
“Sham tak payah risau, tak ade apa – apa. Biasalah umur dah m4kin tua m4kin banyak cab4ran.” baIas abah. Aku tahu dia sorokkan sesuatu tapi aku tak mahu mem4ksa. Namun berapa bulan kemudian, segalanya terbongkar.
Rupa – rupanya abah sudah 2 bulan dilepaskan dari syarik4t minyak. Kononnya itu pemberhentian sementara, namun sampai sekarang masih berdiam tiada apa – apa. Ye, ekonomi tengah s4kit semua turut merasa s4kit.
Sahabat abah ramai yang datang ke rumah berbincang tentang di mana nak mencari peluang pekerjaan sekarang? Semua tengah tenat, yang kerja MAS kena pecat, kerja Petronas kena buang, sekarang mana nak kerja baru selamat? Itu antara rintihan abah.
Abah bukanlah jenis yang suka mengeluh dan merintih, bukan juga jenis keluarga kami ingin mengemis. Dan setelah 22 tahun aku hidup, baru kini ku lihat abah gundah sentiasa mencari kerja. Tidurnya tidak lagi terjaga, kesihatan dia tidak lagi dia hiraukan.
Dia sepertinya rasa bersalah kerana gagal mencari kerja. Namun aku berkata kepada abah, “Takpe abah, insyaALLAH ada rezeki keluarga kita nanti.” Abah cuma membaIas, “Kalau takde rezeki untuk abah, abah cuma harap tak akan terputvs rezeki anak – anak abah.”
Sejak dari itu, kami mulai berjimat. Kalau dulu susu segar sentiasa ada di dalam peti, kini jarang – jarang saja membeli susu segar. Kalau dulu kereta ada 3, kereta milik ibu abah dan aku. Kini tinggal dua. Aku suruh abah menjual kereta yang dia hadiahkan kepada aku.
Pada mulanya abah tak sanggup, dia kata, ”itu hadiah untuk abang, abah tak boleh jual. Itu abang punya.” Namun setelah didesak oleh aku, abah pun menjual kereta itu kepada salah seorang sahabat dia. Hasil dari duit itu aku minta sedikit dari abah untuk membeli motorsikal 2nd hand namun lesen motor pula aku tidak ada.
Pada hari aku membeli motor 2nd hand itu, apabila dia melihat motorsikal yang aku beli abah terduduk menangis. “Kenapa tak beli yang baru tanya abah, kenapa beli motor 2nd hand? Kan duit hasil jual kereta itu duit abang, kenapa tak beli motor baru je untuk abang?”
”Lesen motor pun Sham tak ade abah, motor ni nak buat guna dalam kampus je abah, buat apa yang baru. Yang ni yang lama boleh buat Iasak sikit.” “Maafkan abah ye bang, nanti kita beli balik kereta untuk abang ye abah janji.”
“Abah jangan mintak maaf abah, Sham lagi suka naik motor. Senang abah, jimat minyak. Nak gi kelas pun senang.” Aku langsung tak terasa, bagi aku harta yang kami ada masih cukup, kami masih selesa sebab kami ada keluarga.
Itu harta paling bernilai bagi aku. Sewaktu semester ketiga degree , aku mengambil 5 subjek yang kosnya bernilai lebih 8 ribu ringgit. Itu belum termasuk kos penginapan dan makan minum. Waktu itu duit bulanan yang ibu berikan pun sudah berkurang, jadi aku sem4kin jarang – jarang keluar dari bilik.
Selesai kelas aku terus balik ke bilik asrama dan tidur, malam pula aku duduk ulangkaji pelajaran. Apabila kawan ajak lepak, selalu aku menolak. Akibat dari perbuatan aku itu, sahabat aku sem4kin berkurang. Mereka ingat aku sombong dan lupa kawan, walhal aku tidak mahu keluar kerana sempitnya duit yang aku ada dan tidak mahu pula aku menyusahkan mereka.
Biar susah, tak akan aku mengemis meminta – minta. Aku hadkan perbelanjaan, aku ubah gaya kehidupan, aku tidak lagi amalkan gaya hidup lama aku yang dulu kuat berbelanja, berjalan ke sana sini, semua aku hentikan.
Baju baru tidak lagi aku beli, makan minum semua aku perhati, kalau harga lebih rm6 aku tak akan jejak kerana aku tahu nanti duit bulanan ibu beri pasti tak mencukupi. Baju kusut dan lama, apa aku hiraukan aku pakai saja.
Kalau dulu jenis selalu beli pencuci muka atau barang di guardian dan watson, kini tidak lagi aku beli. Jimat, jimat dan jimat, itu prinsip aku. Kalau dulu t4rget aku ingin kaya kerana ingin membeli kereta mewah dan pelbagai, kini aku cuma ingin berharta supaya tidak lagi meminta duit keluarga.
Berbalik kepada yuran aku yang 8 ribu, aku menelefon ibu untuk memberitahu yuran harus diselesaikan kalau tidak nanti tak dapat masuk jawab exam. Ibu pun bertanya, “Berapa yuran sem ini, nanti ibu bank in kan. Abang bagitahu la nanti berapa abang perIukan.”
Aku terkelu, tak mampu aku nak bagitahu kepada ibu tentang yuran yang beribu – ribu. Aku tahu, nanti pasti ibu dan abah harus gadaikan sesuatu untuk selesaikan yuran ku itu. Lalu aku mengambil iniatif untuk meminta pinjaman, aku pergi untuk membuat pinjaman MARA namun amat sedih apabila Mara telah dibekukan, tiada lagi dibuka untuk peminjam baru.
Aku cuba pula cara scholarship lain, namun p0inter aku yang tidak seberapa menyebabkan aku tidak layak. Aku cuba, sump4h aku mencuba. Sana sini aku pergi menaiki motor untuk mencari pinjaman dari mana – mana yang menyediakan pinjaman untuk pelajar namun hampa.
Tiada satu pun yang menerima. Semua cakap aku tidak layak. Aku akhirnya cuba untuk meminjam Zakat kerana di universiti aku ada buka kaunter zakat untuk pelajar namun zakat juga aku tidak layak menerima. Aku faham, pasti sudah ramai yang meminta dan mungkin bukan rezeki untuk menerima.
Akhirnya hari final exam sudah hampir tiba, selagi yuran tidak diselesaikan aku tidak akan mampu masuk ke dewan exam. Aku berasa berat hati untuk menelefon ibu, aku terfikir, bagaimana cara ingin meminta dengan ibu duit sebanyak 8 ribu, sedangkan ibu mahu membeli barang rumah pun berfikir 2 – 3 kali.
Namun aku gagahkan hati, aku telefon ibu dan setelah aku mendengar suara ibu aku jadinya tidak mampu ingin meminta nilai sebanyak itu dengan aku. “Ibu, yuran abang kena selesaikan dah ni ibu. Dalam anggaran 8 ribu jugak abang kena bayar ibu.”
Terdiam.. tiada baIasan. Akhirnya aku tanya sekali lagi, “ibu, ibu okay tak ni?” “Sorry abang ibu dengar, maaf abang ibu tak ade lagi 8 ribu sekarang. Bila abang kena bayar? Sekarang juga ke? Biar ibu cuba cari dulu ye, nanti ibu call abang balik. Maaf ye abang.”
Aku hampir menangis, air mata tak dapat lagi aku bendung. Aku terp4ksa m4tikan talian, aku tak nak ibu dengar anak lelaki dia menangis kelemahan. Aku tahu nanti ibu akan susah hati. Aku juga tak mahu ibu menggadai emas dan barang kemas yang dia ada.
Aku juga tahu ibu tak suka meminta dengan sesiapa jadi aku tak mahu ibu aku meminta dengan saud4ra mara. Aku tahu ibu malu, aku tak mahu ibu malu dengan orang lain. Aku anggap ni beban aku, bukan beban abah dan ibu.
Keesokan hari ibu menelefon kembali. “Abang, ibu bank in kan 3 ribu dulu boleh? Nanti lagi 5ribu ibu bank in kemudian hari ye bang. Boleh tak camtuh” “Ibu, 3 ribu tu dah cukup ibu. Tadi abang pergi dekat bahagian pejabat pengurusan, diorang cakap bayar 3 ribu je dulu yang perlu, selebihnya bayar semester depan pun takpe ibu. ”
“Betul ke bang, alhamdulillah . Kalau camtuh ibu pergi bank in sekarang ye.” “Ye ibu, terima kasih ye ibu”. Aku terp4ksa menipu, mana mungkin pengurusan membenarkan pelajarnya membayar kurang. Aku terp4ksa kerana aku tak mahu lagi susahkan abah dan ibu, aku terp4ksa ibu.
Maafkan anakmu kerana menipu. Aku terp4ksa ibu, maafkan anakmu ibu. Maafkan aku. Dan sudah tentu, aku cuma membayar 3 ribu kepada universiti, aku cuba memberitahu mereka masalah yang aku hadapi namun dipatahkan dengan hujah,
“Kalau dah tahu tak ade duit kasitahu awal, ni sekarang susahkan pengurusan nak kena tolong awak pulak. Bukan awak sorang yang belajar kat sini, kalau semua buat per4ngai macam awak tak ke jah4nam!” Aku minta maaf berkali kali, aku katakan yang aku tidak tahu situasi jadi begini.
Aku merayu agar diberikan peluang menjawab exam. Namun akhirnya pengurusan membatalkan 5 subjek aku dan aku cuma mampu pergi menjawab 2 paper daripada 5 kerana nilai 3 ribu yang aku bayar tak cukup untuk semua.
Dan itupun aku masih berhutang lagi RM500. Aku redha, aku tidak memberitahu ibu tentang apa yang terjadi. Cukuplah aku sendiri yang pening memikirkan hal ini, usahlah ibu dan abah kau risaukan lagi. Anakmu tahu kau pastinya susah hati, dan anakmu tidak mahu itu terjadi.
2 paper yang aku jawab aku gagal 1 paper. Ya Allah b0dohnya aku Ya Allah, belajar untuk 5 subjek, jawab 2 subjek dan 1 subjek aku gagal. Ya ALLAH, betapa b0dohnya h4mbamu ini ya ALLLAH. Bukan salah orang lain, pastinya salah diri aku sendiri.
Setelah habis cuti sem itu, aku kembali ke universiti untuk meneruskan pengajian. Alangkah terk3jutnya aku apabila mendapat tahu aku bukan lagi pelajar yang aktif atau dalam kata lain, aku bukan lagi berstatus pelajar di sana.
Aku terk3jut, aku sangka ini cuma satu kesalahan sistem sahaja lalu aku pergi berjumpa admin universiti dan sangkaan aku salah. Bukanlah kesalahan sistem namun MEMANG benar aku telah dibekukan. Apabila aku bertanya atas sebab apa, staff di sana memberitahu bahawa aku masih berhutang RM6000 dengan diorang, dan untuk aku aktifkan balik status aku sebagai pelajar, aku harus membuat bayaran sebanyak lagi RM500.
Di mana maksudnya kini aku berhutang untuk, kos 5 subjek yang digugurkan RM5500 dan kos pengaktifan sebagai pelajar RM500. Hati aku r3muk, h4ncur, luIuh, aku terduduk terdiam. Ya Allah, di ekonomi sekarang mana aku nak cari RM6000 ya Allah?
Dari dulu tak pernah sekali aku terlambat bayar yuran selama aku 5 sem di sana, semua bayaran aku selesaikan dengan tepat. Namun akibat aku tengah susah sekali itu, aku tidak lagi diiktiraf sebagai pelajar universiti di sana (aku tak akan sebut nama universiti untuk menjaga aib, uni itu masih lagi tempat yang pernah memberi ilmu kepada aku).
Aku tiada sebarang sijil selain sijil asasi, mana mungkin untuk kau mencari kerja menggunakan sijil itu. Ya Allah, maafkan aku kerana bercerita. Dan pembaca semua, aku bercerita kerana ingin melepaskan rasa sebak di d4da duhai sabahat semua.
Bukan niat aku untuk mengemis, apatah lagi untuk men4gih simpati, cuma aku berharap agar s4kit ini cukup aku sorang rasai. YA ALLAH, maafkan h4mba mu andai h4mba mu menghampakan, maafkan h4mba mu andai h4mba mu sebegitu lemah ya Allah.
Maafkan daku abah dan ibu andai anakmu gagal, maafkan lah anakmu ini. Kaum ku, maafkan aku kerana aku pasti, di luar sana masih ada insan yang terkena lebih teruk dari aku sendiri. Maafkan aku tidak mampu membantu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.