Sepanjang 14 tahun kahwin isteri tak pernah buat kerja rumah, uruskan hal anak – anak, semuanya aku yang buat. Malah masak sardin dan telur goreng pun tak pernah. Tiba – tiba suatu hari, dia minta dilepaskan. Aku menangis dan saat itu anak suruh ramp4s HP mamanya dan kami lari naik kereta, apabila isteri cuba ramp4s HP nya semula.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Selalunya ruangan ini akan memaparkan masalah wanita khusus menceritakan masalah suami curang dengan wanita lain. Tetapi kisah saya lain, cukup menarik untuk perhatian kaum isteri, kerana bukan aku yang curang, tetapi isteri aku Zurina.
Aku kenalkan diri aku sebagai Om. Aku percaya kes isteri buat hubungan sulit dengan lelaki lain pada zaman dulu memang kurang. Tetapi sekarang terdapat banyak kes isteri berz1na dan sembunyikannya dari suami.
Bila suami dapat tahu mereka nafikan malah salahkan suami sebagai jahat dan kaki pukuI. Aku sudah berkahwin dengan Zu lebih 15 tahun, sepanjang 14 tahun perkahwinan, aku rasa hidup sudah cukup bahagia, hingga kami mendapat dua orang anak.
Malah kami berjaya mengumpulkan wang dan membeli sebuah rumah di Shah Alam dan menabung untuk masa depan anak – anak. Sepanjang perkahwinan, kami juga pergi bercuti bersama anak – anak, seperti di dalam negara mahupun luar negara.
Jadi boleh dik4takan keluarga kami bahagia dan lengkap, tak ada masalah dari segi kewangan. Tetapi bagi Zu itu semua tidak cukup, dengar cerita dari kawan – kawan dia, Zu hendak panjangkan langkah ke luar negara.
Pada aku, pelajaran anak – anak lebih penting. Dalam pada itu aku ingatkan Zu bahawa dia harus bertanggungjawab kepada kedua ibu bapanya yang sering tak berduit. Bantuan bulanan kami masih tak cukup untuk mertua terutama setelah mereka berhenti kerja.
Ayah Zu laburkan duit KWSPnya bermain saham akibat termakan pujukan jiran. Kalau duit setakat puluhan ribu, jawabnya hanguslah apa lagi kalau tak berilmu. Lepas tu nak dapatkan permit bawa teksi pula yang memerIukan RM 3,000 dalam akaun banknya.
Siapa lagi yang nak membantu kalau bukan aku. Buka itu je, beli apartmen tapi kerana tak bayar bank pulak nak lelong. Aku berusaha menjualnya atas permintaan emaknya dalam jangka masa setahun . Tapi setelah dijual mereka kata aku jual terlalu murah plak, bukannya nak ucapkan terima kasih.
Dalam pada itu Zu ingin menyambung pelajaran buat Diploma luar kampus, aku izinkan dan dia berjaya. Tapi maIangnya dia memang tak ambil peduli untuk mendidik anak – anak, semua dilepaskan pada aku, di samping masalah ibu bapanya pun aku jugak yang kena bantu.
Emaknya buat medicaI check up pun aku yang kena hantar ke KIinik Kesihatan. Masalah ayahnya bila teksi rosak, tak bayar pada syarik4t teksi yang disewanya akhirnya teksi ‘ditarik’. Kata emak Zu barang kemasnya banyak tergadai sebab suaminya terjebak hutang Ah L0ng.
Pernah tak bayar ansuran apartmen kerana bayar ah l0ng. Akhirnya ayahnya tak tahan melarikan diri ke kampung jadi pen0reh getah. Awal tahun lepas Zu terpilih menghadiri kursus di Korea selama seminggu. Aku turut bangga.
Masalah mengurus keperluan anak – anak selama ini pun dah jadi tugas aku seperti mencuci pakaian, mengampai kain, melipat dan seterika baju. Kerana dia tak pernah buat kerja rumah, apa lagi memasak. Sejak kahwin dia tak pernah ke dapur, walaupun nak masak sardin, buat telor mata atau goreng sayur.
Biasalah alasannya badan tak sihat kerana lelah, kerana itu semua tugas aku yang bereskan. Aku berusaha menjadikan bilik dan rumah kami bebas dari habuk. Kemudian beli alat pembersih ud4ra dalam bilik tidur berharga lebih seribu ringgit.
Aku jugalah yang selalu lap habuk yang melekat pada bilah kipas, dan mencuci dan service aircond dari segala habuk dan sawang. Aku buat semua itu kerana terlalu sayangkan Zu, hinggakan apa sahaja yang diperIukan akan disediakan.
Kerana dia hendak kuruskan badan ikut program kuruskan badan, RM4000 hangus. Tapi Zu buat separuh jalan sahaja. Pendek kata apa saja tersiar di tv dia nak cuba tapi tak kesampaian. Awal tahun ini Zu hendak berkursus ke China.
Di sinilah bermula segala – galanya bila dia bertemu bekas kekasihnya. Patutlah sebelum itu dia juga pernah melancong ke Shenzen dan Hong Kong, katanya melancong dengan kawan – kawan. Perubahan sifat dia buatkan aku berfikir dan mula selidik gerak geri dia.
Terutama bila dia selalu sangat berkursus, kata nak ke Langkawi. Entah mengapa malam itu terlintas di fikiran untuk trace lokasi HP Zu sedang aktif. Rupanya dia ada di genting bukan di Langkawi. Bila ditanya lagi, dia segera m4tikan talian.
Bila balik dia cakap yang dia ke Genting sebab teman kawan, nama Ayu. Memang tak masuk akal. Beberapa hari selepas itu, dia bertugas malam. Dari tempat kerja, dia hantar mesej minta dilepaskan dengan cara baik. Alasan dia, aku adalah suami yang baik tetapi dia bukanlah perempuan yang baik.
Berdebar jantung kerana benda ini tak boleh dibuat gurauan, tetapi mesej seterusnya menampakkan kesungguhannya meminta cerai. Keesokkan harinya, aku ambil cuti kec3masan ajak dia balik kampung untuk bercerita depan ibu bapanya.
Ketika bercerita aku lebih banyak menangis. Tetapi Zu banyak mendiamkan diri. Emak Zu menasihatkan anaknya jangan bercerai, kerana dia tidak akan mendapat suami sebaik aku. Mak mertua suruh fikir sebab kami dah ada dua orang anak tapi Zu tetap membisu.
Sejak itu saya mula jalankan siasatan, aku minta rekod Touch & Go untuk melihat pergerakan Zu, aku juga ke rumah Ayu bertanya sama ada dia pernah tidur di genting bersama Zu, tetapi Ayu diamkan diri. Aku melihat ada satu misteri di sebalik cerita Genting ini.
Malam itu Zu balik ke rumah. Dia cuma melihat aku menangis. Untuk menenangkan fikiran aku solat. Selesai solat anak aku berbisik katanya, `Pa, cuba periksa hp mama mesti ada banyak rahsia.’ Kata anak aku, dia tahu password mama.
Aku terus bangun dan mengambil hp Zurina dia cuba meramp4snya, berlaku pergeIutan dan aku terIanjur menamp4rnya. Tapi dia sem4kin agr3sif cuba meramp4s kembali. Aku lantas memberikan hp Zu pada anak untuk dibuka.
Kerana Zu masih berkasar aku membawa anak menaiki kereta untuk membuka hp Zu dan membaca apa yang terkandung dalam hp misteri itu. Berdiri bulu roma aku ketika membaca mesej – mesej mereka. Dan terbukti Ayu bukanlah orang yang pergi ke Genting, tetapi lelaki bekas kekasih lamanya Wan.
Aku cuba membuat laporan polis tentang keteIanjuran aku meIempang isteri, tetapi Zu terlebih dahulu telah buat aduan. Kemudiannya aku ke Jabatan Agama Islam untuk mebuat aduan dan meminta sesi kaunseIing rumahtangga.
Aku cuba hubungi Wan tetapi dia telah menutup talian hp. Zu akhirnya beritahu Wan hanya kawan biasa. Kenapa baru kini bercerita setelah terper4ngkap? Zu mendakwa Wan seorang warak dan bijak dalam soal agama.
Tapi kalau orang beragama tentu dia tak mahu lepak di Starbuck dengan isteri orang, dan memanggil ‘sayang’ setiap kali bermesej. Setelah diselidik jelas Zu kerap mengambil MC tetapi bermalam ke Genting, dan beberapa buah hotel sekitar, KL, KLIA dan Putrajaya.
Sem4kin di teliti sem4kin banyak pembohongan terbongkar akhirnya aku suruh Zu bersump4h tetapi Zu enggan. Ketika itu tanpa ku sedar aku terus tamp4r Zu sekali lagi. Beberapa hari kemudian aku dikejutkan kedatangan kereta peronda polis mengarahkan aku pergi ke balai polis.
Aku di soal bagaikan penjenayah diugvt akan diberhentikan kerja, dan macam – macam lagi tanpa sekali pun memberi aku peluang menceritakan keadaan sebenar. Aku terfikir kalau hilang pendapatan bagaimana anak – anak aku meneruskan kehidupan?
Aku pernah ke rumah Wan tetapi dia tidak ada di rumah, jadi aku tinggalkan nota meminta dia bersemuka jelaskan hal ni, tetapi dia enggan. Kerana tidak ada persepakatan dan Zu masih menafikan walaupun pelbagai bukti dibentangkan termasuk dia pernah menjalani ujuan kehamilan setelah balik dari China, sebaliknya dia bungkus pakaian mahu keluar rumah.
Ketika itu saya beri amaran kepadanya, jika Zu keluar dari rumah juga pada malam ini juga maka jatuhlah taIak. Zu tetap keluar dan setelah kes di bawa ke mahkamah syariah, maka jatuhlah taIak. Kini aku faham, perasaan Zu terhadap aku telah m4ti. Kini dengan rezeki yang Allah kurniakan pada aku, akan aku jaga dan besarkan dua anak ini kerana mereka adalah amanah yang wajib aku pikul.
Komen Warganet :
Hanies Hanani : Ruginya seorang wanita bila sanggup tinggalkan suami yang baik, anak – anak untuk lelaki lain yang belum tentu boleh jaga dia sebaik ni. Dah la layan macam permaisuri, mak ayah mertua pun TT ni bantu, itupun tak tahu bersyukur lagi.
Buat TT, teruskan mencari rezeki dan besarkan anak – anak dengan tunjuk contoh yang baik. Tapi jangan sesekali cuba untuk hasut anak – anak bencikan mama mereka walaupun memang terbukti jahat.
Biar mereka lihat dengan mata sendiri yang penting kena ingatkan mereka apa yang berlaku jadikan sebagai pengajaran.
Fuad SkyWalker : Haa, korang tengoklah, siapa kata perempuan semua baik dan sentiasa betul. Sebenarnya ramai ok perempuan jenis macam ni, cuma orang lelaki ni tak berminat nak kongsi kisah macam ni.
Orang laki banyak yang tak ada masa nak layan em0si tapi dalam hati memang dah sedih terIuka teruk. Harap bekas teman lelaki tu tinggalkan dia, biar sorang – sorang. Lepas tu jangan terhegeh – hegeh nak balik ke bekas suami.
Ko pun jangan cair nanti dengan pujuk rayu, air mata seorang perempuan. Perempuan macam ni pandai berlakon cuma tambah air mata je tu. Goodluck bro!
Fatimah : Apa lah perasaan seorang ibu ye, tinggalkan anak – anak untuk lelaki lain. Hidup dah lengkap ada segalanya. Nanti mesti mer0yan nak balik dengan TT. TT jaga anak – anak elok – elok, jangan pikir nak kahwin lain.
Zaman sekarang ni, ramai je perempuan yang mata duitan suka ambil kesempatan. Kalau isteri TT sendiri sanggup buat anak – anak macam tu, apalagi kalau dapat ibu tiri, apa plak yang anak-anak kena tanggung. Takut diorang tr4uma dengan hubungan keluarga pecah beIah macam ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.