Sebelum ini keluarga kami harmoni, makcik layan menantu – menantu lebih dari anak. Tapi sejak pakcik s4kit, menantu tak nak balik sebab ada yang kata tak tahan bau busuk najis pakcik. Ada juga yang cemburu anak – anak habiskan masa bantu uruskan pakcik. Satu hari anak – anak makcik berg4duh dengan isteri masing – masing dan halau mereka keluar. Makcik turun tangga halang menantu dari pergi. Makcik dan pakcik dah sepakat, biarlah kami duduk rumah orang tua..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Cucu makcik kata kat sini boleh luahkan perasaan. Kalau makcik luahkan depan anak menantu bimbang mereka terasa hati. Makcik harap apa yang makcik taip sampailah pada anak menantu makcik.
Makcik ada 3 orang anak lelaki 3 orang menantu. Cucu ramai. Dulu makcik kerja sekarang dah pencen. Suami makcik hidup lagi. Makcik layan menantu lebih dari anak sendiri sebab mereka datang dalam hidup makcik, galas tanggungjawab makcik jaga anak makcik. Lahirkan cucu – cucu untuk makcik. Makcik tak pernah anggap menantu tak sama, semua sama.
Kalau masuk dapur, hendaknya semua masuk dapur. Tak pandai masak pun makcik tak kisah. Makcik akan ajar. Makcik buat macam kawan. Bila mereka bersalin, makciklah yang jaga pant4ng, cuci Iuka, cari herba mandian. Makcik nak kenangan semasa hidup ni diingat menantu.
Lepas kawin makcik tetap bantu anak – anak makcik dikala duit tidak cukup hujung bulan. Sebab makcik pernah rasa permulaan hidup. Kalau tidak ibu bapa, siapa lagi nak bantu anak menantu. Kami hidup harmoni. Setitik pun makcik tak masuk campur hidup anak menantu. Kecuali kalau mereka perlukan bantuan makcik barulah makcik tolong.
Makcik selalu pesan pada anak lelaki makcik, kamu kahwin dengan orang yang masih ada ibu bapanya. Jangan sesekali larang isteri balik rumah ibu bapanya. Sebiji beras pun kamu tidak pernah bagi untuk membesarkan isteri kamu melainkan ibu bapanya. Keluarga mereka aman harmoni dan doa saya tak pernah putus.
Tapi sejak suami makcik sakit, entah kenapa hilang seri kasih sayang yang dulu pernah menantu makcik berikan. Anak makcik kadang balik seorang. Kadang dengan cucu makcik. Cucu makcik bercerita maknya tak nak balik, geIi bau t4hi atok. Nanti abah suruh mak buat, mak geli katanya. Ada juga cucu lain mengadu, sejak abah diorang kerap balik waktu cuti melawat dan jaga atok, mak diorang berg4duh. Katanya tak ada masa untuk dia dan anak – anak. Bukan seorang dua cucu makcik bercerita. Berlinangan air mata makcik dengar.
Bila makcik tatap anak – anak yang balik jaga abah dia, makcik jadi sebak. Dia kena kerja cari rezeki anak bini, bila cuti balik sini jaga abah dia. Kerana kami rumah tangga yang dulu aman kini tegang. Berg4duh depan anak – anak. Duit makcik tak kisah. Makcik pakcik ada duit pencen. Makcik nasihatkan 3 anak makcik untuk tidak balik dah. Jaga keluarga itu keutamaan. Tapi 3 beradik tu dengan alasan yang sama. Selagi mak ayah hidup, selagi itu mereka nak bahagiakan. Hati makcik sayu dengar. Tapi hati ibu tak kan biarkan anaknya hidup dalam keadaan tersepit. Makcik cakap, makcik nak upah orang untuk jaga ayah diorang. Dan memang ada orang jaga pakcik.
Tapi anak makcik petang Jumaat je 3 orang mesti balik juga. Kadang bergilir Jumaat sulung Sabtu anggah Ahad bongsu. Mereka tak nak benarkan orang yang diupah mandikan abah diorang. Diorang nak buat. Kalau sulung yang jaga abah. Angah tebas rumput luar bongsu mop sapu lantai cuci tandas dapur. Gitu la gilir – gilir. Kalau menantu balik ikut sekali, semua wajah mereka nampak muram. Makcik tetap masak macam selalu.
Ajak berborak bagaikan tidak tahu apa yang jadi. Tapi akhirnya satu malam, angah tertinggi suara depan isterinya. Makcik ingat hanya angah.. rupanya along dengan ucu pun sama marahkan isteri masing – masing. Mereka baling beg isteri diorang keluar. Makcik lari turun tangga halang menantu makcik pergi. Jangan kerana makcik pakcik, anak mereka hilang mak. Jangan kerana syurga ibu, cucu makcik hilang seri syurga ibubapa. Makcik pakcik dah sepakat. Demi anak menantu cucu, kami nak masuk rumah orang tua.
Cuma makcik nak tahu. Ada tak rumah orang tua yang tidak memisahkan tilam bantal suami isteri. Makcik tak nak tidur tanpa suami makcik. Umur makcik bila – bila masa saja. Biarlah setiap saat makcik dan pakcik bersama. Kalau ada rumah orang tua yang tidak pisahkan makcik pakcik, tolong bagitahu ye. Nanti cucu nenek baca jawapan dari telefon dia. Sebab lepas makcik taip ni dia buang benda ni. Sebab nak balik rumah dia nanti dia nak buka FB dia. Salam kemaafan andai ada yang tak faham cerita makcik.
Komen warganet :
AzzaWati Eddy : Di sinila sebenarnya fasa ujian buat anak – anak lelaki makcik di antara tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang suami. Seandainya anak – anak ni berjaya melepasi fasa ujian ni percayalah perjalanan hidup anak – anak makcik akan lebih indah. Dan ingatlah yang mereka juga ada anak masing – masingkan. Apa yang mereka buat pada ibu bapa mereka sekarang begitu juga lah yang akan mereka terima nanti. Allah itu maha adil, seinci pun tak akan terkurang mahupun terlebih.
Sebagai ibu, makcik juga ada hak pada anak lelaki tu, sebaiknya sentiasalah ingatkan anak – anak tu akan tanggungjawab pada ibu bapa dan keluarganya sendiri. Pendapat saya, jika diuruskan dengan bijak, Inshaallah saya pasti tak akan ada seorang pun yang akan terasa hati dalam situasi macam ni. Makcik kuatkan semangat ye, banyakkan mengadu pada Allah, mungkin tak lama pun makcik, Allah uji kerana sayang pada h4mba nya..
Suriani Eca : Mesti makcik seorang mertua yang baik, tersusun ayatnye. Sabar ye makcik, saya pon dikurniakan mertua yang sungguh baik. Tiba – tiba teringat dekat mertua. Semoga mertua saya sentiasa sayangkan saya hingga akhir hayat. Saya doakan semoga menantu – menantu makcik terbuka hati dan berubah. Banyak-banyak berdoa ye makcik.
Nieta Anna Aidir : Allahuakbar sedihnya baca kisah makcik tapi alhamdulillah makcik beruntung dapat anak – anak yang taat kepada mak ayah dan pandai membaIas jasa mak ayah. Semoga dipermudahkan segala urusan makcik dan dilembutkan pintu hati menantu – menantu makcik.
Damia Insyirah : Makcik pakcik, saya dah tak ada mak abah., mereka dah meninggaI dunia, mentua pun jauh. InsyaAllah saya tak kenal makcik pakcik tapi saya akan doakan makcik pakcik dalam solat saya selepas ni. Sedih sangat ni, saya doakn makcik dan pakcik bahagia walau di mana makcik dan pakcik berada, diberikan kesihatan yang baik serta diberkati Allah hendaknya.
Rabuyah Sakarawi : Allahu sedihnya, moga dipermudahkan urusan makcik. Saya dulu jaga dua – dua mentua s4kit sampai akhir hayat dia. Suap makan mandikan bersihkan najis tukar pampers dia bawa pergi temujanji hospital selang seminggu mak mentua meninggaI ayah mentua menyusul. Pergi buat selama – lamanya lagi sedih tapi saya syukur dapat berbakti dengan mak ayah mentua hingga akhir hayat dia.
Tapi yang lagi sedihnya lepas 6 tahun mak ayah mentua meninggaI suami ceraikan saya kerana giIakan janda 2 cucu. Kadang terfikir apa lagi kurangnya saya tapi perancangan Allah itu ada hikmahnya. Jod0h setakat tu je Dia pinjamkan untuk saya, saya redha. Siapa – siapa yang masih ada mak ayah atau mak ayah mentua berbaktilah selagi dia orang masih hidup. Besar pahalanya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan olehnya. aminn
Fazidah Kadri : Allahu Akbar. Puan duduk je di rumah Puan. Tak ada tempat yang lebih selesa selain rumah sendiri. Jangan duduk di rumah orang tua – tua. Nanti anak – anak Puan lagi sedih, suami pun nanti tidak selesa, kesian diorang. Biar sahaja menantu tak nak balik. Pesan kat anak – anak balik dua kali sebulan, gilir – gilir. Dua kali lagi habiskan masa dengan family diorang. Longkang, bilik air upah sahaja orang bersihkan. Bila diorang balik, habiskan masa sembang dan layan suami puan. Semoga Allah SWT permudahkan urusan puan. Doakan menantu Puan lembut hati terhadap suami mereka dan terhadap Puan.
Azah Azie : Inilah realiti sebenar ramai menantu tidak menganggap mertua sebagai ibu bapanya sendiri. Bagusnya anak – anak makcik ni tapi dia tidak memiliki isteri yang bagus. Aku pernah jaga dan basuh ber4k kenc1ng bapak mertua sendiri semasa beliau s4kit. Dan akhirnya arw4h menghembuskan nafas yang terakhir di pangkuan aku seorang menantu. Hanya kami berdua. Allahuakbar. Al-fatihah untuk bapak. Doaku semoga suatu hari nanti aku mendapat menantu yang baik – baik.