Mak sibuk beraya, baby setahun ke hulu hilir bawa cawan kosong lapar. Bila saya tanya, mak dia bagi serdak kuih je

Baby tu datang kat saya merangkak. Dia tengok anak saya makan, dia pun menganga. Bagi air, dia menganga. Saya tanya mak dia ada bawa makanan tak untuk baby? Mak dia cuma cakap dia tak lapar pun, cuma mengada. Nak dekat pukuI 7 tu, baby tu macam diam semacam, macam tak bermaya. Saya dah seram..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Masuk bulan syawal, mesti ramai yang buat open house kan. Dari pagi ke petang melawat rumah orang. Yang bujang bawa diri je. Tapi bagi mak – mak, tolonglah bawa barang baby sekali.

Saya ingin berkongsi kejadian ni supaya ada yang mengambil pengajaran. Beberapa hari lepas, saya ikut beberapa buah kereta kawan pergi beraya. Pergi mana – mana tak kesahlah dekat ke jauh memang mesti ada makanan dan botol anak. WAJIB. Sekarang ni baby saya 12 bulan.

Kami gerak dari pukuI 8 pagi. Sebelum keluar saya bagi anak breakfast dulu. Lepas tu snek dalam kereta, baby makan buah. Rumah kedua yang kami pergi, saya bagi makan tengahari. Masa ni saya tertinggal nasi kosong anak, lauk je bawa.

Jadi saya minta nasi kosong kat tuan rumah suap anak makan. Habis. Botol air masak anak pun sampai tambah 2 kali penuh. Rumah yang ke-5 kami sampai, dekat pukuI 6 macam tu. Saya suap anak makan lepas tu bagi snek.

Botol air tambah lagi sebab cuaca memang panas. Nak dijadikan cerita, ada juga yang bawa bayi pada waktu tu. Umur anak saya 12 bulan, baby tu 13 bulan. Tak jauh beza sangat. Masa saya suap anak makan tengahari, baby tu datang kat saya merangkak.

Dia tengok anak saya makan, dia pun menganga. Bagi air, dia pun menganga. Saya tanya mak dia ada bawa makanan tak untuk baby? Mana botol air dia, saya boleh suapkan. Tapi mak dia cuma cakap dia tak lapar pun, cuma mengada.

Memang anak dia main masa tu kuat meragam. Tak tenteram dia ke hulu ke hilir pegang cawan kosong. Masa saya suap anak makan petang, baby dia tu datang lagi. Saya tengah suapkan anak air, dia capai botol tu then nak masukkan ke mulut.

Saya tanya mak dia lagi sekali, baby dia tak makan ke dari pagi? Tak minum air ke? Dia haus kottt.. bagi la dia air. Mak dia pandang macam tak puas hati kat saya. Gulp. Lepastu mak dia jawab, ada bagi makan. Serdak – serdak kuih sikit jela yang tuan rumah sedia dalam bekas – bekas tu.

Air? Belum bagi lagi. Botol pun takde. Tunggu tuan rumah hidang air kosong. (Tuan – tuan rumah tak hidang air kosong lagi). Menyusu? Belum jugak. Lepas saya dengar tu.. Ya Allah.. readers semua bayangkan, baby saya tambah botol air masak 3 kali.

Cuaca sangat panas, saya pun berteguk teguk minum air masak. Saya masa tu tengok bayi dia, Allahu… sedih tengok dia menangis. Meragam.. mak dia cuma kata dia mengada – ngada.. dalam hati ni kesian sangat. Saya taktahu pulak dia tak bagi anak dia.

Kalau pembaca tengok muka bayi tu, memang kesian sangat – sangat. Dia tak tenteram. Saya tak berani la nak suap anak orang, nanti mak dia marah pulak. Lagipun kalau anak dia s4kit, kita pula yang dipersalahkan. Nak dekat pukuI 7 tu, baby tu macam diam semacam, macam tak bermaya. Saya dah seram masa ni.

Jadi saya ambik cawan kosong, isi air masak.. bagi kat husband saya. Husband saya bagi kat ayah baby tu.. habis. Habis air tu.. mak baby tu pandang je saya. Saya dah tak kesah. Mana la letaknya hati dan perasaan dia agaknya.

Bayi boleh rasa haus. Bayi boleh rasa lapar. Dia macam kita juga. Lepas 6 bulan, mereka memerIukan makanan tambahan sebab susu je dah tak cukup. (Susu pun mak dia tak bagi). 8 pagi – 7 malam, dah macam puasa.

Kepada mak – mak kat luar sana. Beraya, raya juga. Anak jangan sampai diabaikan. Dah jadi mak ni, tumpuan utama tu anak. Bukan sesi bercerita. Dengan bagi serdak kuih raya tu anak boleh kenyang? Mak – mak semua tolong bukak buku check up anak.

Kat depan tu ada tulis kuantiti yang sepatutnya anak makan. Kalau rajin boleh juga tengok diietitian Fizah Sobri untuk info pemakanan bayi. Sekian. – Concerned Mother (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Rosyida Rosdi : Kalau saya mungkin saya akan cakap ‘saya nak suap anak awak ni, ada pantang larang tak?’ ‘Dia nak rasa gak ni, boleh saya suapkan?’ ‘Dah makan ke belum ni? Nak saya suapkan skali? Seronok sikit budak – budak makan sama – sama’

Yang penting mintak izin mak dia. Dah beraya sampai rumah ke 5, mesti lah saya dah menyembang banyak dengan mak baby tu. Kalau mak dia terang – terang halang, ok fine. At least balik umah puas hati i dah cuba something.

Wani Radzee : Mak – mak sekarang beraya nak pakai baju ketat, susu malas nak pam, nak selak baju bagi susu dah takleh sebab baju takut kedut nak OOTD sampai ke petang. Yang menanggung, anak la lapar kebulur layankan mak pak beraya.

Come on la. Kalau rasa ko malas sangat nak prepare makanan anak sebelum keluar, kedekut duit nak beli makanan bayi yang dalam jar kat mall, tolong ajar anak bagi ‘mudah makan’. Ini tidak. Makan untuk anak ko memilih.

Tu takleh makan, ni takleh suap. Padahal anak dah lebih setahun. Tapi ko pemalas. Pentingkan perut sendiri je. Anak mengada – ngada sebab dia lapar, pampers basah dan nak tido. Yang mengada tu sebenarnya ko. Pemalas.

Dah pakai baju lawa, takut anak kotorkan baju. Takut sangat baju raya mahal acah – acah ‘couture’ tu kotor terkena makanan anak. Kalau dah tahu tak mampu, pakai baju biasa – biasa je. Kalau anak kotorkan pun, takla ko mer0yan. Dah habis bebel. Kbai!

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?