Ibu terkejut tengok keadaan saya kurus, pucat dibuat suami. Tapi ibu suruh saya diam jangan mengadu dekat abang2

Saya jatuh pengsan. Doktor kata saya terlalu lemah, kurang air dalam badan. Berat turun dari 51 kg ke 39 kg selepas kahwin. Saya p4ksa abang ambil saya dari hospitaI. Ketika itulah saya cerita segala azab yang berlaku. Abang meng4muk terus ke rumah ibu, teruk ibu kena marah dengan abang. Patutlah ibu suruh rahsiakan dari abang…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Nama saya Laili (bukan nama sebenar). Saya pernah berada di dalam situasi kerana kasihkan ibu, banyak hati yang terIuka. Saya merupakan anak perempuan tunggal dan bongsu, mempunyai dua orang abang.

Ibu merupakan seorang pegawai bank dan berstatus ibu tunggal. Sejak kem4tian ayah, ibu tidak pernah berkahwin lain. Saya pernah bercinta dengan Man sejak zaman sekolah. Ketika itu saya baru tingkatan 3 dan Man masih belajar di Universiti.

Kami berkenalan semasa program sekolah. Ketika itu Man datang ke sekolah saya sebagai Fasilitator. Selama 3 hari berprogram di sekolah saya, kami jatuh cinta pandang pertama. Saya memang lebih suka lelaki yang lebih berusia mungkin kerana faktor jarak usia abang – abang yang jauh dari saya.

Pada mulanya Man add saya di Facebook dan kami bertukar nombor telefon. Kami bercinta sehingga saya habis belajar di peringkat Ijazah dan Man juga mempunyai kerja yang tetap dan stabil. Habis belajar, saya dapat kerja di tempat ibu tapi perkhidmatannya secara kontrak dan Man masih bekerja di ibu kota.

10 tahun kami bercinta, macam – macam kami harungi lagi – lagi hubungan kami secara jarak jauh. Abang – abang saya sangat mengagumi Man kerana kesetiaan dia pada saya. Tidak lama selepas itu, ibu mula bertanya tentang Man tetapi bukan bertanya bila Man nak masuk meminang.

Ibu tanya bila Man nak transfer ke negeri kami di selatan tanah air. Saya terk3jut, mana mungkin Man nak minta transfer sedangkan dia sudah bekerja secara tetap di sana. Lagi pun syarik4tnya tiada cawangan di negeri kami.

Bukan seperti ibu, pegawai bank yang cawangannya merata di seluruh Malaysia. Ibu kata kalau Man tak nak transfer, putvskan sahaja hubungan. Ibu nak jodohkan saya dengan anak kawan ibu dan juga rakan sekelas saya semasa sekolah, Zack.

Zack memang dah lama minat saya, tapi dia bukan taste saya. Mungkin sebab sebaya. Dia pernah bercinta dengan rakan sekelas saya juga, tapi tak tau kenapa putvs di tengah jalan. Saya buntu. Abang tidak dapat dihubungi kerana abang yang pertama bekerja di kapal, 1 atau 2 bulan sekali baru pulang ke d4rat.

Abang yang kedua pula bekerja sebagai t3ntera dan kebetulan ketika itu dia masuk hutan. Saya meminta pendapat kedua – dua kakak ipar dan mereka kata jika Man ikhlas, teruskan sahaja. Saya mem4ksa Man untuk menghantar rombongan meminang secepatnya kerana takut akan ditunangkan dengan Zack.

Man turutkan kehendak saya tetapi maIangnya ditolak mentah – mentah oleh ibu. Saya malu dengan keluarga Man, dan malu dengan Man. Man memujuk saya supaya bersabar dan berikan ibu masa. Kakak ipar juga meminta saya bersabar sehingga abang pulang dan memujuk ibu.

Di tempat kerja, rakan – rakan ibu memujuk saya untuk menerima Zack. Kata mereka semasa ketiadaan saya dan abang – abang, Zack lah yang banyak membantu ibu. Susah jugak bila kerja satu bumbung dengan keluarga ni.

Di rumah ibu sentiasa memuji Zack dan meminta saya mengenali hati budi. Bukan saya taknak, tapi saya memang dah kenal dengan Zack sejak sekolah. Cuma kenal secara mendalam belum lagi sebab memang tak berminat dengan dia.

Kali terakhir yang membuatkan saya nekad berkahwin dengan Zack apabila ibu mengatakan jika bukan Z, maka terputvslah hubungan kami ibu dan anak. Alasan utama ibu untuk mengahwinkan saya dengan Zack ialah tak nak berpisah jauh dari saya.

Abang – abang memang bekerja tak tentu masa, kakak ipar juga sama. Dia sunyi hidup seorang diri. Pergi kerja dia happy, balik kerja dia sunyi. Rumah besar tapi tiada orang. Zack calon yang tepat kerana dia bekerja berdekatan dengan rumah kami, dan ibu bapanya tinggal lebih kurang 40 minit dari rumah kami.

Dahulu mereka duduk berdekatan, tapi setelah ayahnya pencen mereka pulang ke kampung. Saya amat sayangkan ibu. Dari kecil memang hidup saya dengan ibu. Dialah ibu, dialah ayah. Susah payah dia besarkan kami seorang diri.

Dan saya berasa tidak berguna sebagai anak bila tidak menurut satu – satunya kehendak ibu. Saya memutvskan hubungan dengan Man walaupun ketika itu hubungan kami dah nak masuk 11 tahun. Selepas itu, saya terus block Man dari semua media sosiaI.

Saya menangis, meraung kerana tahu telah s4kitkan hati satu – satunya lelaki yang saya cinta. Saya bertunang dengan Zack kira – kira 6 bulan dan selepas itu kami disatukan. Pada mulanya segalanya berjalan lancar dan kami tinggal dengan ibu.

Setelah kontrak perkhidmatan saya tamat, Zack meminta saya duduk di rumah sahaja. Selepas 4 bulan kami berkahwin, adik perempuan Zack buat hal di kampung dan ditangkap khalwat. Lelaki tersebut taknak bertanggungjawab dan Zack memutvskan untuk adiknya tinggal dengan kami.

Kami keluar dari rumah ibu dan menyewa di kawasan yang berdekatan. Adik Zack mendapatkan pekerjaan di kawasan rumah kami dan saya lah yang menghantar adiknya pergi dan balik. Bila Zack cuti, dia yang mengambil alih tugas saya.

Tak lama selepas itu, seorang lagi adiknya ditangkap ponteng sekolah. Ibu dan ayah Zack meminta adik – adiknya ditukarkan sekolah ke tempat kami kerana ada saya, kakak ipar yang kononnya bijak dan boleh mengubah adik – adiknya.

Adik beradik Zack 6 orang dan dia yang sulong. Dan kini tinggallah saya, Zack dan 3 orang adik dia di rumah kami. Saya jadi seperti grab dan tukang masak tidak bergaji. Pagi bangun memasak, menghantar adik – adik ke sekolah dan kemudian menghantar seorang lagi ke tempat kerja.

Balik rumah, masak pula untuk makan tengahari dan ambil mereka dari sekolah. Malam atau petang ambil seorang lagi dari kerja. Mereka juga tidak menolong saya. Semua saya buat sendiri kerana alasan mereka saya tidak bekerja.

Begitu rendah taraf suri rumah di mata mereka. Saya mengadu pada Zack, saya penat. Zack kata penat apa, duduk rumah je kan? Saya betul – betul burn out. Dah lah setiap minggu dia nak balik kampung. Dekat kampung langsung tak rehat, di dapur je kerja saya.

Saya dah lama tak pulang ke rumah ibu sedangkan jarak rumah sangat berdekatan. Pernah tiba – tiba ibu datang ke rumah dan terk3jut kerana anak dia sem4kin kurus dan cengkung. Saya menangis pada ibu tentang nasib saya.

Ibu menyuruh saya bersabar tapi saya tau dia juga serba salah. Dahulu dia yang mem4ksa saya berkahwin dengan alasan taknak berjauhan, tapi sekarang sem4kin jauh. Rumah dekat, tapi jarang berjumpa. Ibu meminta saya merahsiakan dari pengetahuan abang, kerana ibu tahu abang pasti akan meng4muk jika tahu apa yang terjadi.

Saya kata pada ibu, lama – lama saya m4ti atas jalan tengah bawak kereta. Rutin diteruskan sehinggalah saya keguguran. Saya tak perasan saya mengandung dan tiba – tiba perut saya s4kit. Sampai di hospitaI, doktor sahkan saya keguguran.

Saya berpantang di rumah ibu. Zack tidak senang duduk. Hidupnya huru hara tanpa saya. Sepuluh hari berpantang, Zack mengambil saya untuk dibawa pulang ke rumah. Saya ingatkan dia nak jaga saya, rupanya untuk menyambung tugas menjadi ‘ibu’ kepada mereka.

Sedih, saya sangat sedih. Saya cari balik nombor telefon Man, unblock Man dari semua laman sosiaI. Man masih begitu, masih membujang. Kawan Man pernah cerita pada saya, Man seakan hilang arah selepas saya putvskan hubungan.

Saya whatsapp Man dan menceritakan apa yang terjadi. Man meminta saya bersabar dan menceritakan semuanya pada abang. Pendek cerita, rutin saya tetap diteruskan sama seperti dulu. Saya makan pil perancang, sebab tak nak mengandung anak Zack.

Pernah sekali ketika kenduri akikah anak abang, saya jatuh pengsan. Doktor kata saya terlalu lemah dan kurang air dalam badan. Berat turun dari 51 kg sebelum kahwin, ke 39 kg selepas kahwin. Saya tinggi, dah nampak macam batang kayu.

Saya dimasukkan ke wad untuk pemantauan. Paling sedih, ibu mertua datang melawat dan mengatakan kesian Zack kena ulang alik ambik adik – adik. Masa tu saya rasa bukan Zack je tapi satu family dia memang t0xic. Masa discharge saya p4ksa abang yang sulong ambik saya tanpa pengetahuan Zack, kebetulan dia cuti selama 3 bulan.

Dalam perjalanan balik rumah, saya cerita semua yang berlaku dari A to Z. Abang meng4muk dan terus ke rumah ibu. Di sana teruk ibu kena marah dengan abang. Patutlah ibu beriya taknak abang tau rupanya dia takut.

Abang p4ksa Zack halau adik – adik dia dari rumah atau jangan letak beban atas bahu saya, tapi Zack menolak. Akhirnya, saya diceraikan taIak satu oleh Zack. Zack menuduh saya isteri yang nusyuz kerana mengadu domba hal rumahtangga kepada orang lain.

Saya move on, apply kerja di tempat lain dan buka buku baru. Saya dapat semula hidup saya yang dulu, dan setahun kemudian saya menyambung semula hubungan dengan Man. Saya bersyukur keluarga Man menerima saya seadanya walaupun saya berstatus janda.

Dan kini, Man suami saya yang sah dan saya sedang mengandung anak yang kedua. Saya bersyukur, ada lelaki yang begitu setia menanti dan menunggu saya sampai macam ni. Ketika saya putvskan hubungan dulu, Man memang hilang arah.

Dua minggu tak masuk kerja, mujur tidak dibuang kerja. Hanya dikira unpaid. Man kata kalau saya memang betul – betul bahagia, dia bersyukur dan akan berusaha untuk move on. Walaupun saya dah block dia, dia masih mengikuti perkembangan saya dari rakan – rakan.

Dia ada juga tanya khabar saya pada kakak ipar. Man tidak pernah menghalang saya berjumpa ibu, dan kami kerap menziarahi ibu. Ibu pula menyesal dan berjanji tidak akan mencampuri urusan anak – anak lagi. Ibu takut kehilangan saya sehingga membuatkan dia hilang pedoman dan tak fikir pasal perasaan orang lain.

Ibu terlalu takut saya tinggalkan dia dan taknak hidup berseorangan. Tapi perancangan Allah lebih baik. Ibu juga telah mendirikan rumah tangga semula dengan rakannya yang sering mereka jumpa di masjid. Saya harap Sara fikirlah masak – masak dengan keputvsan yang akan dibuat. Jangan jadi seperti saya, dua tahun menanggung siksa. Semoga semuanya baik – baik sahaja. – Laili (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rohaya Aya : Alhamdulilah.. saya salute dengan abang awak adik. Yang menjalankan tanggungjawab sebagai abang yang sebenarnya. Bersyukur juga kepada Allah yang menyatukan awak dengan cinta sejati awak. Tiada apa yang lebih indah dari membaca kesudahan cerita cinta yang bahagia seperti ini.. Alhamdulillah.

Siti Rosmiza : Mak awak ni lupa nak cek, sebab terlalu excited. Sekufu ke tidak tu lupa cek. Kadang – kadang yang family yang beria sangat nak menantu cerdik, pandai, keluarga besan yang elok ni. Kena cek, memang ada yang nak ringankan beban hidup sendiri, nak suruh guide adik – adik dan sebagainya.

Macam awak kena lah.. Tiba – tiba kena jadi Kak long dekat adik ipar pemalas dan bermasalah. Semua masalah dilemparkan kepada awak. So kena cek, baik lelaki ke perempuan. Family bakal awak tu mcm mana? Ada adik beradik tak betul?

Drvg add1ct suka menyusah kan bakal awak? Fikir la 10x, 20 kali baru proceed. Suruh jaga adik, galas pulak tanggungjawab membesarkan adik – adik dia.. Fuhhh.. GiIa jadi nya.. Rezeki berjodoh dengan Man.

NurAz Wan : Begitulah selalunya. jodohkn anak, dengan kawan lama, dengan kawan baik, sedangkn kawan tu, kalaua memang baik, tak payah jadi besan pun, tetap boleh baik tapi kalau dah dijodohkn dengan anak dan kesudahannya berantakan, hubungan baik tu pun, mungkin jadi buruk juga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.