Saya ada masalah dengan suami sebab dia nak saya layan ibu mertua macam permaisuri. Boleh suami suruh saya basuhkan pinggan, basuhkan baju, siap sendukkan nasi. Satu hari saya terlepas cakap ibu mertua saya pengotor dan pemalas pada suami sedangkan ibu mertua boleh pergi mall berjalan sampai sejam..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, maaf, saya ingin minta pendapat pembaca – pembaca di sini berkenaan masalah saya. Saya seorang suri rumah yang sudah berkahwin selama dua tahun. Mak mertua tinggal bersama saya dan suami sejak mula kami berkahwin.
Ayah mertua sudah meninggaI sebelum saya berkahwin lagi. Pada mulanya saya tidak ada masalah tinggal bersama mertua kerana mak suami saya juga. Dan saya fikir tinggal dengan mertua ni senang, rupanya tidak. Mertua saya berumur 72, mempunyai s4kit tir0id pernah buat pembedahan lama dahulu.
Dia pernah rebah, pengsan satu ketika dahulu lama sebelum saya kenal suami lagi kerana badan lemah dan tak ada tenaga. Jadi sekarang dia berg4ntung kepada pengambilan ubat yang merangsang penghasilan h0rmon untuk meningkatkan tenaga dan metab0lisma.
Jika dia makan ubat, dia akan OK kalau tak dia akan melepek terbaring saja lemah tak boleh buat apa – apa. Ok itu secara ringkas tentang mak mertua. Tentang perkahwinan saya pula, kami dikurniakan seorang baby girl berusia 11 bulan.
Maybe itu satu – satunya anak saya. Suami duda umur 49 ada anak 4 dari perkahwinan sebelum ni. Suami dan ex banyak isu, sebelum kahwin dulu suami selalu cerita macam – macam buruk pasal ex wife tapi saya ambil pendekatan berkecuali sebab tak dengar dari dua – dua pihak.
Mula – mula kami berkahwin pun, dah banyak masalah. Masalah paling besar ialah kehendak dan expectation suami yang mahu saya layan maknya seperti permaisuri (untuk saya lah, mungkin orang lain tidak). Contoh, lepas maknya makan, ambilkan pinggan maknya dan bawa ke dapur dan basuhkan isikan nasi, basuhkan baju.
Saya member0ntak kerana rasa kenapa saya perlu buat semua tu sedangkan dengan mak saya sendiri pun saya tak layan begitu. Walaupun mak mertua saya s4kit, tapi tidak lah sampai terIantar tak boleh buat apa – apa. Masih boleh memasak, boleh berjalan di shopping mall.
Boleh berjalan di genting highlands satu jam. Itu indik4tor saya mengatakan dia masih ada tenaga untuk buat macam – macam. Kemudian mak mertua saya pula di awal perkahwinan kadang – kadang k3ncing bersepah di luar pintu tandas.
Tisu bersepah, saya pula dibesarkan dalam family yang amat titik beratkan kebersihan. Mak saya jenis yang hari – hari menyapu dan mop rumah. Pantang tengok habuk dan pasir mesti sapu. Nenek saya pula walaupun sudah berusia 90 tahun dan s4kit – s4kit tapi tetap p4ntang nampak kot0r sikit pasti lap.
Saya tidaklah sebegitu tapi basic hygiene itu saya ada. Bagi saya s4kit bukan alasan. Kalau boleh jalan – jalan di shopping mall satu jam bermaksud masih ada tenaga untuk memasak, atau basuh baju atau basuh pinggan dan buat sedikit kerja rumah.
Tapi bagi saya mungkin sebab dah dari muda memang bukan jenis mengemas, maka mata nampak benda kotor pun tak kisah. Dan oleh kerana itu saya pernah menggeIar ibu mertua saya pengotor dan pemalas pada suami. Ini sewaktu kami berg4duh teruk tahun lepas sebab dah tak tahan.
Suami memang cukup marah saya cakap macam – macam tentang maknya. Dia cakap pasal orang lain boleh (adik ipar) tapi orang cakap pasal mak sendiri tahu marah. Memang tak terkira dengan jari betapa kerap kami berg4duh.
Terutama tentang mertua tetapi sekarang suami ambil pendekatan untuk bersihkan kekotoran yang dibuat maknya seperti air k3ncing yang bertaburan di atas lantai, tisu yang bersepah, dan bersihkan tandas maknya. Maknya di rumah kalau saya boleh cakap hanya goyang kaki saja.
Tapi yang bagusnya dia suka dengar orang mengaji Quran. Yang baik tu saya tak nafikan dia pun baik dengan anak saya, kadang – kadang ada juga masak bila terasa nak makan tekak utara dia tu tapi bab – bab kemas, memang tak pernah dia buat sekarang.
Dulu – dulu pernah juga nampak dia sental sink sekali sekarang tak da dah, nak lap meja ke apa. Bukan susah pun sebenarnya sebab saya punya habit ialah sink at least seminggu sekali akan buat, tak sampai seminit dah siap.
Tapi tak kisahla kan, saya anggap tu tugas saya. Sekarang ni pun pinggan mangkuk dia sendiri memang dia tak basuh sebab suami saya kata letak je, nanti dia basuh. Dia pun ikut je cakap anak tak basuh pinggan, kalau betul suami saya bantu setiap kali tak apa, tapi kadang – kadang tu suami tak sempat jadi saya yang basuh.
Baju – baju pun kadang tu dia masuk je dalam mesin basuh, jadi kadang – kadang campur dengan baju kami so basuh sekali. Masalah suami ialah dia takut sangat mak dia pengsan lagi, tapi masalahnya mak dia tu, selagi dia mkn ubat.
Ok je, boleh jalan – jalan shopping mall lagi, pernah baru – baru ni mak dia masak, tak ada siapa – siapa suruh pun, muka suami saya punya ketat, bukan dengan saya je tapi dengan anak saya sekali. Terus saya meng4muk, m4ki – m4ki dia kenapa Iibatkan anak.
Padahal mak dia yang nak masak yes, sejujurnya memang akhir – ahkir ni memang saya suka marah – marah dengan m4ki – m4ki dia. Dah tak ada discount dah. Saya tahu itu salah tapi saya dah malas nak fikir. Dia cakap dia tak suka g4duh tapi bila pasal mak dia je dia akan cari g4duh.
Dan dia tahu saya memang akan meng4muk kalau dia highlight pasal mak dia. Contoh 2 hari lepas, saya tak kemas bilik mak dia masa saya sapu dan mop satu rumah. Dia marah saya tak buat macam saya buat d0sa besar.
Lepas tu saya pun apa lagi, m4ki hamun dia macam – macam. Mintak cerai memang wajib, saya cab4r dia ceraikan saya. Tumpahkan air teh panas atas dia. Saya tahu saya ada sedikit baran tapi mungkin sebab dah tak da rasa sayang dah hilang hormat.
Nafsu untuk bersama pun dah lama hilang. Bagi saya lebih baik tidur dari layan dia penat masak, jaga dan susukan anak. pinggang, tengkuk, ari – ari s4kit tak hilang – hilang. Kalau ada pun sebab untuk bersama, hanya disebabkan anak.
Tapi dia tetap nekad mahu bersama dan tak nak lepaskan saya. Kalau bawa ke mahkamah pun saya yakin hakim akan kata tak cukup untuk bercerai. Sebab nafkah dia masih bagi kerja – kerja rumah ada juga dia tolong walaupun saya buat lebih dan dia ada sisi – sisi baik dia sendiri.
Selain tentang mak dia, sewaktu mengandung anak tahun lepas saya ada terjumpa dia mesej Iucah dengan perempuan dan layan perempuan lain. Dengan perempuan lain di FB pun ada dia panggil dear sedangkan dengan isteri nak panggil sayang pun tak pernah.
Bila saya highlight tentang itu, dia cakap itu perempuan jenis main – main dengan kawan – kawan dia dan pernah cuba nak buat benda sama dengan suami saya tapi dia tak nak. Kenapa perlu cerita a1b perempuan tu bila ko sendiri buat salah?
Dia cakap saya jahat hati busuk tapi dia tak nampak dia punya kejahatan sendiri. Dia cakap dia dah taubat tapi saya tak percaya langsung. Saya sangkakan berkahwin dengan orang yang jauh lebih tua ni lebih tenang dan bahagia rupanya meleset jauh.
Namun saya juga tak cakap saya wanita yang sempurna. Saya juga banyak kekurangan, saya cepat marah saya tak ikut cakap dia untuk tolong buat kerja rumah untuk mak dia sebab saya rasa dia terlalu manjakan mak dia (sebab saya tahu ada ramai perempuan yang akan buat je).
Mungkin ada orang akan kata saya busuk hati tapi terpulang. Kalau sy busuk hati sangat lepas kan lah saya tapi dia tak nak. Sejujurnya saya cuba juga untuk suka atau sayang pada mak mertua saya tapi tak mampu dah google macam – macam untuk bersihkan hati, jadi seorang yang redha tapi belum sampai tahap tu.
Mak dia pun ada per4ngai – per4ngai yang saya tak suka. Hari pertama saya jumpa dia, dia cerita tentang keburukan ex wife suami saya sambil nangis – nangis. Sampai saya pun terfikir memang teruk sangat agaknya ex wife anaknya ni.
Tapi bila dah duduk sekali saya fikir mungkin ada sebab kenapa ex wife suami saya buat apa yang dia buat sekarang (tak bagi suami saya jumpa anak – anak mereka). Ada beberapa benda yang mertua saya pernah cakap bagi saya menunjukkan hati dia sendiri tak berapa elok.
Contohnya, “ex wife tu patut bersyukur sebabkan suami saya, dia boleh rasa tinggal di TTDI”, ” Ex wife tu takkan dapat suami sebaik husband saya”. Dia terlalu agungkan anak sendiri, tak nampak salah diri dan keluarga sendiri.
Ya anak dia mungkin anak lelaki terbaik di dunia tapi bukan suami terbaik. Dulu dia banyak duit tapi sekarang dia hanya seorang b40 yang dpt BR1M. Allah kurniakan dia banyak kelebihan yang saya selalu cakap pada dia, jika kelebihan tu dapat kat org lain, dah lama jadi jutawan.
Tapi dia sia – siakan tak bersyukur dengan kelebihan yang ada dan senang berada di comfort zone. Masa berp4ntang dulu suami saya pernah kata mak dia boleh je tolong – tolong saya masa berp4ntang tapi dia dah tak larat sangat.
Bagus jugak la, kalau tak pasti dia akan ungkit. Macam yang dia pernah ungkit dengan saya yang dia jaga menantunya (isteri pada adik ipar saya masa berp4ntang). Dia cakap patut mak kepada menantunya tu yang patut jaga, bukan dia.
Depan anaknya cakap ok, di belakang ungkit – ungkit dengan orang lain. Dan saya pun sebenarnya dah cuba tutup mata dengan semua – semua ni. Tapi lately rasa memanng tak tahan dah bila suami terlalu amat memanjakan maknya.
Beli tilam baru untuk kami (sebab tilam yang kami pakai adalah tilam suami semasa bujang, spring pun dah terkeluar), suami belikan juga untuk maknya takut mak dia terasa walaupun pada saya tilam tu boleh je pakai lagi.
Saya pun takdalah marah sangat dengan mak mertua saya tapi sikap suami saya membuatkan saya hampir – hampir jadi benci juga kat mertua sendiri. Saya berbuih mulut cakap dekat dia apa yang saya rasa tapi sekejap saya dia okay lepas tu jadi lagi lagi dan lagi.
Dia terlalu nak berbakti kepada mak mertua sampai saya rasa menyusahkan orang lain. Saya juga pernah cakap kat dia tak guna nak berbakti pada ibu bapa tapi dalam proses tu, meny4kiti isteri sendiri. Tetap tak masuk syurga pun. Saya dah penat.
Maaf kalau terlalu panjang. Saya berharap pembaca – pembaca di sini boleh kongsikan pandangan apa yang patut saya buat. Jika rasa saya patut layan mak mertua lebih baik, pun cakap je. Saya pun nak tengok apa pandangan lelaki – lelaki di sini memandangkan korang semua pun ada mak dan jika isteri korang berper4ngai seperti saya, korang rasa meIampau ke? Terima kasih.
P/S: Edit sikit.. memandangkan saya rasa tulisan di atas terlalu menunjukkan sisi tak baik suami, saya share jugak lah sisi baik dia. Suami seorang yang pandai hormat orang tua tak kira siapa, pandai bersosiaI. Kalau ada duit tak berkira, pandai layan n sayang anak.
Komen Warganet :
– Segala apa yang kita lakukan (kerja rumah) inshaAllah akan dapat ganjaran disisiNya. InshaAllah, kalau puan berjaya menyantuni suami dan ibu mertua puan, kehidupan puan akan bahagia. Anggaplah ini ujian. Dan puan sentiasa kena lihat situasi orang lain yang jauh lebih susah dari puan, agar kita sentiasa bersyukur.. Pesanan ini untuk diri saya juga, harap membantu.
– Sabar. Lain orang lain ujian, lain ganjaran. Kena terus waras, jangan yang negatif menguasai yang positif. Banyak nasihat boleh didapati tapi macam ubat, untuk setengah orang mujarab, untuk kita mungkin tak. “Saya dapat bertahan dengan jurus pek4k badak yang boleh ubah ikut pada situasi” – petik kata menantu tunggal lelaki yang tinggal dengan mertua (dua – dua ada lagi)
– syukur dapat suami yang sangat – sangat menyayangi ibunya. Puan pun akan dapat keberkatan sekali yang sekarang nie puan rasa puan tak dapat sabar. Tapi puan sebenarnya sangat sabar orangnya. Pandangan saya, betapa marahnya puan dengan suami, layan la dia ditempat tidur sebaik yang mungkin.
Layanan ditempat tidurla yang akan membuatkan kasih sayang sem4kin bertambah dan mengurangkan tekanan. SayangiIah suami puan sebaik – baiknya sebab sebenarnya dia seorang suami yang sangat baik pada ibunya.
Mungkin keberkatan tu belum dapat sekarang tapi percayalah bila puan berada pada tahap umur ibu mertua puan, puan akan rasa betapa bertuahnya apa yang puan lalui sekarang. Mungkin banyak kelemahan suami puan yang puan rasa tapi kebaikan dia jaga ibunya tu akan membuatkan kebahagiaan puan sekeluarga suatu hari nanti
– Memang berat ujian tt. Tapi kalau tt dapat lalui dengan tenang dan sabar. 1000x ganda ganjaran sabar tu. Berbaik – baik dengan semua. InsyaAllah tiket 1st class ke syurga insyaAllah. Saya pun cakap je, orang yang menanggung lain.
Lagipun ini bukan drama macam kat tv. Tapi apa – apa pun tt, ibu bapa mertua, ibu bapa sendiri. Besar sangat pahala kalau kita senangkan hati dia. Jangan bagi dia terasa hati dengan kita biar sedikit pun selagi tak melanggar syariat.
Ni b0nus untuk beribu – ribu kali ganda untuk tt sekeluarga sebenarnya. Sebab ada orang lain usahkan dapat jaga, nak tatap tengok dan sentuh pun tak pernah dapat sepanjang hidupnya sebab dah pergi buat selama – lamanya. Nanti bila tt dah tenang. Gilir – gilir lah jaga mertua balik. InsyaAllah tt orang yang tabah dan baik. InsyaAllah pasti dipermudahkan urusan tt.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.