You dont have javascript enabled! Please enable it!
Connect with us

Umum

Mak mentua langsung tak bagi saya rapat dan bersembang dengan biras. Katanya takut terpangaruh dengan perangai jahat biras

Published

on

Semoga Biras Bahagia

#Foto sekadar hiasan. Salam semua nama saya Farah. Saya ingin berkongsi cerita mengenai biras saya iaitu kak Siti (kakak ipar kepada suami). Harap kita semua dapat ambil pengajaran dan iktibar dari kisah ini.

Saya dan suami dah 5 tahun berkahwin. Suami ada 4 orang adik – beradik iaitu abang long, suami (angah), alang dan adik. Disebabkan suami merupakan seorang cikgu, jadi setiap kali cuti sekolah kami akan balik ke kampung suami di Kedah. Jadi saya pon akan mengambil cuti panjang, kiranya kami memang kerap balik kampung suami di Kedah. Awal perkahwinan saya seronok jugak balik ke Kedah sebab keluarga mertua melayan saya dengan baik. Mengenai biras saya pulak, beliau seorang ustazah berkelulusan dari UIA.

Di Kedah, rumah mertua saya didiami oleh semua adik – beradik suami termasuk abang ipar dan biras. Mertua memang meIarang keras mereka untuk tinggal berasingan. Cuma setiap kali balik Kedah, mertua akan mengata buruk mengenai biras saya. Mula-mula tu saya dengar jelah dan angguk – angguk. Yelah saya langsung tak kenal Biras saya kan. Jadi awal – awal kawin tu saya percaya jelah ape mertua saya cakap. Dan saya beranggapan biras saya ni memang betol bermasalah sampaikan mertua asyik mengata buruk mengenai biras saya dan mertua jugak meIarang saya berkawan dengan biras atau cuba berbual dengan biras.

Advertisement

Katanya takut saya terikut perangai buruk biras saya. Boleh dik4takan bila saya balik Kedah, mertua akan sentiasa berkepit dengan saya. Cuma saya kurang selesa sebab setiap masa, keluarga mertua saya termasuk abang ipar saya akan mengutuk biras saya ni. Bila biras saya tak ada je, mertua saya akan bukak topik kutuk dia tanpa henti. Adik beradik suami saya pon join sekali. Di rumah mertua, setiap masa memang biras saya yang akan masak juadah untuk sarapan , lunch dan dinner. Kecuali bila biras saya ada aktiviti sekolah, dia tak sempat nak masak tapi laju je mertua saya kutuk biras saya malas masak. Bila adik ipar duk tanya kat mak dia tak ada sarapan ke pagi ni? Laju je mertua saya kutuk kata nak makan macam mana kak Siti hang kalut pagi –  pagi pergi sekolah, tak nak bangkit awal masak dulu. Tersentap saya dengar, rumah tu pon biras yang kemas.

Keluarga mertua saya memang layan biras saya macam orang gaji, baju diorang semua pon biras saya yang basuh dan sidai. Ada sekali tu, lepas basuh baju dalam mesin, biras saya rehat dalam bilik sementara nak tunggu baju siap basuh Then dia tertidur, lupa sidai baju dalam mesin basuh. Laju je mertua saya Iazerkan biras saya, kata kak Siti tu pemalas. Biasanya kalau saya dan suami ada, mertua akan panggil kami semata – mata nak tunjuk kesalahan biras saya.

Padahal jika ikut pemerhatian saya yang kerap jugak balik Kedah, saya perhatikan biras saya ni pendiam je. Tunduk je bila bercakap, cakap pon tertib je. Tak pernah sekali saya tengok dia cakap kasar dengan mertua atau suami dia. Dia sentiasa sibuk di rumah buat kerja rumah atau jaga anak dia. itu je aktiviti dia. Tak pernah tengok dia bukak TV,  tak pernah tengok dia dok santai rehat – rehat. Selama 2 tahun saya langsung tak pernah cuba nak bercakap dengan biras saya. Sampai saya terpikir kenapa mertua saya cukup benci dengan biras saya dan asyik cari salah biras saya. Ada je isu yang mertua akan cari untuk kutuk biras saya ni. Sampai saya tak sanggup nak dengar mertua mengumpat pasal biras saya.

Hinggalah suatu ketika, abang ipar ditangkap berkhaIwat dengan seorang anak dar4 di Pahang. Masa tu kant0i menipu kata ada kursus di Pahang, rupanya dating dengan GF Baru. Biras pulak sedang mengandung anak kedua, biras saya yang selama ni pendiam, mengamuk di rumah mertua saya marah – marah suami dia. Siap minta cerai lagi, katanya dah lama bersabar tapi ini baIasan suami terhadap dirinya. Dia mengam0k pun bukan baling – baling barang cuma menangis tersedu – sedu sambil membebeI Kat suami dia dan sambil marah – marah. Katanya apa yang tak cukup lagi dia dah cuba jadi isteri yang baik tapi abang ipar masih curang. Abang ipar saya ni memang tak guna, gaji dia kecik je dalam RM 2K tapi duit bor0s dan habis beli rok0k. maklumlah perok0k tegar, jadi dia memang sentiasa tak ade duit untuk belanja dapur, nafkah bini dan belanja anak. Mujurlah biras saya ni gaji dalam RM 5k masih mampu menyara keluarga termasuk mertua dan adik ipar.

Advertisement

Sejak kes abang ipar curang tu saya dah start curiga dengan mertua sebab mertua langsung tak salah kan abang ipar saya, malah mengata kak ipar saya yang sebenarnya tak reti jaga jaga suami. Siap padankan muka biras saya, masa kejadian tu, saya dan suami ada di Kedah. Then sejak kejadian tu, mertua akan bawak citer mengutuk biras saya mengam0k dan suka marah – marah suami dia, padahal biras saya marah sebab suami dia curang. Jadi, semua sed4ra mara terpengaruh dengan citer buruk mertua terhadap biras saya. Tapi kes abang ipar kena tangkap khaIwat tu keluarga mertua rahsia kan dari pengetahuan sed4ra mara yang lain. Sebab nak jaga a1b keluarga, siap ugvt biras saya jangan cerita dekat siapa – siapa. Betul – betul kasihan dengan biras saya tu. Tak ade tempat mengadu, malang sungguh nasib dia terp4ksa tinggal di rumah mertua. Dibenci oleh keluarga mertua, suami pulak curang waktu dia tengah sarat mengandung.

Sejak kes tu jugak saya mula bercakap dengan biras sebab saya kesian dia tak ada kawan di rumah. Mula – mula saya buat – buat tanya resepi nak masak, lama – lama kami jadi kawan baik sehingga sekarang Malah saya sayang dan anggap biras saya seperti kakak kandung saya sendiri. Malah saya jugak yang banyak bagi nasihat dan dorongan untuk cuba bangkit dan Iawan mertua saya.

Sekarang ni biras saya dah bangkit menjadi menantu yang berani meIawan mertua saya dan tidak dibuIi. Dia pon dah berjaya pindah ke rumah sendiri. Alhamdulilah abang ipar saya dah berubah menjadi suami yang baik dan bertanggungjwb. Malah sekarang tak pernah kutuk bini dia tapi sekarang saya pulak jadi macam biras saya. Walaupun saya dan suami menetap Di KL, tapi sekarang topic kutukan mertua ialah saya. Panjang betol story kalau nak citer. Cuma saya ok sebab saya bukan jenis mudah di buIi.

Mertua saya pulak, makan hati sebab adik ipar saya yang bongsu, baru sahaja berkahwin pada bulan 3 baru – baru ni. Dan sekarang sedang mengandung 5 bulan tapi maIangnya suami dia rupanya kaki perempuan malah kant0i baru – baru ni sewaktu cuti kemerdekaan, suami dia sedang berjoIi di kelab malam bersama GF baru. Sekarang mertua dan adik ipar sedang busy menangis mengenang nasib anak perempuan dia. Sebab ada banyak masalah meIanda adik ipar aku macam baIasan Tuhanlah sebab selama ni mertua aku buat an1aya kat biras aku. Sekarang biras aku pulak dah bahagia dan aman damai. Ada banyak lagi kisah tentang konfIik mertua dan aku tapi panjang sangat nak cerita. Kalau ada yang nak tau nanti aku sambung.

Advertisement

Kesimpulanya, janganlah kita mengan1aya orang, takut baIasan tak kena dekat kita, tapi kena dekat orang yang kita sayang.. sentiasa lah berbuat baik sesama manusia..

Farah menantu mama

– Farah

Advertisement
Advertisement

Copyright © 2024 Media Cite Heboh