Sepanjang berkahwin 2 tahun, boleh kira dengan jari berapa kali kami bersama. Terasa diri lagi h1na dari pengemis. Aku kemas semua barang aku dan terus ke mahkamah syariah mohon cerai. Aku sampai bersujud dekat kaki suami supaya ceraikan aku…
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Izinkan aku meluahkan kisah aku di sini. Aku cukup terbeban dengan kehadiran seseorang yang kembali semula setelah mengh4ncurkan hati aku. Aku pernah jatuh cinta terhadap seorang lelaki, Raihan.
Walaupun ketika itu aku hanya bertepuk sebeIah tangan, tapi aku bahagia melayan perasaan aku. Aku berkenalan dengan Raihan sejak zaman sekolah menengah. Bagi aku, dialah yang segalanya. Raihan pun sedia maklum yang aku menaruh perasaan terhadap dia tapi dia berterusan ignore aku.
Aku ada keluarga yang penyayang, kawan yang baik dan pendidikan yang bagus. Tiada kekurangan dalam hidup aku. Semuanya serba lengkap kecuali Raihan. Keluarga aku menganggap aku dan Raihan berkawan baik. Hanya kawan baik aku yang mengetahui perasaan sebenar aku.
Walaupun mereka selalu menasihati aku untuk berundur diri, aku tetap degil nak menunggu Raihan membaIas perasaan aku. Ketika zaman belajar di universiti, Raihan bercinta dengan seorang perempuan yang sama kelas dengan dia. Ke hulu hilir bersama.
Aku sedih tapi aku masih tidak tinggalkan dia. Aku siap pinjamkan kereta dan selalu ada bila dia kesusahan. Ketika habis belajar, Raihan berg4duh besar dengan kekasih dia dan mereka putus cinta Aku masih setia berada di sisi dia.
Kami dah mula berkerja tetapi di syarik4t dan bidang berlainan. Raihan bercinta semula dengan kekasih dia. Kali ini, Raihan bertunang untuk membuktikan dia serius dengan kekasih dia. Aku menolong keluarga dia semasa majlis pertunangan dia.
Hati aku yang h4ncur aku tiada siapa tahu kecuali kawan baik aku. Raihan berlagak seperti tiada apa – apa. Dipendekkan cerita, selepas setahun bertunang, mereka mula kerap berg4duh dan hubungan mereka berakhir kerana tiada kesefahaman.
Kali ini, kekasih dia nekad nak putvskan hubungan. Aku masih setia berada di sisi Raihan sebagai kawan. Beberapa tahun telah berlalu, Raihan masih teringatkan bekas tunang dia dan aku masih mengharapkan cinta dia.
Raihan menolak semua pinangan dan masih ingin berseorangan. Takdir Allah sungguh misteri. Mak Raihan tiba – tiba berkenan nak jadikan aku menantu dia. Keluarga aku memang sudah lama kenal dengan keluarga Raihan.
Mak dia cakap dia perasan yang aku selalu bersama Raihan dari zaman sekolah sehingga sekarang. Elok kalau kami dikahwinkan kerana dia yakin aku boleh melembutkan hati Raihan. Tiada bantahan dari kedua – dua keluarga.
Bayangkan kau dapat berkahwin dengan crussh kau setelah sekian lama menunggu. Ketika aku bertanya dengan Raihan, dia cakap dia ikut sahaja keputvsan mak dia. Aku yakin aku boleh buat dia lupakan bekas tunang dia dan cintakan aku.
Selepas berkahwin, aku buat segala yang aku mampu untuk t4wan hati dia. Dia tidak sentuh aku walaupun ketika kami berbulan madu. Aku tidak putvs asa. Aku masak makanan kegemaran dia, kemas rumah dan ambil tahu segala hal dia.
Aku cuba mengg0da dia walaupun dia selalu mengelak. Selepas hampir setahun baru dia sentuh aku itupun ketika kami bercuti. Aku yang mem4ksa dia ambil cuti untuk meluangkan masa bersama – sama. Kelakuan Raihan dengan kawan – kawan dia atau keluarga sangatlah baik.
Dia boleh bergurau, bergelak dan bertepuk t4mpar tapi dengan aku, dia akan jadi dingin. Sepanjang berkahwin 2 tahun, boleh kira dengan jari berapa kali kami bersama. Itupun, aku yang perlu memulakan. Jiwa aku dah mula penat nak mendapatkan perhatian dia. Terasa diri lagi h1na dari pengemis.
Kemuncaknya, bekas tunang dia berhubung semula dengan dia. Mesej dia dengan bekas tunang dia penuh dengan warna warni, berbeza dengan mesej aku yang selalu tidak dibaIas. Ketika ini aku sedar yang aku dah gagal.
Bertahun – tahun men4gih cinta dia, akhirnya aku akur yang cinta aku tak akan sesekali dibaIas oleh dia. Aku kemas barang aku dan duduk sementara dengan kawan aku. Aku terus ke mahkamah syariah untuk memohon cerai.
Aku tidak memberitahu kepada keluarga. Raihan terk3jut dengan tindakan aku. Awalnya, dia agak keberatan untuk melepaskan aku. Aku sampai bersujud dekat kaki dia sebab aku tak mampu nak meneruskan lagi perkahwinan ini. Aku tak nak jadi isteri derh4ka.
Aku beritahu dia yang aku tahu mengenai mesej dia dengan bekas tunang dia. Memang silap aku bersetuju dengan mak dia untuk berkahwin dengan dia. Hasilnya, jiwa aku yang h4ncur. Tidak mengapa, aku pasrah dengan hidup aku dan aku maafkan dia.
Raihan diam tidak berkata – kata. Dia tidak menafikan yang dia berhubung semula dengan bekas tunang dia dan masih tidak ada perasaan terhadap aku seperti yang aku inginkan. Tapi, dia masih sukar untuk melepaskan aku.
Selepas beberapa bulan, kami sah bercerai taIak satu. Aku minta dia halalkan makan minum aku dan aku berjanji tidak akan menganggu dia lagi. Aku pulang ke rumah untuk berhadapan dengan keluarga aku. Seperti disangkakan, memang keluarga aku marah.
Aku minta mereka terima keputvsan kami dengan hati terbuka dan jangan ser4ng Raihan. Biarlah dia dengan pilihan dia. Raihan langsung tidak berjumpa dengan keluarga aku selepas kami bercerai. Aku tidak putvs berdoa kepada Allah untuk berikan aku kekuatan untuk meneruskan hidup. Aku dah macam m4yat hidup.
Aku ambil keputvsan untuk sambung belajar sambil bekerja. Dengan sokongan keluarga dan kawan baik, aku cuba untuk move on. Aku sangkakan semuanya akan elok – elok sahaja selepas ini. Tapi aku silap. Selepas hampir setahun bercerai, Raihan mula menghubungi aku semula.
Kali pertama dalam hidup, dia meminta maaf terhadap aku. Dia luahkan perasaan dia melalui mesej. Penuh kekesalan dan maaf. Mesej dia hanya membangkitkan lagi Iuka – Iuka lama. Aku tidak membaIas mesej dia. Raihan tidak berputvs asa.
Dia mula menghubungi aku dan cuba untuk berjumpa dengan aku di tempat kerja. Aku mengelak dari bertemu dengan dia. Kesudahannya, dia ke rumah keluarga aku. Walaupun dimarahi oleh keluarga aku, dia masih tidak berganjak.
Dia tetap dengan keputvsan dia untuk memulakan semula perhubungan kami. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Selepas bercerai, baru dia terasa kehilangan aku. Bila berhubung semula dengan bekas tunang, dia tidak ada lagi perasaan dengan dia.
Dia dah putvskan hubungan dengan bekas tunang dia untuk selama – lamanya. Kini, dia cuba untuk meraih semula cinta aku. Aku hanya tergelak melihat dia berkata – kata. Sudah terlambat wahai Raihan. Kenapa baru sekarang kau tersedar?
Ketika aku dah tawar hati, ketika aku dah move on? Apa lagi yang kau harapkan dari aku? Bagaimana aku nak percaya pada janji kau? Sejak awal tahun ini sampai sekarang, Raihan tidak berputvs asa. Aku dah puas menasihatkan dia untuk tidak mengganggu aku.
Keluarga aku dah mula berlembut hati sikit. Mak Raihan memujuk aku untuk terima dia semula. Tapi aku masih tr4uma. Semasa berkahwin, hari – hari aku mengemis cinta dan perhatian dia. Macam – macam aku buat untuk dia. Semuanya dibaIas dengan sepi.
Dia menganggap perkahwinan itu sebagai mainan. Sekarang, senang – senang nak rujuk semula. Aku masih buntu dengan Raihan. Jiwa aku mula sesak dengan kehadiran dia semula. Dari marah jadi benci sekarang kasihan.
Aku takut kalau aku tak kuat dengan hati aku dan sekali lagi aku jatuh cinta dengan dia. Sesungguhnya, aku benar – benar tidak terdaya dengan ujian ini. Kalau bukan kerana komitmen study, dah lama aku lari jauh – jauh dari dia. Tolong doakan yang baik – baik untuk aku. – Tiara (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Intan Syazwani : Carilah yang betul – betul ikhlas suka dan yang menghargai tt pula kali ni, bukan yang buat tt macam pilihan atau “back-up plan”. Sampai tahap pernah berkahwin dan hidup sekali pun dia masih tak ada perasaan, must4hil dia tak buat lagi lepas ni.
Kita semua ada harga diri, hargailah diri sendiri, letakkanlah diri di tempat yang sepatutnya. Pikirlah baik – baik apa yang terbaik untuk tt. Kami kat sini hanya bagi pendapat, yang lain terpulang kepada tt. Harapan saya semoga tt dapatlah menikm4ti kebahagiaan yang sebenar satu hari nanti.. All the best tt.
Cik Nina : Move on sis.. Tak must4hil situasi yang sama akan berlaku lagi. Lagipun dah terlalu lama sis menagih cinta dia. U deserved someone better. Lelaki yang menghargai isteri takde effort langsung nak sayangi sis tak layak dijadikan suami. Please sis.. sis akan lagi br0ken kalau it happened again
Nazrin Hajar : Sis, serious talk. Jangan patah balik. Bertahun kau tunggu sampai dah kahwin pon dia still taknak kau. Dah bercerai lepas setahun baru nak datang balik. Lepas setahun! Sekarang masa sis dicintai instead mencintai.
Bukan nak batu apikan.. tapi sis serious kena think bagaimana tetiba dia buat per4ngai lama balik. Tak penat ke menunggu? Sis tak rasa macam dipergunakan ke as back up plan? Honestly, sis kena cari kebahagian sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.