Saya dan suami terp4ksa duduk serumah dengan bekas isteri suami. Satu hari saya perasan pintu bilik dia terbuka luas

Saya dan suami susah nak cari rumah sewa, jadi bekas mertua suami bagi cadangan untuk duduk rumah mereka dan bekas isteri suami akan keluar cari bilik lain. Tapi setiap hari, dia ada je dekat rumah tak cari pun bilik sewa dan kerja lain. Ada satu hari saya perasan pintu bilik dia terbuka luas, saya terus bagitahu suami..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin, minta tolong hide kan nama FB saya ye. Malu kalau orang tau saya yang meluah sebab dalam group ni ramai kenalan saya. Saya ingat saya tak akan di uji lagi dengan kehadiran orang ke-3 ni selepas kejadian suami saya curang tahun lepas.

Hingga sekarang saya masih tak dapat lupakan peristiwa tu tapi suami saya dah tak ada hubungan lagi dengan perempuan tu. Dia janji tak akan buat lagi tapi kali ni saya diuji pulak dengan bekas steri suami saya ni. Ceritanya, sekarang suami saya ni asyik berwasap je dengan bekas isteri dia tu.

PukuI 3 pagi pun masih berwasap. Cakap pun bukan ada benda penting pun cuma berborak bagitahu pasal nak pindah rumah je. Saya terbaca la suami saya baIas wasap dengan bekas isteri dia tu cakap macam ni, “nanti Mama pindah, boleh la Babah tolong.”

Diorang ni dari dulu kalau berjumpa ke berwasap ke mesti berMama Babah walaupun depan saya. Sikit pun tak jaga hati saya. Dulu saya dalam pantang anak sulung pun dorang berdua boleh keluar pergi makan – makan.

Mungkin bagi orang lain hal ni kecik je tapi bagi saya dorang ni tak jaga hati saya langsung walaupun saya diam je, tak marah tapi hati saya s4kit jugak. Saya cemburu. Untuk pengetahuan pembaca, dulu kami pernah tinggal serumah dengan bekas isteri suami untuk seketika.

Sebabnya masa tu saya dan suami tengah mencari rumah sewa tapi belum dapat. Kemudian tu bekas mak mentua suami ni (mak bekas isteri) call suami bagitahu macam ni, “kalau kamu nak cari rumah sewa, kamu duduk la rumah yang mak dengan Liza duduk ni. Mak memang nak pindah duduk dengan anak mak yang lain. Liza ni nanti pandai – pandailah dia keluar cari rumah sendiri atau bilik sewa.”

Lepas tu bekas isteri suami ni wassap suami cakap nak tumpang duduk rumah tu sementara sampai dia dapat cari bilik sewa kat genting sebab dia nak kerja kat sana katanya. Jadi saya dengan suami setuju la sebab dia cakap sementara je kan.

Masa kami dah pindah duduk rumah tu, saya jadi tak suka pulak duduk sekali dengan dia sebabnya si Liza ni kalau dekat rumah suka pakai s3ksi – s3ksi, pakai baju sampai atas paha. Ada sekali tu dia tidur tak pakai baju, selimut dia terselak sampai atas paha lepas tu badan dia semua nampak.

Nasib la masa tu dia tidur meniarap. Lepas tu pintu bilik dia tak tutup terbuka luas. Tah tahu la sama ada dia terlupa atau dia sengaja. Saya cakap dekat suami, “tengok tu si Liza tu dah kenapa tidur macam tu dengan tak pakai apa nya lepas tu pintu terbuka luas macam tu. Saya tengok dia tu macam sengaja je kan. Kalau kat rumah dia suka pakai s3ksi – s3ksi, saya tak suka dan tak berkenan dengan cara dia tu.”

Lepas saya cakap macam tu, suami saya pergi la bagitahu dekat Liza yang saya tak suka tengok dia s3ksi – s3ksi dekat rumah. Boleh plak si Liza ni gelak – gelak dan cakap saya ni kuat cemburu. Lepas tu saya cakap dekat suami, saya cakap si Liza ni kata nak duduk sementara je kan, takkan la sampai sekarang tak dapat – dapat bilik sewa lagi.

Kata hari tu nak pergi cari kerja kat genting tu pun tak jugak dia pergi. Hari – hari ada je kat rumah. Suami kata dah tanya dekat bekas isteri dia tu, si Liza ni kata nanti dia pergi la cari kerja, saya ni kecoh la, cemburu tak tentu pasal.

Macam tu dia kata kat saya, hampir nk dekat setahun jugak la kami ni duduk serumah dah macam orang bermadu. Akhirnya saya cakap dengan suami kita cari je rumah sewa lain, kalau dia tak nak pindah, biar kita yang pindah.

Sampai bila nk duduk serumah macam ni, dah macam orang bermadu pulak. Jiran kiri kanan pun dah bercakap pasal dia sebab duduk serumah dengan kami. Sampaikan makcik – makcik beIah suami cakap dengan saya macam ni,

“tahannya kamu boleh serumah dengan bekas isteri suami kamu tu, kalau aku la memang per4ng la hari – hari.” Syukurlah kami dapat jugak rumah sewa lain, kami pindah masuk rumah sewa baru lepas saya habis berpantang anak no 2.

Itu je la nak luah min. Ini dah dua hari saya kurang bercakap dengan suami gara – gara geram dia masih berwasap dengan bekas isteri dia tu.

Komen Pembaca :

Aliya Liyana : Dari awal kenapa bagi muka. Ya Allah tak boleh brain saya. Pelik da macam orang bermadu. Sis kena bersemuka cakap dengan suami kenapa wasap – wasap ngan ex dia lagi. Dah berpisah buat cara berpisah. Ex dia dah takda kena mengena lagi dengan suami.

Dari cite sis macam dorang tak ada ank kan, lagi la takda kena mengena nye. Lebih baik cepat bertindak kalau sayang rumahtangga takot jadi hal yang tak sepatutnye nanti. Bukan nak takotkan sis, tapi berjaga – jaga lebih baik. Saya pun ada pngalaman sikit dalam bab ni. Saay pun ada ex husband. Dan sekarang dah kawen baru. Sikit – sikit saya faham perasaan sis. Saya doakan semoga rumahtangga sis aman bahagia. InsyaAllah.

Roziah Abd Rahim : Terus terang la dengan suami yang awak tak suka. Orang b4ngang ja yang tak cemburu bila laki wasap janda dia pukuI 3 pagi. kalau terp4ksa g4duh untuk buat suami sedar, g4duh ja. Saya pernah masa tu tengok drama ja, saya cakap kat anak, saja – saja ja, masa tu suami ada, ‘kalau mak yang kena ni, mak kasi orang tu r4cun tikus ja, takpun kasi orang tu makan julap”.

Suami diam ja.. pesanan dah sampai tu walaupun indirectly. Awak jangan lembik sangat, jangan biarkan pompuan tu gelak – gelak cakap awak macam – macam.

Aishah Alkhushairi : Silap awak pada mulanya setuju duduk sekali dengan ex wife dia. Sepatutnya awak bertegas dan katakan tak nak. Luahkn segala yang awak tak suka. Kalau dia rasa jaga perasaan hati isteri ni satu membebankan, baik ke pejabat agama.

Minta kaunseling. Biar dia tahu hak isteri dan suami apa sebenarnya. Kalau rasa boleh tahan dan sabar, teruskan perkahwinan tapi kalau tidak ke pejabat agama untuk dapatkan pandangan. Awak isteri kena bertegas dalam hak awak.

Norazlina Hazin Ina : Ya Allah.. Kuatnya hati awak sis. Kalau saya fuhhh jangan harap la nak anak no 2. Memang fikir panjang laa. Dengan exwife ada anak tak? Kalau takde rasanya macam dah tak perlu lagi laa nak berwatsap nak keluar makan bersama. Benda dah lepas usah dikenang. Lantang bersuara sis!! Lagi didiam m4kin menjadi! Cakap dengan husband jangan sampai tanduk saya keluar!!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.