Mak halau aku dari rumah sebab tak puas hati aku suka tidur lewat. Satu hari adik call mak kena tangkap khaIwat

Ada seorang pakcik ni, jiran kami selalu datang rumah aku dengan bawakan jajan untuk aku dan adik aku. Yang aku perasan, pakcik tu selalu datang waktu ayah aku tak ada di rumah. Bila malam je mak akan marah aku suruh tidur awal, sampailah mak halau aku dari rumah alasan aku tidur lewat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, aku menulis ni untuk luahkan perasaan sebagai seorang anak dan  untuk pengajaran juga buat mereka yang bergelar isteri. Ibu tapi ada affair dengan jantan lain. Sekarang ni aku tengah jaga mak aku sedang s4kit.

Tapi ntah la aku rasa aku jaga hanya atas rasa tanggungjawab bukan sebab kasih aku sebagai seorang anak. Aku mulakan cerita ketika aku berumur dalam 5 – 7 tahun. Aku anak sulung dan ada dua orang adik lelaki, adik aku namakan M dan A.

Adik aku M muda 3 tahun dari aku manakala adik lelaki bongsu aku A seorang 0KU akal. Keluarga kami bahagia, aku menikm4ti zaman kanak – kanak seperti orang lain. Kami tinggal di felda. Keluarga kami mesra dengan semua jiran tetangga.

Ada seorang pakcik ni yang juga jiran kami selalu datang rumah aku dengan bawakan jajan untuk aku dan adik aku. Jiwa kanak – kanak, memang seronok la bila orang bawa makanan untuk kita. Yang aku perasan, pakcik tu selalu datang time ayah aku tak ada di rumah.

Dia tak masuk di dalam rumah tetapi akan berbual dengan mak aku di pintu dapur. Apa la budak – budak besar kami tahu perbuatan mereka tu salah atau tidak. Masa berlalu, aku dah meningkat remaja, biasalah bila dah remaja ni kita akan tidur lewat menonton televisyen dan video.

Mak aku akan bising dan mem4ki aku setiap kali aku tidur lewat. Kadang – kadang aku meIawan cakap dan kalau malas berg4duh, aku akan masuk buat – buat tidur walaupun mata tak mengantuk. Masa ni mak aku rapat sangat dengan jiran sebeIah aku, disebabkan jiran aku ada kereta, kalau pergi mana – mana mak aku mesti join sekali.

Rapatnya mereka sampai nak jodohkan aku dengan anak lelaki mereka. Memang tidaklah aku nak setuju, dah la aku anggap anak jiran aku tu macam abang sendiri. Time ni aku tak syak lagi mak aku ni dah melebihi batas sebagai seorang jiran.

Sehinggalah satu hari aku berg4duh dengan mak aku (sebab aku tidur lewat), mak aku campak beg baju aku suruh aku tinggal dengan nenek aku di kampung. Keesokan harinya, bapa saud4ra aku datang ambik aku untuk di bawa pulang ke rumah nenek.

Setahun aku duduk di rumah nenek, satu hari adik aku M telefon mengatakan dia tangkap mak aku dan suami jiran sebeIah aku di dalam bilik. Kami berdua menangis dalam telefon. Tidak aku sangka sejauh ni mak aku buat per4ngai.

Rasa macam aku bermimpi dengar cerita adik aku. Adik aku baru berumur 15 tahun ketika itu dan kena hadap benda tak masuk akal ni. Disebabkan mak aku ni jenis, “pandai makan pandai simpan”, jiran – jiran dan keluarga semua terk3jut tak percaya mak aku kena tangkap khalwat dengan anak sendiri.

Dengan anak – anak mak macam singa tapi dengan orang luar pijak semut pun tak m4ti. Mesti ada yang tanya mana ayah aku kan? Aku rasa ayah aku dan adik beradiknya jenis lurus dan blur. Ayah jenis ikut cakap bini tapi sayang sangat pada anak – anak.

Masa siang ayah banyak habiskan masa di ladang, tempat dia cari rezeki. Malam memang dia tidur awal sebab penat kerja di ladang. Lepas kes tersebut, mak dan ayah aku bercerai. Adik aku M bertukar menjadi liar. Aku tak salahkan dia, semua salah mak aku. Dialah punca.

Masa ni baru aku teringat balik pakcik yang selalu bawa makanan ringan pada kami dulu, rupanya time tu pakcik tulah skandal mak. Pastu teringat balik kes mak halau aku keluar rumah. Rupa – rupanya dia halau aku sebab kacau line dia nak bermadu kasih.

Suami jiran akan datang masuk pintu belakang masa ayah aku dah tidur. Bila mak halau aku balik kampung, tak ada lagi gangguan buat mereka. Banyak lagi cerita per4ngai mak aku yang aku tahu dan dengar. Lepas mak bercerai m4kin ketara per4ngai gatal dia.

Kami anak – anak ni pandai – pandailah bawa diri. Adik yang bongsu ayah aku yang jaga. Ayah aku pun lepas bercerai memang jadi tak terurus. Banyak diam diri, kadang – kadang aku nampak dia menangis sorang – sorang.

Umur 22 tahun aku ambil keputusan untuk berkahwin. Semua urusan aku uruskan sendiri dengan bantuan ayah dan sed4ra mara. Mak aku? Dia datang hanya sebagai tetamu. Sedih sangat orang lain kahwin mak ayah dorang yang buat semua. Aku kahwin semua buat sendiri.

Mak aku hidup lagha sampailah aku anak 3. Bersalin, dalam pantang pandai – pandai lah aku urus sendiri. Mak aku masih dengan dunia dia. Setelah sekian lama mak aku diberikan nikmat sihat, 2021 kesihatan mak aku mula merosot.

Masa ni baru dia rajin call aku, rajin tanya khabar keluarga aku terutama cucu – cucunya. Baru nampak jalan ke rumah aku. Sebelum ni bila aku ajak dia datang ke rumah aku, macam – macam alasan dia bagi. Cuti hujung minggunya di isi dengan bercuti, pergi mall dan tengok wayang.

Memang tak ingat anak cucu pun masa dia sihat. Sejak tak sihat baru dia rajin datang rumah aku. Sekarang akulah yang jaga dia setiap kali dia terlantar s4kit. Adik aku M memang tak mahu ambik tahu pasal mak aku. Aku tak salahkan dia.

Banyak yang M pendam tidak luahkan. Aku bernasib baik, ada suami dan anak – anak yang bagi support. Aku ceritakan semua pada anak – anak aku. Aku ajar mereka tidak berd3ndam walau hati kita dis4kiti. Alhamdulillah, anak – anak aku santuni nenek mereka dengan baik.

Cuma itulah, parut di hati payah nak di ubati walaupun mulut melafazkan “aku maafkan kamu”. Tolong doakan aku ikhlas santuni mak aku, dapat jaga dia dengan baik dan redha sepenuhnya. Buat isteri isteri atau ibu di luar sana yang berper4ngai macam mak aku, aku doakan korang berubah sebelum kifarah datang. S4kit sangat jadi anak kepada perempuan begitu. Sampai m4ti belum tentu boleh sembuh. – Merpati putih (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nonie Nuralia : Saya bukan di tempat kalian tetapi bagi saya segala perbuatan ibu itu antara dia dengan Tuhan. Ujian untuk kalian juga semua. Sekarang peluang kamu mengingatkan ibu untuk bertaubat dan meminta maaf pada anak – anak dan bekas suami. Semoga membaik semuanya untuk keluarga kalian. In shaa allah. Aamin.

Emah Abu Bakar : Macam mana pun mak ayah kita, sebagai anak kita wajib hormat mereka selagi tak Ianggar hukvm Allah. Ibubapa, jadilah ibubapa yang layak dihorm4ti oleh anak – anak. Janganlah siksa jiwa anak – anak berper4ng dengan fikirkan tanggungjawab sebagai anak dan fikirkan Iuka yang berpunca dari ibubapa sendiri.

Aini Rahim : Sebelum mak awak m4ti tolong pujuk dia taubat nasuha dan minta dia supaya mintak ampun kat semua. Takpelah kalau orang tak mampu nak ampunkan sekurang – kurangnya dia mintak maaf sungguh – sungguh.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.