Suami selalu mengeluh sebab tak ada duit, dia hanya akan baik dengan saya bila saya ada duit dan boleh beli rok0k dia. Setiap hari sampai 3 kotak rok0k dia beli. Saya sekarang tengah pant4ng, anak dalam kandungan meninggaI dunia masa berusia 6 bulan. Dia lafazkan cerai dan tinggalkan saya sorang – sorang, walaupun sebelum ni dia selalu haIau saya tapi saya nak pertahankan perkahwinan ni..
#Foto sekadar hiasan. Salam min, tujuan saya tulis ni nak minta pendapat dari para pembaca. Saya dah berkahwin kali kedua dengan suami pertama, kami ada anak 3 orang. Kami berpisah sebab suami terlafaz taIak 3 waktu kami berselisih faham, hanya sebab itu je.
Tapi hubungan kami masih baik sampai sekarang sebab anak. Dengan suami kedua ni, anak pertama kami baru je meninggaI waktu usia kandungan saya 6 bulan. Bayi meninggaI dunia masa dalam perut mungkin juga atas tekanan di jiwa saya selama ni.
Saya nak kongsi masalah saya dengan suami kedua. Dia seorang lelaki yang panas baran. Tapi baran yang kadang saya sendiri tak tau punca dia. Dia selalu meng4muk tiba – tiba, contohnya masa tak ada duit. Dah hampir 4 tahun saya kahwin dengan suami kedua tapi setiap kali raya saya tak berpeluang pun nak beraya dengan suami.
Alasannya sebab dia cakap duit tak ada dan dia pergi entah ke mana. Dengan satu sen tak bagi pada saya, segala nafkah zahir dan batin memang susah dia nak bagi. Tak jaga hati dan perasaan saya bila bercakap, hubungan suami isteri apatah lagi.
Tapi ada masa dia baik, dia jadi baik sangat tapi sekejap jelah. Masa anak saya meninggaI dalam perut dia lafaz cerai pada saya dan dia tinggalkan saya dalam pant4ng sorang – sorang kat rumah dan suruh saya keluar dari rumah.
Dalam waktu tu juga saya dengar dari anak saud4ra sendiri diorang nampak suami saya keluar dengan perempuan lain dah 2 kali waktu saya dalam pant4ng. Isteri mana yang tak sedih, kubvr anak belum lagi dapat tengok, tapi dalam pant4ng suami dah lafaz cerai dan buat hal.
Untuk pengetahuan semua. ni perkahwinan kali ketiga suami waktu berkahwin dengan saya. Isteri – isteri dia sebelum ni pun mend3rita katanya. Tu pun saya dapat tahu dari salah seorang keluarga dia lepas kami kahwin.
Dari mulut dia tak pernah dia cakap dia ada duit. Tapi setiap hari tengok ada mesej game online masuk. Iklan – iklan p0rno. Saya tahu min suami memang selalu tengok benda macam tu dekat belakang saya. Bila saya tanya tak nak mengaku.
Lepas tu tak ada duit, dia meng4muk dan setiap kali meng4muk dia haIau saya cakap dia tak mampu dah jaga saya sebab duit tak dia. Saya hanya diam je sebab nak pertahankan rumahtangga. Dalam pant4ng dia buat saya macam tu, siap perempuan tu ada hubungi saya sendiri cakap jangan ganggu suami saya sebab dia cakap saya yang mer0yan nak balik pada suami.
Sedangkan waktu tu saya dalam pant4ng lagi dan tak sempat nak rujuk pada pejabat agama lagi min, sedihnya. Bila tiba hari bicara, masih dalam pantang min sebab terlalu sedih saya uruskan juga dan keluar dari rumah tapi depan hakim dia tak mengaku yang dia ceraikn saya min.
Dia cakap dia sayangkn saya dan perempuan yang nak kat dia tu hanya nak duit dia je katanya. Suami buat sump4h Iaknat depan hakim yang dia tak mengaku ceraikan saya. Saya harap saya tak tanggung d0sa ni bila kami bersama.
Bila balik rumah, sebulan je, hanya sebulan je dia layan saya dengan baik. Asal tak ada duit dia meng4muk dan haau saya lagi cakap tak mampu tanggung saya. Saya dah letih sangat dan malu juga nak turun naik mahkamah sebab tu saya diamkan je.
Perkataan haIau tu jadi makanan saya tiap – tiap hari. Saya buat kuih, jual, bila dapat duit suami ambil untuk beli rok0k dia sebab dia tak pernah cakap dia ade duit. Selalu tak cukup, kadang saya menangis jugak sebab rindukan anak – anak yang tinggal dengan bekas suami pertama.
Suami pertama memang tak bagi anak – anak duduk dengan saya sebab dia faham keadaan saya dan suami yang panas baran. Suami tak bagi tengok anak sebab katanya tak ade duit. Baik buat beli makanan katanya tapi rok0k dia 3 kotak sehari boleh plak, kemudian asyik mengeIuh.
Bila tak ade duit, naik baran. Saya memang tak dapat beli apa – apa min. Makanan je tu pun suruh saya berjimat sebab duit pada saya tu khas untuk dia pergi kerja dan rok0k. untuk saya memang tak ade. Dulu kereta saya terp4ksa jual sebab dia langsung tak nak tolong saya bayar saman saya yang berapa ratus.
Saya tak suka susahkan orang min sebab tu saya reIa k0rbankan kereta saya sendiri. Hari ni hidup saya sem4kin teruk, saya tak ade simpanan. Suami kalau saya ada duit, dia baiklah, kalau nak habis duit, halau tu jadi makanan harian saya.
Kalau makan kat luar pun mesti berkongsi alasannya membazir. Macam mana anak saya tak meninggaI dalam perut min. Tekanan mengidam pun puas menangis nak makan. Pernah sekali saya mengidam nak makan kacang kuda je pun.
Terliur sangat tiba – tiba saya nak beli dia suruh beli RM2 je. Saya dapat makan 2, 3 biji je yang lain semua dia plak makan. Saya mengidam pun tahan je la. Saya tak boleh lupa apa suami buat pada saya dari saya mengandung, sampai dalam pant4ng dan sampailah ke hari ni.
Saya masih dalam diIema nak pergi mankamah dah rasa malu sangat. Tapi sampai bila saya nak bertahan macam ni. Umur saya bukan muda lagi, saya pun nak ada kehidupan yang lebih baik. Setiap hari saya berdoa tapi suami m4kin tak memahami saya. Tolong berikan pandangan tuan puan pada saya ye.
Komen Warganet :
Nurul Ashikin Idris : Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Awak keguguran semasa dalam kandungan mungkin bila anak tu lahir dia akan mengaIami situasi yang sama dengan awak. Jangan malu ke pejabat agama. Atur hidup awak sebaik mungkin dan langkah keluar daripada rumahtangga ner4ka yang awak diami. Apa guna bersusah payah dengan lelaki yang tak nak bersusah dengan awak.
Viana Elly : Guna akal yang bijaksana puan, rumah kalau boleh pasang cctv supaya lepas tu kumpulkan bukti yang ada. Kalau sudah cukup pergi buat aduan lepas tu cari peguam beIa untuk puan. Kalau bukti semua ada insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar.
Kadang – kadang kita ni haruskan jadikan hati tu kering dan ada sikap kej4m sikit. Sampai bila puan nak hadap macam tu? Luah dalam ni kami hanya boleh bagi nasihat tapi yang harus bertindak ada la puan sendiri. Jangan malu dengan apa yang jadi puan, puan harus kuat Iawan blik.
Sayang ada hadnya tapi kalau sayang puan tersiksa zahir batin baik tak payah nak pertahankan suami yang macam tu. Akal Allah dah bagi so guna sebaik yang mungkin..
Hamidah Mamat : Sayang ke cinta ke sudahlah tinggalkan saja orang macam tu, dah jadi beban buat kita. Allah beri kita akal untuk fikir baik buruk tak akan kamu tak boleh fikir. Orang macam tu tak akan berubah dia tahu bila dia meng4muk kamu bagi duit sebab tu dia tak kisah langsung dengan perbuatan dia.
Move on lah cari kehidupan yang baru yang lebih baik tak kan nak tunggu dia. Nak habiskan masa dengan orang macam tu, terumbang ambing kehidupan kalau masih dengan dia. Kali ni kamu kena kuat, jangan malu ke mahkamah. Undang – undang ada, pasti kali ni menyebeIahi kamu. Semoga dipermudahkan Allah jalan penyelesaiannya.
Siti Perubatan Islam : Assalamualaikum adik, hebat boleh bertahan dengan keadaan yang adik lalui sekarang ya .Adik sangat – sangat menyedari perbuatan suami, tetapi mengapa tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kami boleh menasihati sahaja, gerak langkah perlu dari adik sendiri. Keputvsan mutamad adalah di tangan adik. Sayang ada hadnya, berdasarkan perbuatannya akak rasa tiada apa untuk dipertahankan lagi. Semoga adik membuat keputvsan yang tepat. InsyaAllah, Aamiin.
Maria Isabella : Cakap pun tak guna kalau tt ni masih sanggup duduk dengan laki baru dia ni. Dah buat macam – macam siap lafaz taIak tak mengaku, keluar dengan perempuan lain masa bini tengah pant4ng. Ayat haIau berkali – kali, duit nafkah zahir batin tak ade.
So apa motif awak setia dengan dia? Kalau dah semua tertulis tu penyiksaan buat awak tak akan nak tggu sampai kena pukuI pulak. Jalan dah ada. Teruskan jela. Semua orang berhak bahagialah.
Mawar Putih : Dia dah ceraikan awak tapi dia tak mengaku depan hakim. Maknanya awak bukan isteri dia lagi disisi Allah. Hakim tak nampak tapi Allah nampak. Hidup la awak sebagai suami isteri dengan kepura – puraan dan maksi4t. Lebih baik awak angkat kaki sekarang. Awak tak kira derh4ka lagi sebab taIak dah jatuh. Pergi mahkamah mintak fasakh sebab gagal bagi nafkah…
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.