Satu hari mak jatuh s4kit (Iumpuh). Mak macam langsung tak redho dengan s4kit yang men1mpanya. Hari – hari nak bunvh diri, sampai dia salahkan Tuhan sebab bagi dia Iumpuh.
#Foto sekadar hiasan. Selalunya kita akan dengar kisah anak derh4ka. D0sa besar jika kita buat mak sedih hingga jatuhkan air matanya. Tapi tak semua orang bertuah punya mak yang baik, yang akan selalu mendoakan kebahagiaan anak – anaknya.
Jika orang tengok keluarga kami pada dasarnya, semuanya indah. Aku tetap bersyukur lahir dalam keluarga ini. Ada abah dan mak yang bertanggungjawab, yang beIa dan sediakan keperluan kami secukupnya.
Abah aku seorang kakitangan kerajaan manakala mak jual nasi lemak bagi membantu abah. Aku pula anak ke-3 dari 4 orang adik beradik.
Kami berempat membesar dengan pendidikan yang sempurna, mendapat pekerjaan dan sudah berkahwin. Abah meninggaI semasa umurku 23 tahun.
Dari kecil memang dah cukup masak dengan sikap mak. Seorang yang tegas, garang dan tidak ada seorang pon yang boleh tegur kesilapan dia. Selalu juga g4duh dengan jiran – jiran. Puncanya suka bawa mulut cerita orang. Namun masa kecil, tak ambil pusing sangat hal – hal orang tua.
Dari kecil mak suka bandingkan anak – anak. Anak yang pandai, mak akan cakap anak mak. Yang kurang pandai macam aku selalu jadi anak abah. Mak paling sayang kakak sebab masa kecil kakak pandai dan comel. Aku yang agak gempal ni selalu saja makan hati.
Mak pula seorang yang suka bercakap tanpa pedulikan hati sesiapa. Dan mak juga tidak suka komunikasi dua hala. Maksudnya, mak takkan mahu ambil tahu apa perasaan kita. Yang mak selalu pesan, anak – anak kena jaga hati mak sebab mak yang lahirkan anak.
Setelah kem4tian abah, mak jaga anak – anak aku dan berhenti jual nasi lemak. Sikap mak yang kurang enak sebelum ni aku tak ambil pusing sangat sebab masih ada sikap mak yang baik.
Selama jaga anak – anak aku, semuanya terurus dari segi makan dan pakai macam kami kecil – kecil juga. Cuma dari segi em0si, memang str3ss sebab mak bandingkan pula dengan anak – anak kakak aku.
Katanya anak aku tak comel la. Tak pandai la. Macam – macam lagi la. Kadang – kadang suami pon naik geram dengan apa yang mak cakap.
Rezeki aku dan suami, dapat naik pangkat setelah anak ke 3. Allah buka pintu rezeki dan kedudukan kewangan kami lebih baik dari kakak. Mak tak puas hati bila tengok aku lagi senang dari kakak.
Suami aku pula lebih rajin dan penyayang dari suami kakak. Mak suka benar bandingkan kami. Bagaimanapun, aku dan kakak tak pernah ada masalah. Tak pula kami irihati sesama kami.
Satu hari mak jatuh s4kit (Iumpuh). Kami berempat bergilir – gilir jaga mak. Menantu pon, alhamdulillah semua ikhlas jaga mak.
Tapi, sikap mak m4kin menjadi – jadi. Mak macam langsung tak redho dengan s4kit yang men1mpanya. Macam – macam yang kami kena hadap masa jaga mak. Asyik meng4muk, semua tak kena di matanya.
Sampai dia salahkan Tuhan sebab bagi dia Iumpuh. Hari – hari nak bunvh diri. Nauzubillah. Bukannya tak pandai agama, tapi entahlah mungkin tertekan masa tu. Aku dan kakak yang banyak jaga mak masa s4kit.
Bila mak dah mula boleh jalan, kami ingat mak akan berubah. Namun mak tetap sama. Suka bercakap yang kurang enak dengan anak menantu, dengan jiran dan dengan siapa saja. Bila cakap hanya dia saja yang betul.
Mak juga suka bangga dengan duit yang dia ada. Amat ketara selepas s4kit. Padahal duit yang ada adalah dari pencen abah. Segala harta yang arw4h abah tinggal semuanya kami pindah ke nama mak. Kalau tak, bising dibuatnya. Cuma duit insurans abah saja mak bagi kami.
Sekarang ni mak selalu fikir kami anak – anak tak sayang dia. Mak set dalam fikiran dia, anak – anak tak mahu beIa dia sebab dia s4kit. Dia buat pula macam dalam drama – drama anak derh4ka.
Mak tinggal sorang di rumahnya. Bila kami ajak tinggal dengan kami, dia taknak. Bila bawa makanan dia taknak makan. Sangat cerewet, sudahla taknak makan, complaint pula macam – macam. Semuanya tak kena.
Lepas tu cerita pula pada jiran – jiran yang kami tak ambil kisah hal dia. Mak langsung tak pernah hargai apa yang anak – anak buat untuknya. Terima kasih jauh sekali.
Namun sampai saat ini, anak – anak semua masih sayangkan mak. Katalah apapun, kami tetap balik jenguk mak. Call je minta apapun, kami tetap akan usahakan. M4kilah apapun, kami tetap sayang mak.
Sehingga kini mak masih macam tu. Tersilap cakap, sentap dan mula doa yang tak elok untuk kami.
Buat para ibu yang membaca coretan ini, janganla status ibu itu buat kita jauh dari anak – anak. Hormatlah perasaan anak – anak, hargailah mereka. Selagi anak – anak hidup berlandaskan agama maka bersyukurlah.
Terimalah teguran dari sesiapapun kerana selagi ada yang tegur, maka kita dapat betulkan apa yang salah pada diri kita. Sentiasalah doa yang terbaik buat anak – anak kita. Jika kita mahu disayangi maka kita perlu menyayangi semua orang. – Melati (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nusra Alyahya : Suka dengan ayat confesser yang ni, “Buat para ibu yang membaca coretan ini, janganla status ibu itu buat kita jauh dari anak – anak. Hormatlah perasaan anak – anak, hargailah mereka.
Selagi anak – anak hidup berlandaskan agama maka bersyukurlah”. Aku setuju sangat, bila kita terlalu mencari kesempurnaan dan sering mengkritik kadang hanya menjauhkan hubungan yang dekat .
Hany Nasir : Anak – anak merungut apabila menjaga ibubapa yang dah tua dan s4kit. Kita mungkin dah lupa, ibubapa menjaga kita di saat kita adalah makhluk yang paling lemah. Semua perlu dibantu, didukung, disuap dan dimandikan.
Kita mungkin tak ingat saat ibubapa tak lena tidur sebab menjaga anak yang s4kit. Jadi bila kita terdetik dalam hati yang ibu atau bapa yang dah tua ni menyusahkan. Ingatlah kita tak tau apa yang mereka dah hadapi saat membesarkan anak – anak dengan sempurna dan menjadi manusia yang berguna.
Murah Rezeki Nurain Razali : Susah.. Memang susah jika berada dalam situasi ini. Bila ianya berkaitan dengan mak, yang sudah lanjut usia, s4kit pula tu. Apa boleh buat selagi ada masa ini, hanyalah perkataan sabar.
Sabar sahaja ubatnya. Bagi pembaca seperti saya. Mari kita ambil iktibar. Hal pilih bulu, banding – banding, ungkit – ungkit, mengata, perIi – perIi, masih tebal dalam ‘melayu’, sedangkan ianya ditegah dalam Islam.
Sumaiyah Mohd Rasidi : Ramai juga yang hent4m konon confessor buka a1b lah apa lah. Pada saya, saya suka confesor begini, sekurang – kurangnya saya boleh ambil pengajaran dari pengalaman orang lain.
Saya paling takut jadi ibu yang tak adil pada anak – anak, takut buat anak – anak membesar dengan suasana t0xic yang saya bawa tanpa saya sedari. Kadang – kadang benda teguran macam ni buat saya pun mula berubah perangai – perangai yang tak sepatutnya bila menjadi ibu ini.
Anak – anak itu anugerah dan bukan beban dan bukan juga untuk kita bandingkan. Tapi untuk kita didik jadi manusia yang bukan saja baik untuk dunia tetapi akhir4t. Anak – anak inilah saham kita di akhir4t kelak..
نور هداية : Kebelakangan ni banyak betul cerita – cerita pasal ibubapa macam ni terutamanya golongan ibu.. Allahu takotnya. Fahaman orang tua – tua dulu, anak-anak tak boleh Iukakan hati orang tua tapi hakik4t banyak yang berlaku sebaliknya.
Seolah – olah Tuhan hanya menilai kejahatan anak – anak sahaja tapi tidak menilai kejahatan yang dilakukan ibubapa. Adakah Tuhan begitu tidak adil? Tak, siapa -s iapa saja yang meny3ksa jiwa manusia lain hatta ibubapa sendiri tetap akan ada baIasannya kerana Tuhan Maha Adil.
Harap cerita – cerita begini dijadikan tauladan dan pengajaran untuk kita semua yang ada anak – anak supaya sejarah tidak berulang.. Bukan untuk dijadikan alasan atau bahan untuk berlaku buruk pada orang tua.
Jika anda berada di situasi itu, bersabarlah dan tak perlu baIas keburukan yang dilakukan ibubapa. Tetaplah berbuat baik kepada mereka walaupun dibaIas dengan keburukan, tak perlu risau kerana hanya Allah tahu baIasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.
Mintak dijauhkanlah ya Allah daripada jadi ibubapa yang ‘menik4m’ anak – anak dan menantu sendiri na’uzubillahi min zaalik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!
Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.