Mak berjaya bawa lari adik ke Sabah tapi mak p4ksa adik tinggalkan bayi yang baru bersalin dekat ipar yang dah lama takde zuriat. Aku tak sangka hidup adik lagi sengsara bila tinggal dengan mak dekat kampung. Aku cuba bantu adik balik bersama suaminya, namun akhirnya aku disalahkan apabila adik meninggaI..
#Foto sekadar hiasan. Dalam kehidupan yang penuh c4baran ini aku menceritakan kehidupan seorang adik perempuanku yang sukar aku gambarkan pend3ritaannya. Dia seorang yang sabar dan pendiam namun dalam kesusahannya dia masih mampu memberi dan tak kedekut.
Hidup bersama suaminya di Terengganu telah membuat dia terpisah dari kami sekeluarga di Sabah. Dia telah berkahwin dengan lelaki pilihannya yang jauh lebih tua dengan usia jarak 15 tahun dan suaminya pernah berkahwin dulu.
Adik aku merupakan isteri yang ketiga dan isteri – isteri yang lain telah bercerai dulu. Jadi adik ada anak tiri. Anak – anak tiri semua bekerjaya sebab bekas isteri suaminya semuanya wanita berpelajaran bukan macam adik yang tiada pelajaran, cuma belajar sehingga darjah 6 kerana kami selalu berpindah randah.
Di sinilah kehidupan adik bermula, selepas 9 tahun barulah kami dapat tahu keadaan adik sangat – sangat teruk di Terengganu sana. Dia s4kit dan menghidap peny4kit batuk TB, badannya yang dulu comel menjadi kurus hanya tinggal tuIang dan kulit.
Dia terp4ksa ditahan di hospitaI kerana berju4ng untuk melahirkan anak yang ke-6. Mak yang mendapat tahu terus mendesak salah seorang adik saya yang tingal di Selangor pergi melihat adik yang s4kit di Terengganu.
Masa tu adik dah selamat melahirkan anak dan baru keluar dari hospitaI selepas bersalin dan rawatan peny4kitnya. Dua hari adik yang di Selangor berada di Terengganu melihat keadaan hidup adik yang susah dan s4kit. Mak saya nak bawa adik pulang ke Sabah namun dilarang oleh suaminya sebab tak sanggup berpisah.
Namun selepas beberapa hari mak akhirnya berjaya membawa adik lari bersama anak – anaknya seramai 6 orang pergi ke Selangor. Di sana ada ramai adik beradik lelaki saya yang menetap di situ dan telah berkahwin. Mak nak bawa balik adik ke Sabah tapi masalahnya mak tak cukup duit untuk tambang balik ke Sabah.
Anggaran kos dalam 2 ribu lebih untuk mak, adik serta anak – anaknya. Alhamdulillah ipar dapat membantu meminjamkan wang dan kami 11 beradik berjanji akan cuba bayar balik wang yang dipinjam. Selepas beberapa hari dapatlah mak balik ke Sabah namun di sini bertambah lagi kesedihan adik yang s4kit.
Ini kerana anak yang baru saja dilahirkan terp4ksa ditingalkan bersama adik ipar sebab kononnya mak tak mampu bawa baby naik flight. Tambah lagi adik masih tak kuat jalan dengan ada 5 lagi anak yang berumur 10 tahun ke bawah.
Jadi adik terp4ksa mengalah, maka tinggallah anak bongsu adik dengan salah seorang ipar. Kebetulan ipar saya tu masih belum ada zuriat, dia janji akan jaga baby dengan baik. Tapi sebenarnya adik tak rela nak berpisah walaupun susah dia tak sanggup, tapi mak yang sengaja tinggalkan anak itu untuk dijaga oleh ipar dan adik lelaki.
Sampai di Sabah, adik sem4kin pulih. Syukur alhamdulillah tapi setelah setahun suaminya datang ke Sabah untuk jumpa dengan isteri dan anak – anaknya. Namun apabila dia tengok anak yang bongsu tiada dalam jagaan adik, dia s4kit hati dan selalu mengungkit marahkan adik sebab tak nak jaga baby.
Selepas setahun, adik bersalin lagi dan dapat anak perempuan. Kali ni peny4kit adik kembali lagi dan dia disahkan masih ada batuk TB dan perlu rawatan. Adik menjalani rawatan dan rupanya dia pun perlu memakai insulin kerana gula dalam d4rah yang tinggi.
Suami adik terp4ksa balik ke Terengganu semula kerana ada ahli keluarganya yang sedang n4zak. Dia balik ke sana dengan membawa 3 orang anak perempuan yang berumur 10, 8 dan 7 tahun. Yang ditingalkan adalah anak lelaki 2 orang dan bayi yang baru dilahirkan.
Kesengsaraan adik tak pernah hilang kerana dia tidak mempunyai kerja untuk menyara hidup di sini, tinggal bersama mak di kampung. Yang buat aku terkilan, adik selalu bersedih sebab mak kadang – kadang bising, katanya anak – anak adik kuat makan.
Disebabkan kesihatan adik yang tak mengizinkan, dia jarang kemas rumah dan memasak, dia lebih memilih diam dan menangis bila mak kata macam – macam. Pernah sekali mak bising sebab mak beli barang dapur semua cepat habis, anak – anak adik kuat makan.
Ada satu masa keluarga kami berkumpul di kampung cuma aku dan kakak sulong tiada. Salah seorang anak adik makan keropok tapi banyaklah yang jatuh ke lantai, biasalah budakkan tapi salah seorang adik lelaki aku datang ambik kutip semua keropok yang jatuh dekat lantai dan baIing atas kepala anak adik.
Kejadian tu berlaku depan mata adik sendiri. Dia menangis sedih, katanya orang mengh1na dia anak beranak sebab dia susah. Ceritanya ni sampai kepada aku di bandar. Aku jadi s4kit hati dan terfikir biar la berk0rban sedikit aku pun terus balik memandu dan mengambil adik dan bawa dia ke bandar.
Selama di bandar aku pun meneman adik ke vaksin untuk memudahkan dia kerana dia ingin balik ke Terengganu. Dia rasa kehidupan dia di Sabah sangat susah dan dia dah tak sanggup kena h1na dengan mak dan adik beradik aku yang lain.
Diam – diam aku ingin membantu tanpa pengetahuan mak dan bapa. Adik hari – hari call suami dia minta belikan tiket. Suami dia memang happy sangat dan dia cakap dengan aku suami dia sudah kerja jadi boleh belikan tiket untuk balik ke Terengganu.
Sepanjang berurusan untuk dapatkan tiket, aku perasan adik m4kin kurus dan selalu pening. Hari – hari kami tunggu suaminya kata nak belikan tiket tapi sampai ke sudah tak ada. Adik nangis, dia nak sangat balik ke Terengganu sebab di sini dia tak sanggup.
Mak selalu cakap dan ungkit tentang dia yang bawa adik balik ke Sabah, kalau tak dah lama jadi kain putih. Itulah perkataan yang kami selalu dengar mak cakap dekat adik. Adik tertekan, s4kit hati sampai makan pun dia tak lalu.
Selepas seminggu mak datang ke rumah aku masa tu tak beli lagi tiket tapi mak macam tahu je rancangan kami. Mak p4ksa adik balik kampung dengan anak – anak, adik dah macam berserah sebab dia nak balik Terengganu pun tak boleh.
Peny4kitnya sem4kin hari sem4kin teruk muka pun dah cengkung. Bila dekat kampung, mak langsung tak bagi adik berhubung dengan suami dia. Mak tutup HP, konon tak nak bagi adik tertekan. Perkara ni berlarutan sampai 6 bulan, adik memang tak lalu makan, badan m4kin tak terurus, kurus teruk sangat.
Aku masih ingat, ketika aku di hospitaI akibat cv19, adik menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia pergi meninggaIkan duka yang tak terzahir, perit. Namun sehingga ke hari ini, hampir 100 hari pemergian adik, aku masih tak berpeluang untuk ziarah kubvr adik.
Semuanya sebab mereka salahkan aku kononnya adik bertambah s4kit selepas aku bawa dia ambil vaksin d0s ke2. Sedangkan adik aku sudah ada banyak komplikasi peny4kit yang lain dan adik sendiri tidak mahu ambil ubat insulin.
Adik kata mak selalu cakap dia selalu menyusahkan orang, mungkin itu punca adik tak nak ambil ubat untuk pulihkan peny4kitnya. Semoga adik tenang di sana, segala keperitan di dunia telah pun ko tinggalkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.