5 tahun kahwin mualaf, siap berskandal dekat pejabat. Depan mak ayah aku jadi saksi, suami tak nak ceraikan aku

Sebelum kahwin, suami aku jenis keluar makan minum – minum m4buk, tidur dengan awek tu perkara biasa, 4D tak payah cakap lah. Kemudian tiba – tiba cara hidup bebas tu kena tukar. Bila aku tegur suami berkaitan agama, dia akan tepis dengan jawapan, “kau lahir – lahir dah islam…”

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua, aku sebenarnya nak sampaikan isi penulisan ni kepada seseorang yang waktu ni maybe tengah hibernate dari dunia luar. Pena Buat Mira. Mengenai isu semasa yang hot diperkatakan, aku sebenarnya tak nak campur pun dan belum pernah tinggalkan komen c0ndemn atau menyokong mana – mana pihak,

Tapi sebabkan cerita beliau yang kerap lalu dalam socmed aku, aku jadi terpanggil untuk berkongsi kisah aku, iaitu beratnya tanggungjawab mendidik suami mualaf. Aku cuba ringkaskan cerita ni seringkas yang boleh.

Sebenarnya, bukan beliau sahaja, aku kerap kali jumpa content belia – belia yang pasangannya masih bukan islam, nampak excited kan? Yup, belum kahwin memanglah nampak indah, lepas kahwin barulah kita kenal siapa pasangan kita.

Suami aku ni berbangsa C, awal perkenalan, dia memang soft spoken, layanan setanding permaisuri diberikan. Apa yang kau nak, dia usaha bagi kau. Dia open minded, iaitu dia tiada masalah pun untuk convert. Dia tunjukkan yang dia nak belajar islam, dengar ceramah – ceramah agama.

Itu buat kau lebih yakin yang dia berminat dengan agama. Waktu aku nyatakan hasrat aku nak berkahwin dengan dia pada mak ayah aku, aku dapat tentangan dari mereka, sebab mak aku nak lelaki yang tahu agama lebih dari aku, lelaki yang boleh didik aku.

Tapi aku ni jenis kalau aku nak A, aku tetap nak A jugak. So, macam tulah, mak ayah aku terp4ksa menerima juga. Perkahwinan aku dengan suami, tak dapat restu dari keluarga sebeIah dia. Waktu pernikahan kami pun, keluarga dia tiada yang hadir, setiap kali dia balik rumah keluarga dia, aku takkan ikut.

Hanya mampu berdoa je suatu hari nanti mereka akan menerima aku dalam keluarga mereka. Awal perkahwinan kami, aku bahagia, dia ringan tuIang, rajin bantu aku urus rumahtangga, pandai masak, kadang – kadang aku tak perlu pun buat semuanya, sebab dia jenis bangun awal pagi, terus buat kerja rumah, tak perlu di suruh pun.

Yup, itu tahun pertama. Apa yang lebih buat aku bangga ialah dia sangat komited dalam pekerjaan dia. Tapi itulah, bila agama bukan point utama yang ditekankan dalam perkahwinan kau, semua yang indah tu, takkan lama.

Cara hidup mereka dengan agama kita ni lain, kalau sebelum kahwin, dia jenis keluar makan minum – minum m4buk, main dengan bekas gf, 4D tak payah cakap lah, kemudian, tiba – tiba cara hidup bebas tu kena tukar, kau rasa ia sesuatu yang mudah? Of course la tidak.

Jadinya, bila aku tegur berkaitan agama, dia akan tepis dengan jawapan, “kau lahir – lahir islam, jadi dah biasa dengan cara kau, aku juga perlu masa untuk berubah dan tinggalkan perkara biasa yang aku pernah buat”. Ok, that’s fine, aku masih bagi masa dia berubah.

Kau fikir berapa lama dia ambil masa berubah? Untuk kes aku ni, dia ambil masa 5 tahun. Itupun nasib baik dia nak berubah, dan 5 tahun tu lah, kau makan hati, sebab bukan makin baik, makin teruk lagi ada lah. Orang yang kau kenal sebelum kahwin, yang bila argue dengan kau, akan diam atau soft spoken, tiba – tiba berubah, sikit – sikit nak melenting, kadang – kadang depan orang lain, tanpa segan silunya menengking kau. Makan hati kan?

Yang dulunya bila kau tegur,sekurangnya dia jelaskan kat kau kenapa dia buat macam tu, tiba – tiba berubah kepada jenis yang tak boleh tegur langsung, eg0 tinggi melangit. Yang dulunya, nak la jugak dengar ceramah – ceramah agama, tiba – tiba jadi p0rn add1cted.

Kiranya segala yang h4ram tu, tanpa segan silu dia buat depan kau. Kau ingat mudah? Aku yang dulu jenis lemah lembut bila bercakap, sekarang berubah jadi manusia yang sangat keras, sebab Iuka parut yang aku tampal sendiri.

Dalam waktu tu, aku tak pernah kongsi masalah aku pada keluarga atau kawan – kawan aku, semuanya aku pendam sendiri, sebab ini lah pilihan aku, dan aku kena hadap apa yang aku pilih. Tahun ke 5, tahun kejatuhan dia, dibuang kerja kerana scandal affair di tempat kerja, dia hilang segalanya.

Kewangan kami teruk, hubungan kami juga teruk, having affair dengan staff kau, kau ingat aku sebagai isteri mudah ke nak maafkan? Sampai hari ni ye aku masih susah melupakan. Lepas semua per4ngai buruknya diketahui oleh keluarga aku, mak aku minta aku dilepaskan, tapi dia tak nak lepaskan aku, aku pula waktu tu hanya 50/50.

Kalau kau ceraikan aku, aku okay je, tak nak ceraikan aku, aku pun okay, sebab aku tahu, proses cerai lebih susah dari nikah. Dia tetap dengan pendirian, tak nak lepaskan aku, jadinya aku tetapkan syarat. Syaratnya, dia kena belajar agama, solat dan puasa tak tinggal, segala h4ram tak boleh sentuh langsung, 1 kali lagi dia buat, tak kira lah, minum ke, jvdi ke, perempuan ke, dia kena lepaskan aku tanpa gagal.

Persetujuan ni bersaksikan mak ayah aku sendiri, andai dia masih buat dan berdegil tak nak lepaskan aku, mak ayah aku sendiri akan hantar aku ke pejabat agama untuk urusan penceraian. Dan sekali lagi, aku tekankan, cara kita dan cara mereka lain, kalau cara mereka, sain sahaja dah boleh proceed cerai.

Tapi cara kita, makan tahun nak bercerai, lagi pula kalau pihak lelaki tak nak ceraikan kau, tak payah ambil contoh jauh – jauh, korang sendiri nampak isu cerai pengarah sensasi tu kan. Berhabis duit kat situ je. Berbalik pada cerita aku dan suami, dia terima syarat aku, bermulalah sesi mengajar dia, aku ajar dia mengaji, aku ajar dia solat, aku monitor puasa dia, aku monitor gerak geri dia.

Aku monitor lokasi dia, aku monitor mesej dan call dia, kewangan pun aku yang urus, so semuanya jadi zero rahsia antara dia dan aku, dan solat jumaat pun tak tinggal. Dalam tempoh tu, aku ni dah macam mak – mak tengah mengajar anak.

Alhamdulillah, dia berubah, solat awal waktu, tak payah disuruh pun. Kadang – kadang dia pulak yang ingatkan aku untuk solat di awal waktu, sehingga ke hari ni. Dah 2 kali, dia menangis dan berterima kasih pada aku sebab ajar dia dan bawa dia ke agama kita.

Dia rasa lebih tenang bila dia solat. Tempat kerja baru dia pun lebih mudah, tiada pergaulan bebas, waktu solat tiada halangan. Sekarang ni pun aku dah kurang monitor semuanya. Hanya terkadang je aku akan buat spotcheck.

Jadi kepada anda yang tengah berhibernasi tu, kau pandai mengaji? Kau solat tak? Pengetahuan agama kau hebat tak? Kalau semua kelaut, aku harap kau fikirlah sedalam – dalamnya sebelum kau teruskan. Jangan jadi macam aku, serius, bukan mudah bila dah jadi isteri, sebab tak mudah dah kau nak uturn balik.

Niat tu yang sebenarnya penting, kalau dia ikhlas dengan kau, bagi lah masa dia belajar agama kita seikhlas hati dia, bukan convert kerana nak kahwin dengan kau. Mungkin setakat ni suami aku okay je, andai 1 hari dia berubah semula ke per4ngai lamanya, aku sedia melalui proses yang panjang untuk lepaskan diri aku, tapi itu hanyalah membuang masa aku.

Kau yang masih ada masa berbuat pilihan, aku nasihatkan, fikir panjang – panjang sebelum meneruskan. Lagipun pada pemerhatian aku, lelaki tersebut terlalu banyak red flag untuk kau teruskan, jangan tengok cara dia layan kau sebelum ni, tapi tengok pada layanan dia pada bekas isteri dia.

Dalam 8 tahun dia boleh buang isteri dia sewenangnya, apetah lagi kau. Jangan pandang hartanya, sebab semakin kau menua, bukan harta yang kau nak, tapi bahagia dan ketenangan. Pada yang menyokong lelaki tersebut untuk masuk agama kita hanya kerana nak berkahwin.

Aku harap korang tak perlulah excited nak terima saud4ra baru, sebab niat dia convert tu lebih penting dari segalanya. Pada aku, biarlah dia ambil masa mengenal dan belajar agama dari terburu – buru nak convert dan berkahwin.

Kepada kau yang tengah berhibernasi, apa yang penting sekarang ni, kau sendiri tahu kau dah salah, pintu taubat tu belum tertutup, Allah uji kita, kerana Allah sayang, berbaliklah kepadaNya, itu lebih penting untuk diri kau sendiri, jangan sesal di kemudian hari. – Aku Bukan Ra (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?