Dari kecik mak ayah aku tegas suruh aku belajar rajin – rajin supaya dapat keputvsan yang bagus. Aku cemerlang dari UPSR, hingga SPM sampai dapat masuk Universiti. Tapi masuk tahun ke-2, aku buat keputvsan drastik untuk berhenti belajar sebab aku suka melukis. Sampailah satu hari, mak ayah aku datang dengan meng3jut ke apartment aku, mak menangis..
#Foto sekadar hiasan. Macam mana nak mula aku pun tak tahu, berjam – jam juga aku fikir nak letak tajuk dekat atas tu. Akan ada banyak point dekat sini nanti, jadi kau orang pandai – pandailah pilih untuk ambil jadi pedoman, yang tak elok jadikan sempadan ye.
Kau orang yang baru grad dengan jayanya, mesti sibuk bina empayar hidupkan? Dah fikir nak beli kereta itu, rumah ini, anak nak berapa orang, suami yang sado ke tak. Tapi, ada juga yang tak bernasib baik, kena struggIe sikit, ada pulak yang fail total.
So aku nak flashback hidup aku sendiri mana tahu kot berguna pada kau orang semua. Aku ni dikira bernasib baik juga, masa kecik kecik mak ayah jenis tegas suruh belajar rajin so that dapat keputvsan bagus then mestilah dapat sambung sekolah menengah bagus dan universiti yang bagus.
Ya.. ya aku pun ikutlah, step by step. Habis UPSR masuk all girls school dekat Seremban kemudian habis SPM masuk UM. Jadi, sepanjang period tu aku dah puaskan hati mak ayah lah kiranya kan? Tapi yang paling teruk adalah aku tak pernah suka semua tu.
Sampailah tahun 2 aku dekat universiti, aku buat keputvsan untuk keluar. Sebab apa? sebab aku ni ada minat yang terlalu tinggi pada bidang seni (visual art). Aku tak lah bebaI sangat akademik, tetapi aku tak boleh nak d3rita lama – lama hidup untuk benda yang aku tak minat atau nuture aku kepada art.
Paling trag1s selepas buat keputvsan tu, mestilah ibubapa kau tunjuk betapa kecewanya mereka sebab dah bazirkan duit untuk hantar kau belajar sini sana tapi akhirnya jadi freelancer a.k.a tanam anggur. Dari sini hidup aku berubah.
Awal – awal rasa dunia bebas betul. Aku bebas pilih waktu untuk siapkan lukisan bila – bila masa saja. Rasa nak pergi makan, aku pergi makan dengan tenang, rasa nak main game aku main game dengan tenang. Tapi tak lama… duit pun m4kin susut.
Nak tak nak aku kena bekerja sebab nak tampung bayar apartment dan utilities. Oh masa ni aku dah berjanji tak akan minta duit mak ayah aku lagi. Hidup di bandar ni nasib banyak peluang kerja, jadi daripada sini aku kutip pengalaman.
Kau tanya lah kerja apa aku tak buat. Basuh pinggan, tender sapu sampah, retail uniqlo, kedai jam tangan, escort artis sh00ting, jaga dusun, kedai jual herba dan ada lagi beberapa. Semenjak aku tinggalkan universiti tu, sampai sekarang aku dah kerja dan 3 tahun masa berlalu, kalau buat diploma dah habis pun.
Dalam masa 3 tahun ni, mestilah ada tent4ngan mak ayah macam bila nak kerja tetap, bila nak kahwin, sampai bila nak melukis. Tapi tak terlalu menekan pun, sebab dalam masa 3 tahun ni lah aku yakinkan mak ayah aku tentang hakik4t hidup sebenarnya.
Sampai diorang boleh terima yang aku ni sebenarnya unik tak macam kakak (akauantan), abang (businessman) dan adik (engineer). Sebenarnya dalam tempoh 3 tahun tu (sampai sekarang) aku tak pernah bagitahu mak ayah aku yang aku pernah kena admit hospitaI sebab cubaan bvnvh diri.
Sebab aku pernah pergi HKL dan disahkan ada m4nic depr3ssion. Mak ayah aku tak tahu pun aku hidup macam mana dalam apartment seorang diri. Sampailah satu hari ni diorang datang dengan meng3jut tambah pula mak aku menangis – nangis tengok keadaan tong cat berterabur, kanvas sini sana, makanan berterabur dan baju seluar bersepah.
Semuanya sebab nak siapkan lukisan. Mak aku ada la cuba bawa air ustaz dan sebagainya tapi nampak macam sia – sia dan tak lut. Dia carikan aku kerja, kemas rumah, siap hantar makanan kadang – kadang, beli baju baru.
Kat sini la aku terangkan dekat mereka betul – betul. Dalam tempoh 3 tahun tu aku bukannya duduk goyang kaki, ada duit yang aku dapat hasil jual lukisan dan jual tote bag. Sebenarnya, (okay ini tips untuk kaki cari kerja) aku dapat 3 tawaran kerja yang bagus tapi semua aku tolak (GLC, private company sdn.bhd, private home tutor).
Gaji average RM4000 boleh sangat kalau nak hidup dan tanggung mak ayah aku. Semua ni aku apply pakai sijil SPM. Percaya tak? Padahal yang datang interview level degree / master. Apa aku buat senang je sebenarnya, sekarang semua benda kau boleh belajar dari internet.
Dekat sinilah aku asah lidah cakap inggeris, baca itu baca ini, praktik itu praktik ini. So bila masa interview, panel macam terk3jut yang aku ni tak ada sijil degree. Macam mana aku boleh explain solution untuk problem yang tak klise macam candidate lain.
Cadangan – cadangan yang aku bagi untuk company yang sebelum ni diorang sendiri tak pernah terfikir, diorang tengok keyakinan aku bercakap dan ilmu sp0ntan yang out of topic pasal field kerja. Semua tu mungkin sebab aku ni banyak juga beli buku / suratkhabar / majalah.
Padahal suratkahabar tu aku beli nak buat lapik lantai elak kena cat je, alang – alang aku baca sekali sebab tak nak tertinggal dengan dunia luar. Ditampung pulak aku ada 6 pengalaman bekerja pelbagai bidang, dan kebanyakannya 6 bulan ke atas.
Itu mengukuhkan lagi kepercayaan diorang untuk ambil aku bekerja. Tup tup bila dapat tawaran kerja aku tak pergi pun sebab aku fikir dah selesa hidup macam sekarang. Pasal interview lagi satu hal, aku marah betul calon degree datang dengan etika pakaian tak betul.
Baru kelam kabut nak susun resume, malu – malu nak bercakap masa group task padahal dekan ni, 0verconfident la, bawa keputvsan degree tipu la, macam – macam lagi. Persediaan memang ke laut, ni bersungguh ke tak nak cari kerja.
Aku pulak yang bersungguh – sungguh study itu ini, padahal aku nak penuh syarat je cakap kat mak, aku pergi interview kerja. Tapi sebab terlebih rajin aku k0rban duit beli baju kurung, kasut kulit, buku Photoshop for dumm1es, business for dumm1es, macam – macam dumm1es lagi.
Padahal masa di universiti tu semua bukan bidang aku, yang kebanyakkan calon ni seIamba datang pakai sport shoes, baju tak tuck in, rambut tak kamas haish mcm ragam lagiIah.Tapi rezeki juga sebenarya. Eh rezeki tak rezeki la, kau ingat datang interview pakai skirt nak masuk zouk kelakar ke.
Ok tinggalkan part tu, maka hidup aku pun sambung macam biasa. Kadang – kadang jumpa kawan lama yang dah berjaya (aku ok je), hadam mulut jiran (pun ok je), cuma aku kasihan dekat mak dengan ayah sebab aku tak boleh bagi duit ribu – ribu macam adik beradik lain.
Diorang kena berdepan dengan kata – kata mak cik dan pak cik saud4ra sebab diorang ingat aku ni dah separa giIa, andartu mer0yan, macam – macam lagi bernanah telinga kalau kumpul ni. Sampai aku sendiri termakan juga kata – kata jahat ni, betul ke aku giIa.
Kadang – kadang bila fikir balik, aku ni tak lah giIa sangat kot, cuma aku ada prinsip dalam hidup yang aku nak pert4hankan sampai m4ti kalau boleh, ye lah berapa ramai sangat yang sanggup hidup cari makan guna benda art.
Berapa ramai sangat sanggup bela geIandangan, berapa ramai sangat sanggup hidup tanpa astro, berapa ramai sangat sanggup hidup menyewa, berapa ramai sangat sanggup hidup tak ada kenderaan, berapa ramai sangat sanggup nak ubah gaya berfikir masyarakat melayu.
Berapa ramai sangat sanggup hidup tanpa kekasih, berapa sangat sanggup hidup m4ti dia demi menjadi contoh bukan setakat pum pam pum di fb. Tak ramai yang sanggup sebenarnya. Silap – silap satu hari aku pun boleh termakan kata – kata sendiri.
Manalah tahu dah dapat kekasih mesti nak kereta, bila nak kahwin mesti nak ada rumah, bila ada flat mesti nak banglo, bila ada anak mesti nak kena ada astro, bila nak tu nak ni. Maka lama lama aku pun selesa dan hidup macam orang lain.
Maka aku pun mencetak kembali melayu berpuluh tahun dulu – dulu. Dah tua sikit mesti aku menyesal tak buat apa yang aku suka, mesti aku menyesal tak m4ti macam picasso, da vinci, plath, hemingway, nietzsche, kant dan lain – lain.
Secara tak langsung karya senia aku tak ada makna lagi. Dan bila aku tak depr3ssed yang pasti work aku takkan siap (macam overly attached pun ada). Berkat doa dan redha mak dan ayah, sekarang aku rasa senang buat kerja semua, takda rasa bersalah lagi, takda rasa takut takut lagi (jangan ingat aku m4kin kaya, tak adanya, klise giIa).
Aku cakap aku akan terus macam ni yang penting mak dan ayah aku redha. Aku tanya diorang, ”Mak, ayah, kalau alang m4ti miskin dalam apartment sorang – sorang, mak ampunkan tak semua d0sa dan kesilapan alang?”
Mak aku senyum je, usap – usap pipi. Ayah buat – buat tak dengar sambil nangis. Pastu tunjuk peace. Ok la tu kot. – minah suka art
Komen Warganet :
Nana Fizrahs : Jujur saya katakan, saya suka Alang punya cerita. Dalam hidup ini kalau kita buat berkat, ikhlas dan doa dari kedua ibu bapa itu dah cukup. Kalau mereka bahagia cara kita, tak perlu dah fikir yang lain sebab hidup ini sementara.
Bukan harta yang perlu kita kumpulkan tapi pahala. Dengan cara melukis boleh membimbing orang kepada agama atau boleh tambahkan pahala berterusan. Walaupun kita tak kaya di dunia, tapi kita akan kaya di akhir4t.
Di situ nanti awak jaga akan hidup bahagia, InsyaAllah. Tentang j0doh, kalau tak jumpa di dunia, di akhir4t pasti ada untuk kita. Saya bangga dengan awak sebab degree atau diploma tu bukan sesuatu yang perlu di dunia tapi pahala dan amal kebaikan. Kumpul pahala dan amal untuk akhirat kelak.
Jes Lara : Bila mak chik baca apa yg kamu tulis, mak chik s4kit hati. Apalah d0sa ibubapamu sampai sanggup kamu buat begitu pada mereka. Setiap ibubapa punya impian yang besar terhadap anak mereka. Kamu telah dapat peluang tapi dengan keeg0an kamu itu kamu telah persiakan harapan mereka.
Pernahkah kamu fikir berapa banyak belanja, keringat, air mata yang ibu kamu k0rbankan untuk kamu sampai ke tahap itu. Apalagi bagi golangan yang berpendapatan rendah. S4kit hati bila mak chik kenangkan tergamak kamu dengan sengaja membiarkan harapan ibubapa kamu musn4h.
Kenapa peluang yang begitu baik kamu abaikan begitu saja. Bukan semua orang dapat kesempatan untuk belajar, banyak peluang yang baik kamu siakan. Berhentilah bermimpi dik, kamu boleh melukis jika itu bakat kamu tapi letakkan ia hanya sebagai hobi dimasa lapang. Cari kerja yang sesuai, tolong ibubapa kamu, gembirakan mereka selama mereka maseh hidup. Janganlah ianya jadi sesalan seumur hidup bila mana mereka telah menutup mata.
Ashykin Kamaruddin : Selagi Mak ayah masih ada, cuba bayangkan kalau Mak ayah tu pergi dulu dan awak terus dengan prinsip hidup awak, kita yang corak hidup kita kan? U have a very good soft skills, yang mana tak semua orang ade skills tu. Saya faham prinsip awak, saya hormat prinsip awak, mungkin awak boleh buat kerja yang flexible hours kan?
Ezd Airaniez : Kita *orang seni* ni memang kena ada *surv1val kit*. Lagi – lagi sebab kita buat benda tu sebab passion dan kepuasan diri sendiri. Tapi apa – apa hal bila buat menghasilkan sesuatu seni tu sentiasa berbalik kepada Agama. Kalau melukis jangan terlukis benda – benda yang bertent4ngan dengan Agama supaya kerja kita diberkati. All the best!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.