“Mak ambik anak mak, saya ambik anak2 saya. Saya h4ramkan mak jumpa anak2 saya”

Depan suami, mak mertua tatang aku tapi bila di belakang dia buat aku macam – macam. Bila aku bagitahu suami, dia langsung tak nak percaya. Suatu hari, lepas aku disoal oleh mertua, aku lari masuk tandas. Bukak je pintu tandas suami ada depan muka pintu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku Ina, dah 10 tahun berkahwin dan Alhamdulillah, Allah kurniakan dengan 3 orang anak lelaki dan seorang perempuan. Rumah tangga aku sepanjang 10 tahun ni biasalah ada pasang surutnya.

Suami aku baik. Tak pernah marah yang meIampau. Sekadar tegur salah aku tu biasala. Kami sama – sama bekerja dan anak – anak hantar ke taska. Bila balik ke rumah, kami sama – sama buat kerja rumah dan anak – anak. Tak ada masalah dalam hubungan kami.

Biasanya perg4duhan kami dalam rumahtangga adalah sebab orang ketiga. Suami aku tak curang cuma orang ketiga tu adalah mak dan adik beradik suami. Terutamanya mak. Mak mertua aku ni jenis bercakap lembut.

Perwatakan lembut. Muka manis. TAPI tu semua depan anak – anak dan orang luar. Punyala lembut mak mertua aku bercakap, sampai masa kenduri kawin aku, jiran – jiran dan sed4ra mara cakap aku beruntung dapat mak mertua yang lembut.

Bercakap dengan orang sampai orang kena dekatkan telinga untuk dengar. Aku berkahwin atas restu dua – dua pihak. Tak de istilah mertua tak suka, sebab pertama kali jumpa dia dah buka cincin kat jari dia untuk merisik aku.

Semuanya ok sepanjang tunang dan nikah. Selepas kenduri beIah lelaki, selepas makan malam mertua aku ajak berbual – bual. Suami aku sedang berbual dengan adik beradiknya. Tapi semua soalan mertua aku  adalah soalan – soalan yang tidak aku sangka.

Seperti “kenapa minta hantaran tinggi dari suami aku”, “kenapa batal air sembahyang minta gelang”, “kena duit sedekah kenduri pihak aku, aku tak minta dari parent aku”. Aku sekadar terkedu sebab duit hantaran kami, kami kongsi kumpul dari awal bertunang.

Gelang aku suami aku yang “supr1se”. Aku tak tau pun dia nak bagi gelang. Duit sedekah kenduri tu memang bukan hak aku. Tapi duit sedekah kenduri kat rumah dia pon.. tak pulak dia bagi suami aku. Bermula la setiap kali balik kampung (kami balik sebulan sekali), aku akan diser4ng dengan soalan – soalan dan segala yang aku buat adalah salah.

Tapi semua tu terjadi bila aku tinggal berdua dengan mertua. Kalau suami ada, aku ditatang. Setiap kali balik dari kampung, aku akan str3ss. Banyak kali suami bertanya. Aku tak jawab sebab aku tak nak sebab aku, hubungan suami dengan mak dia berantakan.

Selepas 5 bulan kawin, aku tak tahan dah sebab soalan – soalan mertua aku dah jauh. “Kenapa aku bawak suami aku duduk rumah kecik”. Aku isteri. Itu sepatutnya soalan kepada suami aku. Aku mengadu dengan suami semua.

Tapi, suami aku tak percaya sebab mertua aku kan lembut. Tak akan s4kitkan hati sesiapa kata suami aku. Seperti biasa kami balik kampung. Aku merayu suami aku tak tinggalkan aku dengan mertua berdua sahaja. Suami aku hanya diam.

Macam biasa aku akan tolong mertua aku di dapur. Mertua aku mula bertanya gaji aku, kerja aku, kereta aku siapa bayar (aku beli sebelum kahwin). Masa ni aku bersyukur sebab tak ada soalan – soalan mengundang s4kit hati.

Aku jawab dengan jujur sebab tak ada yang aku nak sorok. Tiba – tiba mertua aku cakap “kenapa kau tak belajar tinggi – tinggi? Dapat kerja bagus, gaji besar, tak la susahkan anak aku nak tanggung kau. Ini gaji kecik, dapat sewa rumah kecik saja.

Kalau ko kerja bagus mesti dapat duduk rumah besar.” Aku terdiam dan hanya hati aku menangis. Aku bagitau mertua aku nak ke tandas. Dalam tandas aku tarik nafas panjang  -panjang dan lepaskan. Aku tak nak nangis dan tak nak meIawan.

Aku buka pintu tandas, tiba – tiba suami aku tunggu depan tandas. Dengan pandangan yang aku tak pernah nampak. Mertua aku hanya buat kerja – kerja di dapur macam tak ada kesalahan. Suami tarik tangan aku masuk bilik.

Minta aku kemas kain baju dan cakap nak balik sekarang. Ada hal. Aku pun ikut saja la.. kemas – kemas. Kami salam – salam mak dan terus balik. Sepanjang perjalanan suami diam. Aku tanya dia ada urgent kerja ke boss suruh balik? Dia cuma geleng.

Sampai rumah, baru suami bagitau yang dia terdengar perbualan aku dengan mak dia. Dia minta maaf dengan aku sebab tak percaya apa aku cakap sebelum ni. Tapi dia minta aku bersabar. Selama 7 tahun perkahwinan. Aku jadi pekak dan bisu.

Aku pekakkan telinga aku dengan caci, m4ki, fitnah, perIi dari mertua aku. Aku bisukan mulut aku dari menjawab segala perIi, h1na dari mertua dan ipar duai. Tahun ke 8 perkahwinan, aku dapat anak ke 3. Dalam pantang mertua aku datang nak “jaga” aku seminggu.

Banyak air mata aku tumpah masa tu. Aku yang baru melahirkan perlu masak untuk dia sebab dia “tak larat”. Aku kena buat semua kerja – kerja rumah. Nampak seperti aku yang “jaga” dia. Satu hari dia mengadu kat suami aku tentang menantu yang lain.

Katanya buat per4ngai. Aku menyampuk kata pada suami cuba tanya dulu, jangan sembarangan nak hukvm orang. Mertua aku terus kata, “ko jangan masuk campur. Ko tu orang luar”. Aku tak tau mana datangnya keberanian aku terus aku cakap dengan mertua baIas setiap kata – kata mertua.

Depan suami aku nangis katakan aku dah lahirkan 3 keturunan dia pon, aku masih orang luar, aku dah 8 tahun kahwin pon aku masih orang luar. Aku cakap, “ok, mak ambik anak mak, saya ambik anak – anak saya. Ayah anak – anak saya boleh tengok anak – anak dia.. tapi masa tu, saya h4ramkan mak usik atau tengok anak – anak saya”

Suami aku terus tenangkan aku. Bawa aku masuk bilik dan call ipar untuk ambik mak. Suami cakap, dia takkan biarkan aku tinggalkan dia. Semasa ipar datang ambik mak, aku dalam bilik tak keluar langsung, cuma aku dengar suami aku cakap dengan mak yang kalau mak tetap teruskan semua ni. Mak akan hilang anak juga.

8 tahun aku bersabar dengan karenah mertua dan ipar aku. Jiran dan saud4ra mara beIah suami semua tahu tentang keburukan menantu – menantu mertua aku sebab dia jaja semua kepada orang. Cerita segala yang dia tak berkenan.

Sehingga bila raya, pandangan sinis yang aku dapat. Aku bersyukur 2 tahun PKP sebab c0vid ni aku tak perlu berhadapan dengan semua orang. Suami aku kata dia dah jumpa aku yang dulu. yang ceria, yang sentiasa senyum.

Tapi bila dah boleh merentas ni. Mertua asik call bila nak balik kampung. Suami hanya diam. Tapi aku katakan yang aku ok, dah boleh hadap semuanya. Hanya suami aku takut aku jadi muram semula. Aku pernah cadangkan kat suami yang kami berpisah sebab tak nak jadi penyebab hubungan dia dengan family berantakan.

Tapi suami aku tak nak sebab dia kata kami tak ada masalah, yang jadi masalah dalam hubungan kami adalah orang lain. Korang semua doakan aku kuat ye nak hadap semua perIi, caci, m4ki, fitnah dari mertua dan ipar aku.

Aku tak nak hubungan suami aku dengan family dia h4ncur. Suami plak tak nak aku depr3ssed. Doakan aku ye. Ujung minggu ni nak balik kampung. – Ina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

NurAz Wan : Biarkan suami balik seorang saja lah sis atau balik sekejap, singgah beberapa jam, lepas tu, pergiIah melawat mana – mana tempat untuk makan angin, hala balik, kalau laluan sama, boleh singgah lagi. Manusia ni, kalau dah sebati dengan sikap buruk, memang susah nak hilangkan, kecuali kalau kena sesuatu musibah yang sangat berat. Itu pun masih ada yang tak sedar – sedar.

Kai Sha : Kesian sis.. saya paham keadaan sis. Alhamdulillah suami sis bagus walaupon pada mulanya dia tak percaya maknya macam tu, tapi bila dah terjadi depan mata dia, dia terus ambil tindakan dan pert4hankan perkahwinan sis serta bertegas terhadap maknya.

Hidup tak lama pon sis.. nanti bila dia dah takda, pasti sis rasa lebih tenang. Teruskanlah jalani hidup, dugaan dalam mana – mana perkahwinan pasti terjadi.. bersyukur sebab ada suami yang baik, ada 4 orang cahaya mata walaupon diuji mertua yang mcm tu.. semoga baik – baik ja pengakhirannya.

Mazliana Addin : Alhamdulillah.. bagi saya, kepercayaan suami tu sangat pnting. Sangat – sangat penting. Kalau suami percaya awak, awak dah ada 1 kekuatan kat situ. Pers3tankan dengan semua orang yang pandang sinis dan fikir yang bukan – bukan pasal awak.

Yang penting suami ada dengan awak. Make sure awak ikut ke mana suami pergi masa di kampung. Jangan biar awak tingagl berdua dengan mertua. Jangan biar mertua dan ipar buIi mentaI awak. Jaga suami dan anak awak baik – baik. Moga awak kuat dan bahagia selalu.

Yanna Azlan : Takpe, yang penting suami dah tau. ye, dia tak boleh buat apa sangat since tu parent dia, lagi – lagi ibu dia. Tanggungjawab dia. tapi dia dah tau, dia dah nampak, dia dah paham. Puan masih beruntung sebab duduk berasing, dapat la jugak tarik nafas panjang sikit bila dah kat rumah.

Semput masa kat kampung je. Suami ternyata sayang sangat kat puan. Tak berbaloi berpisah sebab orang lain sedangkan korang saling sayang. Saya doakan moga jiwa puan sentiasa tenang untuk hadapi segala dugaan ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.