Isteriku hamil lagi buat kali kedua, tapi perangai berubah jadi kurang ajar terutamanya pada mak, bila mak pegang – pegang perut isteriku, isteriku akan tepis seolah – olah tak suka mak nak pegang cucunya. Isteri ajak aku pindah kalau tak, dia nak bercerai. Tapi aku tak sanggup nak tinggalkan mak, dan tak sanggup nak ceraikan isteri aku..
#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum admin dan pembaca semua. Mohon kisah aku disiarkan sebab aku perlukan pendapat dari semua pembaca, kisahnya begini. Dulu mak pernah tunangkan aku dengan seorang perempuan muslimah. Kami pun bertunang selama 7 bulan. Masa nak dekat – dekat kahwin, aku kenal dengan seorang perempuan free hair. Aku jatuh cinta dengan perempuan free hair ni sebab walaupun dia free hair tapi ku nampak dia lebih sopan berbanding tunang aku. Yang aku tau tunang aku memang suka layan lelaki tapi depan mak aku sopan pijak semut pun tak m4ti.
Ok dipendekkan cerita. Perempuan free hair ni anak yatim piatu dan dijaga oleh non muslim. Aku tak tau lah kehidupan dia macam mana. Yang aku tau dia muslim. Aku didik dan ajar dia mengaji, solat dan tutup aur4t. Alhamdulillah dia cepat belajar min, sebelum ni dia ada bagi tau. Dia nak cari suami yang soleh, nak didik dia. Aku bukan soleh min, tapi kalau setakat solat, mengaji semua inshaAllah aku boleh..
Aku nak melamar dia , tapi masalahnya aku tunangan orang. Aku bagi tahu dengan tunang aku. Kalau aku nak putvskan pertunangan tapi tunang aku tak mahu. Kebetulan tunang aku hamil. Ya, kami pernah bersama. Tapi dia yang g0da aku. Aku tak ada niat nak sentuh dia. Lagipun aku tak cintakan dia. Dan bila aku kira – kira aku yakin tu bukan anak aku sebab dah 3 bulan aku tak sentuh dia. Tapi dia mer0yan cakap ni anak aku. Dia cakap kalau kami putvskan pertunangan, dia akan bagi tau mak.
Aku tak mahu mak tahu, aku risau mak aku marah sebab aku sayang mak. Aku tak nak buat mak sedih. Aku merayu – rayu kat dia. Tapi dia tak nak. Jadi aku terp4ksa bagi tau mak. Kalau aku nak putvskan pertunangan. Mak meng4mok bukan main. Aku merayu melutut kat mak. Tapi mak tak setuju. Aku terp4ksa kahwin senyap – senyap dengan isteriku, perempuan free hair tadi tu. Dengan sekali lafaz, Alhamdulillah kami sah bergelar suami isteri. Bila dah hampir tarikh perkahwinan aku dengan tunangku. Aku dah kant0i sudah kahwin senyap – senyap. Mak meng4muk. Halau aku dari rumah. Allahu sedihnya aku masa tu..
Selepas aku di halau. Aku tinggal dengan isteriku di rumah yang aku sewa. Rumah yang agak kecil lagi panas. Isteriku hari – hari hanya masak nasi dan telur. Ya Allah aku tak biasa makan makanan macam ni. Aku cuba cari kerja, tapi tak ada yang aku boleh buat. Aku tak biasa kerja di kedai – kedai. Aku hanya biasa kerja ofis. Aku kerja di syarik4t mak. Aku di buang kerja. Duit aku semua da di sekat. Aku dah miskin merempat.
Pagi tu, isteriku k3jutkan untuk sarapan air kopi dan biskut kering. Aku cakap kat isteri tolong jangan hidang t4hi untuk aku. Aku buang semua makanan tu. Isteriku tahu menangis je. Sekarang dia dah bekerja. Gaji RM2k je. Sedangkan dulu 2k bagi aku tak ada maknanya. Bila isteriku gaji. Dia belikan aku Mcd, Pizza, dan semua makanan kesukaan ku. Tapi bila tak ada duit. Dia hanya masak nasi telur dan kicap. Aku tak boleh nak telan makanan tu semua. Akhirnya kami g4duh. Isteriku minta cerai. Tapi bagiku kahwin hanya sekali seumur hidup. Lagipun kalau aku ceraikan dia. Dia akan balik perangai lama. Free hair dan tak solat.
9 bulan aku bertahan. Akhirnya mak call aku. Mak minta maaf sebab buat macam tu. Mak minta maaf, mak ajak aku dan isteri tinggal di rumah mak, mak minta maaf kat isteri aku. Kami bermaaf maafan dan kami pindah ke rumah mak. Kebetulan isteriku hamil, Alhamdulillah. Sejak tu. Aku beri apa yang isteriku suka. Aku bawa isteri shopping, beli baju lawa – lawa dan apa sahaja yang dia suka. Namun isteriku berubah sem4kin kurang ajar..
3 bulan isteriku hamil. Masa kerja, isteri call menangis – nangis. Cakap isteri terjatuh dan anak kami meninggaI. Ya Allah. Aku cepat – cepat ke hospitaI. Sampai sana. Isteriku dalam keadaan lemah. Aku tanya mak mana? Isteriku senyap tak jawab apa. Aku tak kerja. Aku jaga isteriku sampai sembuh. Selepas isteriku sembuh, isteriku cakap dia nak kerja. Tapi aku tak bagi. Sebab aku mampu bagi apa dia nak, yang jadi masalah. Bila aku balik kerja. Isteriku makan seperti kebulur. Aku rasa isteriku tak makan bila aku kerja. Aku marah dia sebab tak makan. Katanya dia diet.
Pernah sekali kantoi. Masa aku balik kerja. Ex tunangku dan mak sedang santai di ruangan dapur. Bila aku datang. Ex tunangku cepat – cepat pulang. Dia tak mahu kalau aku nampak dia. Isteriku juga tak tahu kalau itu ex tunangku. Alhamdulillah isteriku hamil lagi, tapi sekarang, isteriku mula berubah jadi kurang ajar terutamanya pada mak, bila mak pegang – pegang perut isteriku, isteriku akan tepis seolah – olah tak suka mak nak pegang cucunya. Aku sedih bila ibuku diperlakukan seperti itu.
Ada sekali aku ternampak kesan biru di badan isteriku, aku tanya dia kenapa ada kesan biru dia cakap mak pukuI dia tapi jangan bagi tau mak katanya. Dan dia cakap dia syak mak beri dia makan sesuatu sampai dia keguguran dahulu. Aku tak percaya mak sekej4m itu. Yang aku tahu mak sayang isteriku sebab mak selalu beri duit, beg dan pakaian mahal – mahal untuk isteriku. Mak selalu beli makanan mahal yang berkhasiat untuk isteriku. Mak sayang isteriku. Tapi sampai hati isteriku fitnah mak aku.
Sekarang isteriku m4kin benci dengan mak. Start dia mengandung, dia suka kurung diri dalam bilik. Lepas tu bagi tau aku dia nak pindah. Aku tak akan pindah sebab aku tak akan tinggalkan mak. Aku sayang mak aku. Dia yang lahirkan aku. Isteriku cakap kalau aku tak nak pindah. Dia nak bercerai. Aku tak akan ceraikan dia. Tapi aku tak sanggup tinggalkan mak. Sekarang ex tunangku pun selalu datang kerumah. Mak aku seakan – akan memberi peluang antara aku dengan ex tunang. Tapi aku sayang isteriku. Cuma aku buntu sebab isteriku suka fitnah mak. Tolong aku.
Komen Warganet :
Norfarariza Baharudin : Tolonglah, jangan disiksa isteri yang tak bersalah. Dia jadi m4ngsa d3ra mak kau. Lepaskanla dia jika kau rasa mak kau adalah segala – galannya.. Sebenarnya kau tak perlukan isteri kau pun, kau hanya perlu tempat pelepas nafsu je. Dan kau boleh gantikan isteri tu dengan bekas tunang ko yang mak ko suka sangat – sangat tu.
Pieja Raydhia : Seorang isteri tak akan fitnah mertua andai mertua tu baik, mak kau ada segala – galanya dia mampu beli apa yang dia nak asalkan perangai buruk dia kau tak tahu. Dia sengaja buat macam tu untuk tutup kejahatan yang dia dah buat dekat isteri kau. Makhluk macam kau ni rasanya tak layak lagi nak kahwin sebab tak puas lagi nak makan harta mak kau tu. Nasib kau la dapat isteri yang boleh manjakan kau siap nak makan Mcd bagai. Kalau rasa tak boleh hidup tanpa harta mak kau baik tak payah kahwin, dok kepit je ngan mak kau tu.
Theresa Ferezar : Pasang CCTV tersembunyi. Mak ko tak tak tahu bini ko pun tak tahu tapi kan kalau mak ko buat bini ko pun memang ada motif kebencian dan dend4m. Tapi kalau betullah cerita bini ko memang mak ko super kej4m bro kesian isteri ko tu. Mungkin niat di sebalik mak ko minta maaf dan ajak pindah masuk itu semua ada udang di sebalik batu. Hati – hatilah takut bila dah tersedar semuanya dah terlambat…
Mariah Jalal : Bukan isteri ko fitnah mak ko bro, memang betul tu. Kenapa ex tunang ko ada dekat rumah? Memang bersubah4t la mak ko dengan ex tunang ko tu. Baik ko selidik dulu bro, depan ko memang mak ko baik – baik dengan isteri ko. Tapi dekat belakang ko, ko tak tengok. Jadi baik ko pasang CCTV. Ada dulu kes macam ni juga. Dia pasang CCTV, dia tengok mak dia pukuI isteri dia.
Arda Firrus : Isteri ko sedang disiksa.. Mohon ko bertindak cepat sebelum isteri ko bertindak agresif disebabkan depr3ssion. Jangan bandingkan pemberian pakaian dan makanan mahal – mahal yang ibu berikan untuk isteri ko sebab adakalanya itu sekadar mengaburi mata ko je. Nak puas hati bawa isteri pindah rumah, keluar dan bincang dengan ibu ko baik – baik. Kalau ibu tak bagi ko berhak tentang untuk pertahankan hak isteri. Dah pindah nanti ko akan tau sama ada isteri memang kurang ajar atau tak. Jangan silap bro, kadang org tua kita ni depan lain, belakang lain. Pengalaman yang ajar aku.