Sebelum meninggaI kami tengok duit abg ada 5 ringgit, lepas meninggaI baru tahu duit dalam bank arw4h berjuta

Kami tengok duit dalam wallet abang ada 5 ringgit je sebelum meninggaI. Selepas beberapa bulan meninggaI, kakak ipar minta uruskan hal faraid dan tak sangka jumlah lebih sejuta! Selepas tu, tiba – tiba kak ipar dan anak saud4ra disorok oleh mak mertua arw4h. Dia kata dia yang banyak berk0rban tapi tak dapat apa, sedangkan dia hanya mak mertua…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca, aku sebenarnya banyak kali fikir nak tulis atau tak kat sini. Tapi aku takde tempat nak mengadu. Aku taip ni pun pukuI 3 pagi sebab tak boleh nak tidur. Aku harap korang boleh tolong aku dan beri pendapat yang bernas.

Ceritanyanya macam ni, abang aku meninggaI dalam 5 bulan yang lalu. Abang aku memang bekerjaya dan kaya, boleh kata yang paling kaya dalam semua adik beradik aku. Dia ni dik4takan bank la kalau keluarga aku ada masalah, dia pun bukan jenis kedekut nak tolong adik beradik mahupun kawan – kawan yang memerIukan.

Nak dijadikan cerita, masalah timbul selepas abang aku meninggaI dunia. Abang aku s4kit dalam setahun jugak dan duit dia memang banyak habis kat hospitaI. Boleh dik4takan sebelum dia meninggaI kami tengok ada duit RM5 je dalam poket dia.

Jangan kata kami tak tolong, memang kami tolong dan berhabis duit jugak. Setahun abang aku tak kerja jadi simpanan pun m4kin susut. Atas rasa tanggungjawab kami sekeluarga betul – betul menjaga kakak ipar dan 2 orang anak saud4ra.

Alhamdulillah, keadaan kembali normal walaupun kami masih sukar nak terima hakik4t abang aku dah takde. Bulan 2 aku dapat panggiIan dari kakak aku ipar minta bawakan mak aku ke pejabat KWSP dan seangkatan dengannya untuk selesaikan segala urusan berkenaan harta arw4h.

Dari situ barulah kami dapat tahu bahawa duit abang aku banyak lagi. Sangat banyak sebenarnya bagi aku yang menganggur ni. Kalau dikira jumlah lebih 1 juta termasuk dengan insurans, kwsp, barang kemas simpan kat bank dan lain – lain.

Kebetulan masa tu mak mertua abang aku ada jugak, mungkin dia pun terk3jut dengan jumlah tersebut. Boleh nampak riak wajah, mata mak mertua abang aku keluar bintang – bintang keriangan. Selepas 2 hari dari kejadian tu, aku nak jumpa anak saud4ra aku dekat tadika tapi aku tak boleh jumpa, aku tak dibenarkan oleh pihak sekolah.

Rupanya mak mertua abang aku siap bagi gambar dekat cikgu taska siapa yang tak boleh jumpa cucu dia. Aku memang tak nak buruk sangka dengan orang tua tu jadi aku call kakak ipar aku. Kakak ipar aku tak boleh nak jumpa sebab dia masih dalam iddah.

Bila aku cerita benda tu, kakak ipar hanya mampu menangis je sebab kata mak mertua abang aku yang banyak berk0rban selama ni adalah dia tapi dia tak dapat apa – apa! Aku tak tahulah berk0rban dari segi apa sebab abang aku s4kit setahun memang tinggal kat kampung kami.

Mak mertua dia plak melawat sebulan sekali, itupun dalam 2 jam je lepas tu dah nak balik. Ohh, lupa abang aku dah kahwin dalam 5 tahun. Macam aku cakap dekat awal – awal, abang aku ni baik dan selalu tolong orang, selepas kem4tian abang aku ramai kawan dia melawat dan bayar hutang lama.

Banyak juga yang terkumpul tapi aku dengan mak aku je tahu sekarang ni. Kakak ipar aku pun dapat juga dalam 10k. Tapi semua duit tu dah habis beli barang kononnya keperluan anak saud4ra aku. Korang nak tahu apa barang keperluan tu?

Perabot, tv baru, sofa baru, cincin sebentuk untuk setiap ahli keluarga mertua kecuali kakak ipar aku. Sepatutnya kalau ye pun mestilah kak ipar aku yang dapat, ni ahli keluarga dia yang dapat sebentuk cincin tu. Memang nampak macam ada yang tak kena sangat.

Selepas panjang lebar aku membebel sebab urusan pejabat ada lagi yang tak selesai tapi mak mertua abang aku dah tak nak jumpa. Dah tak ade urusan katanya. Esok aku seorang akan berjumpa dengan mak mertua abang aku untuk menyelesaikan masalah ni.

Segala harta abang aku tak difaraidkan lagi, adik beradik aku masih tak tahu lagi hal ni sebab tak nak ada adegan ser4ng menyer4ng. Jadi sekarang aku nak minta pendapat, apa patut aku katakan kat mak mertua abang aku ni sedangkan hal ni takde kaitan pun dengan dia.

Bila dia sorok anak dan cucu dia, ini yang menjadi masalah. Aku kesian dekat mak aku hari – hari nangis mengenangkan urusan dunia abang aku tak selesai lagi. Selalu tengok hal macam ni jadi dekat orang lain, berebut harta sana sini sedangkan kami bukan nak berebut harta tapi takut hak kak ipar dan anak saud4ra terabai.

Peningnya bila aku dengan mak aku je yang tinggal kat kampung dan berdua je fikirkan masalah ni. Aku susah hati, aku tak nak sibuk hal macam ni sebab aku rasa aku tak matang lagi nak berurusan tapi mak aku mintak tolong aku supaya pihak sana berlembut hati. Tolong aku ye. – Cik mawar

Komen Warganet :

Haajar Mohd Puad : Ala dik, senang je. adik buat je faraid tu. Bahagi je siap – siap tuk semua yang berkenaan. Bahagian kakak ipar dan anak – anak tu adik simpankan je. Then beritahu kak ipau adik tu, kalau taknak jumpa takpe. Tapi harta ni kami simpankan je dulu ye kak. Sebab selagi akak taknak jumpa, bahagian akak ni memang tak boleh faraidkan kat akak. Confirm laju mak mertua tu suruh anak dia datang.

Lovely Luvleen : Nasihat saya ambillah peguam untuk uruskan harta arw4h abang awak. Supaya urusan berjalan lancar dan mengikut ketetapan agama. Yangpenting kebajikan anak – anak saud4ra awak dan urusan abang awak selesai supaya dia lepas dari masalah dunia. Semoga urusan cik dan keluarga dipermudahkan.. aamiin.

Sarah Bt Zamzuri : Mak mertua abang kau tak kena mengena dalam harta pusaka. Perasan lebih. Pesan akak ipar kau supaya dia ‘Iawan’ balik mak dia dengan fakta. Hati aku panas baca cite ni tau. Sebijik drama melayu.

Marissa Izz Hana : Aku rasa mak mertua tu bz body sebab nak bela nasib anak dan cucu dia. Harta si ayah anak – anak lebih layak dan balu. Tak kesian ke masa depan anak – anak sed4ra awak. Kene tahu ye dalam Islam, kalau ikut faraid memang awak pun boleh dapat. Tapi awak jugak bertanggungjawab seumur hidup untuk jaga kebajikan anak buah awak termasuk nafkah budak – budak tu. Fikir baik – baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.