5 hari isteri tak balik rumah, bila balik je dia kata dah failkan cerai di mahkamah

Saya dah kahwin anak 3 orang, tapi sepanjang kahwin saya rasa perkahwinan kami hambar. Sehinggalah saya terpik4t dengan sorang gadis di tempat kerja. Saya rasa hidup lebih bersemangat walaupun isteri saya lagi cantik. Satu hari, lepas saya solat subuh, isteri datang duduk dekat saya. Saya nampak tangan dia menggeIetar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Tolong hide fb saya. Saya seorang suami, dah lebih 10 tahun berkahwin. Saya ada anak 3 orang. Saya berkahwin dengan isteri atas dasar cinta. Kami terlalu muda pada masa itu. Saya pun tak fikir panjang, saya terus bernikah dengannya.

Walaupun isteri ada 1 kekurangan yang saya tak boleh terima tapi pada masa itu saya tak fikir panjang mungkin sebab dah kemaruk agaknya. Selepas kahwin, kami lalui macam – macam kesusahan, isteri banyak berk0rban. Tapi entah kenapa saya rasa saya tak boleh rasa segala peng0rbanan yang dia buat.

Terasa perkahwinan kami hambar. Walaupun sebenarnya kami tak pernah ada masalah yang besar. Saya sayangkan dia cuma saya taktau kenapa saya rasa tawar je. Sampailah satu masa saya terpik4t dengan anak d4ra kat tempat kerja saya yang mana orangnya cantik tapi sejujurnya isteri saya lebih cantik.

Mula – mula kami kawan biasa. Akhirnya angan – angan nak dijadikan isteri ke – 2. Selama kenal dengan dia barulah saya rasa hidup saya lebih bersemangat. Isteri percaya saya 100%, dia tak pernah tefikir nak cek hp atau curiga apa pun dekat saya.

Tapi mungkin inilah yang dipanggil takdir, dengan izin Allah semasa gf saya tu call waktu subuh. Masa tu saya tengah solat. Isteri yang jawab call tu. Selepas selesai solat, dia duduk kat depan saya dan dia kata tadi ada orang call.

Saya renung muka dia, saya nampak tangannya menggeIetar. Kemudian tu dia tanya, “abang, siapa perempuan tu?” saya diam. Saya kata perempuan mane. Lepas tu dia menjerit, “perempuan yang panggil engkau sayang tu!”

Dia dah tak panggil saya abang lagi, dia ‘aku engkau’ dengan saya. Meng4muk sungguh, gerun saya melihatnya. Saya tenangkan dia tapi dia tak nak saya sentuh dia pun. Saya pun biarkan dia supaya dapat tenangkan diri dan saya bersiap – siap untuk pergi kerja.

Dalam hati saya. Saya nak terangkan kat dia masa saya balik kerja nanti tapi bila saya dah balik, dia dah tak ade kat rumah. Saya tak berani nak tanya dengan keluarga mertua. Jadi saya cuba call dia tak henti – henti. Akhirnya dia reply mesej saya, katanya nak tenangkan fikiran dulu.

5 hari isteri tak balik, bila dia balik, dia kata dia dah ke makamah nak failkan cerai. Saya kata kenapa buat macam ni tak nak bincang dulu. Saya tak ade niat langsung nak ceraikan dia. Lepas tu dia tanya, “kalau tak nak cerai. Tinggalkan perempuan tu.”

Saya kata dengan dia, macam mana saya nak tinggalkan perempuan tu. Saya dah sayang sangat dan saya nak kahwin dengan kekasih saya tu. Isteri berkeras tak nak dimadukan. Dipendekkan cerita, keluarga isteri datang masuk campur, saya dah bingung.

Akhirnya saya terp4ksa lepaskan isteri tapi masa iddah saya seolah – olah tak boleh terima yang saya dah ceraikan isteri. Saya masih anggap dia isteri saya. Setiap hari saya datang lawat dia dan dalam masa yang sama saya masih juga berhubung dengan kekasih saya.

Gf saya perempuan yang baik. Dia rasa besalah sangat tapi dia pun tak mampu nak lepaskan saya sebab katanya dah sayang sangat kat saya dan dia pun berharap sangat yang saya dapat jadi suami dia. Gf saya bukan la seorang perempuan yang tak elok.

Walapun kami dah hampir 2 tahun bercinta tapi kami tak pernah keluar dating. Dia taknak. katanye kesian kat isteri saya. Semasa iddah saya sedar yang saya tak boleh kehilangan isteri walaupun saya pun sangat sayangkan gf saya.

Akhirnya saya rujuk dan sekarang ni kami dah kembali sebagai suami isteri. Dah lebih 2 bulan kami rujuk tapi isteri tak nak pandang muka saya. Dia tak nak tidur dengan saya, kekasih saya pula dah block saya. Bila saya bagitau yang saya nak rujuk dengan isteri, dia pun kata, tak apelah biar dia je yang undur diri dan lepas tu dia block semuanya.

Saya langsung tak dapat hubungi dia langsung. Masalanya sekarang ni, isteri saya masih tak nak maafkan saya, katanya dia terima saya semula sebab anak – anak je. Dia dah tak ade perasaan kat saya. Saya rasa beng4ng sangat, isteri dah berubah.

Langsung tak nak hormat saya lagi. Tak nak solat bersama, makan besama. Tidur pun lain bilik dan dia tak nak bercakap pun dengan saya. Apa patut saya buat? Saya dah cuba pujuk dia. Setiap kali saya cuba berbaik dengan dia, dia akan ungkit kesalahan saya..

Sekarang ni saya dah penat. Saya biarkan je dia buat apa yang dia nak tapi baru je tadi dia wasap saya katanya dia nak kerja. Selama kami kahwin, dia tak pernah kerja, saya yang settlekan semua. Tiba – tiba nak kerja plak sekarang.

Saya jadi m4kin bingung, saya tak tau nak buat apa. Saya tak tau nak luah dengan siapa. Kalau luah dengan family mesti saya juga yang disalahkan. Tapi saya cuma nak nasihat ikhlas je dari para pembaca, apa patut saya buat?

Kalau la sikap isteri saya berlanjutan begini untuk masa yang lama, patut ke saya lepaskan dia? Sebab saya tengok dia nampak benci sangat kat saya. Dia tak nak tengok muka saya langsung, sampai bila saya nak biarkan ni semua.

Komen Warganet :

Kucing Comel : Isteri yang terIuka susah nak baik, walaupun depan kau dia senyum, hati dia tetap tak lupa. Kau sendiri mengaku yang dia dah banyak berk0rban bersusah payah dengan kau kan, tapi kau tak hargai, sebab tu dia takleh pandang muka kau.

Mungkin dia rasa peng0rbanan dia selama ni sia – sia. Cuba pik4t balik hati isteri, wujudkan moment – moment masa bercinta dulu. Bagi hadiah, surpr1se, puji dan berterima kasih dengan benda – benda yang dia buat.

Banyakkan berdoa supaya dilembutkan hati isteri, lepas ni jangan diulang balik per4ngai tu dengan gf memang la rasa bersemangat sebab kau dengan gf kau takde str3ss nak fikir urusan anak bagai.. apoo la.

Sarah Lysa : Bang, kalau ko memang jenis menghargai, ko tak pandang dah orang lain. Kalau betul isteri tak lagi elok dah di mata Hati fikiran ko, tapi kalau ko jenis menghargai dan setia, ko patut cuba cari jalan nak cari semula love sp4rk yang ko penah rasa pada dia.

Tapi kalau ko pilih untuk tak cari semula love sp4rk tu tapi pilih untuk cari rasa love sp4rk yang baru, itu namanya pentingkan diri bang. Dan bila mana pasangan sedar betapa ko pentingkan diri, auto ko tak bernilai dah di mata dia.

Ko buat la macam mana pun, kalau dah dia pun tak mampu nak cari love sp4rk kat diri ko, takyah siksa dua – dua bang. Lepaskan dia. Ada j0doh nanti, esok lusa tahun depan ko rujuk la dia balik. Hati terIuka ni bang, bukan senang nak baik.

Bukan senang nak lupa. Sebab tu jangan curang. Kalau betul ko tak suka dah dia, Lepaskan. Baru la ko cari lain. Cemana ko boleh fikir dia nak hormat kat ko sedangkan ko bertahun – tahun tak hormat kat dia walaupun dia tak tahu? Fikir bang fikir. Jangan pentingkan diri.

Masitah Bahrin : Yang h4ram memang seronok, sebab yang halal hari – hari depan mata, tak seronok, berdua je, jika ada yang ke – 3 di tengah – tengah tu, tulah pengipas di telinga. Penghasut tulah asam garam kesedapannya.

Yang halal, takde pengipas. Tak de asam garamnya. Dah habis tak dibeli dan ditokok tambah, tu yang hambar. Nak faham, fahamlah.

Kanmoreau Aramun Haesulla : Padan muka kamu. Tamak nak berbini dua, hujung – hujung ayam lepas tangan bau t4ik. Kalau kamu nak berbaik semula dengan bini kamu, jangan p4ksa dia terima kamu atau layan kamu macam dulu, sayang kamu macam dulu.

Sebab bini kamu dah kecewa tu tapi masih juga dia rujuk balik sebab anak – anak. Bermakna bini masih bagi peluang, cuma bagi masa untuk bini supaya kesilapan lalu tu dapat diterima dan hubungan kamu berdua lebih erat pada masa akan datang.

Jangan mem4ksa ok, bayangkan kalau kamu sekarang yang dicurangi? Apa kamu akan buat? Kamu masih nak rujuk balik ke dengan bini? Bini kamu perlu masa untuk terima kekecewaan. Kamu ambil lah peluang ni untuk tunjukkan keikhlasan cinta kamu untuk bini.

Macam mula bercinta dulu. Masih ada peluang kamu berikhtiarlah kekalkan perkahwinan kamu tu, kalau nak mengadu je memang takde penghujung la hubungan kamu nanti. Dah buat salah minta maaf, berusaha untuk jadi yang terbaik untuk dia dan diri sendiri.

Manusia memang akan pernah buat silap tapi cara nak menebus silap tu mesti dari diri sendiri dulu, ubah diri dulu. Kalau dulu pernah rasa tawar je hubungan tu, cari punca dia. Dah bersyukur ke tidak dengan semuanya.

Tnya diri sendiri, apa sebab kenapa boleh curang? Kalau bini you curang sekarang ni apa you rasa? Dah ready ke nak terima kehilangan dia? Lagipun hubungan dah rasa tawar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.