Poket suami sem4kin tebal dengan duit pamp4san dan perniagaannya. Suami m4kin tak lekat dirumah sehinggalah satu hari aku tak boleh tidur, aku buka folder rahsia suami. Alangkah terk3jut aku, macam – macam ayam ade dalam tu. Ayam siam, ayam cina, ayam melayu, ayam topup..
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Nor, nama suami aku Noh. Kami bernikah hampir 11 tahun. Kini kami mempunyai 3 orang anak. 6 tahun yang lalu, suami ditimpa bencana, s4kit berlanjutan hingga lebih 4 tahun. Namun bencana itu memberi rezeki besar kepada keluarga kami, tuntutan saman kami berhasil dan mendapat pamp4san yang agak besar.
Sepanjang suami s4kit, aku mula bekerja, bantu untuk sara keluarga. Alhamdulillah, suami beransur sembuh, poket suami sem4kin tebal dengan duit pamp4san dan perniagaannya juga m4kin maju. Suami m4kin tak lekat di rumah, tak pasti ke mana hala tuju, semua dirahsiakan.
Tak pernah sekali aku nak tanam rasa curiga, aku yakin suami sayang aku. September 2020, aku tak boleh tidur, sengaja aku scroll hp suami. Oh ade michat, apps tersorok dalam folder. Aku bukak michat chat, alangkah terk3jut aku, macam – macam ayam ade dalam tu.
Ayam siam, ayam cina, ayam melayu, ayam topup. Chat nya berkisar…? Hotel mana? Berapa jam? Berapa harga? Nak jumpa kat mana? Topup yang mana? Macam – macam ada. Ya Allah… H4ncur hati aku. Aku rakam chat tersebut melalui hp aku, kemudian aku confront, katanya untuk kawan.
Sumpah bukan untuk dirinya. Bermula episod trust issue dalam marriage aku. Aku pegang kata – kata dia, langgan untuk kawan. Namun benar kata orang, isteri punya 6th sense, aku mula curiga, aku mula mengambil tahu, jadi pegawai penyiasat untuk suami sendiri, how pity!
Aku mula copy whatsapp di desktop, perhatikan gerak geri perbualan dia setiap hari. Ada la perempuan sana sini, perbualan biasa bergurau senda. Nama mereka di save sebagai customer. Setelah berbulan aku jadi penyiasat, pemerhatian aku sehari – hari, rupanya suami kerap main juudi, juudi online.
Transfer duit kepada member, cari segala no dia jumpa. Aku catit perbelanjaan juudi suami, setiap hari tak kurang RM100 – 200 dibelanjakan. Ok tak pe aku diam kan. Aku mintak duit, kedekut kemain berkira. Ok takpe aku perhatikan.
Aku tak nak complain panjang – panjang, aku pon bukan isteri muslimah. Bulan puasa, lepas hantar aku ke tempat kerja, suami sambung breakfast dengan kawan – kawannya. Wah depan aku dan anak macam puasa sangat! Allahu.. Aku dah salah pilih imam…
Kemuncak perg4duhan pada May 2021, sedang di pejabat selepas waktu lunch, aku agak free, aku buka whatsapp desktop suami melalui laptop aku. Aku dapati dia sedang berhubung dengan no tak di save. Voicenote suami. Mana boss? Amoi ada?
Boss : ada – ada.. sini pintu sebeIah kwsp kepong. Ade g4ntung merah. U mari masuk.
Suami : sudah sampai boss.
5 min aku biarkan berlalu. Lalu aku cuba video call suami. 3 kali, tak berangkat. Aku call biase, 3 kali jugak tak berjawap. Jiwa aku hati aku dah terbayang perbuatan terkutuk dia dekat sana. Keseronokan dia dengan peIacur di luar.
Aku biarkan, hati aku h4ncur. Kecewa, malu tak terkata. Terpadam hormat dan cinta aku. Jam 6 petang, usai habis kerja. Memang rutin suami datang pickup aku. Lagaknya seperti biasa, macam tiada d0sa. Aku naik kereta, berdiam diri sampai di rumah. Aku hilang kata – kata.
Lepas maghrib, suami keluar untuk tapau makan malam untuk kami sekeluarga. Aku capai kain baju aku dan anak – anak, aku tinggalkan rumah. Aku check in hotel menenangkan em0si aku. Tak tahu nak mengadu dengan siapa, tak mungkin aku adu pada ibu bapa aku, mana aku nak letak muka aku, muka dia andai kami masih terus bersama.
Aku m4ti akal, m4ti hati. Anak – anak yang tak berd0sa, tak faham apa – apa. Masa tu anak kami 2 orang, sorang 7 tahun dan sorang lagi 6 tahun. Asyik tanya kenapa pergi hotel tak ajak ayah. Koyak hati aku masa tu tak mampu nak jawap soalan dorang.
Esoknya, aku ke pejabat peguam, buka fail, mahu tuntut cerai. Aku ada segala bukti tragedi Sep 2020 dan May 2021. Bukti aktiviti juudi. Lawyer yakin kes aku kuat, aku boleh tinggalkan dia walaupon tanpa persetujuan dia kerana akhlak dia.
Masa tu PKP, ambil masa untuk dapatkan tarikh mahkamah. Aku kesuntukan duit untuk terus tinggal di hotel. Aku tak tahu nak menumpang di mana, bukan tiada keluarga tapi tak mampu nak terangkan aib suami pada mereka.
Hati aku masih sayang, tak kuat rasanya kaki nak melangkah tanpa suami. Kerana dia suami yang baik. Cuma kalah dengan nipisnya iman. Seminggu aku di hotel, suami dapat jejak aku. Melutut pujuk rayu aku kembali ke pangkuannya, aku minta dilepaskan, suami tak mahu, suami berjanji, bersumpah akan berubah..
Jiwa keibuan aku kalah, bila tengok muka anak – anak, aku mengalah. Aku letakkan syarat cerai takIik, aku minta dia lafaz takIik ke atas aku. Andai berjuudi dan bersetubuh di luar ik4tan perkahwinan, jatuh taIak ke atas aku.
Dia buat. Kami meneruskan hidup. July 2021 aku dapati aku mengandung, anak no 3. Hari ini, aku masih bersama dia, berpegang pada janji sumpah dan takIiknya. Dia dah berubah? Entah lah, aku takut nak siasat lagi, aku takut takIik yang aku minta memakan diri aku.
Kini, aku ada sikap yang sangat buruk pada suami aku sendiri, aku sedar dan aku akui. Aku tak hormat dia, aku boleh berg4duh dan tinggi suara dengan suami. Sering aku c4bar dia tinggalkan aku sebab aku boleh hidup sendiri.
1 sen duit gaji aku, aku tak kan berikan untuk urusan keluarga, aku jadi kedekut dan peras kewangan dia habis – habisan. Aku beli rumah, aku simpan duit. Semua atas nama aku. Aku tak toleransi langsung bab kewangan.
Lepas kelahiran anak ke 3, kIinik Kesihatan ade kan ujian HPV, sah aku positif. Sah aku yakin hasil dari aktiviti s3ks bebas suami di luar. Dia nafi, salahkan cara hidup aku sebelum menikah dengannya. Aku malas nak panjangkan cerita. Aku diam lagi. Semua aku pendam.
Entah lah sampai bila, tapi memang aku tak boleh lupakan kes4kitan yang dia dah bagi. Maafkan aku, aku tak mampu jadi seperti aku yang dulu lagi. Sampai hari ini, tak seorang pon tahu hal kami suami isteri, aku simpan erat – erat aib suami aku agar orang sekeliling kami tetap hormat pada suami aku.
Dan aku, masih bergelar isteri kepada lelaki yang sama. Meneruskan pelayaran bahtera rumah tangga. Tiap malam doa aku pada Nya, kau dekat aku pada sesuatu yang baik untuk ku, jauhkan aku dari perkara yang memud4ratkan ku. Aku yakin Allah dengar doa aku, aku yakin asbab dari Nya aku masih kekal dia sini, sebagai isteri yang terIuka. – Nor (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Fazlinz Linz : Salah cara lafaz takIik tu.. Dan lagi salah, bila tak ambil tahu adakah suami betul – betul patuh pada takIik dengan alasan malas ambil tahu. Kalau suami tt masih main juudi dan melanggan ayam, dalam islam takIik dah jatuh.
Dan bermakna tt dan suami dikira berz1na. Nak takIik boleh tapi kena buat caranya yang betul. Suami lafaz di depan 2 orang saksi lelaki dewasa dan di depan peguam syariah. Tt, suami, 2 orang saksi dan peguam syariah menurunkan tandatangan pada dokumen pernyataan takIik.
Kemudian dokumen tersebut perlu dim4ti stem (saya tak pasti apa istilah sebenar). Barulah takIik tersebut sah dalam undang – undang. Saya bukan peguam, cuma saya pernah bercerai menggunakan cara takIik.
Nor S. Rosli : So, sekarang ni sis still nak bersama lagi? Anak – anak tengok mak pak dok g4duh sambil mak takdak hormat kat ayah. Family jenis apa sis nak tunjuk kat anak? Ubah diri sendiri dulu sis.. moga ni asbab untuk sis dekat kan diri dengan Allah. Moga ni asbab untuk bangun bertahajud mengadu dengan Allah. May Allah ease everything for you dear confessor.
Affifah Zaini : Dah banyak sangat red flag, kenapa confessor tak nak angkat kaki? Janganlah gunakan alasan sebab anak – anak. Anak tu kalau explain betul – betul faham je diorang. Saya cakap macam ni sebab dari pengalaman sendiri juga.
Mak saya nekad nak berpisah dengan ayah saya sebab red flag juga. Saya dan adik beradik elok je membesar. Belajar sampai universiti juga. So jangan la gunakan alasan anak – anak tu untuk jadi selfish.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.