Ayah selalu tengok video ceramah agama tapi aku selalu mengeluh. Ustaz – ustaz ni tak nak ceramah pasal tanggungjawab dan azab untuk suami dan ayah ke. Punya banyak masalah kaum lelaki tak bertanggungjawab, tunggang agama kat Malaysia ni, dia nak jugak cerita pasal sunat kahwin empat, bidad4ri syurga, syurga bawah tapak kaki suami…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Nor. Berumur 30 dan masih bujang. Tinggal dengan family. Aku memilih untuk berkongsi cerita bukan untuk meraih simpati. Tapi hanya untuk meluahkan perasaan. Aku tak pernah cerita pada sesiapa masalah aku yang ini.
Aku anak sulung. Jadi memang aku nampak perjalanan hidup mak ayah. Dari aku kecil nampak mak ayah berg4duh memang biasa. Tapi dulu, aku selalu ingat sebab mak garang sangat dan selalu salahkan mak bila mak ayah berg4duh. Tapi bila besar, aku tahu semuanya punca dari ayah.
Sejak kecil aku nampak ayah ni seorang yang family man. Selalu balik kampung. Katanya kalau kena outstation akan usaha balik jugak nak tengok muka anak bini. Bangga dengan anak – anak yang sekolah agama.
Tapi semua nya berubah bila dia jatuh s4kit. Bila s4kit, dia tak kerja. Mak yang membanting tuIang sara keluarga. Waktu ni aku masih kat universiti, adik – adik semua sekolah.
Tapi sebenarnya dari mula kahwin, mak aku yang banyak sara keluarga. Ayah pernah tak kerja time muda dulu. Selalu ponteng kerja. Mak ingat bila ayah s4kit, dia berubah. Tapi, tak. Dia m4kin suka mak sara keluarga. Dia ambil kesempatan. Siap mintak duit belanja. Bod0h.
Lepas s4kit mak usahakan jugak carik modal ayah kerja sendiri. Mak keluar modal. Tapi ayah bod0h. Untung makan semua. Tak buat pusing modal. Mak jugak kena keluarkan balik modal. Mak jugak sara dia balik. Tu tak kira masa dia s4kit. K3ncing b3rak dia mak yang uruskan. Tu pun banyak cekadak..
Lepas belajar, aku ulang alik dari tempat kerja. Waktu ni aku nampak perkara sebenar sebab sebelum ni aku duduk asrama dan tak duduk rumah, aku buta. M4kin s4kit, m4kin bod0h. Tu je yang aku mampu terangkan.
Ayah tak bagi nafkah keluarga. Semua perbelanjaan rumah mak yang tanggung. Belanja sekolah yuran universiti adik semua mak tanggung. Termasuklah makan pakai dia. Dahlah tanggung dia, ayah selalu mengeluh makan tak sedap. Time ni aku beng4ng jugaklah. Kami semua keluar kerja pagi balik petang. Dia duduk rumah. Kami balik, kami kena sediakan makan.
Pernah sekali kami adik beradik tegur ayah. Tegur pasal sikap, nafkah, semualah. Tu pertama kali ayah baran kat kami. Ayah baran kat kami, tapi dia buat g4duh dengan mak. Berbulan tak bertegur. Tapi tak tahu malu, duduk rumah mak, makan makanan mak, tak hulur duit sesen pun.
Ayah pant4ng kena tegur. Mak tegur pasal nafkah. Dia g4duh. Mak kata hulur sikit pun takpe. Dia marah kata gaji mak tak luak pun. Padahal banyak benda mak kena tanggung. Mak tegur takkan semua benda mak kena buat. Dia kata tolong suamikan dapat pahala. Sump4h aku tak tau nak kata apa dah.
Satu benda yang aku meluat pasal ayah. Dia rajin tgok video ceramah agama. Tapi perangai susah nak kata. Sejak tu, aku tak suka dengar ceramah.
Aku selalu mengeluh, ustaz – ustaz ni tak nak ceramah pasal tanggungjawab and azab untuk suami dan ayah ke. Punya banyak masalah kaum lelaki tak bertanggungjawab tunggang agama kat Malaysia ni, dia nak jugak cerita pasal sunat kahwin empat, bidad4ri syurga, syurga bawah tapak kaki suami.
Bila aku duduk rumah, kant0i jugaklah ayah selalu nak pukuI mak. Tapi selalu tak dapat sebab aku ada. Ada sekali ayah tak tahu aku dah balik, kemain s4kit – s4kit tu laju pergi ke mak, nak pukuI mak. Dia perasan aku ada. Terus dia tak jadi and t3ngking mak kata mak kurang ajar. Bod0h.
Jadi aku terfikir, masa aku tak ade kat rumah, macam mana mak hidup. Mungkin sebab dulu aku sekejap – sekejap ada kat rumah, jadi ayah selalu dapat tahan baran dia. Sekarang aku selalu ada kat rumah, baran dia dah membuak.
Aku tak tahu mana silapnya. Tak tahu apa yang ayah marah sangat dengan mak. Tapi aku tahu semua ni puncanya ayah. Sebab sebelum ni mak tahan sebab anak – anak kecil lagi. Mungkin sekarang mak dah tak tahan, jadi mak suarakan and nasihatkan ayah. Ayah ingat mak kurang ajar tegur dia. Padahal mak tahan je selama ni. Ayah ingat dia ketua, dia betul..
Yang bod0hnya ayah aku ni. Dia selalu ingat dia betul. Suka – suka nak s4kitkan hati mak. Padahal dia harta pun takde. Mak kata, sekali ayah aku pukuI, memang dia akan haIau ayah keluar.
Ayah, rumah pun tak ade. Kereta pun hutang lagi. And banyak kali nak kena tarik dah. Bila mak kata gitu, ayah terus terdiam. Baru sedar, dia mana ada tempat nak pergi. Tak perasan selama ni duduk rumah orang free je..
Satu yang aku perasan. Family ayah pun masalah jugak. Letak perempuan macam h4mba. Selalu salahkan mak kalau rumah bersepah, anak com0t, dapur tak berasap. Selalu pandang rendah kat mak sebab mak cikgu. Padahal takat jadi askar je bukannya gah sangat pun. Padahal takat kerja kampung je tak sedar diri.
Dia tak tahu, mak ni lah yang tanggung dar4h daging dia. Padahal anak perempuan family ayah semua tak bekerja. Pernah sekali, mak mintak adik – beradik ayah nasihatkan ayah. M4ti – m4ti tak percaya ayah aku perangai macam tu. Sampai sudah pandang hina mak aku sebab burukkan family dia.
Ikutkan aku nak nasihatkan mak ceraikan ayah. Aku tak sanggup mak derita lagi. Mungkin dulu mak tak ade tempat nak luahkan masalah sebab atuk nenek dah lama meninggal. Tak ade adik beradik. Jadi sejak akhir-akhir ni, mak ceritakan kat aku. Tak pernah aku nampak mak aku nangis macam tu.
Kalau aku cerita and mengeluh masalah aku, mak selalu pesan, bersyukur ujian aku macam tu. Kalau dapat macam apa yang mak aku diuji mcm mana?. Aku selalu terfikir, kesian mak kahwin dengan ayah. Kalau mak tak kahwin dengan ayah pun aku redha. Tak kisah lah aku tak ade kat dunia. Sebab mak layak dapat yang lebih baik.
Aku tahu mak tak salah. Sebab mak tanggung sorang selama ni. Kalau aku jadi mak pun, aku akan buat apa yang mak buat. Lelaki bod0h dia tak fikir apa yang dia buat dulu. Dia nampak yang sekarang je.
Lelaki bod0h je yang ambil anak perempuan orang buat h4mba. Lelaki bod0h je yang kahwin untuk dia senang. Lelaki bod0h je pandai buat anak tapi tak pandai jaga. Lelaki bod0h tu ayah aku. Lelaki bod0h patut pupus kat dunia ni.
Dan sebabkan perangai ayah, aku tak nak kahwin sampai sekarang. Aku takut, apa yang ayah buat kat anak orang, orang akan buat benda sama kat anak ayah.
Komen Warganet :
Kaka Gojes Ori : Nasib kita lebih kurang cuma beza. Saya hadapi dengan abang dan adik kaki dad4h yang menyusahkan Ummi saya. Nak dibuang, anak kata Ummi saya tapi yang depr3ssion saya, nak dengar luahan Ummi saya ngadu lagi, dengan nak fikir hutang sewa, api sewa rumah Ummi saya. Semua dibahu saya, nak ajak Ummi duduk dengan saya, dia tak mau tinggal anak – anak dia. Kadang tu depr3ssion saya datang sampai saya fikir nak m4ti ja tapi saya tahan dan sabar dan fikir, ni ujian Allah SWT untuk saya.
Kalau saya tak ade dengan siapa lagi Ummi saya nak ngadu. Selalu juga saya berdoa, kalau Allah nak ambil nyawa, ambillah nyawa saya dan Ummi saya bersama. Ayah plak, tinggalkan saya sejak saya umur 5 tahun, sampai ke sudah nafkah pon tiada. Entah m4ti ke hidup orang tua tu saya pon malas nak tahu. Lantaklah, orang buang kita. Buat apa nak terhegeh – hegeh kan.
Norlilawati Lila : Saya turut bersimpati. Mungkin kerana mak awak baik sangat, ayah awak ambil kesempatan. Pengajarannya, kita kena pandai jaga diri supaya orang tak boleh perlekehkan kita, hatta suami kita sekalipun… Moga adik dan mak adik dapat merasai kebahagiaan hidup. Orang yang tak melalui pengalaman awak, mungkin tak terasa kecewa, pedih hati, kecewa macam tu. Saya doakan yang terbaik untuk awak dan mak awak.
Siti Khuzaimah Yahya : Ramai je lelaki macam ni. Orang perempuan yang kena kuat. Tapi tu lah, biasanya kita tutup segala yang buruk dalam rumahtangga supaya nampak sempurna sebab kita malu orang tahu kita sedang mend3rita. Malu tak bertempat… SaIute kat mak – mak dan wanita – wanita yang berani mempert4hankan hak sebagai isteri.
Afni Ahmad Faizal : Dik, bab hang takut nak menikah sebab takut dapat laki macam ayah hang tu silap dik. Zaman mak ayah kita dulu lain. Zaman dah berubah dik. Suami, lelaki, para ayah sekarang ramai sangat yang dah bagus – bagus dan bertanggungjawab ke atas nafkah anak isteri. Malah sama – sama uruskan kerja rumah untuk ringankan beban isteri. Tapi kalau hang nak kahwin hang memang kena hilangkan sangka buruk hang terhadap kaum lelaki ni dulu. Sebab tuhan bagi apa yg kita sangka. Wallahua’lam.
Surani Sujor : Semua dah maklum, ayah adik memang bod0h. So kita tolak dia ke tepi. Nak ajar bagi pandai, dah terlambat. Sebab dah jadi buluh, tua dan dah keras. Tugas adik, jaga mak, bahagiakan mak, happykan mak, bawak mak jalan – jalan, layan mak elok – elok, bagi hadiah untuk Mak, puji mak, masak sedap – sedap untuk Mak, buat surpr1se untuk Mak, bagi Mak senyum selalu. Orang perempuan ni, dia boleh hidup bahagia dengan kasih sayang anak, walaupun ada biawak busuk hidup dalam rumah dia.
Biawak tu memang akan sentiasa terjeIir lidahnya pusing satu rumah, baunya pun kadang – kadang akan ganggu kita. Tapi, kita cari jalan supaya dia duduk jauh dari kita. Nak haIau, susah. Nak keluar sendiri, lagi susah. Selagi boleh tutup hidung tahan baunya, tahan lah. Sampai bila? Wallahuaklam….
Fazidah Abdul Kadir : Dengan hidup mak ayah kita tak boleh buat apa dah kecuali mak nak bercerai, jangan kerana nyamuk kelambu dibakar, jangan kerana pengalaman dengan mak ayah taknak kahwin pulak, mana tau kahwin akan bahagia? Serahkan hidup kita kepada Allah kerana dia yg lebih tahu. Dia maha merancang. Good luck semoga lebih positive.