Semua persiapan kahwin dah kami siapkan. Kad sudah diedarkan. Katering dah tempah. Pakej bridal dah bayar. Kami teruskan perkahwinan ini tapi aku kena sedar dan sabar bahawa kami tak mungkin ada anak bersama. Selepas berkahwin dia langsung tak nak sentuh walaupun hanya sentuhan kulit. Malah barang – barang dia pun aku tak boleh pegang. Sehinggalah dia tuduh aku isteri derh4ka..
#Foto sekadar hiasan. Aku seorang wanita berusia 26 tahun. Berstatus janda. Selepas 1 tahun kahwin aku diceraikan oleh suami aku. Punca penceraian adalah salah aku sendiri.
Aku dan bekas suami mula berkenalan di laman sociaI chatting. Kami tak pernah berjumpa sepanjang berkawan. Selepas 1 tahun kami berjumpa dengan secara tak sengaja. Sejak itu kami mula rapat. Dari kawan ke babak percintaan.
Dalam bercinta selalu saja kami berg4duh. Dia selalu ignore aku. Jarang mesej jarang call. Jumpe apetah lagi. Aku di selatan dia di utara. Tapi okay saja walaupun bercinta tapi jarang berhubung sebab aku boleh concentrate study.
Habis study, dia ajak aku tunang. Kami bertunang. Masa ni dia dah kerja di Kuala Lumpur. Dan aku di kampung masih mencari kerja. Dug4an bertunang sangat mencab4r. Banyak kali aku ditinggalkan tanpa berita. Berbulan kemudian dia akan cari aku kembali. Banyak kali kami g4duh. Tapi aku sabar sebab aku sayangkan dia.
Lagi beberapa bulan nak kawen. Hubungan kami m4kin baik. Dia dah berubah sikap dari seorang yang tak ambil tahu kepada lelaki yang mengambil berat tentang aku. Aku sangat – sangat bahagia. Tapi apakan daya dug4an terbesar datang saat aku dan dia lagi 2 bulan nak mendirikan masjid. Dia disahkan HlV positif. Tuhan saja tahu perasaan aku masa tu. Dia terk3jut dan sedih. Aku buntu.
Semua persiapan kahwin dah kami siapkan. Kad sudah diedarkan. Katering dah tempah. Pakej bridaI dah bayar. Aku doa kat Tuhan. Aku terima ujian ni. Aku tahu dia perlukan sokongan aku. Tapi dalam masa yang sama aku takut masa depan aku. Benda ni kami rahsiakan dari keluarga dan kawan – kawan.
Kami teruskan juga perkahwinan ni. Tapi aku kena sabar sebab kami tak boleh bersama. Nak impikan ada anak pon aku tak boleh. Setiap kali tengok kawan – kawan update tentang pregnancy and anak aku jadi sedih sangat. Sebab aku tak boleh. Untuk dapatkan anak dia perlu dapatkan rawatan HAART.
Kena makan ubat on time. Kena konsisten selama 6 bulan ke 1 tahun. Sampai virus HlV undetected. Tapi aku manusia biasa. Aku perlukan beIaian seorang suami. Setiap kali aku minta aku tahu dia kecewa. Kami selalu berg4duh. Dia langsung tak nak sentuh aku. Walau sedikit skinship pon dia tak suka. Aku sedih sangat – sangat. Jiwa aku kosong. Dia buat hal dia. Aku buat hal aku. Handphone dan barang – barang dia, dia tak suka aku sentuh.
Dia jarang endahkan aku. Tak pernah ambil tahu tentang aku. Pergi mana – mana tak pernah bagitahu. Pernah sekali dia suruh aku balik kampung. Sebulan aku di kampung langsung dia tak tanya khabar. Call wasap langsung tak ada. Kalau aku wasap dia baIas nak tak nak. Bila aku call. Aku kena marah sebab ganggu dia main game. Aku cemburu lihat kawan – kawan yang lain bahagia.
Badan aku m4kin kurus. Muka cengkung dan kusam. Ramai kawan tanya kenapa sejak kawen m4kin kurus. Aku makan hati dengan sikap suami aku. Dalam masa yang sama aku salahkan diri aku yang tak sabar. Tak paham situasi suami aku. Aku tahu dia tak mampu bagi nafkah batin tapi aku nakkan hanya perhatian dan kasih sayang saje. Walaupun begitu dia tetap layan aku dengan baik. Dia sediakan rumah yang selesa untuk aku. Dia sediakan perkakas rumah. Dia beli barang dapur. Dia cuba bahagiakan aku dengan material. Tapi perhatian dan kasih sayang kurang.
Dia mula tidur asing bilik dari aku. M4kin lama em0si aku m4kin tak stabil. Setiap malam aku menangis mengenangkan sikap dia. Sampai 1 tahap kesabaran aku dah tak tertanggung. Kami g4duh dan ada salah faham sedikit. Aku nekad keluar rumah tinggalkan dia. Dia marah aku sangat – sangat sebab aku tinggalkan dia. Aku isteri derh4ka. Aku cuba pujuk dia. Aku mintak ampun dengan kesilapan yg aku dah buat. Dia tak nak terima dan ceraikan aku.
Aku redha. Aku tahu ini salah aku. Sekarang aku nak mulakan hidup baru. Aku cari kerja baru pergi tempat baru. Aku ingat aku kuat. Tapi tak. Aku sangat – sangat lemah. Aku menangis setiap hari sebab rindukan dia. Aku risau kesihatan dia. Aku asyik salahkan diri aku sebab tak dapat jadi isteri yang baik untuk dia.
Doakan aku jadi lebih kuat. Aku tak tahu nak hadapi dunia kat luar sana dengan tittle yang aku bawa sekarang. – Magnet
Komen Warganet :
Syaidatina Hekmah : Dia buat semua tu sebab dia sayang kan sis. Dia tak nak sis terjangkit dari dia walaupun sikit. Bukan dia menolak untuk bersama, dia pun manusia biasa mesti dia nak. Tapi dia ada akal yang panjang, dia boleh fikir. Walaupun pakai kond0m pun bukan 100% meIindungi. Kena faham tu. Sis kena sabar banyak. Virus H1V ni bukan virus influenza taw. Kena banyak study.
Pada pendapat saya, mungkin dia ceraikan sis untuk sis cari kebahagian sendiri dengan orang lain sebab dia sendiri tak boleh nak bagi. Macam mana dia dapat HlV tu saya tak nak ambik tahu, tu rahsia dia dengan Allah. Sebagai seorang h4mbaNya jgk, kita kena sama – sama doakan supaya dia kuat.
Fatimah Azizan : Dari awal kenal dah memang laki awak tu jenis tak penyayang. Mesti ada sebab dia ajak tunang dan kahwin. Apa pun syukurlah sebab Allah dah beri jalan untuk awak. Tak perlu nak salahkan diri awak, terus pandang ke hadapan. Dia sendiri bukan kisah pun awak ada ke tak. Allah nak bagi yang terbaik untuk awak lepas ni, percayalah.
Airis Nur Ain : Pada aku, dia ceraikan kau sebab dia sayang sangat pada kau.. Dia tak dapat bagi kebahagiaan yang kau nak. Dia jadikan alasan kau keluar dari rumah untuk bercerai. Kenapa laki kau H1V, aku tak nak ambik tahu. Tapi yang aku rasa, dia tak nak sentuh kau sebab dia jijik dengan diri dia. Kalau kau sedih, dia berganda lagi sedih.
Ko bayangkan orang yang dia sayang, ada depan mata, dah jadi yang halal, tapi tak boleh nak sentuh. Ramai cakap boleh pakai kond0m, pada aku dia nak ambik langkah berjaga – jaga. Salah sikit, kau terjangkit. Tapi penceraian juga ada hikmah, kau jaga diri kau, mulakan hidup baru.
Siti Noor Syakira : Alahai baiknya confessor ni, dah taw bakal suami ada HlV pun masih teruskan perkahwinan. Pertama, kena tahu macam mana suami sis mendapat HlV. Kemudian, langsung tak ada sentuhan dalam rumahtangga suami isteri, mesti ada sesuatu yang dirahsiakan. Saya tak nak berburuk sangka hanya saya nak ingatkan fikir keseIamatan diri awk dahulu dan masa depan anak. Tak nak nanti esok – esok anak yang mer4na.
Erni Nabilah : Mungkin salah satu sebab sis tak boleh nak move on sebab sis rasa sis yang salah dalam hal ni. Sis rasa sis diceraikan kerana sis jadi isteri derh4ka. Tapi cuba sis fikir semula, dengan hati yang tenang, kalau dia sayangkan sis, dia takkan terus ceraikan dengan alasan isteri derh4ka. Dia akan ajak berbincang apa masalah yang kedua dua pihak hadapi.
Buat tindakan seperti orang dewasa buat. Tapi tak, dia terus ceraikan sis dan sikit pun tak nak timbangkan semula bila sis dah merayu dan mintak ampun kat dia. Apa yang saya nampak.. Dia memang tunggu ‘modal’ je nak lepaskan sis, ada hikmahnya. Buat apa berkahwin kalau jiwa kita tersiksa sis. Sis kena kuat. Semoga terus tabah.
Iman Husna : Berhenti salahkan diri sendri, rasanya awak dah buat yang terbaik untuk rumahtangga awak. Tapi bekas pasangan yang nampak endah tak endah je. Move on awak, teruskan hidup, dekatkan diri pada Allah sebab Dialah yang memberi sumber kekuatan pada kita. InshaAllah, Allah dah sediakan perancangan yang terbaik untuk awak. Semoga dijod0hkn dengan pasangan yang lebih baik dari bekas suami awak tu. Good luck