Ayah menangis cerita, mak bagi ayah ubat tidur, kunci kaki ayah dengan rantai besar sebab tak bagi pergi rumah mak tiri

Satu hari  aku dapat call dari adik aku nangis – nangis. Aku terus pergi tempat kerja ayah, sambil keluar air mata ayah aku cerita, mak bagi ayah aku ubat tidur. Bila sampai RnR ayah aku tersedar sebab nak buang air kecil terus ayah aku lari menyorok bawah longkang. Rupanya mak aku dah plan..

#Foto sekadar hiasan. Salam… Mula – mula sekali aku nak kenalkan diri aku. Seorang perempuan, anak kedua dari empat adik beradik, sudah berkahwin dan ade dua orang anak. Dah lama sebenarnya nak buat pengakuan dalam ni tentang kisah hidup aku yang dah berlanjutan selama 20 tahun. Terima kasih admin kalau siarkan.

Aku nak cerita pasal mak kandung aku. Tak tahu dari mana nak mula sebab dah lama sangat kisah ni macam sinetron beribu episod dari aku bujang sampai dah ada anak. Cerita pasal Mak aku, dia anak bongsu dari lima orang adik beradik.

Yang aku tau, dia memang tak baik dengan adik beradik dia. Berg4duh dari bujang sampai la bawak ke bercucu cicit. Dia kahwin dengan ayah aku sebab suka sama suka masa tu dia umur 19 tahun, ayah aku 27. Aku tak tahu la kisah ni jadi sebab dia tak cukup enjoy hidup masa anak d4ra ke apa aku tak pasti.

Tapi keluarga mak aku memang complicated. Kat sini aku bukan nak cerita mengenai keluarga mak aku tapi keluarga aku. Ayah aku ni kahwin dua, masa aku 16 tahun, ayah aku kant0i dia ada awek lain yang perempuan ni lagi tua dari umur mak aku dan janda anak tiga.

Takde la cantik sangat, aku tengok mak aku lagi cantik tapi mungkin sebab pandai jaga hati ayah aku. Kami adik beradik takdela kisah sangat dia kahwin lain asalkan ayah aku happy tapi ada sedih jugak sebab dari kecik kitorang 4 beradik ni memang rapat dengan ayah.

Bila ayah dah kahwin lain kitorang rasa hilang tempat berg4ntung. Tapi nak terima mak tiri tu dalam hidup kami memang makan tahun jugak la sebab kitorang fikir dia tu per4mpas ayah. Yela tau je la bila orang bercinta macam mana, anak – anak pun lupa.

Kitorang jugak fikir sebab per4ngai mak, la ayah aku kahwin lain. Kalau dia layan ayah baik – baik mesti semua ni tak jadi tapi bila keadaan ni dah sampai 20 tahun memang aku rasa tu jodoh ayah aku. Walaupun sekarang ni dah bertahun hadap sinetron ni, mak aku masih tak boleh terima madu dia.

Mak aku ni masa mula – mula kahwin dengan ayah, dia tak bekerja, bila adik aku no 4 lahir baru dia dapat kerja kerajaan dekat hospitaI tapi dia bukan staff nurse tau tapi lagak dia macam staff nurse. Mak aku ni pelik sikit, suka orang puji dia dari kepala sampai tapak kaki, lepastu orang tu dia akan sayang.

Kalau orang kutuk dia sampai habis dia sound depan – depan walaupun dekat kedai makan ke dia tak kisah. Mak aku jenis tak reti malu asalkan hati dia puas nak m4ki orang. Dulu masa mula – mula dapat tahu ayah kahwin dua, kitorang ada bagitau dia.

Tapi dia tak percaya dia ngadu balik dekat ayah cakap kitorang fitnah ayah sampai ayah naik tangan dekat along aku. Dia memang suka mengadu domba dekat ayah pasal kitorang adik beradik. Sebab dia tak nak kitorang rapat dengan ayah.

Aku ingat lagi masa tingkatan 3, kitorang ni setiap kali ayah balik kerja mesti semua berkumpul dekat ayah nak cerita pasal sekolah, mak aku duduk sorang – sorang dekat ruang tamu. Sekali dia datang bawak kayu hentam kami 3 beradik sebab rapat dengan ayah.

Ayat dia yang akan aku ingat sampai m4ti, ‘aku yang lahirkan kau, korang ni keluar dari kelampang (kemaIuan) aku. Kenapa korang nak rapat dengan bapak kau?’ Teruk jugak kami kena sampai tangan Iebam, along pun Iuka dekat tangan.

Lepas PMR aku dapat masuk sekolah teknik, lega sangat sebab dapat keluar dari rumahku ner4kaku. Tapi yang terus menerus kena dekat rumah adik beradik aku yang lain la. Masa dekat sekolah teknik la ayah aku dah start bercinta kembali.

Masa tu aku nampak muka mak aku Iebam kena dengan ayah, mak aku plak jenis suka ngadu dekat anak pasal g4duh laki bini. Aku marahlah ayah sebab buat mak aku camtu tapi adik – adik aku yang lain buat tak heran je muka mak aku Iebam.

Rupanya mak aku yang desak p4ksa ayah aku pasal nak tau ayah aku ada pempuan lain tak? Lepas tu c4bar ayah. Sebab ayah cakap suruh diam dia tak nak last – last mendapatlah bawah dagu. Dah habis SPM aku dapat Uitm.

Masa tu seronok sangat sebab tak payah duduk rumah tu. Along aku stpm sambil tu dia kerja jual goreng pisang petang – petang. Masa lepas habis SPM tu aku kerja dulu sebelum nak masuk uitm. Masa tu la keluarga kami porak peranda yang dasyat sangat.

Masa tu aku dah tak bertegur dengan mak aku. Pendek kata kitorang adik beradik la g4duh dengan dia. Sebabnya pasal ayah jugak la. Mak aku ajak kami adik beradik jadi spy ayah. Ayah aku ni punya tempat kerja dalam 45 minit dari rumah.

Jadi, setiap malam kitorang perlu intip ayah aku pergi ke tak rumah mak tiri aku sampai pukuI 2 – 3 pagi. Str3ss sangat masa tu. Along dengan adik – adik  aku yang lain dah tak ambil port, tinggal aku jekla. Lepas tu mak aku report polis la report pejabat agama la 2 ke 3 kali sampai kena ambush la rumah tu.

Hari – hari mak ayah aku g4duh, bukan g4duh diam – diam dalam bilik tapi sekali g4duh sampai 2 ke 3 rumah boleh dengar. Bila kami adik beradik pun dah str3ss kitorang memang buat tak layan je mereka dua orang. Yang ayah aku sibuk mengejar mak tiri aku, yela tengah hangat bercinta.

Mak aku pulak kejar – kejar ayah aku sampai diorang lupa ada lagi 4 orang anak nak perhatian. Kami tak diberi duit nak makan, mak aku tak masak dekat rumah, kadang – kadang ayah aku tak balik 2 ke 3 hari. Masa tu makanan paling sedap kami makan roti gardinia yang harga 50sen tu (sekarang roti tu da jadi 90sen).

Yang lain – lain barang nak makan kena tunggu gaji aku tak pun along aku. Walaupun masa tu susah hidup kitorang 4 beradik sebab pengabaian ibu bapa tapi kami happy je sebab masing – masing saling melengkapi dan bagi kekuatan. (Terima kasih Allah  sebab adik beradik ni)

Dah panjang sangat aku tulis ni tangan pun dah naik kebas. Aku nak pendekkan cerita la, kalau boleh pendek kan sinetron ni. Bulan berganti bulan ke tahun aku dapat masuk uitm tu sampai la aku sambung degree dekat shah alam.

Along aku pun dah dapat jadi stuff nurse. Tapi mak ayah aku tetap la macam tu. Dah berbulan aku tak jumpa ayah. Nak balik rumah pun aku tak ada hati. Aku selalu balik rumah along aku je dekat klang. Satu hari tu aku dapat call dari adik aku nangis – nangis cakap berg4duh dengan ayah.

Aku terus pergi tempat kerja ayah aku pinjam moto kawan nak tanya ape hal yang jadi. Sambil keluar air mata ayah aku cerita, mak bagi ayah aku ubat tidur sebab nak bawak ayah aku pergi johor, rumah abang mak aku. Bila sampai RnR ayah aku tersedar sebab nak buang air kecil terus ayah aku lari menyorok bawah longkang.

Rupanya mak aku memang planning nak hantar ayah aku pergi sana. Macam dah tak w4ras sangat mak aku tu. Lepas tu tak tahu macam mana ayah aku balik rumah sebab mak aku pujuk dia. Bila da sampai rumah dia rantai kaki ayah aku dekat tingkap sebab tak kasi ayah aku keluar pergi rumah mak tiri.

Rantai tu panjang adalah dalam tiga meter, besar dan tebal, aku tengok sendiri rantai tu. Kalau tak silap ayah cerita mak aku keluarkan p4rang sekali letak situ. Masa hari sama jugak mak tiri datang dengan atok dan opah aku sebab nak bawak ayah aku keluar rumah.

Masa tahun tahun yang porak peranda tu. Banyak la kejadian yang buat aku benci mak aku sendiri. Salahsatu nya Ayah aku tengah makan rambutan dengan adik bongsu aku. Mak aku jalan sambil sepak bekas rambutan tu depan mata aku.

Aku tak tahu la kenapa ayah aku diam je dengan per4ngai mak aku. Aku memang ingat sangat kejadian tu sampai sekarang. Lepas tu adik bongsu aku tak masukkan sayur dalam peti ais, dia balik kerja meng4muk dan menjerit terus baling mangkuk kaca dekat adik aku.

Masa tu adik aku baru 12 tahun. Mak aku jugak kalau marah dengan kami dia selalu mencarut menyumpah anak – anak, segala macam benda yang boleh dia sumpah la. Tak halal kan air susu la. Kitorang memang dah lali dengan ayat m4kian dia.

Tahun 2012 aku dah habis belajar aku kerja dekat dengan rumah sebab nak jaga adik  bongsu aku. Tapi masa tu aku dah beberapa tahun tak bercakap dengan mak aku. Dia pun beli makanan sorok dalam bilik dia siap kunci.

Kalau dia pergi kerja luar, dia kunci dari luar dan bermangga okey. Jadi aku ambil tanggungjwab tu la untuk jaga adik aku. Yang aku ingat time puasa dah balik kerja penat nak masak. Aku tengah siang ikan masa tu, mak aku balik dari kerja dia nak masak jugak.

Dia menjerit sekuat hati dia BERAMBUSSSSS, sebab suruh aku keluar la dari dapur. Masa tu satu perkara je aku fikir nak buat dekat dia masa dia tengah jerit tu, aku fikir nak buat benda tak elok je. Lama aku tatap muka dia masa tu, rasa takut dah tak ada aku cuma nak baIas d3ndam dekat mak sebab aku dah lama sabar dengan per4ngai dia.

Tapi alhamdulillah aku dapat kawal perasaan sy4itan aku masa tu. Aku terus keluar dari dapur pergi dekat adik bongsu aku. Rupanya dia pun nampak dan marah. Lama jugak aku nak tenang kan dia sebab dia lelaki. Kitorang pun keluar rumah makan dekat luar.

Tak cukup dengan tu mak aku kunci rumah dari dalam tak bagi masuk. Puasa pun per4ngai dia macam tu jugak. Lepas dari kejadian tu aku pakat dengan boyfriend aku yang aku nak kahwin. Hujung tahun 2012 kami kahwin dekat masjid.

Memang buat sesimple habis kenduri nikah aku. Makan beradap pun beIah lelaki je. Tapi aku bersyukur dapat terus keluar dari rumah tu. Aku bawak sekali adik bongsu aku tinggal dengan aku. Kemudian aku uruskan dia masuk sekolah teknik.

Tahun 2015 aku pun dah lahirkan anak pertama. Orang cakap bila dah bersalin orang perempuan ni mesti teringat mak dia. Sama la macam aku, rindu kat mak aku. Dah bertahun aku tak jumpa dia sampai aku lupa muka dia.

Masa raya ayah aku call suruh balik kampung, raya dekat kampung. Suami aku suruh balik nak bagi anak aku kenal nenek dengan atuk dia. Bila dah sampai tu aku tengok muka mak aku dah tua, muka yang aku dah lupa pun.

Sedih aku rasa, terus aku peIuk mak mintak maaf sebab aku dah lupa muka mak kandung aku sebabkan marah aku yang dulu. Kami sama – sama nangis. Dia ciuum berkali – kali cucu dia. Aku mula rasa dah dapat keluarga aku semula. Keluarga yang dah lama aku rindu .

Aku fikir sinetron cerita keluarga aku dah habis rupanya mak aku memang tak boleh nak terima madu dia dengan redho. Macam – macam la fitnah dia buat. Sekarang dia p4ksa ayah aku ceraikan mak tiri aku. Tapi aku tahu ayah aku sayangkan mak tiri aku lebih dari mak kandung aku.

Tapi sekarang aku malas nak berpihak dekat mak atau ayah aku. Biarkan mereka uruskan sendiri masalah yang mereka sendiri cari. Aku dah cukup pening dengan sinetron beribu siri ni. Kepada pembaca sekalian doakan mak ayah aku diberi petunjuk dan hidayah dari Allah.

Doakan hubungan kami adik beradik tetap kuat walaupun masing – masing dah ada keluarga sendiri. Terima kasih sebab sudi baca kisah aku, angah. Tapi apa yang cuba aku sampaikan. Pada ibubapa kalau berg4duh jangan g4duh depan anak – anak.

Jangan sebab hal kerja atau hal lain yang merunsing kan kepala lepaskan kemarahan pada anak – anak. Kalau nak poligami fikir dalam – dalam perasaan anak – anak. Kami anak – anak ni walaupun kecil kami sebenanya ada hati perasaan yang tak mampu kami luah.

Sampai dah cukup besar pun kami tetap rasa macam anak kecil bila ada perhatian mak ayah kami. Kepada semua suami kalau isteri buat salah tegur dengan hikmah dan sabar bukan buat tak tahu kalau isteri tak dengar cakap.

Lama kelamaan isteri tu akan bertambah teruk. Kalau isteri salah betulkan jangan carik lain. Jaga hati anak – anak sebab kesannya sampai bila – bila anak tu ingat setiap kata – kata atau perbuatan mak ayah dia. – Angah

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?