Bak kata gadis muslimah ‘bercinta selepas nikah’. Ya inilah yang kakak saya lalui. Dengan sikap tunangnya pada masa itu seperti acah ustaz – ustaz yang menjaga batas pergaulan. Bagus sangat saya fikir masa tu. Masa kakak sarat mengandung 8 bulan, dia ceraikan kakak saya..
#Foto sekadar hiasan. Ini kisah kakak saya. Dia berkahwin seawal usianya 24 tahun dengan seorang lelaki yang dia kenali di laman sosiaI. Dalam tempoh perkenalan, bekas suaminya sangat baik, bak kata orang pijak semut pun tak m4ti.
Bak kata gadis muslimah ‘bercinta selepas nikah’. Ya inilah yang kakak saya lalui. Dengan sikap tunangnya pada masa itu seperti acah ustaz – ustaz yang menjaga batas pergaulan. Bagus sangat saya fikir masa tu. Mereka tunang tak lama dan terus berkahwin.
Selepas berkahwin, kebiasaanya orang pergi honeymoon kan? Begitu juga kakak saya. Berbulan madu seperti orang lain, tapi hati tak bahagia. Kakak saya cerita, sampai je di Langkawi, segala perbelanjaan makan minum, nak beli barang – barang semua guna duit dia, sampailah duit kakak saya habis.
Kosong dompet. Baru dia guna duit dia. Bila waktu makan, dia siap buat gaya minta duit nak bayar macam ahl0ng minta duit. Kakak saya cerita lagi, masa honeymoon tak macam orang baru kahwin. Dia jalan jauh tinggalkan kakak saya di belakang.
Biasa lelaki kalau jalan jauh tinggalkan isteri ni saya tengok pakcik – pakcik yang dah tua je buat macam tu. Hati isteri mana tak sedih. Kalau dah lama kahwin, dah beranak pinak lain lah. Ni tak sampai seminggu pun lagi.
Masa ni saya masih belajar di Perak. Sebulan selepas mereka berkahwin, kakak saya hamil anak sulung tapi tak ade rezeki, gugur. Sump4h sedih. Masa kakak saya keluar dar4h seketul, mak mertua dia kata ni dar4h gugur.
Masa ni memang tak tahu mengandung. Dan kakak saya terus di bawa ke hospitaI swasta. Tahulah kalau hospitaI swasta bayarannya mahal. Tak nak ke hospitaI kerajaan takut doktor lelaki pula, tapi inilah kata – kata suami dia pada mak ayah saya “tak apa, duit boleh cari..”.
Saya macam kagumlah bila kakak saya cerita. Rupanya lepas je dia bayar di kaunter, muka dia masam, jalan jauh tinggalkan kakak saya di belakang. Dalam kereta dia cakap pada kakak saya ‘dah gaji bayar duit tadi’. Duit boleh cari konon tapi bila kakak saya gaji, dia minta semua bayaran yang dia dah bayar guna duit dia.
Tiba masa saya cuti semester barulah saya tahu yang sepanjang tempoh perkahwinan dia dan suami hidupnya tak bahagia macam saya bayangkan, yang ada hanya d3rita dan menangis hampir setiap malam. Kakak saya menangis cerita pada saya.
Adik mana yang tak terkesan. Masa kakak saya cerita, saya masuk tandas menangis sebab tak sanggup nangis depan dia. Pada mulanya, kakak saya tak izinkan saya cerita ini semua pada umi abah, tapi jenis adik yang tak reti simpan rahsiakan, dan nak seIamatkan kakak saya, maka saya cerita semua pada umi abah. Umi menangis, abah meng4muk.
Kes 1 : Masa honeymoon, segala perbelanjaan ditanggung oleh kakak saya. Makan, beli barang, semuanya! Kalau dah takda duit papa kedana sangat, tak payah pergi honeymoon.
Kes 2 : Panas baran. Suka marah – marah. Setiap kali balik kerja muka masam, tapi bila malam muka ceria pula. Dasar buaya.
Kes 3 : Sewa rumah dibayar oleh kakak saya. Kakak saya duduk rumah mertua. Tapi segala bil elektrik, air dan sewa rumah ditanggung oleh kakak saya yang gajinya hanya RM 800 sebulan pada masa itu.
Kes 4 : Pinggirkan kakak saya dan buat macam orang gaji.
Kes 5 : Saya tak boleh bayang perasaan apa yang ada pada dia bila dia minta duit dia semula lepas rawat kakak saya di hospitaI.
Dan banyak lagi kes yang saya tak nak sebutkan di sini. Beberapa bulan selepas tu, kakak saya disahkan mengandung anak kedua. Sepanjang tempoh kehamilan, kakak memang tak duduk dengan suami atas sebab yang tak dapat saya ceritakan.
Pergi kaunseIing masih tak okay dan kakak saya buat keputvsan untuk berpisah sebab tak nak hidup dalam ketakutan, kebengisan, sifat kedekut si suami. Dan kakak saya berpisah saat tempoh kehamilannya 8 bulan. Betapa besar dug4an ni kami sekeluarga tanggung. Perit dan s4kit.
Sepanjang tempoh 8 bulan itu, kakak saya ulang alik klinik untuk check up seorang diri. Saya tak dapat temankan dia sebab masih belajar di Perak masa ni. Sedih sangat. Saya dapat bayangkan macam mana mata kakak saya melihat ibu mengandung lain ditemani suami mereka, moga Allah beri yang terbaik.
7.9 hari kakak saya check up dan bukaan jalan dah terbuka 2 cm. Malam jam 9.30 lahirlah seorang gadis jelitawan yang bernama Khaliluna Musyaffa, maka tamatlah iddah kakak saya. Sepanjang tempoh pembesaran anak buah saya sampai sekarang umurnya 2 tahun 3 bulan, hanya 3 kali saja dia berjumpa ‘abinya’ iaitu umurnya sebulan, 2 bulan dan 3 bulan.
Hanya 3 bulan ini sahaja. Betapa sedih saya sebagai ‘ibu’ melihat anak buah sulung saya membesar tanpa ayah walaupun ayahnya masih hidup, sihat walafiat. Nafkah? Setiap bulan RM100 tak pernah miss tapi sekarang 9 bulan dah tak bagi nafkah.
Dulu elok je bagi, sekarang mungkin dah miskin sangat tu yang tak bagi lagi. Pampers tak pernah beli, makanan tak pernah bagi langsung, anak s4kit tak pernah jenguk, telefon tanya khabar pun tidak. Saya tertanya – tanya juga dia ni ada perasaan atau tak.
Tapi kuasa Allah. Allah lah yang memberi rezeki tak pernah l0kek. Bisnes kakak saya sem4kin ke hadapan dan ramai yang dah kenal. Order setiap hari kadang mencecah ratusan parcel. Nak berbelanja tiada sekatan, boleh makan, pakai apa saja yang nak.
Dia? Hidup sem4kin sempit kerana melupakan tanggungjawabnya pada anak dar4h daging dia sendiri. Allah maha adil. Kadang – kadang meruntun hati bila melihat mata anak buah saya pandang orang lain yang bermanja dengan ayah mereka.
Tapi saya tahu ada rezeki dan hikmah lebih besar Allah nak bagi pada anak buah saya. Sekarang umur Musyaffa dah 2 tahun, sangat periang, cerdik dan menghiburkan setiap hati yang melihatnya. Sangat ringan tulang membantu dan setiap telatahnya membuat kami sekeluarga ketawa.
Tangisan demi tangisan, ujian demi ujian Musyaffa lalui sejak dalam kandungan umi, ibu yakin Allah pasti nak beri hikmah terbesar dalam kehidupan Musyaffa. Kejadian ni buat saya sedar. Tak semua orang berkahwin itu bahagia.
Tak semua orang berkahwin itu kekal bercinta macam sebelum kahwin. Paling teruk bila berkahwin hanya untuk memuaskan nafsu lepastu buat isteri macam tunggul. Alah, nak heran apa, kalau mak pun dibuat macam h4mba, apatahlagi si isteri. Bukan nak cakap semuanya salah lelaki, tetapi majoriti lelaki yang buat hal.
Satu je nak pesan dengan lelaki luar sana yang dah ada isteri, anak – anak (walaupun dah berpisah). Kedekut dengan pasangan buat rezeki sempit, panas baran dengan pasangan buat hati takkan tenang, resah geIisah walaupun solat 5 waktu.
Lupa tanggungjawab pada anak – anak buat hidup mend3rita dan tak ada jalan keluar melainkan anda jaga amanah Allah. Rezeki pasti mengalir macam air sungai walaupun duit anda bukan berjuta, tapi Allah akan cukupkan.
Jagalah amanah Allah. Nafkah. Nafkah. Nafkah. Jangan pernah dilupakan. Atau dibuat-buat lupa. Bila ia dilupakan, tengoklah satu persatu musibah hadir dalam kehidupan. Belajarlah menghargai pasangan dan anak – anak kerana Allah.
Korang pernah jumpa manusia macam ni? Atau ada lagi teruk? Biar Allah saja yang baIas semuanya sebab Allah tak pernah tidur. – Cik Nadhirah Rashid
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.