Aku doktor kerja pagi balik tengah malam. Sampai rumah isteri tak sambut, terbongkang tengok TV, langsung tak berhias

Aku harap isteri sambut bila aku balik kerja dengan lapar, penat. Setelah seharian di m4ki dengan medical officer, pakar – pakar di hospitaI. Tapi bila sampai rumah, baju kotor berduyun, sidai baju macam orang tak pernah basuh baju. Aku balik tak disambut, isteri duduk terkangkang depan tv..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, nama aku Maliq. Tujuan aku menulis artikel ini untuk membuka mata kalian tentang erti bersabar dalam perkahwinan. Selalu terluahnya dari sisi perempuan tentang lemahnya lelaki dan adakalanya si suami itu ters4kiti dek kerana si isteri itu sendiri.

Namun, jangan la kita lupa yang dijadikan berpasang pasangan adalah untuk saling melengkapi. Maka pilihlah pasangan yang berpegang pada agama dan sekufu, mesti tahu dengan siapa kita memberi cinta. Sudah 5 tahun aku melayari alam perkahwinan.

Berkahwin dengan orang yang biasa sahaja, bukan anak raja atau anak – anak kayangan. Sama – sama berpendidikan ijazah. Perkenalan antara aku dan isteri aku melalui facebook, masing – masing mengenali hati dan budi melalui perantaraan fb selama 6 tahun.

Berjumpa pon, boleh dikira dengan jari, itu pon untuk aku melihat sendiri elok kah dia, latar belakang famili yang macam mana. Sejak berkahwin tahun 2018, baru aku benar – benar kenal berapa kerasnya kepala isteri ni, “umpama ada batu besar kepala ada duduk, dia tak boleh cakap saya encik”.

Aku kerja dari pukuI 6 pagi balik pukuI 11 malam, aku harapkan PERHATIAN seorang isteri untuk aku, menyantuni aku tatkala aku balik bekerja, lapar, penat, setelah seharian di m4ki hamun dengan medical officer dan pakar – pakar di hospitaI.

Namun hampa pabila pulang, rumah aku tunggang langgang, baju kotor berduyun, hampar baju macam orang tak pernah sidai baju, nasi dan lauk masak sepertinya acuh tak acuh, aku balik tak disambut, sekadar dia duduk terbongkang depan tv, tak teman pon aku makan.

Letih yang amat, besok nak kerja lagi, malas nak g4duh ngan bini macam ni, cycle yang sama untuk hari yang seterusnya. Sememangnya kerja rumah tu bukan la kerja bagi isteri tapi tak bolehkah bertolak ansur, sedangkan isteri tidak bekerja dan si suami keluar pagi balik malam, tak jumpa matahari pon.

Aku berhempas pulas berjuaang untuk kerjaya yang takkan pernah orang lain paham melainkan yang pernah merasai peritnya diwaktu menjadi doktor pelatih. Aku tak mintak isteri aku bekerja, aku tak mintak dia mencari nafkah, aku tak mintak dia tanggung segala keperluan di dalam rumah sebab itu tanggungjawab aku menyediakan makan minum tempat tinggal, keselesaan.

Aku berikan kebebasan, kebebasan untuk keluar lepak, balik kampong, bekerja jika mahu, tapi dengan izin sekiranya mahu kluar dari rumah, aku tahu bosan duduk di rumah jadi aku berikan kebebasan. Aku jenis suka tengok isteri aku berhias, lelaki mana tak suka tengok isteri dia cantik, sedangkan dalam syurga pon Tuhan sudah sediakan bid4dari untuk lelaki yang layak ke syurga.

Isteri aku ni penampilannya kurang menarik. Tapi, aku suka berhabisan untuk isteri aku mencantikkan diri. Tak kira mahal mana baju, alat make up, perhiasan, aku cuba persiapkan untuk si dia, isteriku. Sekali lagi, aku berasa hampa, dia tak boleh terima cara yang demikian.

Salah ke aku berusaha untuk cantikkan isteri aku sendiri? Tapi kenapa tidak mahu, tidakkah pelik bila mana perempuan kurang peka dengan dunia kecantikan. Atau memang pemalas. Aku pada asalnya jenis suka belikan barang – barang dapur secara berjimat cermat, kalau ade lagi murah, aku akan amek paling murah tu, at the end of the day barang yang dibeli banyak dan kos pon berpada – pada.

Tapi setelah ditegur ibu aku, raikan si isteri dengan barang – barang yang bagus, sebab itu isteri kamu. Oleh yang demikian, aku berubah, aku berikan barang – barang bersifat “premium” di setiap barang – barang dapur itu. Aku tak bagi makan ikan kembung untuk isteri aku, aku belikan siakap, ikan merah bla bla bla..

Aku tak beli minyak murahan untuk isteri aku masak, aku pakai minyak carotin* sungguh pon nak buat goreng karipap dan begitu la barang – barang dapur yang lain. Sungguhpon demikian, katanya itu bukan cara untuk menyayanginya. Allah sedih aku mendengarnya.

Islam sangat menitik beratkan kebersihan, tambah – tambah lagi bagi orang perempuan. Pada awal perhubungan aku lihatkan keperibadian dia seperti gadis kampung biasa sahaja, duduk di kampung, tolong ibu bapa mengemas rumah, kadang – kadang menolong ibunya masak.

Tapi, bila hidup bersama dengan aku, aku lihat keadaan yang sebaliknya, sebagai contoh pad wanita. Sangat – sangat jijik bila mana pad wanita itu dibiarkan merata – rata, di bawah sinki, di atas sinki, di tangki pump air, plastiknya pula bersepah sepah didalam bilik.

Kus semangat, mau pitam bila dilihat. Apelah d0sa aku, berat mata aku memandang. KedegiIan yang melampau – lampau, bila ditegur dengan baik, buat tidak endah, bila ditegur dengan herdikan dan jeritan baru nak dengar.

Ada sekali aku menegur dengan tangan sebagai tanda peringatan yang sabar aku ni sudah melampaui batas dik4takan aku ni pemarah. Jadi teguran yang macam mana lagi yang hendak aku sampaikan supaya lekat di telinga dan sampai ke hati.

Marah bukan tanda aku benci tapi marah tanda aku sayang. Ada satu peristiwa, aku dan dia nak berjalan jalan di JPO, faham – faham la jalannya macam mana bila di JPO, si dungu mana pakai kasut tinggi nak jalan – jalan di sana.

Aku menegur isteri aku supaya pakai kasut yang lebih selesa, tapak rata, kasut yang aku beli dengan harga yang mahal. Tapi tidak diendahkan malah dia tarik muka dan merajuk dengan teguran aku itu. S4kit hati aku ni, sampaikan kakinya pon aku jaga dengan baik, inikah baIasan yang aku dapat.

Tuhan bagi cash, kakinya s4kit bila mana pakai kasut tumit tinggit itu, sebab memang tak sesuai dengan jalan di situ. Degil. Aku mahukan yang terbaik tapi mengapa kesusahan yang kau pinta. Jangan kan kata bersembang, kadang – kadang nak bermesra pon rasa tak lalu.

Aku paling pantang kalau bersembang dengan aku tapi baIasnya bagaikan jawapan budak – budak tadika. Remeh dan b0doh bila didengar. Tidak lah menampakkan matang bila berbicara. Berbicara pon kene ada seni, seni memik4t si suami.

Bukan aku tak berusaha untuk amek hati si dia, tiap kali cuti hujung minggu, aku akan bawak dia makan di kedai – kedai yang mahal, nandos ka, pizza hut ka, mcd, nasi arab, kedai – kedai yang jarang aku dapat pergi semasa aku kecil dahulu.

Kepergian aku ke kedai – kedai begitu pon untuk aku berkongsi rasa seronok bila dapat cuti hujung minggu dengan isteri. Kenapa nampaknya si dia kurang matang, apa perlu aku buat. Sabar. Kadang – kadang hati terasa pedih, bila mana si dia s4kit tapi tidak diberitahunya aku.

Aku yang cukup jaga dari segi makan pakai sampaikan bab – bab kesihatan pon, Allah bagi kelebihan pada dia bersuamikan seorang doktor. S4kit je cakap, insyaAllah aku tolong, aku tolong ambilkan ubat di hospitaI. Itu pon berahsia dengan aku.

Ade time aku belikan ubat mahal – mahal balik aku bagi ke dia, dia tengok je. Bini aku ni kalau aku tengking sekali baru nak makan kot. Akhir sekali, pernah juga aku nyatakan hasrat untuk berkahwin satu lagi. Aku cari lagi satu pon sebab sampaikan mak aku pon dah tak larat nak dengar keluhan aku ni yang bersifat berpanjangan, sejak awal kahwin sampai la sekarang.

Dari awal kawin mak aku berlembut dengan dia sampai ke sudah. Boleh bayangkan sampai mak aku sendiri suruh aku cari pasangan yang baru. Nak dijadikan cerita, dek kerana kehadiran sesorang baru aku berkenalan, aku nampak dia berubah, berubah ke arah yang lebih peka tentang suaminya.

Aku sampaikan hasrat yang tersebut dengan penuh kelakian, aku berkawan dengan perempuan baru secara terang – terangan. Aku beritakan kepada isteri aku, aku jumpakan mereka berdua dan aku sampaikan isi hati aku pada kedua – duanya, juga ibu aku dan ibu bapa mentua aku tahu tentang perkara ini.

Pernah juga aku berbincang dengan ustazah kaunseling, faham jela jalan penyudahnya, istikarah la sungguh – sungguh. Sungguh pun demikian, masih lagi berbaki nusyuz si isteri pada aku. Aku tidak tahu perubahan itu bersifat sementara atau menemplak sanubari si isteri untuk jadi yang lebih baik.

Bukan lah aku hendakkan keburukan kepadanya, jika demikian sudah lama aku tinggalkan si dia. Fyi, aku bukan lagi doktor pelatih. Aku masih lagi sayang isteriku. Dan tidaklah aku berniat untuk mempermain – mainkan perempuan yang baru aku berkenalan itu, aku berniat untuk ambil jadi isteri aku yang sah.

Aku berharap kehadiran beliau menjadi pengubah hidup yang lebih baik. Kita ada adat dan ada adab. Sekian nukilan ringkas dari aku.. – Maliq (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Ashila Adzim : Penat je baca, rupanya cari ALASAN nak berbini lagi satu. Takkan la sepanjang berkahwin tu takde langsung kebaikan isteri pada tt. Kalau gagal didik isteri sampai nak kena kahwen dengan orang lain better lepaskan je isteri tu.

Mak mertua pun sama je naik minyak siap suggest cari lain. Cuba carikan sekali mak tiri baru yang boleh bersanding hari sama dengan tt. Biar mak tu berakal sikit. Baru satu isteri pun dah pening nak handle lagi nak cari masalah nak berbini 2.

Ayu Ujang : Pemalas + Pengotor = Cincai. Memang wujud orang macam ni. Jenis apa pun tak kisah. Mandi pun jarang – jarang. Janji berlaki. Tapi bila laki dah mula buka pintu untuk orang lain. Baru nak terngadah. Walaupun aku perempuan, aku team confessor. Good luck confessor. Nikah jerlah 1 lagi. Semoga berbahagia. Mampu pun mampukan.

Kacang Rebus : Bila baca cerita camni. Dari sisi seorang lelaki dan suami. Maaf cakap, lelaki yang educated dan profesional, background yang sangat baik. Sekarang kite cite based pada cerita ini sahaja, bukan nak kutuk lelaki ye.

Bila aku baca kisah camni, now aku faham, kenapa ex aku cakap, dia nak cari bini yang cerdik. Cerdik dalam serba serbi. Bukan bab education background je, tapi cerdik dalam kehidupan. Bila tt cakap, si dungu mana jalan – jalan dalam mall siap bertumit tinggi, aku dah gelak besar.

Betul la tu. Ok, satu part tu je dah cukup menceritakan bini dia level mana. Memang tak sekufu dengan tt, jauh umpama langit dan bumi. Apa demand tt as suami seperti nak dilayan bila balik keje penat – penat, itu sepatutnya dibuat oleh isteri, sebab kau dah dapat banyak benefit dari suami kot.

Takkan nak urus perasaan suami pun payah. Sampai suami cakap nak bmesra pun takde selera, so faham sendiri la camne bini dia. Taknak ulas panjang sebab memang wujud pun kisah camni sebenarnya. Btw ex aku pun dah selamat jadi suami. Betullah macam dia cakap. Pompuan cantik ramai tapi harapkan cantik je watpe, mende lain beng4p.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.