Kerana bapak, Along jadi penag1h

Bapak selalu mom0kkan kami yang Along ni anak jahat, penag1h dan ada HlV. Aku naik sekolah menengah dapat berita Along meninggaI di pusat pemulihan. Bapak tak pergi tengok. Angah pergi untuk tuntut jenaz4h, apa yang Angah lihat pada arw4h benar-benar buat kami terk3jut…

#Foto sekadar hiasan

Anak derh4ka memang ramai. Tapi parents pu4ka juga wujud. Kalau tak alami jangan kau nafikan. Mungkin Allah tak uji sebab tau kau tak mampu surv1ve macam kami.

Aku Hani. Harini rasanya nak tulis confession banyak – banyak tentang keluarga aku yang menjadi m4ngsa bapak. Supaya korang tau this is a REAL PROBLEM. IT ISN’T a normal parenting. Dan janganlah jadi macam ni. Please.

Dari tajuk tu korang dah tau Along aku meninggaI. But why? How? This is the story.

Adik beradik aku sebenarnya ada 5. Along angah abang kakak dan aku. Bapak kahwin pertama kali umur dia 25 tahun. Askar hensem perk4sa berdar4h panas. Bini pertama pun sama panas jugak. Dorang selalu berg4duh berpukuI apa semua dan akhirnya cerai. Dua anak mereka dapat ke bapak sebab bapak bekerja tetap mampu sara mereka.

Bapak besarkan anak – anak dia cara askar. Tegas dan kasar. Satu sudut memang bagus sebab anak berdisipIin pandai buat kerja rumah. Satu sudut lagi h4ncur hati anak sebab kurang kasih sayang dan rahmah.

In detail aku tak tahu apa yang berlaku masa bapak besarkan mereka berdua sendirian. Yang pastinya bapak terlalu cepat naik tangan walau perkara kecil. Contohnya dia pakai baju, tangan ters4ngkut sikit susah nak masuk. Dia terus k0yakkan tak kira la baju tu mahal mana pun orang hadiahkan. Contoh lagi, dia keluarkan sesuatu dari botol, benda tu terjatuh. Terus dia baling botol bagi bersep4h isi atau bersep4i. Puas hati sebab bagi dia benda yang jatuh tu tak patuh arahan.

Contoh lagi, abang aku ambil wuduk. Tapi dia nampak muka abang kering. Abang cakap lap dia tak percaya. Nak jugak Iibas sampai anak menjerit2. Daripada nak pergi masjid terus jadi d3ra. Kalau dia datang masa kami tengah makan tak peIawa atau greet dia, kejap lagi makan penamp4r depan – depan hidangan. Tapi tak boleh menangis ok, teruskan makan macam biasa seolah tiada apa berlaku. Bapak tak boleh dengar orang menangis, mungkin dia tak suka rasa bersalah. Dia mesti sentiasa betul, bagus, hebat dan menang. Gitu la perangai bapak aku kalau korang nak gambarkan.

Dia akan komplen setiap perbuatan orang, apa yang kami tengok di TV, apa – apa yang tak kena di rumah. Sampaikan bila dengar bunyi kereta dia je orang dalam rumah terus jadi takut, tak keruan. Takut apa yang dia nak marah dan komplen bila masuk kejap lagi.

Itu la yang dialami isteri pertama bapak sampai dia str3ss, anxi3ty, tak boleh bernafas, akhirnya mereka bercerai. Kemudian kami pulak aIami. Kau rasa begini ke hidup sebuah keluarga? Kau yang pandai kata sabar patuh mak bapak, kau boleh hidup dalam d3raan em0si begini?

Back to Along. Walaupun parents bercerai tapi pend3ritaan mereka tak berakhir. Bila tinggal dengan bapak, dia jadi tulang belakang adik. Along aku umur 11 – 12 tahun macam tu. Bila selalu kena pukuI dan takde mak nak support em0si, dia mula rebeI. Join budak lepak. Jadi Iiar dan start lari dari rumah. Bila bapak kahwin kali kedua dengan mak aku, mak sempat kenal Along ni. Budaknya memang nakal tapi bertanggungjawab. Mak aku cerita kali terakhir Along lari dari rumah, dia pergi ofis mak aku nak hantar kunci. Kau rasa?

Along yang menghilangkan diri ni tak tahu mana dia tinggal. Pernah bapak terjumpa dia di masjid, nak solat dengan seluar bola sepak. Bila dia nampak bapak terus lari Iintang pukang. Akhirnya Along jadi penag1h dad4h. Dah kena tangkap dengan polis, bapak ambik la dia hantar pusat ser3nti.

Dua – tiga kali proses tu berlaku. Along masuk pusat, lari, kena tangkap lagi, lari lagi and so on. Berapa tahun berlalu sampai Along dewasa, kami adik beradik pun dah lahir. Along hidup di jalanan sebagai penag1h. Kadang keluarga terserempak dia mer4yau kurus kering. Pernah Along duduk lama di sebuah pusat pemulihan. Kata bapak, Along betul dah nak sembuh dan muka dia pun nampak bersih cerah. Bapak bawaklah balik. Tapi entah kenapa tak lama kemudian Along jadi balik.

Kat sini aku tak salahkan Along. Bila dia balik ke pangkuan bapak, dengan perangai bapak yang masih kaki pukuI tak berubah, macam mana dia nak harap anak berubah? Mesti la Along teringat tr4uma dia masa kecil kena macam – macam dengan bapak menyebabkan dia kembali menag1h.

Aku pernah jumpa Along masa sekolah rendah. Masa tu umur dia 30-an. Dia datang kenduri kami pakai baju melayu. Aku nampak dari jauh je, tu pun takut nak pandang. Sebab bapak selalu mom0kkan kami yg Along ni anak jahat, penag1h, blabla.. Tambah pulak dengarnya Along ada HlV. Lagi la aku takut seolah2 peny4kit tu boleh jangkit melalui pandangan mata. Bod0h betul aku dulu.

Lepas tu dah tak dengar khabar Along, sampai aku naik sekolah menengah dapat berita Along meninggaI di pusat pemulihan. Bapak tak pergi tengok. Angah aku pergi ambil jenaz4h dengan sed4ra mara. Kata Angah, jenaz4h Along bersih. Tak ada pun kud1s – kud1s HlV dan Along meninggaI sebab masalah pernafasan. Sebelum meninggaI Along sempat dilantik jadi imam kat pusat pemulihan dia. Semoga Allah ampunkan Along dan terima dia sebagai h4mba yang soleh :'(

Bila aku besar dan faham konfIik dalam keluarga ni, aku jadi teringat sangat pada Along. Abang sulung yang aku tak kenal. Aku tak dapat bayangkan d3raan yang dia terima masa bapak muda, masih askar yang berd4rah panas. Tentu lebih teruk dari yang kami hadapi sekarang. Sampai Along terk0ntang – kanting r0sakkan diri sebab nak cari bahagia.

Aku terlalu simpati pada Along. Kesiannya hidup dia berakhir begitu, kerana bapak. Bila tensi0n dengan perangai bapak, aku teringat Along dan rasa sangat connected dengan abang yg dah tak ada tu. Masa hidup aku tak kenal pun dia, salam pun tak pernah. Sekarang walaupun dah berlainan alam tetap rasa dekat dengan dia.

Kadang aku tanya bapak pasal Along. Muka bapak akan beri4k kesal. Tapi dia tak pernah mengaku dia salah didik. Mesti Along yang jahat, derh4ka, meIawan. Raya tahun lepas bapak borak dengan kakak ipar aku. Tiba – tiba je takde angin ribut, dia pergi kutuk – kutuk Along. Tak paham aku. Aku terus pot0ng cakap bapak supaya dia stop mengutuk orang yang dah takde. Dahlah anak tu dia yang h4ncurkan. Lepastu DAH M4TI PUN KAU TAK LEPASKAN!

Somehow aku rasa bapak aku ni s4kit mentaI. Eg0 terlalu besar sampai rosak mentaI dia.

Readers, hubungan korang dengan anak – anak macam akar pokok dengan buah. Korang bukan saja provide makanan, perIindungan, tapi juga keperluan mentaI dan em0si yang baik. Apa yang korang fikir, cakap terhadap anak, ada connection yg korang tak nampak terus masuk dalam diri dia. Memang betul anak yang selalu dim4ki akan hidup tak tentu arah. Sebab parents r4cun mentaI dan em0si dia. Jadi gitulah.

Orang kata anak – anak tu kain putih. Korang asyik simbah cat hitam, kain hitamlah yang korang dapat wahai parents. Jangan salahkan anak – anak tapi MUHASABAH dan renung bagaimana korang didik mereka. Aku tak cakap jangan marah anak. Marah pada tempatnya. Lembut pada tempatnya. Marah ada caranya. Lembut ada caranya. Yang penting sekali betulkan PERANGAI KITA. Sebab anak – anak akan copy sebijik perangai mak bapak. Dah jadi cikgu ni aku dah boleh detect murid bermasalah mesti parents salah didik kat rumah.

Rasa tak ready nak ubah perangai, jangan kahwin jangan beranak. Kesianlah anak kita dapat parents tak tentu arah… Macam Along aku ni.

Apa pun d0sa yang Along pernah buat, aku mohon semoga Allah ampunkan Along.

– Hani

Komen Warganet :

Najihah Shaharuddin

Kebanyakan parents walaupun tahu mereka bersalah, tetap akan salahkan anak, sebab eg0 yang tinggi melangit. Memang p3rit bila dicop anak derh4ka. Pernah merasa sebabkan kita tegur benda yang betul. For me, bila Dah jadi parents and cikgu ni memang banyak muhasabah diri untuk jadi yang terbaik untuk anak – anak nanti. Takziah untuk confessor, kalau teringat dengan along sedekahkan alfatihah. Bab ayah confessor tu, dia tahu dia salah but still eg0 nak mengaku, biarlah itu urusan dia dengan tuhan. Kita sebagai anak jalankan tanggungjawab kita.

Mazlina Ismail

Banyak lagi kisah – kisah sebegini yang tidak diceritakan atau disebarkan. Semoga mereka – mereka yang diuji sebegini diberi kesabaran dan ketabahan. Sesungguhnya mereka adalah orang – orang yang terpilih. Walau hidup seakan tidak punya sesiapa dan tiada yang sayang seperti watak along, ingatlah bahawa Allah SWT setiap saat sentiasa bersama kita dan kita tidak akan pernah keseorangan.

Alia Mazidi

Bagusnya confession ni. Cerita berbaloi di baca banyak kali dan pengakhiran penuh dengan kata – kata pengajaran.

Saya suka ayat ini: “Rasa tak ready nak ubah perangai, jangan kahwin jangan beranak. Kesianlah anak kita dapat parents tak tentu arah… Macam Along aku ni”

Walaupun saya tak kahwin lagi, saya selalu baca dan tengok video pasal par3nting. Saya nak jadi manusia yang lebih baik dari mak bapak dan nenek moyang saya dan ibu yang bagus untuk anak saya. In shaa Allah

Hasliza Shariff

Allahu.. Sedihnya baca.. Along anak yang baik. Cuma mungkin kesan daripada perpisahan ibu ayah, ditambah didikan yang keras dari ayah membuat along rasa kurang kasih sayang. Apapun akak doakan along Hani ditempatkan di kalangan orang – orang yang soleh dan beriman, ditempatkan di syurgaNya yang teratas.. Aamiin..

Rabiah Adnan

Kalau ada salah silap mak ayah kita sewaktu mendidik,mohon yang diberi peluang menjadi ibu ayah didik lah anak dengan sepenuh kasih sayang, penuh dengan rasa hormat dan bertanggungjawab dengan amanah yang diberi.

Ada setengah ibu bapa merasakan didikan keras dan garang akan menjadikan anak anaknya menjadi manusia.

Sedangkan, kisah hidup yang saya jumpa sewaktu kecil miliki mak ayah super garang. dengan bapak kena pukuI, dengan mak juga kena pukuI. Anak tu takde tempat nak mengadu, kekurangan kasih sayang, kekurangan perhatian. Dihin4 bod0h secara depan depan oleh bapak sendiri, bapak tidak adil membahagi kasih sayang.

Dia membesar dengan rasa rendah diri yang amat sangat, tiada keyakinan diri. Tak boleh hidup susah, tidak tahan diuji, cepat down, cepat putus asa. Tolonglah

Sumber : IIUMC