Hin4 sangat ke aku tak dapat kerja kerajaan sampai adik beradik pandang rendah

Dalam adik beradik aku je yang kerja merapu, yang lain kerja kerajaan. Setiap kali berkumpul mereka pandang rendah siap kira gaji berapa yang aku dapat. Tapi mak sentiasa dengan aku, mak akan minta aku abaikan cakap orang. Sekarang mulut mereka semua terdiam tengok apa yang aku dah capai sekarang..

#Foto sekadar hiasan

Aku Tiha. Umur aku 28 tahun . Aku anak bongsu. Dari 6 adik beradik. Semua adik beradik aku kerja bagus. Kerja kerajaan. Gaji banyak. Ribu riban. Dah ada kereta mewah, ada rumah sendiri. Rumah lebih daripada satu. Siap boleh sewakan dekat orang lain.

Dalam semua anak mak, aku sorang je kerja merapu. Maksudnya, kerja biasa. Kerja bukan kerajaan. Aku kerja area manager, dekat satu retail outlet. Dah lama dah kerja ni, kerja merapu. Bak kata adik beradik aku.

Aku tertanya – tanya juga kadang tu. Salah ke aku kerja macamni. Teruk sangat ke kerja aku. Hin4 ke kerja aku. Takkan sebab aku tak dapat kerja kerajaan, aku kerja biasa ni kena cop kerja merapu.

Dulu, masa mula mula kerja. Kerja cashier. Teringat masa tu. Masa tu umur 19. Masa tula masa yang paling hin4 aku rasa. Bila berkumpul adik beradik, akulah yang paling hin4 sekali. Terasa, terasa sangat. Bila aku memilih kerja daripada belajar.

Semua orang mengata aku. Bandingkan aku dengan sepupu sepapat yang sama baya. Semua masuk universiti. Semua dapat kerja kerajaan. Aku sorang je kerja merapu ni.. Orang kata kerja takda masa depan.

Siap tolong kirakan gaji aku, berapa jam kerja dengan gaji aku. Murah, aku tahu murah. Tapi sekecil kecil gaji aku pun tak pernah pun aku minta tolong dengan sesiapa. At least, gaji tu cukup dengan kehidupan aku..

Aku bawa bekal setiap hari.. Masak sendiri. Bawa air dalam botol sendiri. Itupun orang mengata. Orang kata aku tak mampu nak makan luar. Berjimat sangat. Sedangkan kan bagus bekal sendiri, terjamin bersih dan sihat.

Sekali dua kata, okay lagi. Tapi kalau tiap kali balik berkumpul, cakap benda sama. Jadi bosan tahu tak. Jadi sedih. Tapi tak apa. Aku pend4m. Aku tahankan.

Tiap kali hati aku tergvris, aku akan pujuk hati aku. Ingat balik niat aku kerja ni untuk apa. Aku kerja nak cari duit, nak jaga mak, nak bahagiakan mak. Bukan nak kaya bermegah – megah, bukan nak disanjung orang. Bukan nak pujian orang.

Tiap kali hati aku terIuka, mak akan tenangkan aku. Mak akan minta aku abaikan cakap orang, mak malah ucapkan terima kasih, sebab tak cari kerja jauh – jauh, tak tinggalkan dia sendirian di rumah ni.

Aku ingat yang tu je. Aku nak selalu dekat dengan mak. Apa apa hal, mak s4kit ke apa, aku ada. Aku nak selalu bahagiakan mak. Apa dia nak, aku nak tunaikan.

Dan tahun demi tahun berlalu. Dah ada peningkatan dalam kerjaya aku, dah naik pangkat. Dari cashier jadi assistant, dari assistant jadi supervisor, dari supervisor jadi asisstant manager. Perlahan, aku tahu perlahan. Progress yang lambat. Tapi nikmatnya aku rasa. Berkatnya aku rasa, manis.

Dari gaji aku RM900. Sekarang gaji aku RM4500. Cukup. Terlebih cukup untuk aku hidup berdua dengan mak di pekan kecil ini. Dah dua tahun berturut turut, aku terpilih ikut lawatan syarik4t ke luar negara.

Tiap minggu bawa mak berjalan, makan di tempat yang viral. Mana tempat baru, semua mak nak cuba. Belikan emas untuk dia beberapa bulan sekali, belikan pasu untuk dia penuhi masa lapang dia.

Kalau orang tengok aku yang sekarang, orang takkan percaya apa aku dah lalui hampir 10 tahun dulu.. Bila dah senang sikit ni, barulah adik beradik berhenti mengata. Siap ada nak pinjam duit pun ada. Ingat orang kerajaan kaya sangat, hujung bulan k0rek ceIah sofa juga. Kaya loan je. Huhu. Jangan tr1gger, bukan semua.

Kalau aku, dapat kerja kerajaan.. Bersyukur sangat. Sebesar besar rahmat dah rasa tu. Orang pandang tinggi, orang respect. Gaji tetap, ada masa depan. Yang penting, boleh bantu mak ayah..

Tapi adik beradik aku, macam malu nak mengaku asal orang susah.. Kawan dengan dato dato yang ada bmw, veIIfir3. Balik kampung sekejap pun banyak meng0mel. Nyamuklah, panaslah, kotorlah.

Dulu tak macamtu pun. Sejak akhir akhir ni la perasan. M4kin somb0ng. M4kin berIagak. Nak cakap apa ikut sedap hati je.. Suka rendahkan orang, sesuka hati. Konon dalam dunia ni dioranglah paling cerdik dan pandai dalam segala hal. Semua orang lain low class. Tak ada wawasan.

Jadi demi keselesaan mak aku buatlah rumah ni bagi elok lagi. Bagi mak selesa. Mak aku ni pun satu. Suka menyimpan barang tak guna. Aku tau, mak kau pun sama kan. Jadi tanpa beIas kasihan, aku buang jela. Supaya rumah ni sentiasa bersih dan lapang. Haha. Bila rumah dah cantik, rajin pulak diorang balik.. Yela dah selesa kan.

Nak tolong kemaskan atau nak tong tong duit cantikkan rumah mak ni memang tak la. Tahu nak komplen je. Bila orang buat pandai nak tumpang. Taktau susah payah aku cari indon yang boleh pasang tiles upah murah. Taktau susah payah aku habiskan hari cuti mengecat rumah ni sendirian. Sehari je aku cat, besok aku aku upah indon sambung cat sebab aku dah tak larat.

Yang sedih sangat. Mak aku macam tak selesa bila abang aku balik. Sebab dia suka komplen pasal rumah ni la dulu kan. Kesian mak.. Tergvris hati mak. Kata kata yang kasar dan pedih. Tapi sejak aku dah besar ni, sorry ya. Jangan berani sesapa nak Iukakan hati mak.

Aku akan jadi peris4i yang jaga hati dan jas4d mak, takda sapa boleh Iukakan hati mak lagi. Balik rumah pakai tuala rumah mak, tuala mak berbulu kasar tak macam tuala hotel. Eh aku sound je balik, lain kali bawa balik tuala sendiri, jangan nak bising – bising.

Bila aku dah senang sikit ni, barulah diorang berhenti mengata dan merendahkan aku.. Barulah diorang respect aku selayaknya manusia. Barulah diorang berhenti membandingkan diri aku dengan diorang.

Memang hidup ni sekej4m tu ke. Masa kita di bawah, kita dihin4. Bila berduit, baru orang pandang kita. Lupakah kita. Hidup ni macam roda.. Akan berputar, bukan selamanya kita di bawah. Akan tiba satu saat kita di atas.

Takkan nak tunggu kaya raya baru orang nak hormat?

Ya. Jawab hati aku sendiri. Kita hidup di zaman yang kebanyakan manusia hidup berkiblatkan wang ringgit. Ada duit, welcome. Kau miskin, boleh blah.

Sedih. Sad truth.

Tak semua orang nak jadi kaya. Ada orang bahagia dalam kesederhanaan. Aku pun walaupun tak kaya pun, aku rasa hidup aku dah sempurna. Ada myvi lagi best, ye pilihan mak aku. Dia nak sangat warna kuning. Aku nak warna hitam. Haha.

Ye myvi je, bukan honda pun. Tapi aku bahagia. Boleh jalan jauh. Shopping puas puas dengan mak, lepastu tidur hotel mana mana. Macam vacay. Every month.

Aku happy, mak pun happy. Dalam kesederhanaan. Menghargai dan dihargai.. Berhentilah mencari bahagia. Live your life. Hargai setiap yang datang, ikhlaskan setiap yang pergi.. Bahagia akan datang sendiri tanpa perlu dicari.

Membesar tanpa seorang insan bergelar ayah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Aku struggIe dari kecik sampai besar, membesar tanpa ayah. Ada mak je. Jadi aku sangat menghargai mak..

Dulu masa ayah ada, selalu dia bawa mak jalan. Lepas ayah takda, mak dah lama tak jalan makan angin. Bila aku dah besar, dah bekerjaya. Dah ada kereta, aku bawa mak jalan puas – puas. Semua tempat yang dia nak..

Sebab adik beradik lain pergi melancong mana mana tak pernah pun peIawa mak. Sedih tau. Pergi mana mana, tak cerita kat mak, jauh sekali nak pelawa mak.. Mak ada facebook.

Bila dia cakap, tengok ni Aliff (abang aku) dengan family pegi Krabi lahh. Seronoknya. Bayangkan. Rasa h4ncur hati aku.. Abang pergi dengan kawan kawan dia. Trip dato dato. Takkanlah nak bawa mak yang kampung ni kan..

Takpa. Kalau kau semua tak boleh bawa mak, biar aku yang kerja merapu ni buat.

So korang yang mana masih ada mak ayah tu. Tolonglah, tolong hargai mereka.

Bila dah senang sikit ni, selalu doa minta Allah pegang hati aku semoga aku tak mudah lupa diri.. Semoga aku dijagaNya, semoga hati aku sama ikhlas macam dulu walau berapa pun duit ada dalam simpanan aku. Semoga dengan kemewahan yang tak seberapa ini aku dapat bantu lebih ramai insan memerIukan.

Akhir kata, tujuan aku confess ni cuma nak mengingatkan sesama manusia bahawa hidup ini cumalah persinggahan yang sementara. Tiada yang abadi. Jadi buatlah kebaikan sebanyak banyaknya. Miskin atau kaya itu bukan alasan untuk kita berhenti menyebarkan kebaikan..

Banyak banyakkan dengar lagu Opick, lagu dia kalau dengar sejuk hati. Tenang je. Ini tak dengar lagu K Clique, tercucuk dah masuk, amende semua tu? Tu semua rosak tahu, rosak.

Dan kalau ada adik beradik yang kerja biasa biasa, janganlah hin4 dia. At least dia kerja. Dia usaha cari rezeki sendiri. Dia tak susahkan orang.. Kerja biasa biasa pun kalau ikhlas, gaji tu berkat tau.. Support dia. Dia kerja keras. Kenapa nak hin4 dia?

Semua manusia layak dihorm4ti.. Sapa pun dia, apa pun kerja dia. Kita takda hak nak downgrade kerja orang lain.. Dan, selagi mak ayah masih ada.. Selalu jenguk mereka. Jangan tunggu jasad tua tu dibalut kafan baru kau nak menangis sampai keluar air mata dar4h.

Sekian peringatan. Bye, nak bawa permaisuri gi makan cendol. Pipi dia dah merah – merah hehe.

– Tiha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Athirah Noor

Jih4d. Kita beza setahun je. Saya duk jauh dari kluarga sis. Tapi alhmdulillah rezeki saya masih punya ibu bapa. Bapa saya alhamdulillah baik pada ibu saya. Alhmdulillah. Nikmat sangat bagi saya. Saya seboleh2nya sbulan sekali saya balik paling tidak pun. Kalau dulu masa duk KL. Hampir setiap minggu saya balik. Sekarang saya jauh sikit. Tapi usahakan juga. Ibu ajar. Kalau balik rumah ibu bapa dan mertua nanti. Jangan lupa jenguk dapur depa. Apa yang kosong. Sejak saya kerja. Memang saya amalkan. Mesti beli kan barang – barang basah, barang kering yang mana kosong. Cukupkan mana barang kehendak yang depa perIukan. Percayalah sis. Selagi kita utamakan keperluan ibu bapa. Allah sentiasa bukakan jalan bagi smua kesulitan. Allah turunkan keuntungan yang tak disangka – sangka. Cuma jangan kedekut dengan parents je. Ikut je kemampuan sendiri selagi mereka hidup untuk kita berbakti. Hugs for you sis. Saya pun bukan kerja kerajaan. Tipikal orang kata kerja merapu juga.

Imy R Saidin

Syabas, Dik.. Moga bertambah murah rezeki melimpah ruah berkat menjaga ibu sebaiknya.. Bukan mudah nak dapat anugerah Allah ni, dan lebih susah lagi untuk bersabar dengan ujian yang datang. Terlalu ramai yang gagal, ramai sangat yang derh4ka tanpa sedar kerana tak sabar dengan karenah ibu ayah di usia tua. Adik h4mbaNya yang terpilih, moga berbahagia dunia akhir4t.

Zaniza Kasim

Mengalir air mata baca luahan tt. Faham sangat situasi walau tak sama semuanya. Semoga ibu dan tt bertambah bahagia dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Biar merapu di mata manusia, tapi mulia di mata Tuhan.

Encik Pazil

Jenis manusia lupa diri, selalunya orang macam ni mak dia tak ade baru sibuk nak cari. Baru terkenanglah apalah, mulut pun boleh tahan. Nak c0ndemn orang pun beragaklah, rezeki org lain – lain. Lagi – lagi adik beradik selalu bagi kata – kata sokongan nak majukan diri. Mujur aku tak ade adik beradik yang mulut macam ni, kalau ada aku set3pek berkali – kali aku bagi. Dasar asal lumpur tak akan berubah kalau pergi mana – mana pun.

Fuwato Kairun

Subhanallah…bestnya jadi macam awak. Maksud saya dari segi semangat. Saya ni harap je belajar sampai masters tapi still tak boleh nak kerja dengan orang. Saya ada perasaan gugup bersosiaI dengan orang. Lama dah saya pend4m rasa ni dan saya tak pernah pergi jumpa doktor nak tanya masalah saya hadapi ni. Sebab nak jumpa doktor tanya masalah saya pon saya takut. Sekarang saya buat youtube video masak – masak sebab tu je kemampuan saya ada. Alhamdulillah dapat jugak duit walaupun tak banyak. So saya takut bila fikir pasal life future saya yang still tak nampak lagi kejayaan.

Saya bagitau benda ni kat parents dan siblings, saya dik4ta manja dan mengada – ngada, padahal 6 bulan praktikaI dulu, saya rasa macam nak m4ti (bukan bunvh diri ye, perumpamaan saja) sebab terlalu takut kerja dengan orang. Saya rasa semua orang kat tempat kerja tu macam hin4 saya, mengata saya etc., dok tengok cara saya kerja.. sampai ada sorang ni kata saya benduI, down terus saya bila terdengar. Tapi bila hari last praktikaI tu saya termenangis depan sorang coIIeague sebab ada antara depa yang tr3at saya lembut sangat, dan saya terharu.

Jangan putvs semangat ye awak. Teruskan bekerja dengan aman. Tolong doakan Allah berikan kejayaan saya ye.