Dia boleh menghabiskan satu malam sehingga pagi bermain games dan dia akan turun kerja dalam keadaan yang sangat mengantuk. Anak – anak akan meminta perhatian ayah mereka namun games lebih diutamakan. Hari ni ulangtahun kelahiran anak, suami minta saya topupkan data, tapi ini yang saya jawab…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga Facebook. Saya adalah seorang pembaca tegar kisah luahan di FB selama bertahun – tahun dan ada masanya apa yang disiarkan hampir sama sahaja dengan kisah saya. Tujuan saya minta admin siarkan agar saya mendapat sedikit kekuatan daripada hal yang sem4kin meny4kitkan saya.
Saya sudah berkahwin hampir 7 tahun. Mempunyai 3 orang anak dan suami saya baik orangnya. Tidak pernah curang dengan saya dan memberikan nafkah dengan baik pada saya dan anak – anak saya. Masalah saya apabila suami sangat add1ct bermain games. Pada mulainya pada waktu itu game yang digiIainya, RuIes of SurvivaI yang dimainkan bersama kawan – kawan namun katanya ID nya telah dig0dam dan menyebabkan dia beralih pada PubG yang kebetulannya baru diperkenalkan pada waktu itu.
Mula – mulanya games itu hanya dimainkan pada waktu malam selepas anak – anak tidur. Saya akan menunggunya bermain dan kadang – kadang saya akan tertidur sahaja kerana saya mempunyai kerja tetap setiap Isnin hingga Jumaat. Mula – mulanya saya okey sahaja, namun lama kelamaan, suami saya mempunyai hobi yang sangat keterlaluan. Dia boleh menghabiskan satu malam sehingga pagi bermain games dan dia akan turun kerja dalam keadaan yang sangat mengantuk.
Bab solat memang ke laut memandangkan dia sangat alpa dengan games tersebut. Saya hanya mampu menegurnya, namun dia akan memek4kkan telinga dan menyambung semula gamesnya. Hampir setiap malam dia bermain games dan anak – anak akan tidur tanpa bapa mereka. Anak – anak akan meminta perhatian ayah mereka namun games lebih diutamakan. Sambil bercakap dengan kawan – kawan dalam games, anak – anak akan memerhatikan ayah mereka dan masuk ke dalam bilik dan mengatakan pada saya,
“Kenapa ayah suka main games dari bercakap dengan saya.” Saya hanya tersenyum dan mengatakan , “Biarlah, ayah sibuk.”
Keadaan itu berlarutan hingga anak sudah tidak mempedulikan situasi itu, namun ia pula memakan diri saya. Saya sangat sunyi. Saya tidak ada teman berbicara. Saya benar – benar rindukan suami saya yang dahulu. Lelaki zaman saya bercinta dahulu yang memberikan fokus pada saya dan hubungan kami. Namun itu sukar untuk terjadi, benarlah kata orang, lelaki akan nampak semua sifat buruk selepas kahwin.
Tahun ini suami dapat pekerjaan yang mengharuskan kami PJJ. Apa boleh buat, sudah rezeki suami saya. Saya fikirkan dengan kesibukan tugas barunya, suami akan berubah. Setiap hujung minggu suami akan balik ke rumah dan dari malam hari Jumaat hingga pagi Ahad suami akan menghabiskan masa bermain games. Tipulah kalau tiada masa bersama saya dan anak – anak, tapi kebanyakan masanya adalah bermain games. Malam – malam saya sangat sunyi.
Saya akan tidur bersendirian melihat wajah anak anak yang sudah nenyak tidur. Saya benar – benar rasa sunyi. Ada pun suami depan mata, namun hanya jasadnya saja yang ada. Dia lebih banyak berbicara dengan sku4d PubG nya berbanding saya. Bila dia mendekati saya untuk bermanja, saya cuba kuatkan hati saya untuk melayannya sebaik mungkin walau ada rasa kecil hati. Namun tidak lama, selepas itu dia akan menyambung semula pengembaraannya bersama sku4dnya.
Saya pula hanya terpinga – pinga. Kadang – kadang saya sebagai seorang isteri mempunyai em0si yang sangat rapuh. Yang saya mahukan hanya suami saya memeIuk erat diri saya dikala saya rasa jatuh dan menggenggam tangan dikala saya perIukan bantuan darinya. Saya lepaskan kemarahan pada anak – anak. Kasihan anak – anak, namun saya sebagai manusia tetap juga banyak kelemahannya. Saya pandang suami, namun ianya jauh sekali hingga saya rasa sangat jauh.
Rasa terlalu jauh hati saya bila memandang dirinya fokus pada telefonnya. Apabila kami PJJ pula saya akan video call suami, kerana saya dan anak – anak rindukan dirinya. Namun video call hanya akan berlaku selama 15 minit paling lama dan cepat – cepat dia m4tikan. Masih ingin rasa saya menatap wajahnya, namun dia cepat – cepat mahu m4tikan panggiIan video kerana katanya dia mahu bermain games. Saya tahu pukuI berapa dia tidur apabila melihat last seen pada wassapnya.
Ada kalanya hingga pukuI 3 pagi. Katanya dia tidak dapat tidur. Saya tahu dia bermain games dan hanya mampu saya katakan, jikalah dia luangkan masa itu untuk berbicara dengan saya, alangkah bertuahnya saya. Saya mahukan suami saya mendengar hari – hari saya, saya mahukan suami saya dengar betapa saya menyampah melihat wajah rakan sekerja yang suka menjatuhkan orang. Saya ingin suami saya dengar kisah saya diekori oleh kereta besar yang menyuluh lampu tinggi pada saya di jalan raya.
Saya mahu suami saya dengar kisah saya yang sangat penat menghantar anak – anak ke sekolah. Saya mahu suami dengar drama tv yang saya suka di televisyen. Saya mahu suami dengar betapa saya berkecil hati pada adik – beradik saya yang kadang – kadang tidak memahami saya. Saya mahu suami tahu apa yang saya beli di shopee. Saya mahu suami saya tahu, saya berkenan pada periuk yang saya lihat di tv dan sebagainya. Bagaimana suami ingin tahu sedangkan dia tidak mahu pun berbicara hal – hal sedemikian dengan saya.
Dia selalu mengganggap saya okey. Apabila saya cuba memulakan perbualan, dia akan mendengar sebentar dan akan berlalu pergi selepas itu. Entahlah, saya rasa sunyi. Tersangat sunyi. Saya ingin tidur selepas semalaman bercerita pada suami, namun ianya hanya kisah dongeng sahaja bila dia lebih rela bermain games dari melayan saya. Tiada lagi istilah tidur bersama – sama yang kami lalui 7 tahun yang lalu. DipeIuk suami dan suami membeIai belai rambut saya sambil dia mengungkapkan betapa dia sayangkan saya dan anak – anak. Tiada lagi perbuatan seperti itu.
Pengakuan dan kisah saya bukanlah ingin membuka a1b suami. Saya hanya mahukan berkongsi perasaan saya yang agak sepi setelah hampir 2 tahun saya bergeIut dengan hal ini. Hari ini ulangtahun anak bongsu saya yang ke 2. Suami mintakan saya untuk reload pada dia kerana dia kehabisan data. Saya hanya katakan padanya, “Kalau saya reload hanya untuk bantu awak main games dan mengabaikan saya, saya tak nak”
Dia hanya bluetick kan mesej saya dan saya tidak call pun dia sejak tadi. Hati saya masih sedih dan jika games itu pilihan hatinya, saya akan beri masa padanya hingga saat saya sudah tidak pedulikan dia suatu hari kelak. Saya akan biarkan dia hidup sendiri jika itu pilihan dirinya. Saya bukanlah patung untuk terus bertabah melalui hidup seorang diri. Saya perIukan teman untuk berkongsi hidup dan berbicara. Entahlah, hanya Allah yang tahu. Semoga saya terus kuat ya semua.
Komen Warganet :
Puteri Sabrina : Tahniah dik, rasa legakan jiwa jika kita luahlan segala yang terbuku di hati. Takpe luahkan je, dekat sini org tak kenal kita tapi insyallah banyak nasihat yang kita dapat. Rasa hati dah keringkan selama 2 tahun diabaikan. Akak doakan semoga dipermudahkan urusan dan tabahkan hati. Segala keputvsan di tangan adik, apa – apa pun luahkan pada suami cakap apa yang kita rasa selamat ini. Jika tak dapat call wassap, tanya dia mana dia yang dulu, dia tahu ke tak dia dah berkahwin dan dah ada anak. Kena luahkan semua, tak apa panjang pun. Semoga dia pun ingin berubah demi rumahtangga.
Aqunie Laliza : Kita tak boleh mengubah diri dia tapi kita boleh ubah diri kita dik.. Biar dia hidup dengan game dia tu. Esok dia m4ti, ko tanam sekali dengan phone dia tu. Kalau dia tak boleh bahagiakan kita, kita cari kebahagiaan sendiri..
Ika Hawa : Suami awak terleka dan terlupa awak perIukan dia. Cuba awak bagi bagi dia pilihan sama ada nak pilih games atau family. Suami awak rasa selesa sebab awak tak member0ntak kot. Try lah antar luahan rasa awak pada dia guna whatsapp atau mesej suara. Kalau dia tak respon apa – apa makusdnya dia memang tak perIukan keluarga. Dia cuma perIukan games. Mungkin bila awak dan anak – anak dah tak ada dalam hidup dia baru dia akan sedar. Semoga dipermudahkan urusan awak dan anak – anak.
Norizzan Zainun : Kepada TT, sebaiknye bincang elok – elok dengan husband, luahkan perasaan macam mana awak luahkan kat sini. Jangan pend4m dan makan hati. Kalau dia masih tak berubah awak pergi mahkamah syariah mengadu dekat sana, biar diorang panggil dia untuk kaunseIing. Kalau masih tak berubah jugak bagiIah dia pilihan untuk terus main game atau pilih awak dan anak – anak. Kalau saya mesti dah lama keluar ayat ” kalau ade suami tapi macam tak ada, lebih baik tak payah ada suami terus,” Biar dia sentap dan cuba untuk berubah.
Syukri Mamat : Bod0hnya seorang suami jika banyak buang masa dengan main game. Harap puan berbincang dan luahkan apa yang sedang menggangu em0si. Mana tahu suami boleh tinggalkan atau paling tidak kurangkan main game. Semoga rumahtangga kalian bahagia serta dirahm4ti.
Wani Ahmad : Bersabar la puan, bukan puan seorang saja yang aIami situasi ini. Kebanyakan rumahtangga musn4h akibat PUBG ni, akibat pergaulan bebas dalam PUBG ni la membuatkAn mereka seronok melayan sampai ke pagi. Lebih – lebih lagi wujudnya group wasap yang campur lekaki dan perempuan. Selebihnya boleh fikir sendiri. Daripada mula – mula melayan game dan lama kelamaan melayan perempuan yang desperate inginkn suami orang.
Cukup banyak hati yang terIuka disebabkan ini. Apa yang perlu dibuat adalah move on saja. Mereka tak akan berubah. Tinggalkn saja, menyesal di muka mereka – mereka ini langsung tiada. Jadi kita bina saja hidup dengan anak – anak. Lebih bahagia berbanding hidup dengan mereka dan setiap malam mendengar perbualan manja suami sendiri dengan perempuan desp3rate yang sanggup melayan sampai ke pagi.
Kalau jod0h mereka, harap mereka bahagia dengan kehidupan sebegitu. Jangan mereka mencurangi sesama sendiri bila bosan. sebab sifat mereka begitu. Tak fikir hati dan perasaan org lain. Kita ni sebagai isteri yang diabaikan dan dicurangi hanya perlu teruskan hidup dengan anak – anak dan pilih jalan hidup untuk bahagiakn diri setelah bertahun – tahun mend3rita. Tak m4ti pun kalau tak ada suami. Malah lebih bahagia dan tiada bebanan dalam hidup. Sekian.