Saya dip4ksa berkahwin dengan isteri oleh ibu sebab dia tak suka dengan teman wanita saya yang sosiaI. Waktu isteri mengandung anak kembar saya langsung tak teruja malah saya berhubung semula dengan teman wanita hingga isteri tumpah dar4h. Ketika anak kembar usia setahun, isteri bersama bapa saya dan juga ustaz menangkap saya di bilik hotel..
#Foto sekadar hiasan. Sebenarnya, saya sekadar berkongsi rahsia hati dan pengalaman. Saya seorang suami curang yang kini menerima kifarah Allah setelah saya benar – benar bertaubat!
Saya bernikah ketika berusia 20 tahun manakala isteri saya berumur 17 tahun. Isteri saya adalah pilihan keluarga saya. Dan saya waktu itu, saya telah mempunyai pilihan hati sendiri. Saya tahu kenapa ibu saya mahu saya berkahwin cepat. Ibu saya tak suka pilihan saya kerana teman wanita saya sosiaI orangnya.
Dipendekkan cerita, akhirnya dalam keterp4ksaan saya bernikah jua. Saya cuba lupakan teman wanita saya namun saya gagal. Maka saya mengambil keputvsan berpindah ke kampung nenek isteri saya kerana tak mahu bersua wajah dengan bekas teman wanita saya. Hampir setahun rumah tangga kami, isteri saya mengandung. Waktu itu jujurnya saya langsung tak rasa teruja nak menimang anak kembar.
Isteri pula mengalami aIahan yang teruk sehingga saya terp4ksa bawa isteri pulang ke kampung. Saya mula rasa terabai waktu itu. Rasa sepi. Lalu saya menghubungi kembali teman wanita saya. Bermula di fb dan akhirnya berhubung di telefon. Kami kembali menjalin kasih sehingga berjumpa di hotel. Tapi Allah maha mengetahui.
Perangai saya terb0ngkar. Isteri saya tertekan sehingga mengaIami tumpah dar4h. Saya cukup rasa bersalah. Dan atas desakan dan pujukan keluarga saya, isteri saya memaafkan saya dan beri peluang pada saya. Tapi… saya tidak setia lagi ketika usia anak kembar saya setahun. Kali ni, isteri saya bersama bapa saya juga ustaz yang menangkap saya di bilik hotel.
Malu yang teramat waktu itu. Tapi saya pelik kenapa isteri saya langsung tak mohon fasakh walaupun ibu saya sendiri yang suruh. Waktu itu saya fikirkan mungkin isteri saya memikirkan anak – anak yang masih kecil. Saya bertaubat dan bersungguh – sungguh berubah. Saya tumpukan perhatian pada kerjaya dan anak – anak Bila isteri menyuarakan niat nak sambung belajar, saya support dari segi kewangan.
Dia punyai keputvsan SPM yang cemerlang, tapi terp4ksa berhenti belajar kerana desakan keluarga untuk bernikah dengan saya dan sebab itulah saya menyokong dia kini. Rumahtangga kami ok sahaja dan saya berusaha menjadi ayah juga suami yang terbaik. Namun hubungan kami suami isteri tercaIar bila saya terbaca Whatsapp dia dengan seorang lelaki ketika dia di tahun akhir PJJ. Saya tanya dia dan jawapan dia buat saya terkedu. Dia kata s4kitkan bila tidak setia dan dia tanggung seribu kali ganda s4kit itu bila dia baca segala Whatsapp saya lalu memberitahu bapa saya.
Saya menangis dan meminta agar dia lupakan perkara lalu kerana saya benar – benar sayangkan dia dan saya dah berubah. Tapi dia cuma senyum sinis dan kata dia akan baIas setiap titis air mata dia yang saya perah. Mulai detik itu, saya mula bimbang dia tidak setia sehingga ke katil hotel seperti saya dahulu. Saya mula ekori dia, tapi dia tak pernah tak balik bermalam di rumah. Habis kerja jam 5.30 petang , sejam selepas itu dia mesti dah sampai di rumah. Maka saya tepiskan perasaan tersebut. Saya berusaha saban detik membuktikan kejujuran dan kasih sayang saya padanya. Sudah bertahun berlalu, tapi renungan dia tak pernah berubah.
Dia masih tak lupakan kecurangan saya. Dia cukup pandai berlakon di depan keluarga dan anak – anak. Tapi bila dengan saya, muncullah dirinya yang sebenar. Lama saya pend4m semua ini kerana kes4kitan ini bermula dari perbuatan saya, tapi sekarang saya mula takut kehilangan isteri saya kerana saya membaca whatsapp isteri saya minggu lepas dan Ielaki yang bersembang dengan isteri saya mendesak isteri saya supaya minta untuk berpisah dari saya.
Saya buntu. Keluarga saya tak percaya lagi pada saya dan mana mungkin saya meminta bantuan mereka. Lagipun isteri saya menantu kesayangan ibu saya. Saya berdoa saban waktu agar Allah memberikan petunjuk dan hidayah. Pada suami – suami yang membaca, jangan sesekali mencuba untuk tidak setia, kerana bila kita kena macam tu, waktu itu kita cuma mampu berharap agar kita mampu mengubah waktu silam.
Wanita memang lembut, tapi bila peluang diberi tak dimanfaatkan, lalu kembali mencaIar kepercayaan, maka itulah detik paling payah dan sukar untuk lelaki kembali meraih kepercayaan itu. Saya amat terkesan dengan baIasan yang diberikan oleh isteri. Rupanya amat s4kit bila kifarah datang pasangan sendiri sehingga kant0i pula dengan pasangan sendiri. Itulah sedikit sebanyak luahan daripada saya. Kepada pasangan suami isteri di luar sana. Ambillah cerita saya ini sebagai satu pengajaran. Jangan lah jadi pasangan yang tidak setia.
Kerana ini akan membawa permasalahan besar dalam rumahtangga kita. Kenikmatan kepada yang har4m adalah seketika. Buat apa kita mencari yang har4m sedangkan yang halal kita tidak seIami habis – habisan. Sekian terima kasih – Suami tidak setia
Komen Warganet :
Bella Nabila : Curang sekadar mesej tu ok lagi tapi kalau dah tahap kat hotel, ibarat kau mesej nak langgan peIacur.. Hati isteri mana tak ret4k wei.. Kalau aku pun aku tawar hati, benci, tiada maaf dan dend4m tapi untuk baIas curang macam yang kau buat tu tak akan pernah sama sekali sebab orang yang murahan je curang.
Intan Senawi : Seorang isteri sanggup bersusah senang bersama suami selagi suami tak mengian4tinya. Sekali dikhian4ti dan hatinya mula tawar dengan suami, sampai m4ti ia tak akan memaafkan dan hanya bersama kerana dend4m.
MemHidayah Jemain : Anggap je la isteri tu jaga hati mak ayah kau bang. Dia sayang mak kau. Kalau bukan sebab lelaki tu pun, dia mmg dah lama ada alasan untuk mintak ko lepaskan walaupun memang tak patut dia ada lelaki lain. Tawar hati bukan benda main – main ye bang..
Tinta Hati : Waktu tt curang memang tt tak rasa apa pun, tak peduli pun apa perasaan isteri. Betapa r3muk h4ncur berkecai tapi tt senyum kerana kepuasan dapat ikut kehendak hati. Sekarang bila isteri buat tahu plak s4kit hati kan.. Rasakanlah plak. What u did u get back.!
Miyu Ken’ichi : Ingat balik, kau yang curang bukan bini kau. Kalau bini kau curang dari dulu dia dah minta cerai.. Sudah ler tu prasangka buruk, jangan cemburu sangat, kot jadi betul – betul. Serahkan kepada Allah sebab Dia yang bolak balikkan hati manusia. Kata dah bertaubat, jangan tang curang je taubatnya, imannya sama macam dulu – dulu juga. Solat jaga, quran baca, sunnah amal. Jadilah manusia yang lebih baik.
NHassan Ishak : Buta apa lah nak baIas dend4m, d0sa pun dapat. Kalau sabar tak baIaskan bagus dapat pahala. Pelik betul zaman sekarang ni, kalut nak baIas dend4m konon. Tak takut d0sa ke? Yang lakinya dah bertaubat, bini pulak buat hal.