Suami kena tangkap khalwat dekat stor pejabat. Aku minta kebenaran boss suami, pergi ser4ng mereka dekat pejabat

Anak sulung sibuk nak ikut abahnya tengok kumbang walaupun masa tu dah nak Maghrib. Tapi dengan kasarnya dia tinggikan suara. Anak aku menangis kena tengking. Aku pujuk anak, macam – macam aku cakap walaupun aku tahu dia masih kecil dan takkan faham. Rupanya bapak dia dengar perbualan kami.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam ramadhan. Aku straight to the point je lah ye, bulan – bulan puasa ni tak larat nak taip, tulis fikir banyak – banyak. Sekarang pun aku dah serabut. Aku nak luahkan satu benda ni.

Dan aku pernah luahkan di sini dulu. Dipendekkkan cerita, dah 6 tahun suami aku bercinta dengan perempuan lain. Berwhatsapp, bermesej, bertukar – tukar perempuan semenjak aku mengandung anak sulung sampai sekarang.

Terbaru, dia kena tangkap khalwat dalam stor pejabat dengan isteri orang. Masih mengatakan dia tak bersalah, orang aniaaya dia, bos dia jahat, kawan – kawan dia jahat. Dia akan menyalahkan orang lain, dia tak pernah salah.

Hakik4tnya, mereka dah lama hendap mereka berdua tiap – tiap hari masuk ke dalam stor. Sampai aku menulis ni, masing – masing mereka masih lagi berkasih, ber abang sayang. Penangan bini orang! Perempuan ni orang Sarawak, bini nombor 2 ye.

Aku pernah ke pejabat agama, dia menangis tak nak bercerai. Akhirnya kami berbincang berikan 5 tahun lagi pada anak – anak untuk membesar sebab anak – anak aku terutamanya yang sulung sayang sangat dengan abah dia walaupun abahnya tak pernah peduli hal anak – anak.

Aku setuju sebab selama 6 tahun aku mend3rita mentaI dan em0si, rasanya aku kuat untuk hadap 5 tahun lagi sebelum kami bercerai! Baru – baru ni aku ke Shah Alam untuk temuduga kenaikan pangkat. Mencuba nasib dan berdoa ada rezeki untuk anak – anak dan mak aku untuk kami tingkatkan taraf hidup.

Almaklumlah, hidup aku sekarang ni pun dah macam ibu tunggal. Semua aku urus sendiri, diri sendiri, mak, anak – anak semua atas batu jemala aku. Tapi aku happy buat semua ni. Aku jalankan tanggungjawab aku sebagai mak dan anak sebaik mungkin.

Aku isikan hari – hari aku dengan kesibukan dan tanggungjawab. Aku puas bila tengok anak – anak suka bersekolah, anak – anak cukup makan pakai. Jadi, disebabkan ini, aku dah terbiasa berdikari. Aku dah tak ambil peduli hal suami aku.

Lantak dia la nak keluar, nak pergi mana, dengan siapa. Nampaknya dia juga begitu. Kami isolate diri masing – masing dan tak pernah berkomunikasi lagi. Hidup tak macam suami isteri. Aku bawa anak – anak dan mak ke Shah Alam, duduk di satu hotel.

Lepas temuduga aku bawak anak – anak makan angin, mandi kolam, makan – makan. 3 hari 2 malam rasa sekejap je. Tapi takpela asalkan anak – anak happy, mak aku dapat rehat dan aku dapat release tension lepas berhempas pulas buat dokumen dan persediaan nak naik pangkat tempoh hari.

Balik je rumah, anak aku yang sulung sibuk nak ikut abahnya tengok kumbang walaupun masa tu dah nak Maghrib. Tapi dengan kasarnya dia tinggikan suara. Anak aku menangis kena tengking. Aku pujuk anak kat meja makan depan nenek dia.

Macam – macam aku cakap walaupun aku tahu dia masih kecil dan takkan faham. Rupa – rupanya bapak dia dengar perbualan kami. Terus dia tengking aku tanya apa yang aku cakap kat anak? Apa yang aku hasut anak? Dia cakap kenapa aku tinggi suara pada anak boleh?

Kenapa dia tak boleh tinggikan suara pada anak? Macam – macam dia cakap tapi aku diam je. Tiba – tiba… yang paling bestnya, dia suruh aku mintak maaf pada perempuan bini orang yang sama – sama kena tangkap khalwat dengan dia dalam stor.

Katanya mereka tak bersalah. Oh, lepas kejadian kena tangkap khalwat tu, aku ser4ng merpati dua sejoli ni kat opis dengan kebenaran bos mereka….. haha. Aku rasa d4rah aku mendidih sampai kepala, aku cakap kenapa aku kena mintak maaf pada orang yang mengh4ncurkan rumahtangga aku.

Kenapa bukan perempuan tu yang datang mintak maaf pada aku. Ini rumahtangga aku. Dia cengk4m kuat leher aku, Iempar aku ke dinding dan nak buku lima dia naik ke muka aku. Memang aku dah pasrah, hidup aku mungkin berakhir pada hari itu.

Tapi Allah masih sayang aku. Aku tend4ng dia dan tumbvk perut dia. Aku suruh dia keluar dari rumah dan ceraikan aku. Kami duduk rumah mak, sebab dia ni ape je yang ada. Harta takda, duit takda, keluarga dia pun dia dah buang sebab banyak tegur dan nasihatkan dia.

And guest what.. dia masih ada kat rumah tu, buat b0doh je, masih melepak malam sampai pagi, masih balik lambat dari pejabat. Masih lagi berkasih sayang dengan bini orang tu dan buat perkara yang dia sedang buat, dulu kini dan selamanya… Wallahualam.. Lama – lama aku boleh giIa. – Jayla (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Mazra Nazra : La nape nk bertahan lagi? Sayang sangat ke kat laki tak guna tu? Tunggu la sampai giIa kalo nak tengok anak – anak yang tercalar em0si duk tengok kelakuan korang laki bini. Kalau sayangkan anak cepat – cepat la tinggalkan laki tu, terangkan kat anak – anak tu kenapa perlu berpisah, lagipun bapak diorang bukan sayang anak – anak dia pun.

Puan akan lebih bahagia jika lelaki tu dah takde dalam hidup puan dan anak – anak. Percayalah.. Tapi kalo rasa nak kena sep4k ter4jang lagi stay je la kan. Biar la anak – anak tu tr4uma tengok korang berg4duh. Yang rosak nanti anak – anak dan silap haribulan akan terikut pula cara bapa mereka, dah gitu acuannya kan.

Kalau taknak rosakkan anak – anak bertindaklah sekarang, failkan perceraian dan halang dia balik rumah tu lagi, tukar kunci, report polis. Banyak cara lagi yang boleh buat yang penting nak dengan taknak je. Tak paham betul aku perempuan sekarang ni dah terang laki kena tangkap khalwat, kaki pukuI tak sayang anak pun boleh lagi nak pert4hankan perkahwinan tu. Cakap b0doh kang marah.. ehh aku plak yang hangin ni.

Huda Amer : Hadap jelah sis, 5 tahun lagi kan sekelip mata. TT nampak nombor je.. 6, 7, 8, 9 tahun, memang rasa macam sehari semalam je. Tapi tak fikir kesan pada em0si, mentaI, kewangan etc. 5 tahun lagi rasa – rasanya camna lah keadaan TT sebaik saja keluar dari kemelut ni nanti?

Anak – anak TT pulak macam mana? Sekarang ni pun keadaan tu dah macam mana? Bapak TAK pedulikan anak – anak, tapi anak sayang bapak sangat, maka kena stay dengan bapak. What are you teaching your child, sis?

Orang tak ingin kat kita, tapi kita sayang orang tu, no matter what kita kena stay dan hadap je apajadah negatif treatment orang tu bagi kat kita. Ni lah yang sis buat dan sis jugak ajar kat anak sis. Sedih!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?