Dari awal lagi mak saya berkenan nak jadikan Erol sebagai menantu sebabnya dia anak orang berada, kerja bank dan berduit. Selepas kahwin, emak pesan jaga suami dan layan baik – baik. Tapi sebenarnya mak tak tahu, 5 tahun Erol duduk macam org bujang sebab tak suka ada anak – anak. Membebankan!
#Foto sekadar hiasan. Perkahwinan saya dengan Erol 17 tahun lalu memang disukai oleh keluarga saya, terutama emak, malah sejak mula berkenalan, baru sekali Erol datang berjalan ke rumah, emak sudah gesa saya segera kahwin. Jangan bertangguh nanti melepas.
Sebabnya Erol ada kereta, bekerja dengan bank, anak orang ada – ada bak kata bebudak sekarang golongan orang`have – have’. Ibunya pangkat besar di Universiti, sementara ayahnya orang berpangkat dalam syarik4t GLC. Pendek kata memang orang berduit, sementara anak mereka cuma 3 orang termasuk Erol yang merupakan anak kedua.
Sejak emak tahu tentang persahabatan kami, siang malam emak suruh saya segera bertunang, kata emak, ‘jangan lambat nanti melepas.’ Sedangkan ketika itu saya baru kenal Erol tak sampai 6 bulan. Tetapi dia baik, sering datang ke rumah, berbual dengan adik – beradik dan ipar saya.’’
Masuk setahun persahabatan, maka dengan rasminya kami bertunang dan 5 bulan kemudian kami berkahwin. Kata emak tak payah tunggu lama – lama, sementara ada orang hendak ambil buat isteri, jangan lengah. Walaupun dalam waktu singkat tetapi emak boleh sediakan pelbagai keperluan, dan memang majlis perkahwinan kami hebat. Zaman tu orang kahwin di dewan memang meriah sungguh.
Sebenarnya emak saya ni, orang kuat persatuan wanita, dia ada ramai member, cakap aja nak buat apa, semua datang bantu. Bunga pahar paling istimewa mereka buat sendiri, ramai berebut hendak ambil buat kenangan, sebab cantik, bunga telor juga tak kurang hebatnya. Bilik pelamin lagi istimewa. Entah bila emak tempah, tetapi siap tekad benang emas.
Oleh kerana saya baru 2 tahun bekerja tentulah tak banyak simpan duit, tetapi emak siapkan semua, kata emak saya hanya kena cari pakaian yang sesuai untuk bersanding. Tukang andam saya tak perlu cari, sebab ada member emak memang ada salon mengandam. Jadi tanggung beres. Sebab itulah perkahwinan kami berjalan lancar. Bab bekerja memang saya saIute emak memang cekap. Macam mana cepat mulutnya bercakap, begitulah cepat tangannya bekerja.
Selepas kahwin, emak pesan jaga suami dan layan baik – baik. Dengar cakap suami, jangan cemburu, jangan cerewet. Saya patuh cakap emak, punyalah layan suami macam raja, sikit s4kit kepala, sikit perut atau demam, makan minumnya saya bawa ke atas katil, Erol boleh makan terus dari atas katil. Itulah saya lakukan sepanjang 3 tahun awal perkahwinan kami, ketika itu saya masih belum mengandung. Kami macam pasangan baru berkahwin.
Tapi sayangnya manisnya perkahwinan kami hanya sementara, selepas saya beritahu yang saya mengandung, Erol mula buat perangai. Sebab dia tak suka saya cepat beranak. Semasa mengandung lagi, saya nampak perubahan Erol, balik lewat dan suruh saya balik sendiri.
Kata Erol bila ada anak kami akan hadapi banyak masalah membesarkan anak. Kalau nak ada anak pun tunggulah lepas 6 atau 7 tahun kahwin. Itu cakap Erol, tetapi saya hadapi tekanan dari keluarga mertua dan emak sendiri yang sering bertanya bila lagi nak ada anak. Tapi Erol tak peduli.
Sebenarnya mengandung ini pun bukan saya rancang, tetapi dah nak jadi, sekat macam mana pun termengandung jugak. Bila mula mengandung Erol `sound’ suruh cari transport sendiri, sebab kerjanya di pejabat tambah banyak. Kerana fikirkan perangai Erol dah berubah, dan emak pesan jangan cemburu, apa lagi meIawan cakap suami, maka saya tak berani bantah, sebab saya pun tak suka berg4duh apa lagi bertengk4r. Walaupun susah dapat tumpang kawan, saya tak pernah bersungut depan Erol, sebaliknya saya akan naik bas atau baik teksi.
Ramai kawan rasa pelik, mereka hairan mengapa Erol tak ambil saya balik macam biasa. Setelah dapat tumpang kawan yang kerja satu bangunan walaupun bukan satu pejabat, saya rasa lega. Tapi Erol suruh saya pergi balik tumpang kawan. Saya akur dan bayaran transport pun bertambah. Takkan nak free. Demikianlah hidup saya hinggalah bersalin.
Semasa dalam pantang Erol tak beri saya duduk rumah emak, katanya jangan susahkan orang tua. Saya akur. Emak ada datang bantu tinggal seminggu di rumah saya, lepas dia yakin saya boleh jaga diri sendiri, emak balik.
Mencari pengasuh anak memang tak susah zaman itu. Ramai yang sedia membantu. Setahun usia anak pertama, saya lihat Erol mula sayangkan anak, suka bawa anak berjalan ke rumah emaknya. Di sana memang ramai yang sukakan anak kami. Tetapi setahun setengah kemudian saya mengandung lagi. Sekali lagi saya hadapi tekanan perasaan dari Erol.
Saya dituduh sengaja cari masalah. Kalau dah beranak setiap tahun, macam mana boleh hidup senang, tak habis – habis mengurus hal anak. Nak buat macam mana? Nak jadikan cerita 2 tahun selepas itu saya mengandung lagi. Ketika itu saya memang jarang – jarang dapat tengok muka Erol balik rumah awal, memanjang sibuk bekerja katanya. Oleh kerana saya dilatih oleh emak cekap bekerja, jadi bab mengurus anak – anak, bekerja, memasak dan berkemas rumah saya boleh lakukan dengan baik tanpa pembantu. Tetapi dari sehari ke sehari badan saya bertambah susut. Bukan kerana penat bekerja seharian dan jaga anak sebeIah malam, tetapi kerana memikirkan perangai Erol yang sem4kin jauh tinggalkan kami anak beranak sendirian di rumah. Dan dia lebih suka tidur di rumah kawan.
Erol langsung tak pedulikan kehidupan kami berempat beranak, dia cuma bayar sewa rumah, bil utility dan beri saya RM100 sebulan. Cukup atau tidak dia tak peduli, katanya oleh kerana saya suka sangat ada anak sayalah kena bereskan dan jangan minta duit tambahan lagi. Inilah masalah besar yang saya hadapi, pendapatan saya bukan banyak sedangkan saya perlu sediakan makanan dan susu anak – anak, bayar upah pengasuh, selain bayaran transport saya pergi balik ke tempat kerja. Setiap bulan saya fikirkan macam mana nak cukupkan belanja. Nak minta bantuan emak takut, nak minta pada mertua segan.
Akhirnya seorang kawan baik jadi tempat saya mengadu bila susah dan terdesak. Oleh kerana terlalu sibuk dengan masalah keluarga dan menguruskan anak – anak saya jarang balik rumah emak. Pertama kerana Erol tak mahu hantar saya balik. Mana saya nak cari duit untuk tambang teksi. Dan apa emak kata kalau dia tengok saya balik naik teksi, tentu dia hairan kenapa Erol tak hantar. Pasti emak akan marah dan tuduh saya tak pandai jaga suami, tak pandai layan dan macam – macam lagi, sedangkan emak tak tahu perangai Erol sebenar yang tak suka terik4t dengan anak – anak, dia lebih rela duduk sendirian sewa bilik daripada bersama kami anak beranak. Pelikkan? Tetapi itulah perangai Erol satu dalam seribu.
Erol tak suka anak – anak kerana bising, tak mahu keluar duit banyak untuk tanggung makan minum anak. Dia lebih rela duduk macam orang bujang. Ketika itu memang jiwa saya tertekan, saya tak ada tempat mengadu. Tapi saya ada seorang adik yang bersimpati, kebetulan, dia dapat kerja dekat rumah saya. Saya pelawa dia duduk di rumah saya. Secara tidak langsung dia dapat bantu saya.
Adik terk3jut dengar cerita saya, dan nasihatnya jangan beritahu emak, kerana emak puji Erol menantu terbaik. Emak selalu pesan supaya jaga Erol baik – baik, emak tak mahu dengar saya ada masalah. Kata emak jika terjadi sesuatu yang buruk pada perkahwinan kami, Erol tak salah, sayalah yang salah. Begitu sayangnya emak pada Erol. Oleh kerana itu saya tak cerita pada emak perangai Erol sebenar.
Perangai Erol macam orang bujang tinggal bersendirian berlanjutan hingga 5 tahun. Akhirnya saya dapat tahu dia kahwin lain di negara jiran. Tak lama kemudian saya terima surat cerai. Terk3jut saya sebab tak tahu apa salah saya dan saya tak tahu apa nak cakap pada emak. Amaran Erol saya tak boleh minta nafkah jika tidak dia akan ambil dan jaga anak – anak sendiri sebab isterinya tak bekerja.
Bod0hnya saya ketika itu, saya ikut kehendak Erol, sebab takut Erol ambil anak – anak. Dan saya tak mahu anak – anak jadi m4ngsa penceraian, saya juga takut anak – anak saya jadi m4ngsa ibu tiri. Dan saya tak mahu emak tahu saya kena cerai.
Oleh kerana tak mampu sewa rumah, saya sewa bilik di tingkat atas sebuah kedai, kami duduk berhimpit dengan adik saya. Pagi saya hantar anak ke rumah pengasuh, petang baru ambil. Malamnya adik tolong jaga anak dan saya buat part time di kedai buat kek. Kerana bilik kami tak ada dapur kami selalu makan nasi bungkus.
Begitulah hidup saya hari berganti bulan dan bulan berganti tahun hinggalah anak saya bersekolah. Namun kini saya bersyukur berkat kerja keras dan peng0rbanan, saya dapat kerja lain yang gajinya lebih baik. Dengan sedikit lebihan duit dalam tangan adik suruh saya sambung belajar. Nasihatnya saya mesti baiki diri jika mahu selamat dan dia akan tangguh kahwin demi masa depan anak – anak saya.
Saya bersyukur kini dua orang anak saya dapat masuk sekolah berasrama, cuma tinggal seorang bersekolah rendah. Adik sudah pun kahwin dan dia suami isteri tinggal serumah dengan saya, saya berjanji akan membantunya bila ada anak nanti. Tahun lepas emak baru tahu saya kena cerai. Emak menangis, tapi puji semangat saya.
Sejak bercerai Erol pindah kerja ke Sabah dia tidak pernah ambil tahu anak – anaknya. Tapi saya gembira. Bekas mertua pun tak pernah cari kami mungkin dia tak tahu mana kami tinggal.
Ini adalah cerita Nurizahfitri tentang perangai suaminya yang satu dalam seribu, tak sukakan anak – anak. Pelik sungguh perangai manusia zaman sekarang.
Kisah ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran pada kaum wanita atau isteri yang menghadapi masalah yang sama. Jangan terus h4nyut dalam em0si tapi harus berusaha bangkit untuk kebahagian diri sendiri.