Kakak aku ni terIampau rajin, dia tak boleh tengok benda bersepah sikit. Itu belum bab anak – anak, sehari 4 kali mandi. Bila dah jadi macam ni, memang abang ipar ambik kesempatan. Tengah sarat mengandung disuruhnya kakak aku basuh kereta dalam keadaan panas terik. Tiba – tiba kakak dah mula sesak nafas dan tak boleh bercakap…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min dan semua pembaca. Saya nak cerita kisah benar tentang kakak saya yang sekarang baru pulih dari menghidap str0ke. Alhamdulillah kakak saya dah pulih sepenuhnya dan kisah ini pengajaran untuk suami yang pemalas nak membantu isteri di rumah.
Kakak aku ada dua orang anak seorang surirumah tangga sepenuh masa. Yang jadi masalah dengan kakak aku ni dia punya perangai adalah terIampau rajin. Dia tak boleh tengok benda bersepah sikit, kot0r sikit. Anak dia satu hari paling kurang mesti 4 kali mandi sebab dia tak nak tengok anak dia berpeluh. Bekas suami dia pulak sukalah nak ambik kesempatan dekat dia. Sampai kereta dia pon suruh akak aku cuci kan.
Aku pernah ikut dia keluar dengan bekas suami dia. Bayangkan time tu akak aku dah sarat mengandung, dia suruh akak aku yang isi kan minyak kereta. Kalau makan pergi bayar dekat kaunter pon nak suruh akak aku pergi. Kalau akak aku cakap awak tolong la bayar kat kaunter saya penat, terus bekas suami akak aku tu merungut, cakap “Ish benda macam tu pun susah ke ha.”
Haish aku pon tak paham dia punya pemalas tahap apa. Balik kerja je satu benda tak buat, tolong jaga anak ke. Dia tidur je. Okay sambung balik part str0ke tadi. Akak aku disahkan hampir kene str0ke time dia sarat mengdung, punca dia hampir kene str0ke adalah masa tu akak aku basuh kereta dia masa tengah panas terik.
Masa tu akak aku mengandung dah 7 bulan, nasib aku ada. Tiba – tiba akak aku berpeluh – peluh dan mula susah nak bercakap. Cepat – cepat aku dengan mak aku bawak akak aku pergi hospitaI. Sampai hospitaI doktor marah kakak aku, jangan p4ksa diri. Biarlah sekali sekala rumah bersepah sikit tak apa. Yang penting rehat kena cukup. Waktu tu baru la dia kurang sikit buat kerja sebab risaukan kandungan dia.
Kali kedua dia kena str0ke baru – baru ni terus dia ambil keputvsan bercerai dengan suami dia. Sebab dia tak larat lagi dah menguruskan anak – anak sorang diri. Akak aku cakap nak makan, anak menangis pun suami dia biar je anak dia menangis. Alhamdulillah selepas 3 bulan jalani macam – macam rawatan dekat hospitaI, alhamdulillah akak aku sihat sepenuhnya. Lega rasanya bila tengok dia gembira balik. Walaupun tanpa suami besarkan kedua – dua anak yang masih kecil.
Jadi tolong ambil pengajaran ya suami yang pemalas. Isteri tu penat dia ada batasnya, kalau isteri tu terIampau rajin itu anugerah untuk kita. Jangan jadi macam abang ipar saya tu. Kakak saya dah kena str0ke baru nak menyesal. Maaf la saya menyibuk hal akak dengan abang. Sebab banyak sangat saya baca suami pemalas nak m4mpus sekarang ni. Sekian.. Terima kasih.
Komen Warganet :
Hynah Ainah S. Ainah : Anak – anak ni samada lelaki atau perempuan kena didik dari kecil. Sama – sama buat kerja, agihkan tugas, ada yang jemur kain, basuh pinggan, buang sampah, mop lantai dan sebagainya. Selain mendidik anak – anak saling bekerjasama dapat eratkan kasih – sayang antara mereka. Semoga tt diberikan kesihatan yang baik.
Juliana Ilda Samsudin : Ramai suami yang pemalas, kalau ada kat rumah kalau boleh nak hidang depan mata. Kalau kita tak masak dia punya jeling Allah je tau. Dengki tengok bini nak rehat. Kalau boleh kita kena operasi macam robot. Balik merayap, pagi baru balik disuruh masak tu ni, masa tidur kot. Saya faham kakak awak, sampai tiba masa rasa dah tak tahan penatnya, nak resign je..
Love Finna : Perancangan Allah indah, DIA tahu kakak tu dah telalu penat. Allah bagi asbab untuk kehidupan yang lebih baik. Rugi seorang suami yang tak mungkin akan dapat isteri sebaik yang dia ada sebelumnya. Makanya suami – suami semua hargai isteri yang anda ada. Sebaik, secantik mana pun perempuan yang anda temui tak akan boleh tandingi yang dah anda ada. Hargailah isteri yang sanggup susah senang bersama – sama. Moga kakak adik dipemudahkanNya dalam kehidupan yang mendatang. Rezeki itu luas, bahagiakan diri besama anak – anak dan keluarga tecinta.
Bella Shana Nar : Saya pun pernah kena marah dengan doktor sebab terlalu p4ksa diri buat semua kerja rumah sambil jaga anak 2 orang yang masih kecil dengan diri yang sarat mengandung.. Bezanya suami saya tak pemalas cuma tiada di sisi sepanjang saya mengandung sehingga melahirkan kerana suami pergi misi di luar negara (suami tentera). Kesannya sekarang, kalau saya buat kerja rumah tak henti – henti, saya akan kejang kaki sehingga tak boleh bergerak atau angkat kaki. Pesan saya, sebagai perempuan jaga diri, jangan p4ksa diri untuk buat semua perkara seolah – olah kita kuat. Kalau kita s4kit, lagi semuanya tak terjaga. Sayangi diri anda dahulu…
Erniezan Binti Paiman : Betul tindakan kakak awak tu. Biarlah hidup dengan anak – anak. Hidup dengan suami menambah d3rita buat apa kan. Semoga kakak awak dipermudahkan untuk membesarkan anak – anak dan bahagia bersama anak – anak. Aamiin. Sampaikan salam akak untuknya.