Gaji laki bini tak cecah 4k, tapi berani kak ipar nak pakai Vios. Skincare pun pakai SKII. Abg asyik pinjam duit aku

Dapat kak ipar pemalas, bab malas, bab pinjam duit memang tak ada rasa segan langsung. Sebelum ni aku buat tak tahu je, cuma kali aku terkilan sebab kak ipar tinggikan suara dekat ayah. Raya ketiga, kak ipar ni berani dah sound bapak aku. Bapak aku tegur anak – anak dia jangan lompat – lompat atas sofa.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Emelda. Aku gelarkan kakak ipar aku sebagi Kak Mas. Kak Mas sudah 10 tahun bernikah dengan abang aku dan mempunyai 4 orang anak. Dua lelaki dan dua perempuan.

Sejak 10 tahun yang lalu, aku, adik beradik aku dan mak ayah aku semua dah perasan yang Kak Mas ni pemalas orangnya. Tapi kami tidak ambil kisah hal tu. Sebab bagi kami, alah takpela kami ni ramai adik beradik 6 orang boleh tolong mak ayah kemas rumah, jamu tetamu, basuh pinggan mangkuk sewaktu hari raya.

Cuma tahun ni, aku memang dah tak boleh tahan lagi. Aku rasa dah cukup sabar 10 tahun kami sekeluarga hanya tengok dan diam. Cuma raya tahun ni bagi aku Kak Mas agak melampau. Oh sebelum tu, biar aku beritahu korang yang abang aku anak beranak ni hanya balik kampung masa raya sahaja.

Jadi memang waktu raya je lah kitorang hadap drama malas Kak Mas ni. Jadi kisahnya gini, hari raya pertama berjalan lancar tanpa apa – apa masalah. Masuk sahaja raya kedua, Kak Mas dah mula bangun lewat jam 10 baru nampak batang hidung.

Aku tak tahu la dia bangun lambat atau dia sengaja duduk dalam bilik lama – lama, pukuI 10 pagi baru turun. Sedangkan hari tu hari raya. PukuI 7.30 pagi kami dah riuh dekat dapur memasak ramai – ramai untuk tetamu yang nak datang.

Kak Mas taknak masuk dapur? Takde masalah. Sebab kami dah ramai dekat dapur. Tapi aku rasa Kak Mas boleh je sebagai menantu, join sekali ktorang dekat dapur. Kalau rasa tak ada apa nak bantu, Kak Mas boleh buat benda lain macam kemas rumah, sapu laman, vacuum rumah, topup kuih raya dalam balang atau boleh jugak susun cawan, pinggan mangkuk sudu garfu dekat tempat nak menjamu.

Tapi Kak Mas tak ada keinginan langsung nak membantu. Turun dari bilik pukuI 10 pagi, breakfast dan tengok tv. Jenguk dekat dapur pun tidak. Masuk dapur hanya basuh tangan selepas breakfast je. Okay lah sebabkan ada 4 orang kat dapur, aku mengharapkan la Kak Mas tolong topup kuih dalam balang sebab anak – anak buah aku ni duk makan kuih – kuih raya tu.

Jadi aku pun cakap la baik – baik dengan Kak Mas, “Kak, nanti tolong Mel isi kuih raya dalam balang ni eh. Takut Mel lupa nak isi nanti orang datang”. Kau tahu Kak Mas baIas apa? “Oh takpe nanti Mel dah settle dekat dapur Mel boleh buat. Pagi lagi ni tetamu tak datang lagi kot”.

Tanpa rasa segan dia baIas gitu sambil tengok tv. Aku macam ehhh aku nak bagi dia kerja untuk dia buat tapi aku pulak yang kene balik? Aku pun okay takpelah, aku sambung kerja aku. Dah siap masak semua mak aku mintak adik aku basuhkan kain nak sidai.

Aku cakap la “Mel dah basuh dah mak lepas subuh tadi. Abang Alif dah tolong pergi dobi dah keringkan”. Lepas tu mak aku kata “Tu berlambak baju ada lagi tak basuh tu? Siapa punya?”. Sekali bila aku tengok, ya semua baju anak beranak Kak Mas yang aku tak tahu berapa hari punya penuh mesin.

Dia longgok je semua dalam mesin tapi tak basuh. Bra, panties dia semua ada dalam tu. Dia nak suruh siapa basuh? Mak aku? Mak aku yang dah umur 69 tu? Lepas tu adik aku pulak cakap kat Kak Mas, “Kak, cuaca tengah cantik panas ni, boleh la kot basuh baju sidai. Cepat je kering ni nanti”.

Lepas tu Kak Mas kata “Adik, tolong Kak Mas gerakkan mesin tu jap. Nanti Kak Mas sidai je. Tolong la dik, setahun sekali je ni”. Sambil dia gelak – gelak. Adik aku menyirap la jugak dah kenapa dia pulak kena basuhkan.

Kitorang tahu rumah ramai orang, nak sidai semua baju banyak – banyak sekali memang tak muat la ampaian. Sebab tu kitorang dobi je. Lagi satu nak cepat. Dalam adik aku tak puas hati tu, dia tolong la jugak basuhkan baju anak beranak sekali baju Kak Mas dengan abang aku tu.

Lepas dia dah siap sidai, dah kering, dia pun angkat. Tapi yang buat aku panas hati sikit, dia longgok pulak baju – baju dia sekeluarga atas sofa. Kang tetamu datang tak ke kelam kabut? Kalau longgok situ sambil lipat takpe la jugak. Ini tidak. Longgok la kau berjam – jam.

Bila tetamu datang kelam kabut berlari bawak masuk bilik. Kerja dia main phone dengan tengok tv je sepanjang raya ni. Tu belum bila part tetamu datang, masa raya ketiga, kitorang masak nasi tomato dengan lontong. Waktu kami adik beradik sibuk dekat dapur panaskan kuah, panaskan lauk semua, Kak Mas ni pun kalut jugak ambik nasi ambik ayam 3 ketul untuk dia makan dengan anak – anak dia.

Katanya risau anak dia lapar. Padahal jam baru pukuI 11.45 pagi. Diorang semua baru je breakfast. Sebab turun dari bilik pukuI 10 pagi kannn. Tak kan la dah lapar? Tapi aku lantakkan aje lah. Tetamu pulak kat depan agak ramai lebih 10 orang, untuk teratak kecil mak ayah aku ni, kira penuh la ruang tamu tu bila 10 orang dewasa duduk.

Masa aku duk lalu lalang dari dapur ke meja makan, Kak Mas duk makan kat bilik belakang. Aku nampak yang dia p4ksa – p4ksa anak – anak dia makan. Tapi anak – anak dia tak nak, dia la yang makan. Masa tengah kemas dapur selepas tetamu balik, elok aku tengok 2 ketul ayam yang Kak Mas ambik tu dia buang. Kan dah membazir!

Punya nak mengelat tolong bila tetamu datang, sanggup acah – acah anak nak makan. Akhir sekali buang gitu je. Aku tak faham kenapa Kak Mas ni pemalas sampai tahap ni, padahal dia boleh je tolong bancuhkan air, boleh tolong basuh cawan pinggan.

Tapi satu pun dia tak buat. Nak kata dia dari keluarga berada, keluarga aku lebih berada. Sebabtu aku tak boleh brain kenapa Kak Mas ni langsung takde rasa nak membantu. Makin menyusahkan ada. Masuk raya ketiga, Kak Mas ni berani dah sound bapak aku.

Bapak aku tegur anak – anak dia jangan lompat – lompat atas sofa. Bukan apa, risau jatuh terkena coffee table tu. Kang Iuka siapa jugak yang susah. Lepas tu Kak Mas ni terus marah bapak aku. Dia kata “Ayah ni kerja nak marah anak Mas je. Biasa la budak umur gitu tengah aktif”.

Bapak aku baIas, “Ayah bukan marah, ayah tegur je jangan lompat. Kang jatuh budak – budak tu lain pulak jadi”. Lepas tu dia twist, “Dah tu ayah nak kata Mas tak pandai jaga anak ke?”. Aku dah macam eh dah kenapa makin biol Kak Mas ni. Tapi aku tak masuk campur.

Aku diam je. Abang aku pulak bersuara, “Biar la ayah tegur. Dah mommy tak nak tegur”. Lepas tu datang la angin mer0yan Kak Mas, “You nak kata I apa sebenarnya ni? Korang nak cakap aku apa ni? Bukan ada benda pecah pun dalam rumah ni”.

Aku dah terkejut dah masa tu sebab Kak Mas dah macam menjerit sikit. Ayah aku pun pujuk la Kak Mas walaupun aku tahu ayah aku pun s4kit hati. Tapi tak nak besarkan hal, diamkan aje lah. Sejak dari hari tu, Kak Mas langsung tak keluar bilik. Keluar waktu makan je.

Lepas makan, berkurung balik. Aku rasa pelik, aku pun ada keluarga mertua. Depan mertua kita cuba sehabis baik tunjuk sisi baik kita. Yang buruk kita sorok, yang baik kita tunjuk. Dah jadi kebiasaan bila balik rumah mertua aku bantu mertua aku yang mana aku boleh bantu.

Keluar bilik lewat pun dah rasa segan. Nak duduk makan saje tanpa bantu pun aku rasa segan. Tapi aku tak tahu kenapa Kak Mas langsung takde rasa segan. Banyak lagi sebenarnya pasal Kak Mas ni. Tapi aku cerita kes semasa raya ni saja lah.

Sekarang ni aku masih cuba memujuk hati untuk terima Kak Mas selepas dia tinggikan suara dengan ayah aku. Hati aku sedih, aku rasa macam kenapa la abang aku boleh hidup dengan perempuan malas macam ni. Rumah diorang tak ada dapur sebab Kak Mas malas masak.

Anak dia memang 3 – 4 kali je kot pernah makan masakan air tangan ibu sendiri. Dapur tak ada babe! Masuk akal tak malas masak sampai dapur tak ada. Nak goreng benda simple macam nugget ke, fries ke, memang tak boleh.

Aku cuma mampu doakan yang baik – baik sahaja untuk rumahtangga abang aku. Semoga mereka kekal bahagia dan Allah goncangla hati Kak Mas untuk berubah jadi rajin. Aminnn. Maaf lah andai cerita ni agak membosankan sebab aku memang tak pandai bercerita.

Aku just nak meluah sahaja. By the way selamat hari raya semua. Semoga raya kali ini memberi kita kesed4ran untuk menjadi lebih baik. InsyaAllah..

Sambungan.. Hi semua! Terima kasih sudi baca kisah tak seberapa dari aku. Macam aku cakap dekat post sebelum ni, aku tak pandai bercerita, aku hanya meluah. Aku juga ada bagitahu dekat post sebelum ni aku hanya cerita kisah pemalas Kak Mas sewaktu raya haritu sahaja.

Kalau nak aku ceritakan sepanjang 10 tahun tu, tak akan habis. Post ni untuk menjawab persoalan yang bermain di fikiran korang. Sebenarnya sepanjang perkahwinan abang aku dengan Kak Mas ni, diorang pernah bercerai pada tahun 2019. Kemudian rujuk semula.

Penceraian tu berpunca dari masalah kewangan diorang. Abang aku kerja technician. Kak Mas kerja pembantu klinik. Total gaji mereka berdua tak cecah RM4000 sebulan pun. Anak pulak 4 orang yang dah bersekolah. Adik beradik aku ni banyak tampung keluarga diorang.

Abang aku selalu hutang aku. Tapi bila gaji dia tetap bayar. Aku pun tak kesah dia hutang aku asalkan dia tak berhutang dengan ahlong. Sekurangnya kalau dia meninggaI, aku tahu hutang dia hanya dengan aku dan aku boleh halalkan.

Kalau ikutkan diorang ni jenis tak shopping tak berbelanja sangat pun. Anak – anak pun membesar dalam rumah je. Nak bercuti ke apa ke memang takde. Melainkan kalau kitaorang bercuti ramai – ramai. Duit hotel memang diorang sentiasa dikecualikan.

Aku dan adik beradik lain je yang kongsi duit untuk booking homestay atau hotel. Kitorang adik beradik sangat faham dengan keadaan kewangan abang aku. Aku dah banyak kali nasihatkan abang aku untuk bagi semangat kat bini dia untuk masak. Jangan asyik makan luar je.

Aku faham Kak Mas penat sebab kerja jugak tapi sekurangnya waktu cuti tu boleh je masak. Kak Mas habis kerja jam 5, sempat je masak untuk makan malam atau masak lebih lauk untuk bekal esok. Abang aku selalu diam je.

Aku pun kadang – kadang geram dengan abang aku ni. Jenis mengikut cakap bini. Lepas tu bila sesak, kitaorang jugak yang dicari. Aku ingatkan abang aku ni tak pernah tegur bini dia, rupanya abang aku selau sangat dah tegur tu yang berg4duh. Kerap sangat g4duh sampai la bercerai.

Abang aku ni terlampau ikut kepala bini sampaikan langsung tak ada simpanan. Gaji tak cecah RM4000, kereta yang dipakai kereta Vios baru. Bulan – bulan bayar dah RM900. Aku pernah nampak Kak Mas beli produk skincare SK2 sebab dia kata sepupu dia pakai kulit glowing.

Aku tak kesah dia nak beli apa sekali pun, tapi tengok poket la. Sebab hujung bulan nanti bila takde duit nak makan, aku jugak kene hulur kat diorang. Tak tergamak la aku anak – anak buah aku tu kalau tak makan. Aku tetap hulur RM100 RM200 kat diorang setiap bulan.

Kak Mas tahu aku bagi pinjam tiap bulan sebab dia pernah cakap aku banker diorang. Aku gelak je sebab aku tahu Kak Mas gurau tapi dia tak segan ke bergurau dengan aku macam tu tapi dia duk joli habiskan duit. Katanya duit isteri tetap duit isteri, duit suami, duit isteri.

Aku pun isteri, aku faham betapa bestnya dapat joli duit suami. Tapi kene ambil tahu juga waktu – waktu sesak suami. Takde la nak minta itu ini di waktu suami tak berduit. Bantulah apa yang patut. Abang aku b0doh?

Terpulanglah apa yang korang nak cakap. Bagi aku, bila suami susah, isteri perlu bantu. Sewaktu isteri susah, suami perlu bantu. Nama pun suami isteri. Saling membantu saling memerIukan. Nak kata Kak Mas tak suka family aku, tidak jugak. Dia happy go lucky je Kak Mas ni.

Banyak sembang, banyak gurau, kalau berjumpa tu memang peIuk ciuum mak aku dan adik beradik. Jadi tak nampak pun gaya Kak Mas macam tak suka kitorang. Cuma dia malas je. Kak Mas ni baik. Sangat baik. Kadang – kadang anak aku pun dia tolong suapkan makan tanpa disuruh.

Kak Mas ni kalau ada family gathering, dia la paling excited. Dalam group whatsapp pun dia riuh. Banyak bagi idea. Jadi aku menyangkal keras kalau ada yang kata Kak Mas tak suka family aku atau tak selesa jadi menantu mak ayah aku.

Bagi aku Kak Mas tak ada kekurangan lain kecuali malas. Tu je. Abang aku kata, Kak Mas keluar bilik lewat tu bukan masa dengan keluarga aku je. Bila balik Perlis rumah mak ayah Kak Mas pun Kak Mas tetap macam tu.

Memang duduk je kat meja dapur sembang – sembang tapi tak tolong. Abang aku kata dah puas tegur dah puas bertekak dah. Sekarang abang aku malas nak tegur lagi. Yang mana abang aku boleh buat, dia buat. Aku dulu banyak bekap Kak Mas dekat kakak aku.

Tapi makin lama, aku makin penat dah dengan drama malas Kak Mas ni. Kak Mas ni jugak tebal muka. Bab malas, bab pinjam duit memang tak ada rasa segan langsung. Abang kedua aku pernah belikan set sofa untuk diorang masa baru kahwin.

Sedangkan abang kedua aku, Abang Alif, bujang lagi masa tu. Tapi Kak Mas dengan ketawa kecil dia kata, “Apa taste Alif ni, haha akak tak berkenan la”. Tapi Abang Alif ni chill je. Dia tak ambik hati pun. Dia cakap dia anggap Kak Mas ni tak berapa cerdik, tak ada common sense je.

Aku bersyukur aku dilahirkan dari keluarga yang sopan, bertolak ansur dan penyabar. Sepanjang 10 tahun aku hadap Kak Mas, kali ni baru aku cerita dengan orang luar untuk meluah. Sebelum ni aku buat tak tahu, buat tak heran je dengan sikap malas dia.

Cuma raya kali ni je aku terkilan sikit sebab Kak Mas tinggikan suara dengan ayah aku. Itu je yang susah aku nak maafkan. Sempena bulan Syawal ni, aku mohon doa kalian agar Kak Mas diberi hidayah untuk menjadi ibu dan isteri yang mithali. Aamiin.. – Emelda (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Rainbow Sunshine :  Jangan bagi pinjam. Bagi ikhlas, jika tak ikhlas tak payah bagi. Sebab tak nak ajar dia menanggung hutang. Dia malas itu masalah dia. Jangan sebab dia malas tt s4kit hati tak ikhlas masak dia makan.

Dia malas dia rugi. Tapi tt akan rugi jika mengata dia. Apa yang tak suka tak payah buat contoh nak belanja atau beli hadiah pada keluarga dia tapi sebab tak suka mengungkit dah banyak bagi dia tetap malas tapi belanja lebih.

Jika mengungkit stop bagi. Stop jumpa. Bersyukur tt rajin dan keluarga lain rajin, berjaya hidup. Tapi kena akur dalam dunia ni ada orang miskin sebab malas bukan untuk dikutuk tapi ujian kehidupan dalam menilai membantu mana yang perlu mampu.

Jangan kenang sangat malas dia tu. Mungkin bersebab. Yang baik doakan dengan ikhlas. Sebab hidup ini ibarat roda manusia boleh berubah serta ada ujian serta kifarah atau nikmat serta rahmah. Mungkin suatu masa, ada perkara besar yang dia boleh bantu.

Mashinoda Mashi :
1) aku ingat kak mas ko tak keje tapi malas, rupanya dia kerja jugak anak 4 pulak tu ko ingat tak penat ke balik kerja nak berkejar masak

2) pernah tak ko tanya abang ko ade tolong kemas umah tak, kalau kak mas tu masak ade tolong jaga ank tak, maybe abang ko jenis taknak jaga anak, semua kak mas buat, so bagi dia kalau dah taknak tolong haaa takyah buat apa – apa senang

3) ko kata dia baik, cuma masalah pinjan duit n malas je. Bersyukurlah, banyak per4ngai ipar duai yang lagi teruk dari ni

4) ade je yang sejenis gaji tak seberapa tapi bergaya lebih macam gaji 50k sebulan

5) cuba la berborak hati ke hati dengar dari pihak dia pulak apa masalah sebenarnya

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?