Kakak aku sengaja buat tak nampak bila anak dia ber4k. Dia biar sampai kering tunggu mak aku yg basuhkan

Aku nekad lari dari rumah sebab tak tahan mak aku jadi h4mba kakak. Aku langsung tak contact mak sehinggalah aku tertengok status whatsapp kakak. Dia pergi bercuti sana – sini tapi tinggalkan anak – anak dekat mak. Aku terus berhenti kerja..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Nama aku Hujan, bukan nama sebenar. Sebelum memulakan cerita, aku minta maaf kalau tulisan dan bahasa agak huru hara. Harap – harap korang faham.

Aku berumur 24 tahun, masih bujang dan masih tinggal dengan Mak. Aku dah lama plan nak keluar dari rumah ni sebab aku dah tak tahan dengan per4ngai kakak aku seorang ni (plan yang muncul bila tengah s4kit hati).

Kakak aku seorang ni dah kahwin dan ada anak 3 orang. Mereka sekeluarga tinggal dengan Mak aku juga. Aku memang okay dengan dia, laki dia dan anak – anak dia. Yang aku tak okay bila part kebersihan rumah, setiap pagi aku akan kemas, sapu, lap lantai.

Setiap hari aku memang kena buat. Akak aku sejenis manusia yang bila dah tahu anak dia ber4k (dalam pampers) tapi dia tak terus basuh. Dia akan tunggu sejam dua jam baru dia basuh. Kadang – kadang naj1s anak dia dah keluar dari pampers, kadang – kadang dia nampak tapi buat – buat buta sampai mak aku yang basuhkan.

K3ncing anak dia pun kadang – kadang dia nampak tapi dia main sapu saja. Aku setiap hari lepas sapu dan mop lantai akan cuci penyapu dan mop tu sekali. Sebab aku tahu benda tu dah ada naj1s. Kalau benda tu tak cuci, satu rumah bau pelik.

Jujur aku kata, aku taklah pembersih sangat. Tapi aku orang yang baru belajar nak sempurnakan solat begitu juga dengan wudhu. Kadang – kadang bila aku dah ambil wudhu di dapur, memang wajib lalu ruang tamu.

Ruang tamu benda paling aku nak elak jejak sebab aku takut wudhu aku tak sah. (Salah satu punca aku suka berkurung dalam bilik bila dah takda kerja nak buat). Takut terpinjak air kencing yang dah kering ke apa kan. Kalau boleh aku nak mop setiap masa. Tapi aku juga tahu rasanya penat.

Anak – anak akak aku kalau bermain memang rumah akan bersepah habis – habisan. Ya, normal la kan budak – budak main. Tapi yang tak normalnya bila tak reti kemas balik. Kalau pagi main sampai ke lusa juga la mainan tu masih tak di kemas.

Aku okay, sebab ruang tamu memang bukan port yang aku suka jejak. Tapi aku tak okay bila nampak mak aku yang kemaskan. Aku s4kit hati tau tak. Sampai pernah sekali aku tegur akak aku pasal kemas lah balik bila anak – anak dia dah tak main kan.

Terus dia kata kat aku “kau pandai la cakap, kau belum ada anak lagi. Tunggu kau ada anak nanti.” Ya Allah, apa benda ni, aku tegur baik – baik kot. Aku tengok kakak – kakak aku yang lain ada anak juga tapi bila anak dia lepas sepahkan mereka ajar anak kemas balik.

Kalau anak tak kemaskan pun mereka yang kemaskan. Tu baru part kemas mainan, belum lepas bagi anak – anak dia makan. Nasi bersepah, lepas makan tak basuh pinggan mangkuk yang diguna. Kadang – kadang Mak aku yang buatkan, sampai aku pernah termarah mak aku sebab mak aku cucikan baju akak aku.

Sejak aku termarah tu, aku dah buat – buat buta kalau nampak Mak jemurkan baju – baju diorang. Korang tahu tak, aku s4kit hati sampai aku nangis dalam bilik. Aku sangat tak suka. Kadang – kadang kalau aku malas nak kemas rumah, aku usahakan juga kemas sebab aku tak nak tangan Mak aku yang kemaskan.

Kalau boleh aku nak Mak aku duduk diam sambil tengok tv ke layan hobi tanam bunga ke macam tu. Pernah aku melarikan diri dari rumah ni dengan alasan cari kerja di negeri orang. Awal – awal mak aku memang tak izinkan, tapi aku beli tiket juga dan bagitau last minute.

Di negeri orang, aku dapat kerja okay, kawan sekerja okay, boss pun okay dan memang semuanya terlalu okay untuk aku. Tapi hati aku tak tenang disebabkan berjauhan dengan mak, ni pertama kali aku jauh dengan mak.

Sampaikan aku tak contact mak aku, contact pun bila aku nak kirim duit sebab aku tak nak rasa bersalah ni timbul. Tapi bila aku tengok story Whatsapp, Instagram segala Facebook yang akak aku up (yang tinggal dengan Mak).

Aku m4kin tak tenang, rasa bersalah aku m4kin tinggi sebab tinggalkan mak seorang. Sedia maklum, akak aku seorang ni memang suka jalan. Kadang – kadang dia akan str3ss bila sebulan dia tak jalan – jalan. Dia selalu mahukan “Me Time”.

Aku okay dan tak kisah pun bila kau nak ber ‘Me Time’ berjuta kali pun aku okay tapi tolonglah, tolong jangan susahkan Mak. Jangan tinggalkan anak – anak dengan Mak, TOLONGLAH. Kadang – kadang suruh laki jaga, tapi laki pun duk hadap handphone sampai lupa nak check anak – anak sendiri.

Haaa, lepas tu mak aku juga lah yang tolong tengok – tengokkan. Biasanya kalau aku ada di rumah, aku boleh la tolong sikit – sikit kan. Tapi aku dah terbayang keadaan mak aku jaga cucu 3 orang sendiri. Dulu mak aku pernah kata, “Dari muda sampailah nak m4ti ni masih juga jaga anak.”

Aku tak tahu nak respon apa, tapi aku sedih. Lepas solat, aku tak henti doa supaya akak aku dilimpahkan rezeki melimpah ruah supaya boleh sewa atau buat rumah sendiri. Aku bukanlah anak baik, tapi aku usaha nak jadi yang terbaik untuk mak aku walau kenyataannya aku ni ‘Beban Keluarga’.

Tak sampai setengah tahun aku kerja, aku ambil keputvsan untuk berhenti dengan alasan nak balik rumah mak, tolong – tolong mak aku apa yang patut. Akak tempat aku kerja terus cakap dengan aku macam ni “kau kena belajar berjauhan dengan Mak kau. Sebab one day bila Mak kau dah tak dah nanti tak lah kau terlalu sedih.”

Aku dengar ayat ni macam angin lalu, sebab aku memang tak setuju dengan apa yang akak tempat kerja tu kata. Bagi aku, selagi mak aku ada selagi tu aku nak berbakti dengan Mak. Hari – hari nak tengok mak, nak jaga mak waktu sihat atau s4kit.

Tanpa henti doakan mak diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Korang doakan mak aku ya dan doakan aku untuk kuat dan sabar hadap per4ngai akak aku sorang ni. Mesti korang tertanya – tanya, akak yang lain tak tahu ke per4ngai akak yang sorang ni. Tahu, tegur pun sudah siap nasihat baik – baik supaya mudah dihadam tapi tak makan juga.

Dan kami juga tahu, Mak terlalu sayang dengan anak dia sorang ni sampai mak tak berani nak tegur, marah segala. Kenapa tak bawa mak tinggal dengan adik beradik yang lain ? Mak aku tak suka duduk bandar, pernah abang aku ajak bertidur rumah dia seminggu.

Seminggu tu jugalah Mak aku tak habis – habis bagitau nak balik lah, pokok bunga dia tak da yang siram lah, macam – macam alasan. Mak aku lebih selesa duduk rumah dia sendiri. Tak apa, aku ada selalu temani mak.

Terima kasih kerana baca sampai habis, Alhamdulillah mood aku dah okay sekarang hahahaha sebab masa mula – mula nak taip ni rasa marah aku membuak – buak. Aku s4kit hati dengan akak aku pun, aku tetap sayang dia dunia akhir4t. – Hujan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Sariff : Jika mak you sendiri yang suka dilayan begitu oleh kakak you, youlah sepatutnya keluar dari rumah itu. Bina hidup sendiri di luar. Jangan buang masa berk0rban untuk orang. Susah nak cakap ikhlas jika you sendiri dah membebel. Dan memang susah untuk ubah seseorang. Lebih elok keluar.

Syukrin Syukur : Kakak tu dah kahwin ,beranakpinak dah, patut kluar dari rumah, ni h4mbakan mak sendiri, selfish tu. Anak – anak yang lain pun ada tanggungjawab kepada mak jadi tak boleh biarkan kakak h4mbakan mak. Suami tu sediakan rumah untuk anak isteri bukan menempek jadi tuan di rumah mak. Berd0sa. Saya pun tak pernah hantar anak – anak bagi mak jaga. Kalau duk sekalipun anak saya hantar ke pengasuh.

Eleena : Dik tu anak favorite dia. Sampai sudah la kau jadi bibik untuk kemas rumah dan sewaktu dengannya. Tu bukan berbakti dekat mak. Tu namanya usaha nak makan diri sendiri. Tak payah la nak guilt trip diri sendiri. Mak kau sendiri redha dan pilih jalan nak hadap per4ngai anak kesayangan. Keluar la dari rumah dan teruskan la hidup berdikari.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.