Dia selalu setia menghubungi saya, sehinggalah saya perasan dia telah menyekat saya di WhatsApp. Saya tersenyum, adakah ini petunjuk dariNya. Kemudian saya stalk akaun isteri dia. Sah dia kant0i dengan isterinya. Status isterinya dah membuktikan tekaan saya.
#Foto sekadar hiasan. Bismillahhirrahmannirrahim. Terima kasih kerana sudi menyiarkan confession saya. Mohon nasihat dan sokongan dari para pembaca.
Saya serba salah nak cerita kan perkara ni tapi saya harap confession ini sampai kepada empunya badan. Bukan tidak mahu berdepan tapi lagi elok saya tidak memanjangkan lagi masalah ini.
Saya telah berkenalan dengan seorang lelaki hampir setahun. Saya sem4kin sayang dengan dia. Dia sangat mengambil berat dan memahami. Saya selesa bersama dia, saya bahagia bila dia ada.
Biasalah bila dah m4buk cinta, semuanya indah. Dia ada menyatakan hasrat ingin berjumpa orang tua saya dan menjadikan saya isterinya. Siapa tak bahagia mendengar niat itu.
Memanjangkan umur saya pun sudah meningkat, jadi saya tak teragak menerima dia. Alhamdulillah niatnya saya sampaikan kepada ibu bapa saya. Tersenyum mereka, anak mereka bakal berkahwin.
B0doh dan buta betul saya. Cair dengan kata – kata dan layanan dia. Setiap hari tidak lepas ‘I love you’. Bersyukur Allah s.w.t sayangkan saya, saya terjumpa akaun fb si dia.
Saya pernah cuba cari. Tapi tak pernah jumpa. Di akaun fb itu terpampang gambar dia bersama isteri dan anak – anaknya. Akaun itu juga tidak mengunakan nama sebenarnya.
Begitu juga akaun lagi satu. Saya tidak meIenting dekat dia, saya tanya elok – elok, tanya kenapa tipu saya? Dia ada anak perempuan tidakkah dia risau suatu hari nanti anaknya menerima nasib yang sama seperti saya?
Menangis tu pasti sebab dah terlalu sayang. Pandai sungguh dia sorokkan status dia. Langsung tak dapat saya hidu. Dia minta maaf sangat – sangat dekat saya. Katanya mula – mula hanya sekadar main – main, namun setelah mengenali saya dia sudah mula sayang akan saya.
Tersepit dengan situasi b0doh ni. Hati saya sayang sangat dekat dia, namun akal saya berkata “kau bukan pemusn4h rumahtangga orang”. Saya fikir wajah anak – anaknya, comel sangat tersenyum saya.
Mungkin sebab saya sukakan kanak – kanak. Namun tergamak ke saya memusn4hkan senyuman tu. Saya tak kej4m. Saya lihat pula gambar isterinya, cantik sekali orangnya. Apa yang kurang? Jauh lebih cantik dari saya.
Saya mintak putvs. Dia tidak mahu melepaskan. Saya terganggu, dia masih meneruskan aktiviti harian caring dan memahaminya meskipun saya tidak menyahut panggiIan atau mesej dia.
Saya kalah bila dia kata hendak berkawan. Salah saya, saya sendiri belum sedia melepaskan. Jauh disudut hati saya mahu dia menjadi milik saya. Kami mula berhubung semula. Saya cuba k0rek masalah rumahtangga nya.
Setiap hari saya ingatkan dia terhadap tanggungjawab dia kepada keluarga. Kononnya saya penyelamat rumahtangganya. Hakik4tnya saya yang susah melepaskan dia. Tak pernah sekali pun dia memburukkan isterinya.
Bahkan dia mahu bawak anak – anaknya berjumpa dengan saya. Saya tolak. Masih belum bersedia berdepan dengannya. Saya tak kuat nak hadapi semua ini. Beberapa kali juga saya minta putvs, saya cuba buat hal.
Tak pernah dia marah saya, bahkan memberi saya ruang, memberi kata semangat. Betul lah suami orang ni memang pandai berkata – kata. Dia bahagia katanya dengan saya, siap tanya saya nak tak jadi isteri no 2.
Saya tak nak, bukan sahaja saya tak sanggup memusn4hkan kebahagiaan keluarganya. Saya sendiri tak sanggup nak berkongsi. Di mata saya dia sempurna, m4buk cinta betul. Saya mohon dia memberitahu isterinya mengenai kami.
Saya setiap hari dihimp1t rasa bersalah berhubung dengan suami orang. Tapi berat juga untuk saya lepas kan dia. Dia asyik menangguhkan permintaan itu. Di situ saya dah nampak apa yang patut.
Jujur jika isterinya tidak mengizinkan, kaki saya memang ringan untuk berundur. Tapi dia kerap mengatakan dia akan menyakinkan isterinya. Kisah status dia tak pernah saya cerita kan kepada keluarga mahu pun sahabat baik.
Malu, berhubungan dengan suami orang. Tapi pend4m sorang – sorang buat saya str3ss, akhirnya saya ceritakan kepada sahabat saya. Alhamdulillah saya ada kawan yang baik. Tegur saya secara elok. Katanya faham dah sayang.
Faham kenapa saya rahsiakan status dia. Sebab saya malu. Cuma sahabat saya harap saya bagi tau awal dekat dia supaya dapat membantu. Dia tak mahu lihat saya terIuka menangis.
Saya doa sentiasa semoga Allah menjaga saya. Andai betul j0doh saya tak tolak, namun jika tak berilah petunjuk agar hati saya boleh move on. Berkat bantuan kawan saya, perlahan – lahan saya undurkan diri.
Mula tidak reply mesej atau panggiIannya, bermacam – macam alasan saya buat. Sibuk, penat dan sebagainya. Dia masih setia menghubungi saya, sehingga lah saya perasan dia telah menyek4t saya di WhatsApp.
Saya tersenyum, adakah ini petunjuk dari nya. Saya tunggu sehingga beberapa hari dan saya DM dia di fb. Tiada baIasan tapi dia online. Kemudian saya stalk akaun isteri dia. Saya tersenyum lagi. Sah dia kant0i dengan isterinya.
Status isteri nya dah membuktikan tekaansaya. Terus saya buat keputvsan untuk block dia dari semua arah. Saya sudah sedih untuk move on. Tapi dalam masa yang sama rumah tangga dia bergoyah. Saya dihimpit perasaan bersalah.
Aku punca semua ini terjadi. Saya panjatkan doa semoga Allah s.w.t meIindungi rumahtangga mereka, semoga mereka kekal bahagia sehingga ke Jannah. Di sini saya ingin meminta maaf kepada isterinya, kerana kehadiran saya telah mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka.
Saya akui silap saya, walaupun saya yang ditipu oleh si dia. Namun bertepuk sebeIah tangan tidak akan berbunyi. Kak, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Saya tiada niat hendak menjadi per4mpas atau pemusn4h rumah tangga akak.
Saya juga wanita, hati saya lembik bila dengar ayat – ayat manis dia. Saya juga wanita, saya terbayang kalau saya di tempat akak. Pasti saya terkuIai menangisi nasib. Tapi saya respect akak sebab akak kuat.
Saya doakan rumah tangga akak berkekalan sehingga jannah. Maafkan saya, saya berd0sa dengan akak. Saya jahat. Saya si peny0ndoI tak guna. Untuk si dia, sudahlah. Isteri awak sudah cukup sempurna.
Dia telah membawa, melahirkan dan membesarkan zuriat awak. Makan minum, pakai awak semua terjaga rapi. Jangan disia – siakan dia, dia bid4dari awak. Kita dah tersilap, anggap ini pengajaran.
Ayuh sama – sama kita bertaubat, mohon kemaafan dari yang esa. Selamatkanlah rumah tangga awak. Jangan difikir pasal saya. Saya maafkan awak. Saya bukan manusia yang sempurna tapi biar lah saya mencuba dari membiarkan diri h4nyut dengan h4sutan dunia.
Saya tidak sempurna, saya juga ada c4cat ceIa. Ini pengajaran besar buat saya, berhati – hati lah agar kesilapan sama tidak berulang kembali. Semoga saya tabah dan cekal menghadapi ujian ini.
Buat gadis di luar sana, berhati hati lah agar tidak terjer4t dengan suami orang. Selagi boleh elak, elakkan lah. Seandainya ada j0doh, Insyallah kebahagiaan itu milik kalian. Saya tidak menangis, jujur saya rasa ringan.
Seolah satu beban yang besar hilang. Dari badan saya. Tidak pernah saya perasan yang selama ini saya membawa beban yang berat. I’m moving forward. Saya belajar untuk mencintai Allah s.w.t, keluarga dan diri saya sendiri, itu lebih baik.
Doakan saya untuk terus melangkah dan tidak berpaling ke belakang. Terima kasih, – Fyza (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Qaisara Aishah : Syabas sis. lebih baik undur diri daripada mer0sakkan masjid orang. “Kita tak salah. Abang jamil yang salah. Kite mesti menjaga martabat kaum wanita.” Jangan jadi peny0ndoI.
Buat laki tu, Isteri dia layak dapat lelaki yang lebih baik dan tahu menghargai. Dah ade anak tapi sanggup menggataI dengan pompuan lain. Sejenis pentingkn nafsu daripada anak bini.
Zureena Ibrahim : Tahniah dik berjaya lepas dari g0daan laki orang. Ramai sebenarnya yang bahagia dengan anak bini tapi tak bersyukur masih nak test market dan main – main dengan perempuan single yang terdesak.
Jahat tau laki orang yang pura – pura bujang ni. Nasib baikla awak cepat – cepat sedar dan boleh fikir rasional. In sha Allah semoga berjumpa j0doh yang baik yang pentingnya bujang atau duda.
Noor Faiza : Kalaulah semua perempuan yang meny0ndoI macam awak.. inshaAllah banyak rumahtangga yang dapat diselamatkan. Sayang pada hak orang yang belom halal tu h4ram.
Saya selalu doakn yang mane dah runtvhkan rumahtangga orang lain berbahagia atas pend3ritaan orang lain Allah akan datangkan kifarah, mungkin bukan pada kita tapi siapa tahu pada keturunan akan datang.
Jangan sedih melepaskan yang manis sementara kerana akan datang Allah janjikn yang lebih baik. Syabas awak..
Khalijah Kamarul Ariffin : Saya pernah jugak mengalami situasi macam ni di mana kita tak tau lelaki tu adalah suami orang dan hati dah mula rasa sayang. Tapi Allah sayang pada kita, kadang Dia dah tunjuk itu bukan j0doh kita.
1 hari dia acc1dent dan masa tulah isteri dia ada. Yang paling sedih, isterinya tengah mengandung. Walau dah mula sayang, saya tanya diri sendiri, adakah saya sanggup membina kebahagiaan di atas pend3ritaan orang lain?
Saya tak sanggup. Sungguh walau susah, saya nekad undurkan diri. Untuk perempuan yang mengaIami perkara macam ni, buatlah pilihan yg bijak. Kita mampu untuk pilih mengundurkan diri selagi boleh.
Biar kita s4kit dahulu asal tak banyak pihak yang akan terIuka kemudian hari. Kepada confessor, moga awak bertemu j0doh yang terbaik dan selalu dalam Iindungan Allah. Amin!!
Cik Puan Ria : 1. Dari awal lelaki tuh dah tak jujur nak kawan sebab dia sembunyikan status dia suami orang. Lelaki macam nih biasa niat nak cari stock geIi – geIi je.
2. Terbukti dia cari stock geIi – geIi bila dia pun menjauhkan diri dari awak bila kant0i dengan isteri dia. Memang dasar mulut manis, tapi hati pengecut. Macam mana boleh fikir dia akan jadi suami bertanggungjawab yang adil pada semua orang?
3. Martabat kaum wanita bukan untuk dijadikan stock geIi – geIi tapi jadi isteri yang selayaknya dipimpin ke syurga dunia akhir4t. Syukur la bijak dalam memilih jalan keluar. Tahniah…