Aku, Hafizah 30 juzuk, semua sempurna aku amalkan, dari awal pagi, adab, doa, sunnah, aku amal. Solat aku tak ada awalnya sudah, Quran m4kin pudar dari ingatan dan hati. Akhirnya aku minta cerai dengan suami. Satu soalan dari suami dengan mata redup, “apa salah abang?”
#Foto sekadar hiasan. Aku seorang surirumah berumur 38 tahun, mempunyai 4 orang anak, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Kahwin ketika berumur 24 tahun dengan suami yang berumur 25 tahun.
Kami tak pernah bercinta atau berjumpa. Hanya tunang dan beberapa bulan kemudian terus kahwin. Kami datang dari keluarga yang berbeza didikan, berbeza cara belajar, tapi sama matlamat hidup.
Mahu bina keluarga untuk hidup dengan amal agama sehari – hari. Bina keluarga bahagia dan akhir4t adalah tujuan utama. Nampak tujuannya sama, cita – citanya sama, tapi amalan dan usahanya bertent4ngan.
Aku, seorang yang langsung tak cukup kasih sayang. Aku dari kecil anak yang paling disisihkan. Dibanding – bandingkan dengan adik beradik lain, dengan orang lain, siang malam pagi petang, buruk aku dicerita sana sini sampai aku benci diri aku sendiri.
Jiwa aku kosong penuh amarah. Baran. Tapi tak nampak pun macam baran, aku simpan pend4m sampai hati aku rasa nak h4ncur. Ni cerita aku sebelum kawin. Bila aku kahwin, aku ada cita – cita, tujuan untuk keluarga kecil aku.
Aku nak hidup dengan amalan agama, penuh kasih sayang, sebab aku tahu keh4ncuran jiwa bila tak pernah rasa disayangi. Jujur, keluarga aku hidup dengan amalan agama, dari kecil tiada tv, amalan, adab, semua ada.
Solat, tahajud, Quran, khidmat ibu bapa, sempurna. Aku, Hafizah 30 juzuk, semua sempurna aku amalkan, dari awal pagi, adab, doa, sunnah, aku amal. Tapi satu je yang kurang, aku tak ada kasih sayang, yang aku ada baran, kebencian, kusut, hitam, hati aku hitam.
Satu je jalan keluar, aku nak bina hidup baru bila kahwin. Tapi seawal sebulan kahwin, aku dihadap benda yang asing bagi aku, aku bangun awal, tahajud, ulang hafazan, solat subuh. Suami? Masih tidur. Tak apalah, masing – masing.
Asalkan solat walaupun agak lewat. Aku mengandung sebulan selepas kahwin, aku badan jenis lemah, selalu s4kit kepala kuat. Masa mengandung s4kit jadi kuat dan teruk. Suami aku suka tengok tv sampai 2, 3 pagi.
Cerita omputih tak cukup kain. Jujur aku s4kit jiwa raga. Ini bukan cara hidup aku, bahkan bukan cara hidup orang Islam tu sendiri. Bukankah matlamat kita sama? Keluarga dan anak Soleh solehah? Di mana cara hidup Islam?
Mana usahanya? Suami bila berborak atau bercerita, sibuk puji anak orang begitu begini, alim Soleh begitu begini, sekadar cerita? Tak ada usaha untuk buat? Walaupun begitu, aku ok saja, cuba ajak dia sama – sama buat amalan, didik anak dan sebagainya.
Bila dah ada anak pertama, tak tahu nak katalah, anak kecil beberapa bulan dimarah ditengking – tengking, depan orang ramai dan sebagainya. Aku, baran aku dalam diri aku simpan, aku tak nak keluarkan sebab aku dah azam nak jadi isteri ibu terbaik berbekalkan Al Quran dalam d4da.
Tembok sabar aku bina untuk keluarga kecil aku. Aku, jiwa aku yang h4ncur dari kecil ni aku balut dengan sabar dan air mata. M4kin bertambah anak, suami begitulah, anak sulung aku lasak nauzubillah. Akulah jaga, akulah didik dia.
Suami aku tahu tengking. Aku bina keyakinan diri dia, tak maIukan dia depan orang lain, cakap lembut – lembut. Tapi suami aku suka hati dia nak buat apa. Aku bina, dia h4ncurkan hati budak tu.
Pergi rumah orang, balik kampung, aku lah jaga anak – anak. Semata – mata tak nak dia tengking marah anak depan orang ramai. Letih, Allah je tahu. Dengan s4kit kepala yang tak berpenghujung.
M4kin tahun, aku m4kin h4ncur, aku mula tunjuk baran aku. Kadang – kadang aku hilang kawalan, barang – barang rumah mula pecah – pecah. Anak – anak mula rasa buah tangan aku, walaupun macam tu, anak – anak tak pernah Iebam bila aku pukuI.
Selalunya aku yang Iebam bahagian jari sebab badan aku memang jenis lemah. Hari ini, aku bukan aku 10 tahun yang dulu, aku h4ncur. Dunia akhir4t aku h4ncur. Tak ada yang bertahan dengan aku.
Solat aku tak ada awalnya sudah, Quran yang dulunya susah payah dan berendam air mata aku hafal entah ke mana hilangnya. M4kin pudar dari ingatan dan hati. Baran aku pulak semua dah tak bertapis, tengkingan kalah suami, barang rumah pecah.
Segala adab amalan seharian entah ke mana. Tengok muka suami rasa nak tumbvk dan m4ki sekuatnya. Tak mampu nak tengok muka dia. Mungkin masalah aku tak sebesar orang lain, tapi aku tak ada hati sekuat orang lain.
Hidup aku nampak mudah, tak banyak liku, tapi tetapnya aku disatu tempat mengh4ncurkan aku. Aku hanya menerima, tak pernah diberi peluang dan pilihan untuk hidup aku.
Segala yang aku impikan untuk ubat hati dan jiwa aku, dah aku tak kisah. Tahun tahun yang aku lalui dengan jiwa yang rapuh bukanlah mudah. Aku dah cukup bersabar. Aku hilang rasa nak hidup. Hilang rasa nak didik anak.
Aku biarkan sahaja, rajin aku ajar anak mengaji. Malas aku biarkan sahaja. Masa lepas lahirkan anak ke 3, aku bersalin bedah. Perut aku lama rasa ngilu dan aku badan memang kurus. Berat dalam 40 kg lebih sahaja.
Umur anak sulung masuk 7 tahun baru nak belajar solat. Pagi – pagi nak kena k3jut subuh. Aku minta suami k3jutkan setiap pagi sebab budak – budak kena angkat terus bawak bilik air kalau tak, tak mahu nya bangun.
Pinggang aku s4kit. Serius badan aku s4kit. Tapi langsung tak pernah ditolongnya. Cuti pon macam tu jugak. Aku gagah angkat. Aku mula angkat anak ni masa dari dia 5 tahun, sebab dia nak pergi pasti pagi – pagi.
Bertahun aku minta dia tolong, janji nak tolong tapi buatnya tidak. Sekarang aku dah malas Aku penat. Kalau tak sekolah, subuh gajah je anak aku. Lantakkan aje. Ayah kau ok saja. Tahun lepas aku serius minta cerai, aku sungguh nak berpisah.
Sebab aku memang tak boleh tengok muka suami. Aku rasa nak m4ki. Aku nak bina semula hati dan jiwa aku, sendiri. Aku nak didik anak – anak aku sendiri. Aku tak nak anak – anaknya aku jadi macam aku, baran, tak ada keyakinan diri.
Aku tak pernah tinggi suara pada suami, tak pernah. Aku taati dia. Tapi maIang bagi aku, dia pon selalu bandingkan aku dengan orang lain. Maaflah kalau aku tulis agak serabut dan ntah apa – apa. Aku serabut. Sungguh serabut.
Kadang – kadang waktu solat, walaupun solat lewat, aku dapat rasa satu perasaan rindu yang berat dan dalam, jauh dalam hati aku. Kadang – kadang jatuh air mata aku. Tubuh dan hati aku rindu semua yang pernah aku rutinkan dulu.
Tapi fikiran dan jiwa aku kosong dan menolak. Sekarang suami mula berubah, sejak aku minta cerai, dia dah mula rajin didik anak. Mula bincangkan tips didik anak dan sebagainya. Aku, dah malas.
Bertahun aku ajak dia sama – sama didik anak, segala macam tips aku wasap. Dipandang sepi. Aku cuba jadi macam yang dia nak, tapi masih bandingkan aku dengan kawan – kawan perempuan dia, isteri isteri kawan dia.
Kau tak nak aku, ceraikan aku. Buat apa simpan. Jujur pada diri kau, tak ada apa yang aku suka. Bertahan sebab hidup aku kau yang nafkah kan semua. Aku dah malas, anak – anak semua macam singa, meng4muk, kasar, menjerit – jerit.
Nampak jiwa mereka tak terawat. Aku dah cuba yang terbaik sedangkan aku sendiri tak terawat. Kalau ini yang suami suka, biarkan. Aku lantakkan saja. Dia pun dah mula prihatin pada kesihatan jiwa aku dan anak – anak.
Mula nak jadi ketua keluarga yang baik. Aku biarkan sahaja. Buat apa kau suka, aku ikut sahaja.. Aku tak k3jut anak solat, aku nak rehat, letih bangun malam 2, 3 kali layan anak. Aku buat mana yang aku mampu.
Jadi macam ni aku tenang, tak perlu fikir bila orang bandingkan dengan orang lain. Tak suka aku sudah. Love your self ok. Aku tak buat d0sa, aku tak meIawan, cuma aku tak seperti dulu, dah tak ada tujuan hidup.
Tak ada apa – apa yang aku harapkan. Aku kosong. Aku masih berharap aku dapat bangkit semula. Aku nak kejar buat amalan, biarlah aku disayangi selepas m4ti, dapat syurga. Tapi tulah, aku tak jumpa semangat tu dah.
Mohon doakan aku berjaya dunia akhir4t.
Sambungan.. Assalamualaikum hai, aku Lie. Aku suka nak sambung sikit lagi kisah – kisah aku. Aku dan suami bukan kahwin tangkap muat. Suami baik dan keturunan baik – baik.
Biasalah setiap dalam diri kita manusia, mesti ada sikap, per4ngai atau kelakuan yang dah sebati dan susah diubah. Ia mungkin biasa bagi sesetengah orang, dan tidak pada sesetengah yang lain.
Beberapa komen aku baca kata aku penting kan diri sendiri. R0sakkan jiwa anak – anak hanya kerana pr0tes pada suami. Mungkin itu pada pandangan dia, aku terima. Aku nak cerita jalan hidup aku.
Jalan hidup yang langsung tak sama macam orang lain. Adik beradik aku baik – baik. Aku paling nakaI paling tak dengar kata. Mungkin… sebab tu aku selalu dengar kata – kata bandingan macam, “tengok abang kau…” atau “adik / abang kau begitu begini”.
Ayat bandingan ni kesan dia sangat besar. Bila kau hadap 10 20 tahun, kau akan rasa diri kau betul – betul tak berguna. Lagi – lagi bila kau berjaya dalam apa – apa sekalipun, tapi tak pernah dipuji.
Aku hilang keyakinan diri. Pemalu. Pendiam. Bercakap jadi cepat dan mudah s4kit kepala. Bila orang yang sepatutnya jadi tempat kau berg4ntung pun anggap kau macam sampah, apatah lagi orang lain.
Orang yang macam aku, nak bergaul pun tak pandai, nak berborak pun tak pandai. Segala benda tak pandai. Dalam otak asyik fikir semua orang benci kan aku, aku b0doh, h0doh dan sebagainya.
Aku tak ada apa – apa untuk dibanggakan. Tengok lah, mak ayah aku sendiri pun tak pandang aku. Lagi memburukkan jalan hidup aku, aku cuma sekolah takat darjah 6. Lepastu masuk pondok belajar kitab.
Kemudian umur 16 masuk madrasah belajar Quran. Khatam, sambung mengajar sampai umur aku 23. Hidup aku, rumah, madrasah, rumah, madrasah. Tak ada pergaulan. aku tak tahu dunia luar. Tak ada tv. tak ada segalanya.
Aku nak mengajar pun susah ayah aku nak lepaskan. Aku langsung tak pandai berdikari. Langsung. Dunia aku macam penjara. Dalam dunia seperti itu, hanya satu yang sangat – sangat diperIukan. Kasih sayang, dihargai, didengari.
Aku suka jalan hidup aku, aku suka dunia aku hanya untuk akhir4t, tapi aku gagal t3mpuh sebab aku tak ada tempat berpaut saat aku susah, payah. Balik rumah aku langsung tak rasa bahagia.
Sedangkan itulah satu – satunya tempat aku boleh pergi. Aku hauskan kasih sayang, sangat haus. Sebab aku perasan waktu aku mengaji dan solat, aku rasa tenang, tapi entah lah.. ada yang tak kena.
Hati aku s4kit, terasa sangat tersiksa dan berat. Aku tersiksa, tapi aku tak ada tempat untuk pergi. Aku tak pandai berdikari, aku langsung tak ada kemudahan. Dunia luar aku langsung tak tahu.
Sebab tu bila aku kahwin, ia harapan besar bagi aku. Aku nak kerja, aku nak keluar. Aku nak lihat dunia, aku nak berdikari. Tapi suami tak bagi aku kerja, itu bukan salah dia. Dia mampu, dan dia sendiri tak tahu keadaan aku.
Antara aku dan suami, tak banyak masalah. Suami termasuk suami yang baik. Hidup aku seratus peratus ditanggung suami. Dia tak pernah berkasar dengan aku. Aku nampak dia sangat sayangkan aku, cuma entahlah.. mungkin kurang prihatin.
Aku nak minta cerai pun fikir banyak kali. Aku langsung tak tahu apa – apa. Aku tak ada kemahiran, tak pandai bergaul. Dengan badan lemah selalu s4kit kepala. Masa aku minta cerai pun aku dah cakap, aku tak kan ambil anak – anak sebab aku tak mampu.
Mata suami redup seredupnya. Dia tanya kenapa nak cerai? Apa salah abang? Serius, dia tak tahu salah dia apa. Aku rasa betul – betul s4kit dan putvs asa. Dia saksikan sendiri aku meng4muk, pecahkan barang, hent4k kepala tarik rambut.
Semua tu berlaku lepas aku bagitahu masalah aku, pasal anak – anak, pasal jiwa aku, pasal hidup yang aku nak. Tapi jenis suami aku dia mudah lupa. Lepas dia saksikan semua kegiIaan aku, dia masih tak rasa nak buat apa – apa untuk aku.
Tak perasankah aku langsung tak normal? Aku s4kit dan rosak. Tak terfikir ke dia nak selamatkan aku? Yang dia buat cuma peIuk, pujuk, suruh aku contohi orang sekeliling, yakinkan aku bahawa aku mampu jadi ibu isteri yang baik. what the????
Kalau aku ajak dia bincang pasal diri aku, kesihatan mentaI aku, jawapan – jawapan dan baIasan dia tak membantu, paling sering dia sebut “cuba jadi macam isteri kawan abang….” Dengar ayat tu aku jadi hilang kawalan.
Menjerit – jerit hist3ria, dia tenangkan, dia peIuk, pujuk, dia tak akan tidur selagi aku tak tidur walaupun dia sendiri sampai tersengguk – sengguk. Dia tak akan tinggalkan aku selagi aku tak jadi lunak bila dia tarik aku dalam peIukan dia.
Kata – kata dia, respon dia, ketidakpedulian dia untuk berubah atau ambil tindakan lepas kami berbincang, buat hati aku s4kit dan mula membenci dia. Dan macam biasa, esoknya dia ok ok je, dia senyum, layan aku baik.
Macam tak pernah jadi apa – apa, macam aku sihat – sihat sahaja, macam aku langsung tak pernah jadi giIa sebelumnya. Benda ni jadi bertahun lamanya. Setiap kali berbincang, dia minta aku luahkan semua yang aku mahu dan rasa, tapi lepastu dia anggap macam tak ada apa.
Aku tak pasti dia memang pelupa atau bagaimana. Aku langsung tak faham. Dan serius, dia baik pada aku cuma sikap, cara dia layan anak, sikap pada sesetengah perkara dan sikap dia waktu kami berbincang betul – betul buat aku giIa dan s4kit.
Dia bukan suami jahat, bukan lepas tangan, dia baik, bertanggungjawab, cuma beberapa sikap dan masalah terbesar adalah aku sendiri.. jiwa aku. Aku cakap aku s4kit, jiwa aku s4kit, dia tanya nak buat apa?
Dan – dan aku naik giIa, dalam hati aku menjerit – jerit, kau b0doh ke apa! langsung tak boleh fikir ke?! Aku sedar aku patut bersyukur. Mana ada manusia sempurna? Tapi aku perlu ruang sahaja. Ruang untuk ubat diri aku.
Aku luahkan kat sini sebab aku cuma mahu teman bercerita, Walaupun tiada yang mendengar, cukup lah ada yang membaca, ia meleraikan beban ini. Suami pun dah mula berubah, dia dah rajin didik anak, dah mula nampak bangun awal tahajud.
Dia bukan jahat, bab wajib dalam agama semua dia buat, cuma mungkin dalam dunia ni ada jenis – jenis orang yang memang kurang peka. Bila dia tengok perubahan besar dalam hidup dia baru dia ambil tindakan.
Aku bersyukur. Cuma tulah.. aku harap aku dapat bangkit bersama dia uruskan semula keluarga kami. Malam – malam sebelum tidur, aku peIuk cium anak – anak. aku tenung mata diorang, aku cakap aku minta maaf banyak – banyak sebab selalu marah dan pukuI diorang.
Aku cakap, ibu salah, ibu minta maaf. Ibu yang jahat. Anak – anak aku peIuk aku, diaorang cakap, ibu s4kitkan, ibu penat? Aku senyum jelah. Aku buat mana mampu. Setiap kali aku peIuk anak – anak, terdetik dalam hati aku, kau orang bertuah, dapat rasa peIukan ibu, dapat rasa ibu usap kepala dan bercakap dari hati ke hati dengan ibu.
Ibu kau ni tak ada dalam memori rasa hangat dipeIuk, rasa jiwa sejuk dipujuk d4rah daging sendiri. Harap aku mampu jadi ibu terbaik untuk hari hari mendatang. Moga Allah padamkan dari hati dan fikiran anak – anak aku semua kesilapan dan kesalahan yang aku pernah buat kat diorang.
Terima kasih atas segala nasihat dan pandangan yang ditulis, aku baca dan ambil mana yang aku rasa berguna untuk aku. Doakan aku… Dunia tempat ujian dan dugaan kan? Akhir4t tempat baIasan atas semua yang kita kerjakan di dunia.
Orang mukmin tu walau tercucuk duri pun ada ganjaran. Doakan bekas kasturi yang bertutup di dalam d4da aku terbuka semula. – Lie (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Siti Noraini Maidin : Faham sangat perasaan puan. Betul, kita nak didik dan bentuk anak – anak kita seperti yang kita impikan. Tapi ia tak semudah Yang difikirkan bila hanya satu pihak sahaja Yang bersungguh – sungguh.
Lalu putvs asa dan kecewa datang bersama hati yang sudah tawar. Senang untuk orang lain berkata adulah kepada Allah, namun jiwa kita tak sama. Bila sudah lama bersabar, akan berubah jua hati, tidak sekuat dan setabah dulu.
Bertambah p4rah apabila segala kelembutan dibaIas tuba dan dibanding – bandingkan dengan orang lain. Hugs for you puan. Moga ada sinar baru untuk puan teruskan kehidupan dan kembali kepada sifat dan tujuan asal puan berkahwin. Semoga kita semua dirahm4ti Allah… Amin..
Rohaizah Abwahab : Buat amalan sikit – sikit dik tapi istiqomah. Jangan p4ksa diri buat semua amalan nak jadi yang terbaik terus. Jangan buat sekali harung terus, relax tapi istiqomah. Slow talk dengan suami tentang segala kepenatan adik.
Beritahu dia anak – anak jangan ditengking – tengking di khalayak. Luahkan. Jangan asyik pend4m je Kan sekarang dia dah berubah tu. Jangan harapkan perubahan 360 darjah. Sikit – sikit. Syukur. Berlapang d4da. Bangkit.
Bina balik niat dan impian adik waktu mula – mula mendirikan rumahtangga dulu. Achik pun tak reti cara untuk hilangkan bitterness dalam diri adik tu. Minta bantuan dengan orang yang ada ilmu mungkin.
Isikan kasih sayang je dalam diri tu. Sayangi diri sendiri, anak – anak dan suami. Jadikan pengajaran apa yang adik telah lalui semoga tidak berulang kepada anak – anak. Ingat kasih sayang paling penting.
Natasha Hanna : Awak tak reti bersyukur. Belajar agama tinggi – tinggi tapi tak belajar redha. Maaf tak boleh nak husnudzhon, ramai lagi isteri – isteri dan ibu – ibu lain yang lagi bermasalah dari awak tapi boleh hadap dengan baik.
Surirumah, tak bekerja, suami tanggung semua. Apa lagi nak tah. Pergi je la cerai, lembik sangat. Perempuan lembik macam awak ingat kalau cerai lagi senang ke nak hadap dunia ni sorang – sorang??
Nur Hajarul Musa : Big hugs. Nak komen lebih – lebih pun, saya tak aIaminya. Lepas baca pun boleh rasa anda penat dan serabut. Mungkin anda perlu ambil masa rehat sebentar. Lepas tu bangkit balik.
Suami dah nak berubah, alhamdulillah. Cuma kalau perIukan nasihat, pergi pejabat agama. Minta pandangan ustaz ustazah. Cari balik diri anda. Buat aktiviti yang anda suka.
Contoh macam berkebun, jungle tracking, memancing, menjahit, mengemas dan macam – macam lagi. Anda boleh. Lama – lama anak – anak pun akan terkawal. InsyaAllah. Jaga diri.
Shahdu Mohd Sah : Aku baca pon tak paham apa kau nak. Macam mana nak harap laki kau paham? Kalau nak keluar bebas segala tu, cakap je la ngn laki tu. Tengok kalau dia boleh bagi ke tak? Kalau dia tak boleh bagi, cerai jela.
Dari menyiksa laki dengan anak – anak. Diorang jadi m4ngsa. Apa tt nak sebenarnya? Haa. Ni tt sendiri kena cari jawapan. Paling utama, berhentila menyalahkan orang lain, (i. e. Ibu bapa, masa silam, suami, anak-anak).
Take responsibility for your own life. Bertanggungjawab atas pemikiran dan tindakan dalam kehidupan sendiri, betul atau salah. Elakkan dari menganggap diri tu m4ngsa dalam semua aspek kehidupan.
Sedar tak dalam kehidupan awak sekarang, tiada siapa pun yang kacau atau d3ra awak? FizikaI ataupun minda? Take charge of your own happiness. Rasa nak tinggalkan anak suami. PergiIah. Buat je. Tapi tanggung la akibat buruk atau baik. Jangan salahkan orang lain. Good luck!