Kak ipar level T20 p4ksa adik bagi tanah kampung dekat dia, siap dah buat rumah 4 bilik!

Mak ayah kami awal – awal dah hibahkan tanah untuk anak – anak. Yang jadi masalah, kak ipar tak puas hati abang dapat tanah dekat hulu. Senyap – senyap dia balik mengadu dekat mak, siap pujuk adik untuk bagi bahagian tanah. Saya pelik, sebab abang dan kak ipar kaya raya, kereta 6 bijik tapi..

#Foto sekadar hiasan. Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan hi semua. Nak kongsi, saya ada seorang kak ipar yang luarannya nampak lembut tapi dalam hati penuh noda. Ceritanya begini, tiga tahun lepas mak ayah kami mula hibahkan tanah kepada anak – anak, kami ada lima orang adik beradik.

Kami sekeluarga bermesyuarat bincang dan dapatkan persetujuan semua jemaah termasuk laki bini masing – masing. Jadi, bermulalah episod drama si stokin baldu ni. Mana yang dah ada bajet teruskan dengan proses tukar nama.

Iyalah semua dah sepakat dan bersetuju dengan bahagian masing – masing. Stokin baldu ni kak ipar kami yang no dua. Dia dapat enam ekar tanah sawit, letak nama abang kami la kan. Abang kami lagi bijaksana 2 tahun lepas tu tukar tanah tu atas nama bini kesayangan dia.

Tapi ropanya dia heboh dok audit bahagian orang lain. Saya tengok dah jadi macam juruukur pon ye juga. Stokin baldu ni dok complaint pasai pa dia dapat tanah dekat bahagian hulu?? Tiber je. Kami masing – masing dah usahakan tanah bahagian kami, ada yang buat rumah sewa, tanam cili api, tanam serai dan sebagainya.

Stokin baldu ni jer takdak buat apa lagi. Saya dok perati tiap kali dia balik kampung (tu pun balik sebab ada hajat ropanya dok ngepow mak ayah minta suntikan modal berniaga beratus ribu ringgit). Suka balik senyap – senyap tak nak jumpa adik beradik yang lain.

Depa balik dok melobi mak ayah nakkan bahagian tanah adik beradik lain dengan alasan nak buat rumah singgah balik kampung, tanah dia dihujong donia tak boleh buat rumah kata dia. Kata dia.. Stokin baldu ni kira orang kaya sebab bisnes dia berkembang maju.

Tak kisah pon sebab tu harta dia usaha sendirikan? Nak cerita sikit la kekayaan dia level mana. Rumah banyak, dia laki bini paling kaya sekali kalau campur pendapatan, tapi kalau balik kampung lenggang kangkung beli buah pon sorok dalam bilik tak nak kongsi.

Ada adik sorang ni terp4ksa rela bagi dia buat rumah sebijik kat tanah dia. Tak tahulah macam mana dia pujuk adik kami tu. Kita tak tahu  apa drama tu, jadi kita tak yah cita noo. Kita cita yang dalam pengetahuan kita saja.

Dah siap rumah tu, dia siap minta bagi bahagian tanah tu letak nama dia ye bukan nama abang sebab alasan dia duit buat rumah tu dia yang keluar modal. Jadi ada meeting tergempar takdak panggil jemaah lain, hanya antara mereka je.

Jadi adik ni f1ght la hak dia kan. Dia kata perjanjian asal nak bagi dia buat rumah satu bilik je untuk dia singgah balik kampung bukannya nak bagi bahagian tanah adik tu kat dia. Member stokin baldu pi buat rumah 4 bilik tidoq, dua bilik ayaq. Coi!!!!

Dah mak ayah masuk campoq minta adik ni beralah je la. Adik ni bagi cadangan tukar dengan tanah sawit satu ekar pon si stokin ni kira guna kalkulator weh. Tak pasal stokin tuduh saya yang dari tak tau cita pa dia, kata saya dok menghasut adik ni.

Adik ni hanya call minta bantuan saya untuk selesaikan hal ni. Dah tuduh saya penghasut. Maka saya pon masuk ini cerita, dari taktau apa terus tau apa butir cerita tu. Jadi cerita dia, kalau kau kaya banyak duit jangan ambik  hak orang lain.

Ko kan kaya, belilah tanah dan aset sendiri. Tak payah dengki dengan orang lain. Ko dah level T20 dah pun. Emas banyak, investment banyak. Kereta enam bijik. Dah dapat apa kau nak, balik kampung jarang sekali. Tapi hutang kat mak ayah yang pinjam berpuluh k tu singgit pon kau tak nak bayar. MemaIukan!!!!

Ni bukan drama sinetron tapi cerita betul. Jadi, sesiapa yang ada hutang duit kata nak pinjam dengan mak ayah ni silalah bayar ye. Jangan buat – buat lupa kemudian tu play v1ctim! Wanita yang berpura – pura alim, berstokin, berhijab tutup d4da hanya sekadar menutup aur4t sahaja tapi kelakuan lagi murrrbahaayaaaa daripada hakak yang londeh sana sini.

Yang londeh sana sini tu pon murbah4ya tapi per4ngai macam tu kita boleh agak macam mana. Yang bertutup penuh ni kejahatan dia memang tak boleh terima. Semoga Allah ampunkan d0sa kita semua. Aamiinn. – Timah Tanjung Tuan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Long Ani : Berbicara pasal harta. Sanggup ketepikan silaturahim. Sanggup menidakkan hak orang lain dengan menabur janji yang tak pernah atau mungkin tak akan ditunaikan, walau saud4ra sendiri terani4ya. Bagi yang berduit, kau boleh buat apa saja kerana kau berduit.

Bagi yang terani4ya, bersabarlah dan mohon lah bantuan dari yang Esa kerana Dialah segalanya. Luahkanlah keluh kesah kita padaNya kerana hanya itu saja yang kita punya.

Ummi Yahaya : Harta dunia ni kuat ujiannya. Kadang – kadang awal tengok orangnya baik. Tapi bila diuji bab harta. Terbarai semua nafsu nafsi. Kadang – kadang lihat orang tu buruk per4ngai, tapi bila libat bab harta. Sanggup lepaskan hak dia demi keharmonian bersama. Manusia dan ujian, selagi hidup begitulah.

Mengawal Mawar Berduri : Berebut bab harta.. Kalau buat tak betul nanti m4ti kena tekup dengan bantal baru tau. Harta tak berkat tu yang g4duh adik beradik. Entah – entah dulu nak dapat harta tu makpak depa dok g4duh dengan orang kot. Tu yang mai anak – anak jadi beng0ng habis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.