Saya pelik anak tidur nyenyak langsung tak merengek minta susu, rupa2nya mertua letak ubat batuk dalam susu

Saya terp4ksa mengalah biarkan mak mertua jaga saya dalam pant4ng memandang anak merupakan cucu sulung dalam keluarga suami. Tak sampai sejam keluar dari hospitaI mak mertua terus suruh suami bawa saya balik kampung mertua 8 jam perjalanan. Azabnya bila berpant4ng rumah mertua..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin dan semua rakan facebook. Mohon hide profile saya ye. Saya dah 10 tahun berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak. Suami bekerja sebagai penjawat awam, saya pula hanya suri rumah selepas bersalin anak sulung.

Di sini saya nak kongsi pengalaman saya masa berpant4ng dengan mak mertua. Bukan kehendak saya nak berpant4ng dengan mertua tapi dipujuk oleh suami dan mak saya sendiri kena atas alasan anak saya adalah cucu pertama dalam keluarga mertua jadi saya mengalah dan mak saya juga mengalah walaupun dia susah hati sebab sudah sedia maklum per4ngai mertua, manusia yang suka berpura – pura.

Azabnya ketika saya berpant4ng dengan mertua hanya tuhan je yang tahu. Tak sampai sejam saya dapat kebenaran keluar hospitaI, mertua terus mem4ksa suami bawa saya balik kampung dengan perjalanan 8 jam. Kami bertolak 9 malam dan sampai di kampung lebih kurang 5 pagi.

Semua atas kehendak mertua yang suami tak berani nak membantah. Dalam pant4ng saya tak dibenarkan baring, saya tak diberi makanan berpant4ng saya tak diberi mandi air panas/ suam/ air daun. Saya juga tak diurut tak dipakai b3ngkung dan tak ditungku.

Semuanya dengan alasan mandi air daun nanti badan berkutu. Urut pula tiada orang yang boleh urut. Bengkung tak perlu pakai susah nak menyusu. Nak tungku tapi tak ada batu. Walhal sebelum bersalin suami dah beli dan siapkan semua ni.

Makanan saya sama macam makanan orang lain. Ikan bawal sambal, ayam kari, telur. Bila saya tak menjamah apa mertua masak, dia akan perIi saya dan tinggikan suara cakap, dia anak 5 berpant4ng, makan semua tu elok je sampai sekarang dan dalam pant4ng jangan jaga makan, nanti susu tak ade zat kata mertua.

Jadi nak tak nak saya menjamah sikit dan akibatnya seperti sedia maklum saya bent4n, Iuka tak baik siap bernan4h. Suami? suami hanya diamkan diri. Saya tak salahkan suami sebab tau mertua dah brainwash suami konon apa dia buat itu betol dan suami percaya bulat – bulat sebab ini pengalaman kali pertama..

Mertua tak bagi saya jaga makan dengan alasan nanti susu tak ade zat. Tapi masuk seminggu hari berpant4ng, mertua bawa balik, botol susu dan susu tepung. Dia terus bancuh dan tanpa banyak cakap bagi pada anak. Atas alasan susu saya tak elok dan cair.

Tapi saya tetap teruskan menyusu anak. Ketika usia anak saya dua minggu, depan mata saya adik ipar saya boleh bersin depan muka baby. Bila saya tegur mertua dengar, dia cakap, “alah baru sorang memang macam tu la jaga sangat konon” dan tak lama selepas tu anak saya batok dan selsema.

Keesokan hari saya kena pergi kIinik follow up Iuka di bawah. Saya pergi dengan suami dan anak tinggalkan sekejap dengan mertua sebab anak tengah tidur dan dalam keadaan anak tak sihat saya tak berani bawa anak keluar takut lagi memudar4tkan kesihatannya.

Bila balik saya pelik anak saya tidur dengan nyenyak sehingga malam tak minta susu. Bila mertua perasan saya usik – usik anak suruh bangun hisap susu mertua cakap, “jangan di kacau budak tu mak bagi dia ubat batok pagi tadi, tu dia tido.”

Allah berd3rau dar4h saya. Saya menangis sepanjang malam k3jut anak dan berdoa moga anak tak ade apa sebab saya ada terbaca baby tak boleh di bagi ubat dan ubat yang mak mertua bagi adalah ubat batok dewasa.

Alhamdulillah Allah dengar doa saya, saya bersyukur tiada apa terjadi pada anak dan sejak tu saya tak bagi mertua pegang anak dan dari menantu yang lembut hanya menurut saya menjadi kurang ajar sehingga bertekak dengan mertua dan minta cerai dengan suami jika tak bawa saya balik rumah keluarga dengan segera.

Suami menurut kehendak saya. Di rumah keluarga saya cerita apa jadi dan di sana baru suami buka mata dengan apa yang mak dia buat tu salah. Sejak itu baru lah suami banyak google dan mencari ilmu penjagaan dalam pant4ng.

Anak no 2 dan 3 saya berpant4ng sendiri dan suami sendiri yang menjaga makan minum saya dan anak. Jauh lebih sempurna dari mertua jaga dan sampai sekarang hubungan saya dan mertua tak berapa baik. Saya maafkan apa mertua buat pada saya tapi saya tak dapat maafkan mertua bagi anak saya ubat sebarangan.

Saya menanti selama 4 tahun untuk mendapat zuriat pertama. Selama 3 tahun saya dih1na dituduh beIa h4ntu raya, di c4ci manduI dan sebagainya tapi bila saya dah bersalin, saya sangat sedih dan terkilan bila mertua bagi anak saya ubat sebarangan.

Alhamdulillah saya bersyukur Allah masih meIindungi anak saya, harta dunia akhir4t saya. Buat mak mertuaku, moga pintu hati mak terbuka untuk menjadi seorang umat yang mentaati kepadaNYA. Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari netizen.

Rata – rata meluahkan rasa kurang puas hati atas apa yang berlaku kepada penulis dan juga anaknya. Hal sebegini penting bagi seorang suami untuk sama – sama membantu isteri ketika dalam pant4ng. Ilmu ketika berpant4ng dan cara penjagaan bayi juga perlu dikuasai supaya tidak jadi perkara yang tak diingini.

Komen Warganet :

Julia Stephen Yapin : Saya faham apa yang sis luahkan sebab pengalaman duduk serumah dengan mak mertua, sempat rasa berpant4ng juga dekat sana. Akibatnya, saya tak dijaga dengan sepatutnya oleh suami. Iuka kat bawah tu 2 mata jahitan terbuka sebab saya terlalu banyak bergerak, buat kerja rumah.

Saya tawakal sendiri, tak bawa pun pergi hospitaI sebab takut baby dan anak yang ke-2 mertua yang kontroI. Syukur Iuka perlahan – lahan sembuh juga. Memang azab sangat – sangat, belum pun penuh pant4ng sebulan mertua dah suruh saya masak, nak buat kenduri kesyukuran sebab anak bungsu dia nak masuk U.

Nak tak nak saya terp4ksa ikutkan arahan mertua. Saya tak simpan dend4m pada mertua dan ipar – ipar cuma saya doakan mereka ni sedar – sedarlah dan berubah.

Nurulhayat Mohd Noor : Baca ni teringat mak mertua jaga saya berpant4ng 12 tahun lepas anak saya yang sulung. Alhamdulillah, mak ayah mertua memang layan baik sangat. Sampaikan beli katil saiz Queen baru untuk keselesaan saya dan baby.

Katil tu saya siap bawa balik ke rumah saya sendiri. Mak mertua suruh ambil je bawa balik ke rumah. Makan minum hantar masuk bilik. Tak kasi jalan – jalan sangat sebab takut kaki tersandung nanti bent4n. Makanan memang betul – betul makanan orang berpant4ng.

Tak ada pun yang bukan – bukan. Air panas siap sedia dalam bilik air (masak guna cerek). Berurut, bertungku semua sediakan. Memang betul – betul jaga saya dan anak sebaik – baiknya. Tak ada kekurangan pun. Sampaikan saya ada terdengar anak perempuan dia tanya kalau dia beranak mak jaga macam tu tak?

Syukur Alhamdulillah. Anak kedua ketiga baru pant4ng kat rumah mak sendiri tu pun kejap je untuk awal – awal minggu sebab kesian suami ulang alik kerja jauh. Lepas tu balik rumah sendiri jaga sendiri je.

Nor Allysha : Alhamdulillah mak mertua saya baik sangat jaga saya masa dalam pant4ng anak sulung dulu. Hari – hari masak untuk saya, siap hidang dekat saya dalam bilik sekali air basuh tangan disediakan. Malam – malam akan ambil anak saya, tuam perut anak saya, sampai tidur.

Basuh baju saya, baju anak dan suami saya. Petang pula akan bakar tungku dekat saya dan ajar saya bertungku. Waktu pagi tolong mandikan anak saya, siapkan anak saya comel – comel dan sediakan mandian air herba untuk saya.  Siapkan br3akfast saya. Pengalaman yang tak akan dilupakan.

Nur Asmaazatul Qusna : Mentua macam nih memang wujud. Nanti dia jawab, “ehhh mak tak tahu benda tu tak boleh makan.” Selalu mentua macam nih yang jenis muda – muda dia tak pant4ng. Dah ada menantu acah – acah nak jaga orang pant4ng. Kau tak suka menantu, jangan kau ani4ya anak orang, ehhh sis ter em0.

Norzafirah Abdghafar : Bila kita berpant4ng rumah mertua, suami ambil kesempatan hatta nak suruh jaga anak buat itu ini ngelat sebab dekat rumah mak dia. Suami hanya menjadi seorang anak tapi dia tak menjadi seorang bapak dan suami.

Bila pant4ng rumah mak sendiri pulak. Isteri pula yang abaikan suami, fokus anak dan keluarga sahaja.. Tu berg4ntung suami boleh atau pandai bawak diri atau tak. Pengalaman saya hampir sama macam tuan tanah la. Cuma mertua ni support susu badan semua.

Saya plak ibu bapa kandung dah tak ada jadi bersyukur jugak mertua jaga tapi mesti ada makan hati sikit dan tak ada privasi. Duduk bilik salah kata tak rimas ke padahal kita nak rehat. Duduk luar kena bertudung adik ipar ada, baring dekat luar dengan bertudung plak kata sofa nanti rosak kusyen leper plak.

Suami kena kuat meIawan pendapat yang mengarut atau khurafat. Betul, nak hormat mak dia dan ikut nasihat semua tu tapi bila satu tahap bengk4k susu kemudian cara mertua tak bagi pergi kIinik sampai demam bentan, saya p4ksa juga husband.

Pergi kIinik, doc kata nasib baik cepat kalau tak kena operation susu tersumbat. Doktor pun tak boleh buat apa sebab tak ada ubat, melainkan urut.. Pergi urut pulak satu masalah, dik4takan bazir duit la bla bla bla.. Berendam air mata makan hati jugak la tapi nak buat macam mana. Bila anak kedua terus saya pant4ng sendiri je.

Ain Karim : Itu lah pentingnya membaca, saya pun anak sulong tinggal dengan mak mertua, walau tak berpengalaman kita mesti paham apa yang boleh dan tak boleh. Mak mertua saya pun banyak buat benda memandai tapi saya dan husband memang harus lebih tegas. Tak boleh Ieka sebab ni anak kita pun.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.