Lepas 6 bulan arw4h kawan baik aku meninggaI, aku kahwin dengan isterinya atas permintaan arw4h masa hidup

Hafiz cerita satu – satu tentang isterinya pada aku walaupun keadaan dia ketika itu sangat lemah. Akhirnya dia minta aku jaga dan kahwin dengan isterinya bila dia sudah tiada. Lepas arw4h meninggaI kami pun berkahwin walaupun aku tak ada hati sebab aku suka dengan seorang wanita di tempat kerja aku. Aku terus terang pada isteri yang aku ada hubungan dengan wanita lain. Aku terk3jut tengok reaksi dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi pilih confession aku untuk disiarkan. Aku tak pandai sangat nak bercerita, harap korang dapat something dari confession aku ni. Aku tak tahu cabang mana aku nak luah, memandangkan isteri aku pon suka baca cerita kat page ni (aku suka mengint4i kalau nampak dia tengok fon sampai tak berkelip), aku harap dia ada terbaca la.

Yang mana tahu kisah aku ni, jangan tag aku pulak ye. So firstly nama aku Izat, umur 27 tahun dan baru berumah tangga 8 bulan lepas. Isteri aku, Nabila umur 29 tahun dan ada kerjaya sendiri. Walaupun umur dah 29 tapi Nabila Nampak muda dari aku.

Kalau orang tak tahu dia ingat aku lagi tua. Huhu. Kitaorang tinggal asing walaupun rumah aku dengan dia dalam 40 minit perjalanan. Dia tinggal rumah sewa dan aku masih tinggal dengan ayah, mak dan adik perempuan.

Benda pertama aku nak cerita ialah macam mana aku boleh kahwin dengan dia. Kalau korang nak tahu dia ialah bekas isteri arw4h kawan baik aku, Hafiz. Hafiz meninggaI tahun lepas sebab peny4kit (rahsia). Masa tengah s4kit teruk dia selalu pesan kat aku yang akulah orang paling dia harapkan untuk tengokkan Nabila.

Lupa aku bagitau Nabila anak yatim piatu. Masa tu kat hospitaI arw4h cerita satu – satu pasal Nabila. Nabila jenis tak boleh bawak kereta jauh, dekat – dekat dia boleh la. Kalau masuk kawasan Bandar ke memang dia fail.

Lepas tu apa yang Nabila tak boleh makan, apa yang dia suka makan. Tengah baring lemah pon dia sempat cerita satu – satu kat aku. Aku tahu arw4h betul – betul sayang kat Nabila. Lastly, dia minta aku jaga Nabila atau dengan kata Nabila mintak aku kahwin dengan dia.

Aku hanya angguk je, tak tahu nk cakap apa masa tu. Arw4h dengan Nabila dah 2 tahun kahwin tapi tak ade rezeki anak. Masa arw4h sihat dulu pon dia selalu bawa Nabila keluar lepak sekali, kiranya aku dan Nabila memang dah lama kenal.

Dipendekkan cerita, lepas 6 bulan Hafiz pergi, aku kahwin jugak dengan si Nabila ni. Family aku sangat ok dan terima dia sebagai menantu seadanya. Aku? Entah la susah nak cakap, sejujurnya aku terima dia masa tu sebab teringat janji pada arw4h dan sememangnya aku dah lama single.

Last aku sentuh dia (salam) masa lepas akad nikah. Tu pon aku tarik tangan cepat – cepat walaupun dia masih cium tangan aku. Mak aku pulak terlebih exc1ted bila anak sulung dia kahwin. Dia siap upah orang untuk hias bilik aku.

Cantik jugak la dengan bunga – bunga pink dan putih. Aku dah pesan dekat mak aku yang aku nak majlis ringkas je, tak nak pelamin. Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar, walaupun ada mulut – mulut yang mengata Nabila, aku just pekakkan telinga je.

Malam tu aku tak tidur pun kat bilik tu, aku tidur kat luar je dengan alasan aku rimas dengan hiasan bunga – bunga. Keesokan lepas majlis tu Nabila terus mintak izin aku nak balik rumah sewa. Mak aku dengar, tak sempat aku nak angguk, mak aku haIang.

Mak aku mintak dia stay lagi dua tiga hari kat sini. Nabila hanya senyum je. Masa tu aku terus Tanya “kau ok tak?” dia hanya angguk. Mak aku terus menyampuk, “cakap ngan bini pon aku kau apa la along.” Terkedu jap aku.

Dah sebelum ni pon memang bahasa diri aku kau memang susah nak ubah. Sejak dari tu kalau depan family aku, aku akan bahasakan diri saya awak, kalau dengan Nabila je aku kau. Nabila pandai ambil hati mak aku. Kadang – kadang aku tengok dia dah macam adik perempuan bongsu aku, suka peIuk mak aku, civm mak aku.

Dia memang jenis manja. Kalau Nabila tak balik hujung minggu, mak aku la yang beriya – iya call mintak balik. So boleh dik4takan setiap hujung minggu Nabila akan balik rumah family aku. Tapi setiap kali dia balik pon, kami memang tak akan tidur sekatil.

Bila dah lepas kahwin aku tak rasa hidup aku berubah. Yela, Aku jumpa Nabila pon bila hujung minggu. Mak aku pernah Tanya aku kenapa aku tak stay je dengan Nabila kat rumah sewa, aku bagi alasan yang tempat kerja aku dekat dengan rumah mak.

Kalau aku stay dengan Nabila amik masa sejam jugak nak sampai tempat kerja. Selepas 2 bulan kahwin, Allah nak uji aku. Kalau korang nak tahu sebenarnya aku ada simpan hati kat sorang perempuan ni nama dia Akma sebelum aku kahwin lagi.

Akma ni staf kontrak baru masuk kerja sebelum aku kahwin. Dia boleh dik4takan hot masa tu, mana taknya wajah yang manis, peramah. Sapa yang tengok pon mesti terpik4t dengan senyuman manis dia. Tambahan pula Akma single masa tu, ramai la yang nak try.

Masa mula – mula kami kenal, kami agak rapat tapi lepas dia tahu aku dah nak kahwin masa tu, dia perlahan – lahan jauhkan diri. Aku dah cerita sepenuhnya pada dia dan siapa Nabila sebebenarnya. Masa ni aku dan Akma masih berkawan biasa.

Dan Akma ni perempuan freehair. Kat tempat kerja ramai yang usik aku ngan Akma ni sepadan macam pinang dibeIah dua gitu. Lepas aku kahwin, kami masih berhubung dalam Whatsapp. Masa tu la baru dia nak bagitau yang dia suka aku.

Dia cakap kalau dia bagitau awal nanti dia takut aku akan batalkan perkahwinan. Aku happy giIa masa dia bagitau tu. Lepas beberapa bulan couple dengan Akma, aku berterus – terang dengan Nabila yang aku ada hubungan dengan staf tempat kerja aku.

Nabila hanya pandang aku, aku ingat dia nak marah aku dah tapi boleh dia cakap “Baguslah” sambil sambung makan. Aku tanya balik dia “Kau tak marah ke?” dia baIas “kalau aku couple dengan laki lain agak – agak kau marah tak?” lebih kurang macam tu la ayat dia.

Time tu jugak la si Akma call aku, aku cakap la tengah makan dengan Nabila, aku minta dia call balik kejap lagi. Suara dia macam merajuk plus marah. Tengah rancak aku ngan Nabila borak sambil gelak (Nabila suka buat lawak), Akma call lagi.

Kali ni dia betul marah sebab aku tak reply whatsapp dia. Ayat dia aku ingat sampai sekarang, “kau makan ke kau tengah berji*ak ?!” Aku betul hilang sabar masa tu sebab aku dah bagitau elok – elok tadi tengah makan. Aku jawab “haah, tengah berji*ak !” aku off call hempas atas meja, pecah jugak la skrin fon masa tu.

Bukan Nabila je terk3jut, mak aku yang kat dalam bilik pun boleh keluar tanya kenapa. Mak aku dah faham perangai aku bila dah marah memang teruk. Aku tak boleh terima bila orang cakap kasar macam tu bila aku dah cakap elok – elok.

Lepas dari kejadian tu, aku baik balik dengan Akma tapi kami masih asyik berg4duh. Disebabkan perangai dia yang suka sangat control aku. Dia macam cemburu bila Nabila ada kat rumah mak aku. Padahal hujung minggu je Nabila datang.

Dan aku pon mengaku dengan Akma yang aku tak pernah sentuh Nabila. Apa – apa yang aku hadapi, aku akan call atau Whatsapp cerita kat Nabila. Dia dah jadi pendengar setia aku pulak. Dia jenis happy go lucky, kadang boleh jadi serius, kadang – kadang boleh jadi budak – budak.

Nasihat dan kata semangat dia macam kaunselor. Kalau kau murung ke baik kau jumpa Nabila, terus jadi happy. Hehe. Lama kelamaan aku jadi m4kin rapat dengan Nabila, sebab apa – apa je aku akan cerita kat dia. Dia dah jadi macam bestfriend aku bukan macam suami isteri.

Kemuncak segalanya, beberapa minggu lepas Akma ajak aku keluar makan, masa tu dah agak lewat malam. Tapi aku ikutkan je. Aku nak jemput dia kat rumah. Akma tinggal rumah sewa dengan kawan – kawan dia. Bila aku sampai je rumah dia, aku pelik kenapa sunyi sangat, mungkin dah lewat malam.

Aku call Akma, dia cakap dia tengah bersiap, dia suruh aku masuk je dalam rumah, sebab rumah tak berkunci. Aku m4tikan enjin terus jalan masuk. Masa tu tak fikir apa – apa yang pelik. Aku masuk rumah dia kosong takde sapa – sapa, pintu aku biarkan terbuka.

Aku duduk atas kerusi kat ruang tamu. Aku perhatikan je dalam rumah tu sebab ni first time aku masuk rumah dia. Boleh tahan bersepah rumah anak dar4, aku cakap dalam hati je. Tak sampai 2 minit Akma keluar bilik.

Terbeliak biji mata aku. Tak pernah aku tengok Akma pakai baju seksi macam tu, aku tunduk segan. Terus dia datang dekat dengan aku paut lengan aku. Aku macam tolak sikit tangan dia, aku tanya la kenapa tak bersiap lagi.

Dia cakap dia tak lapar pon, dia nak aku temankan dia malam ni sebab kawan – kawan dia takde. Aku macam tak sedap hati, aku tolak dia. aku cakap la aku nak balik la sebab esok kerja. Masa aku nak jalan keluar, dia peIuk aku dari belakang, masa tu jugak Nabila muncul kat depan pintu.

Aku cuba tolak Akma tapi dia peIuk kuat sangat. Sampai aku jerkah dia, baru dia lepaskan. Nabila dah terpaku kat pintu pandang aku. Aku panggil Nabila tapi dia jalan laju – laju masuk kereta, aku tak sempat nak bagitau apa – apa pon.

Masa tu aku rasa macam nak menangis pon ada. Aku tanya Akma kenapa dia buat aku macam ni. Akma cakap dia terIampau sayang aku. Dia cemburu bila baca conversation Whatsapp aku dengan Nabila. Dia nak aku sorang je.

Dan dia rancang nak buat Nabila benci dengan aku. Dia curi nombor Nabila dari fon aku. Aku terus terang dengan dia, aku dah tawar hati bila dia buat aku macam ni. Nabila masih jadi keutamaan aku sebab dia isteri aku yang sah.

Masa perjalanan balik ke rumah, aku cuba call Nabila memang dah tak dapat. Dia dah off fon. Aku jadi buntu masa tu. Aku cuba fikir balik apa yang dah aku buat selama ni kat Nabila. Sepatutnya aku kena jaga Nabila, bukan sibuk bercinta dengan Akma.

Aku betul tak sangka Akma boleh buat aku macam tu. Tapi aku tak salahkan sepenuhnya pada Akma. Aku jugak yang bersalah sebenarnya. Sejak dari kejadian beberapa minggu lepas, sampai ke hari ni aku tak dapat contact Nabila, dia pon dah tak datang rumah mak aku.

Malam – malam memang aku tak dapat tidur, makan pon dah kurang selera sekarang. Sampai mak aku perasan, siap usik rindu bini la tu. Aku senyap je. Kalau la Nabila terbaca confession ni, aku nak kau tahu Mak rindu kau.

Hari – hari tunggu kau call, konon kau bagitau mak yang kau outstation luar Negara kan. Tapi aku tahu kau ada kat sini je. Aku dah pergi rumah sewa kau tapi sunyi je, banyak kali aku pergi. Aku betul – betul nak berjumpa, nak cerita hal sebenar.

Aku dah cIash dengan Akma. Dia cakap nak bom0h aku, aku tak kisah dah sebab aku ada Allah, aku ada kau. Harap bila kau baca ni contact aku balik. Aku betul rindu kau.  Rindu nak dengar kau gelak. Maafkan suami mu. Aku janji aku akan jaga kau baik – baik.

Berikan aku peluang kedua please Nabila. Aku merayu sangat. Hargai siapa pon dia yang selalu ada masa kau sedih atau gembira. Maafkan aku jika ada penggunaan bahasa yang kasar. Aku perIukan kata semangat dan jalan keluar bukan kecaman. Terima kasih.

Komen Warganet :

Zainal Abidinfitri : Pada aku, kau bukannya nakal sangat cuma tersalah langkah. Kau boleh lupakan terus akma tu. Kurang bagus kalau kau ada niat nak buat dia isteri. Berikan tumpuan dan bukalah hati untuk mencintai nabila isteri mu. Berterus terang dengan mak masalah kau dan minta bantuan ibumu. Pasti ada sinar bahagia di depannya nanti.

Faridah Abd Aziz : Moga apa yang berlaku merupakan detik permulaan awak untuk menyintai isteri awak, carilah dia tanya tempat kerja, perbaiki hubungan, moga j0doh awak berpanjangan.

Nuri Hasyim : Awak tu buta hati. Dan buta mata. Dapat bini yang baik diabaikan. Berdoa dengan Allah. Dengan penuh penyesalan. Agar sayangi bini awak. Belum terlambat lagi.

Winny Winny : Padan muka ko. Moga nabilah cepat bertemu j0doh dengan orang lain yang lebih bertanggung jawab dan betul – betul ikhlas menyintainya.

Sheriena Mustapha : Itu memang j0doh awak. Walau macamanapun cara dia datang. Itulah j0doh awak yang Allah tetapkan. Cuma awak tak perasan jer. Usahakanlah memenangi hati dia balik. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.