Anak baru 5 tahun dah suruh ambilkan air. Kak Ngah selamba tengking anak, dibiarkan dengan HP 24 jam

Takde hari yang Kak Ngah tak jerkah Mirul. Sepanjang hari Mirul dok main handphone walau mata dah rabak dan tak boleh bukak sebab mengantuk sangat, tetap dok hadap phone tu. Kak Ngah tido sepanjang hari..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku Kirana atau orang panggil aku Ira. Pertama sekali terima kasih admin kalau confession aku ni disiarkan. Aku tulis ni hanya nak mintak pandangan dan nasihat mak – mak kat sini tentang per4ngai kakak aku ni.

Mana la tahu dia ada baca dan hati keras dia tu terdetik nak berubah. Kakak aku ni dipanggil Kak Ngah dalam family. Kenapa aku nak mintak korang nasihatkan dia adalah pasal layanan dia terhadap anak dia yang aku namakan Mirul umur 5 tahun.

Mirul sangat – sangat bijak dan aku tak pernah jumpa budak sebijak dia walaupun anak buah aku dah ada 10 orang tapi sayangnya Mak dia ‘terlampau bijak’. Kak Ngah dan Abg Ngah PJJ dan Mirul mula bersekolah Tadika di kawasan rumah aku yang jaraknya 3km.

Tentang persekolahan Mirul pulak Kak Ngah tak nampak excited sedikit pun. Mana taknya kalau pendaftaran Mirul kat Tadika pun boleh dia nak lengahkan. Aku dan Mak aku suruh cuti baru la dia mintak cuti nak pergi daftar.

Sepatatutnya pendaftaran tu berlangsung dua hari tapi dia pilih nak daftar hari kedua sebab tu memang hari cuti dia. Dia tak nak mintak cuti takut kena p0tong gaji. Memang la tak salah nak daftar pada hari kedua tapi tak salah jugak daftar awal.

Pasal persediaan sekolah Mirul pulak, dia takde buat persediaan langsung ya. Yelah p0tong rambut Mirul pun betul – betul sehari sebelum masuk sekolah. Itupun aku yang suruh kalau tidak takde maknanya. Okay pasal layanan Kak Ngah terhadap Mirul pulak, apa yang boleh aku cakap hanyalah ‘budak tu akan tr4uma sampai besar’.

Setiap malam dia balik kerja akan marah – marah si Mirul contohnya dia mintak tolong si Mirul ambikkan air tapi Mirul buat donno je sebab ralit tengok handphone (Dia jugak yang bagi handphone), dia akan tengking Mirul.

Tu toksah cerita kalau hari dia cuti, ada je yang tak kena. Asyik tengking, m4ki herdik je lah, kesian si Mirul tu. Maknanya takde hari yang dia tak jerkah Mirul. Kalau hari dia cuti senang je kerja dia, bagi Mirul main handphone pastu Kak Ngah tido sepanjang hari,

Sepanjang hari tu la Mirul dok main handphone walau mata dah rabak dan tak boleh bukak sebab mengantuk sangat, tetap dok hadap phone tu. Kak Ngah ni pemalas tahap dewa, masak pun orang hidang kalau boleh tolong suapkan sekali.

Dan aku lah yang masak hari – hari. Kalau aku tak masak Mak pulak akan hypo sebab ada diab3tes. Masa Kak Ngah kerja aku la yang jaga si Mirul dan sumpah aku tak bagi pun phone kat dia. Sebab aku sayang dia, sayang mata dia.

Wallahi aku kesian sangat – sangat kat Mirul ni. Jangan kata aku tak tegur Kak Ngah pulak. Ada je aku bagi video ke atau apa – apa lah yang berkaitan layanan terhadap anak ni. Ada sekali tu aku pernah bagi video pasal tak nak anak degil jangan tengking dia pastu dengan muka tak bersalah dia jawab “eh mana pernah aku tengking mirul”.

Aduuuu s4kit nya hati aku dia jawab gitu. Aku doakan Mirul tak ambik hati dan takkan sampai jadi tr4uma dengan per4ngai maknya yang entah apa – apa tu. Sekian.. – Kirana (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Layla Hassan : Segala tengking, kata – kata kesat, pukuI anak kekal dalam memori selagi hayat di kandung badan. Bila dia dewasa, benda tu sentiasa bermain dalam otak. Pengakhiran anak tak sayang, kau s4kit kau menangis dia buat tak tahu saja. Hasil dari tr4uma yang dia alami.

Luna Ribena : Mak pak yang per4ngai macam ni biasa nya tua – tua nanti claim kata anak abaikan la, tak ambil pedulik la, tiba – tiba cakap mak / pak sayanggggg anak mak / pak. Dude! Anak – anak ni membesar kat tangan kau.

Diorang tu sedar je mana satu fake mana satu ikhlas. Antara kau sedar atau tidak, apa yang kau semai itu la yang kau tuai. Sejenis yang serah anak bagi orang handle meanwhile kau boleh me time kau dah takde beza dengan penyu. Membiak pastu blah.

Faranisyah Hakim : Saya pernah dah tengok orang tua kena tengking dengan anak. Terkejut woo.. sebab tak pernah tengok lagi lah hal camtu dan tak mungkin lah saya nak buat camtu kat mak ayah. Tapi itu realiti. Bila diselidik, masa kecik anak berterusan kena herdik, tengking etc. Bila besar, dia baIas balik dan tak rasa apa pun. Walaupun mak dia mengalir airmata, dia buat tak tahu jer. Suruh jer K Ngah awak hati – hati.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?