Jiran datang minta maaf, mengaku bersama suami saya. Dia keliru mengandungkan anak suami dia atau suami saya

Kecurangan pertama suami disaksikan anak sulung saya yang berumur 3 tahun. Suami tidak mengaku dan cakap itu imaginasi anak sahaja. Selang beberapa minggu, jiran saya datang. Dia bersumpah sudah beberapa kali terlanjur dengan suami saya sehinggakan tak pasti nasab anak yang dikandungnya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Saya Puan Ann, seorang ibu tunggal warga emas yang masih berkerja untuk memenuhi masa lapang dan juga seorang pesara. Saya telah kem4tian ibu bapa, cuma menumpang kasih dari anak anak, cucu, abang, kakak dan adik – adik.

Rumahtangga saya akhirnya runtuuh setelah saya bina dan pertaahankan selama 35 tahun. Saya dicurangi seawal 4 tahun perkahwinan. Kecurangan pertama bekas suami saya disaksikan anak sulung saya yang ketika itu berumur 3 tahun.

Waktu itu saya sarat mengandung anak yang kedua. Suami masa tu macam biasalah semestinya tidak mengaku dan mengatakan itu adalah imaginasi anak sahaja. Selang beberapa minggu perempuan yang juga jiran sebeIah rumah datang kepada saya memohon maaf atas keterlanjurannya bersama suami saya.

Sehingga sanggup bersumpah bahawa dia beberapa kali berhubung dan tidur dengan suami saya sehinggakan tidak pasti anak yang dikandungnya ketika itu adalah anak suaminya ataupun anak suami saya. Akhirnya suami saya mengaku dan berkata dengan saya sebab – sebab kenapa dia berbuat begitu.

Sebabnya ialah kerana tidak puas ketika bersama saya, saya dah tak cantik, dah berisi dan macam – macam lagi. H1na sungguh bila seorang suami kata macam tu dekat isteri. Saya kemudian berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja saya.

Saya memberikan kata dua kepada suami samada nak ikut saya dan dia kena tinggalkan per4ngai buruknya atau berpisah sahaja. Dia memilih untuk bersama saya dengan alasan sayangkan anak. Ya, dia memang berubah tapi cuma bertahan beberapa tahun.

Saya tangkap dia, kali ni depan mata saya sendiri, dia di dalam rumah jiran lagi, tapi jiran yang lain lah. Dengan mata kepala saya sendiri, saya saksikan suami sedang lentok di bahu perempuan itu yang suaminya adalah rakan sekerja saya.

Dia buat b0doh dan uguut saya seandainya berita itu tersebar tahulah apa dia nak lakukan pada saya. Saya turutkan kerana takut anak membesar tanpa ayah. Tidak lama kemudian, dia ditukarkan ke pantai timur. Alangkan depan mata saya pun boleh curang, apa lagi jauh di sana.

Dia scandal lagi, dengan janda sehingga hampir bernikah. Hubungan mereka putuus setelah suami saya tamat perkhidmatan dan kembali tinggal sepenuhnya dengan saya dan anak – anak. Pepatah ada menyatakan, anjing kalau dah biasa makan t4ik, kalau tak makan akan dicivm juga.

Dia terus dengan sesi berskandalnya sehinggalah dia ditahan di balai polis atas tuduhan mer0gol. Saya lupakan kesengsaraan saya yang did3ra mentaI dan fizikaI, saya cuba sedaya upaya untuk melepaskan suami dari tuduhan itu.

Itulah satu perbuatan paling b0doh yang saya buat di dalam hidup saya. Tanpa pengetahuan sesiapa, saya menjamin suami dan dia dibebaskan kerana perempuan itu telah berumur 27 tahun. Jadi tidak boleh lagi disabitkan bawah kategori r0g0I sebab suka sama suka.

Tidak pernah serik, dia terus curang entah yang keberapa kalinya sehinggalah kemuncaknya diusia dia 55 tahun, apabila dia membuat pengeluaran EPF nya. Dia berkahwin dengan janda anak 3. Menikah secara sindiket melalui pejabat agama.

Sengsaranya saya ketika itu Allah saja yang tau. Saya mengalami major depr3sion. Di bawah pengawasan dari PSY sehingga ke hari ini. Tambah memiIukan dapat pula mertua puaaka yang bersifat talam dua muka. Menebar fitnah ke atas saya dan berpihak kepada anak mereka.

Maklumlah anak mereka baru dapat duit banyak. Gelap lah mata. Saya dilarang ke rumah mereka. Ya Allah, sedihnya… memang wujud sebenarnya mertua puaaka. Pada ketika dia beristeri muda inilah saya berpisah secara langgar takIik.

Tak tau lah nak sedih ke nak suka ke. Anggap saja semua ni telah ditentukan oleh Nya. Dia pun bercerai dengan isteri mudanya juga sebab kecurangannya. Mungkin sudah menjadi hobi habit untuk dia curang, tak puas mungkin, entahlah.

Sekarang berkahwin lagi untuk kali ketiga dengan perempuan sebaya saya. Di sini saya cuma menulis tentang kecurangannya. Bukan hal – hal lain berkaitan nafkah dan tanggungjawab. Terlalu panjang untuk ditulis sepanjang 35 tahun hidup bersamanya.

Mungkin hal – hal lain tu saya boleh terima dan sabar. Kepada anak – anak, mak hanya berdoa agar kita sentiasa bersama walau dalam apa jua keadaan. Buat anak perempuan mak, d4rah yang mengalir di dalam badan awak adalah asalnya dari mak awak ini.

SayangiIah mak awak ni sementara mak masih ada. Jangan satu hari nanti awak menangis di atas kubuur mak, menyesal atas apa yang awak buat ke atas mak. Walau mak tak berpelajaran tinggi, tetapi Allah gerakkan, Allah tunjuk tak sampai beberapa jam pun.

Mesti ada yang tertanya tanya apa yang anak saya buta, biarlah saya simpan hal itu. Buat bekas suami ku, walau awak menafikan semua kecurangan yang awak telah lakukan selama ini, percayalah, baIasan Tuhan itu benar.

Terima kasih sudi membaca dan ambillah ikhtibar dari cerita benar yang saya tempuhi ini. Berpada padalah mencurah kasih dan sayang. Mungkin ada wanita yang bernasib baik, suami mereka mampu berubah, tapi maIangnya bekas suami saya tidak. – Puan Ann (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

NurAz Wan : Sebenarnya.. perempuan yang membiarkn diri dia dizaIimi, dalam masa yang sama turut menzaIimi anak – anak, dengan memberi tr4uma dan kekeliruan pada anak – anak, tentang moral dan attitude orang dewasa. Tentang apa yang patut dipertaahankan, tentang bagaimana untuk bertindak bila teraniaaya dan bnyak lagi seabb kalau nak disenaraikan.

Nurul Nadhrah : Jangan salahkan anak – anak kalau mereka memperlecehkan puan. Semuanya berpunca daru tindakan puan yang sayang sangat nak berpisah dengan suami tak guna sehingga mengganggu kesihan mentaI anak juga. Dalam puan rasa tersiksa anak – anak jauh lebih tersiksa. MaIangnya anak – anak tak dapat pilih mak bapak mereka, sedangkan puan ada pilihan tapi pilih untuk bertahan untuk sekian lama.

Nur Hela : Dari awal cerita kecurangan bekas suami tapi hujung – hujung macam nak bagi amaran dekat anak pulak. Puan kena muhasabah diri ni. Pember0ntakan anak tu berkemungkinan berpunca dari tr4uma anak tu melihat ibunya dib0dohkan selama berdekad – dekad. Daddy figure yang diberikan selama ni serupa b4bi per4ngainya. Kita kalau hidang t4hi jangan nak marah kalau lalat datang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?