Aku pelik tengok berus gigi suami kering. Bila aku tanya, suami jawab dia tak gosok gigi sebab makruh bulan puasa

Bagi suami aku, tak ada siapa tengok sudahlah. Tapi aku tengok?? Gosok gigi perlu diingatkan. Tambah bulan puasa ni. Pagi nak mandikan anak lepas dia pergi kerja, Aku tengok berus gigi dia kering. Bila aku tanya, tak gosok gigi ke? Dia cakap puasa makruh gosok gigi. Tapi bila bukan bulan puasa, jawapan dia lain..

#Foto sekadar hiasan. Tahun ni tahun ke 5 aku berkahwin dengan Aizat. Kami dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata. Bagi ibu aku dan ibu mertua, suami aku ialah menantu dan anak kesayangan kerana keperibadian dia yang bagus.

Tidak aku nafikan, suami aku seorang yang baik. Tidak mer0kok, tidak suka cakap pasal orang. Lebih banyak diam bila berada dengan keluarga aku dan keluarga dia. 5 tahun usia perkahwinan kami, 5 tahun sisi lain dia yang aku saja yang tahu. Yang buat aku sangat letih.

Katakan hari ni aku masak sayur atas permintaan dia, dia akan makan sayur daun hijau saja, batang, bawang dan carrot dia tak akan makan. Sedangkan dia cakap dia suka semua tu. Bila aku tegur, baru dia makan. Sebulan selepas tu, bila saja borak – borak pasal masakan sayuran yang dia suka, dia kata dia suka bendi.

Tak lama lepas tu, aku masak bendi. Dia tak makan pun. Sekarang, aku dah letih nak tegur kenapa tak makan bahan – bahan dalam sayur yang aku masak, biar lah, letih. Pelupa semua benda. Sebesar – besar hal hingga sekecil – kecil hal. Suami aku lupa.

Walaupun aku dah create group untuk kami berdua dan aku akan send semua info penting dalam group. Malam ni aku cakap, esok anak nak kena pergi kIonik desa untuk checkup. Dia bawa kami ke kIinik kesihatan. Duit. Duit selalu akan jadi punca perg4duhan kami.

Kereta yang dibeli atas nama aku, dibayar 70% guna duit aku, maintenance yang dibayar oleh aku. Diketahui oleh keluarga suami aku, itu kereta suami aku (bukan kereta aku). Faham tak? Senang cerita, keluarga suami aku ingat itu kereta suami aku.

How come? Suami aku cakap dekat adik – adik dia yang dia belikan kereta untuk aku. Aku malas nak betulkan, lagipun adik – adik dia tak bercakap dengan aku. Malu kata suami aku. Motosikal yang dibeli cash oleh aku, sengaja aku letakkan nama suami aku sebagai owner, sebab aku dah malas dengar dia merungut dia tak da harta.

Diberitahu pada adik – adiknya, dia belikan motosikal untuk kegunaan aku ke tempat kerja. Janji nak bayar bulan – bulan dekat aku, lepas 6 bulan beli, dia kata dia tak janji pun dan katanya aku berkira ‘sikit’ bila bab duit.

Solat. Suami aku solat memang dijaga. Cuti weekend aku terbabas sebab berjaga malam sebab jaga anak meragam, 7.30 baru dia k3jut aku. Subuh gajah lah aku. Kadang – kadang dia tak tolong k3jut langsung. Baby yang newborn ni 98% aku jaga.

Siang malam aku jaga. Sampaikan berat turun dekat 20 kg lepas bersalin. Letih badan. Bila minta tolong tengokkan baby, dia cakap baby duduk dengan dia asyik menangis. Malam – malam janji dia nak bangun kalau baby meragam tengah malam, sudahnya aku yang bangun. Setiap hari.

Kebersihan diri sangatlah aku utamakan. Hidup di asrama, jadi aku sangat tertib bila bab kebersihan ni. Bagi suami aku, tak ada siapa tengok sudahlah. Tapi aku tengok?? Gosok gigi perlu diingatkan. Tambah bulan puasa ni.

Pagi nak mandikan anak lepas dia pergi kerja, Aku tengok berus gigi dia kering. Lepas dia balik kerja aku tanya, tak gosok gigi ke? Dia cakap puasa makruh gosok gigi. Allahu letih aku nak tegurkan. Itu kerenah bulan puasa, bulan lain, katanya lupa, tak teringat, kalut mandi, tak sempat.

Itu baru bab gosok gigi. Bab lain, haih letih kalau aku taip satu – satu. Bila aku drive, kadang – kadang tersumpah kereta depan, dia akan cakap tak baik, berd0sa kata macam tu. Bila dia drive, orang nak keluar simpang, dia lagi tekan minyak.

Orang tua bawa kereta slow dekat depan, dia akan p0tong kereta tu sambil ‘rem’ kereta. Berbeza bila pakai kereta cabuk dulu, sekarang dah pakai kereta continental, aku cakap, “sejak pakai kereta ni, kenapa berlagak sangat bila bawak kereta,” dia kata dia memang macam ni. Aku malas nak cakap banyak. Letih la nak tegur.

Nasihat dari aku ibarat tiada makna bagi dia. He never listen to me. Dan selalunya apa yang aku nasihat jangan buat, itulah yang dibuatnya. Bila jadi masalah, aku yang perlu selesaikan. Aku nasihat jangan boros duit bonus. Dibelinya macam – macam. Last – last tak da duit hujung bulan.

Aku nasihat jangan bazir elektrik. Buka lampu sana sini, aircond siang malam. Aku tutup, dia buka. Bil sampai melambung, dia merungut, aku lah topup lebihan tu. Nafkah batin yang wajib diberi pun dia “nanti – nanti” lah.

Bukan setakat atas katil, nafkah batin, “spend masa bersembang lepas anak tidur,” pun takda sebab dia tidur sekali dengan anak. Aku kat sebeIah yang burung h4ntu sebab struggIe nak tidurkan baby. Bagi family aku da family dia, dia sangatlah sempurna.

Kalau lah semua tahu aku lah yang tolong tutup lopong – lopong kosong tu. Aku sampai rasa anxious bila aku duduk dalam rumah sendiri, sebab aku kena fikir double. Kena fikir untuk diri sendiri dan dalam masa yang sama kena fikir untuk suami aku.

Kalau lah suami aku lebih menghargai aku, cukup sekadar whatsapp aku ketika tengahari tanya aku ok tak jaga baby. Cukup sekadar whatsapp aku tanya aku makan apa dekat office. Itu dah cukup memadai bagi aku, cukup untuk aku rasa diingati.

Tapi bila aku cakap, esok dia whatsapp lah. Lusa dan seterusnya, none. Sebab aku dah letih jadi watak utama dalam keluarga ni, aku buat keputvsan untuk buat semua urusan aku sendiri. Buka akaun asb anak – anak sendiri, simpan duit gaji dalam akaun asb anak – anak sendiri, ambil hibah atas nama suami dan aku guna duit sendiri (aku cuma suruh dia sign form saja), servis kereta sendiri.

Mana yang aku boleh buat sendiri, aku buat sendiri. Kenapa tak suruh suami? Aku letih dengar “nanti”, “kejap lagi”, “malam ni”, “weekend ni”. Sekian luahan aku. Aku bukan “kucing” dalam rumah ni, aku “harimau bintang” yang dah penat meng4muk dan sekarang aku guna sisa – sisa kasih sayang aku untuk pert4hankan keluarga ni.

Sparks tu dah tak ada. Aku dah mainkan peranan aku, macam – macam aku dah buat untuk mudahkan hidup kami sekeluarga, untuk jadi keluarga bahagia dan jadi keluarga sakinah, tapi suami aku keep on lupa lupa lupa. Doakan aku tabah demi anak – anak aku yang perlukan aku.. – Jona (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Aimi Syazana : Bab sayur tu, puan rebus je bendi kasi dia makan. Kalau dia complaint takde kuah la, takda rencah la, bagitau tu mamak style. Tak pun puan suruh dia beli kerepek sayur tu. Hari ni makan kerepek peria, esok kerepek bendi, lusa kerepek carrot dan seterusnya. Puan pun tak penat masak.

Pandai la dia nak hidup. Puan masak cukup – cukup untuk puan dengan anak nak makan sudah. Jangan layan suami puan tu macam anak. Semua benda nak diingatkan. Dia sebenarnya bukan lupa Puan. Dia malas nak ambik port.

Saya tau puan penat but Don’t give up and don’t give in. Don’t give up, pasrah dan diam kan je bila dia buat hal. Puan kena jugak meng4muk. Lagi disimpan, lagi str3ss jadi barah dalam hati. Don’t give in, jangan mengalah, jangan topup apa – apa kekurangan yang disebabkan per4ngai dia. Bila puan beralah dan cukupkan apa yang kurang dia naik lemak. Sy doakan segala urusan puan dipermudahkan.

Mu’min Marjom : Mana ada orang perfect. Tipu – tipu je tu. Hahaha. Dia camni je kak. Tanggungjawab suami, bagi kat suami. Cemuih macam mana pun, bagi je kat suami. Ye. Penat bising. Tapi bagi je kat suami. Jangan tipu – tipu dah kak.

Kalau ko yang beli, cakap je ko yag beli. Kalau ko yang keluarkan duit, cakap ko keluarkan duit. Kalau ko letih, ko cakap ko letih. Kan senang. Takde lah nak terasa hati sangat. Kan ke suami tu. Bukan orang lain pun. Macam aku la kan kak.

Semua bil kat rumah ni aku yang bayar. Kereta ke.. moto ke.. rumah ke.. aku jugak yang bayar. Yuran sekolah pun aku yang bayar. Baik giIa kan. Memang baik lah terpaling isteri contoh sebab tolong bayarkan. Semua tu duit suami lah tapinya. Ha ha ha

Neuro Shewazni : Ko manjakan laki ko at first place. Kalau aku, memang aku tibai je cakap moto kete tu nama aku. Bil – bil letrik semua tu memang aku takkan sentuh langsung bayaran sebab tu TANGGUNGJAWAB LAKI KO.

Aku kadang – kadang layan laki aku macam anak kecik. Aku bebel – bebel, kadang – kadang aku marah. Sebab aku taknak mentaI dan fizikaI aku penat. Tapi tak tau laa kalau tips no 2 terpakai untuk laki ko. Tapi untuk tips 1, InshaAllah boleh pakai untuk kesejahteraan hidup ko sis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?